Friday, January 15, 2016

Jom Makan : RSMY Restoran, Kuala Lumpur

Pernah dengar Cheese Nan terbaik di Kuala Lumpur?

Aku pun tau lepas tengok anak sedara aku pegi makan di sini, Tengok gambar cheese nan dia meleleh leleh boleh bikin meleleh airliur jatuh atas kasut.

Tap. Tap. Tap.

Jadi, terus terasa nak gi cuba !

Aku bukan boleh kalau keinginan mengusai diri, terus je angkut semua orang pegi try. Nak jugak try. Lagipun orang kata tak elok di biarkan keinginan ditahan lama laam. Nanti kempunan berputih mata.

Nama kedai nya RSMY Restoran

Lokasinya terletak di Medan Tuanku Kuala Lumpur.

Senang kata, lokasi kedai dia opposite Pertama Kompleks tu. Kat shop lot yang ada pejabat pos tu. Nak senang Waze je nama kedai dia RSMY, then follow lah cakap pompuan Waze tu.

Aku pegi time tu malam, so ingat boleh lari dari jem. Tapi kawasan ni memang penuh kereta dan nak mencari parking pun agak rumit. Nasib ada jaga parking tepi jalan yang tulus ikhlas membantu tapi mengharapkan imbuhan jugak sebenarnya tu.

Tak pe lah, jadi dapat parking !

Orang buleh tahan ramai

Ada yang duduk di dalam, ada yang duduk kat luar

Kedai dia suram suram sikit, jimat letrik agaknya.

Sememangnya tempat ni menjadi tumpuan ramai orang. Nak dapat parking satu hal. Nak dapat seat lagi lah mencabar.

Mereput la tunggu kot ada seat kosong.

Di bahagian dalam

Sambil menunggu tu usha usha dulu kawasan.

Ni mamat yang buat nan

Kawah berapi

Penyedian dan uli menguli

Duduk dulu dan nanti waiter datang bagi menu.

Pilih jangan tak pilih

Yang famous di sini adalah cheese nan dia, so kena la order cheese nan. Tapi makanan lain pun ada jugak. So boleh order mengikut selera tekak

Minuman jangan lupa. Kang tercekik kang

Dan ada hiburan jugak malam malam. Abang abang ni busking sambil cuba cuba menghiburkan rakyat.

Menunggu makanan sampai. Layan dulu la abang busker menyanyi. Terhibur jugak lah. Tapi aku tak ingat lagu apa dia orang nyanyi. Tak leh nak fokus sebab tengok kiri kanan, semua orang tengah tarik cheese nan tinggi tinggi !

Aku tak sabar sabar nak berlawan !

Kita mesti lawan. Mana boleh kalah !

* mati la nak berlawan lawan di kedai makan

Cheese Nan sampai ! Tapi mana cheese nya?

Haaa. Nampak dah sikit

Tarik !!! Baru boleh lawan dengan meja sebelah.* mati la tetap tak nak kalah.

Anyway, selain dari cheese nan tu, kami order jugak nasi beryani. OR dengan Hero nak makan nasi.

Beryani kambing

Beryani ayam

Kari ayam

Aku curik curik gak la mengecek nasi beryani ayam tu, malangnya rasa tak de la kaw kaw mana. Nasib baik la cheese nan yang bersalut cheese secara melimpah ruah tu boleh cover.

Garlic Cheese Nan. Aku nak order ayam tandoori tapi dah abis la pulak.

Cuma satu jer.. Cheese nan tidak didatangkan dengan kuah dhal. Jadi kena order side order kuah kuah yang kita mahu. Dhal dia pun biasa biasa jer.

Kuah kambing

Ni air Hero. Miloreo namanya.

Secara overall nya aku rasa, cheese nan dia biasa jer cuma dia tak kedekut cheese ! So kalau suka cheesey cheesey melekit meleleh boleh la. Harga cheese nan dia RM 6 sekeping. Memang puas hati kalau makan. Tapi kalau banyak banyak boleh muak lak jadi nya.

Nasi beryani dia agak out ! Biasa biasa jer.

Service agak slow jugak especially bila tang nasi beryani tu. Dua tiga kali aku nak kena remind waiter dia. Dia pun dok main jerit jerit jer. Sudahnya tak sampai sampai jugak.

Environment kedai agak crowded. Seat dah banyak tapi sebab orang ramai, memang  tak mencukupi. Tu pun meja dah melimpah limpah keluar kawasan kedai.

Kebersihan kedai agak skeptikal skit. Biasalah standard kedai mamak, minyak kat lantai, lantai basah, barang barang kat tepi tepi dinding, tak berapa enak di pandangan mata.

Harga makanan

Boleh jugak tapau kalau tak mau makan di sini

So adakah tempat ni the best cheese nan? Bagi aku one of the best but not the best ! Aku pernah makan cheese nan yang lagi sedap.

Tapi kalau ada award ....

'Roti nan yang cheese dia paling meriah carey, mewah bergaya, paling generous, cheese tahap meleleh leleh, melimpah ruah'

YES ! Restoran RSMY menang dengan bergaya !

Anyway, boleh di cuba. Yang penting, harga cheese nan tu sendiri tak de la mahal mana.

RSMY House of Real Beriani (Restoran Selera MY)
11 & 13, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur, Malaysia

Dan mereka ada juga cawangan di Danau Kota.

Lawati Facebook mereka  untuk maklumat lanjut : RSMY - The Best Cheese Nan

Happy sapedek !

Makan cheese nan sambil layan lagu Janam Janam memang menarik, tapi kalau tengah diet datang resto ni, memang jahanam dietnya...



Janam janam janam sath chalna yunhi
Kasam tumhe kasam aake milna yahi
Ek jaan hai bhale do badan ho juda
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi sham ho
Tum dard ho tum hi aaram ho
Meri duaon se aati hai bas yeh sada
Meri ho ke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Teri bahon mein hai mere dono jahan
Tu rahein jidhar meri jannat wahi
Jal rahi aggan hain jo yeh do tarfaa
Na bujhe kabhi meri mannat yahi
Tu meri arzoo, main teri aashiqui
Tu meri shayari, main teri mausiqi

Talab talab talab bas teri hai mujhe
Nashon mein tu nasha bann ke ghulna yoonhi
Meri mohabbat ka karna tu hak ye adda
Meri ho ke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Meri subah ho tumhi
Aur tumhi shaam ho
Tum dard ho tum hi aaram ho
Meri duaon se aati hai bas yeh sada
Meri hoke hamesha hi rehna
Kabhi na kehna alvida

Aa.. alvida..

18 comments :

  1. Dolu2 (7-8 taun pnye cerita) cheese nan dia besau ... huhu ... Kat mane cheese nan yg lagi sedap tuh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga cheese dah mahal. kena GST lak tu. tu yang size pun dah jadi petite kot

      maknanya kedai ni dah lama la wujud?

      Delete
  2. perghhh nan cheese dia dah macam pizza..

    ReplyDelete
  3. hahaha..jahanam diet! Meng Meng..

    Haar katne cheese nan yg lagi sedap tuh? Cer citer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat ! hahaha. tapi rasa macam kedai ni nan dia cuma banyak cheese je tapi rasa biasa biasa jer.

      Delete
  4. Pernah pergi yg kat sini, and danau kota punya. Danau kota pun hazab juga nak parking. Tp situ kedai dia bersih sket.
    Selalu order cheese naan cicah ngan keema. Tu je dah cukup.
    Nasik2 dia portion besau.. mmg tak bule abis walau dah share berdua ngan asben.

    Pergi waktu birthday, dpt diskaun 50%.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cemana nak bukikan birthday tu? tunjuk ic ke?

      OK la kedai ni cuma org ramai bebeno. nak makan pun tak selesa. Nak gi Danau Kota tak tau jalan. Nanti tanya akak Waze je lah

      Delete
  5. pernah beli bungkus, cam liat sikit...
    mkn kat sana lg best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bungkus sejuk kot... kena makan panas panas cheese ni kalau tak dia jadi cis bedebah

      Delete
  6. Saya pon nak tau kat mana cheese nan yang lagi sedap tu...

    ReplyDelete
  7. Salam Meng...aku pon penah gi mkn kt situ...pusing2 tawaf carik parking jek dh mkn masa..pastu mereput tgu meja sbb ramai sgt org..cheese nan dia so so jek la..mahal tp kecik ..tp milo ais kaw dia sodap...yg xbest mcm2 org dtg jual brg time ngko nk mkn tu..dan lagik lantai dia licin sket..baek2 jgn smpi tergolek hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. aku setuju 100% apa yang kau cakap tu.....

      tapi sebab semua org pegi kena la gi try serbu.. dah rasa sekali.. xde rasa nak repeat lagi dah...

      Delete
  8. Aku pon pegi sbb nk rasa jek..dah rasa takdela teruja nak repeat balik..Meng ko pnah try tak restoren yg chef zubir pnye tu? Aper tajuk dia aku lupa plak..cer ko tnye kat pakcik gugel...ada cawangan kt wangsa melawati ..shah alam ngan kajang..aku gi kat kajang tu..serius sodap smpi hampir nk jilat kaki meja ngko!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... calit skit.

      aku pegi sebab org ramai pegi. nak gak la rasa.. tapi bila rasa mcm biasa2 je so tak de la rasa nak repeat pun.

      Chef Zubir tu ada satu kat Shah Alam kan? Western.. tak pernah makan lagi. Hari tu kat mall mana pun nampak sign dia.. mcm baru bukak...

      ganas betul kau sampai jilat kaki meja. nanti aku nak gi usha jugak la. masalahnya aku tak minat daging2 steak2 ni... pandang sepi je la...

      Delete
  9. Haah kt Shah Alam ader satu..kalo bwk budak2 pon leh gak layan beger ayam dia...aku amik salmon tu ari..kalo ko tanak daging maging tu suma...ko kunyah jek salad daun daunan tu pon ok gak hahaha...bg aku la tpt tu lagik hokey drp stable stik hse tu...dlu pnah gak mkn situ..tatau apsal tpt tu mcm malap jek..sian hubby aku...dah la tak baper nak cerah..dok plak kt tpt malap...mmg kurang jelas kewujudan dia ar kat situ hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. okey set. nanti aku gi usha makan kat chef zubir punya kedai tu.

      tak sedap siap la ko...

      ahahahaha

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...