Saturday, January 23, 2016

Sunset In Laos

Gambaran sunset di few places in Laos.

Sebenarnya aku tak berapa puas hati sebab tak dapat sunset yang cantik sepanjang berada di Laos. Last day kat Vientiane nampak OK sikit tapi aku tak sempat nak kejar ke tepi Mekong River untuk capture moment moment yang cantik molek.

Ni je la sekadar apa yang ada.

Dan di sini aku bagi tau port mana boleh capture sunset yang cun di Laos ( provided sunset menjadi ). Port cun, sunset nan hado pun sedih juga.

1. Vang Vieng.

Port paling best nak capture sunset di Vang Vieng adalah di kawasan tepi sungai. Tapi sebab Vang Vieng ni kawasan berbatu kapur, so matahari akan cepat menghilang.

Aku rasa ada satu port dekat kat corner sungai, ada bar tepi sungai memang port cun untuk snappy sunset. Malangnya masa aku hari tu sunset tak berapa nak ada.

Hampa !

Vang Vieng. Tu bar tepi sungai yang memang port cun nak capture sunset di Vang Vieng.

Atau duduk dekat tepi sungai ni pun OK. Tempat ni nama dia beach something. Aku lupa.

Vang Vieng

Vang Vieng

Senja yang ala ala

Vang Vieng

2. Luang Prabang

Sunset di Luang Prabang memang superb kalau kena caranya. Dan memang menjadi aktiviti wajib di Luang Prabang untuk menikmati sunset di Sungai Mekong di sana.

Malang bagi aku, 2 hari di sana, sunset tak berapa menjadi.

Port paling cun nak view sunset di Luang Prabang adalah sepanjang Sungai Mekong tepi pekan Luang Prabang tu. Lepak kat mana mana gerai tepi sungai Mekong tu pun boleh layan sunset. Satu lagi kalau rajin boleh panjat Mount Phusi dan tengok sunset dari atas sana.

Tapi kalau cross jambatan buluh dekat penghujung belah kanan, boleh cross sungai dan dari situ boleh nampak matahari menghilang betul betul atas Sungai Mekong.

Dalam 2 KM dari pekan Luang Prabang ke arah Kuang Si Waterfall, ada port cun jugak layan snnset di sana. Dekat tempat orang tenun benang sutera.

Kalau tak dan nak pegi, mana mana area tepi Sungai Mekong tu pun jadi. Dekat jetty awam menyeberang tu port paling lawa rasanya.

Luang Prabang

Luang Prabang

Luang Prabang

Luang Prabang

Luang Prabang

Luang Prabang

3. Phonsavan

Dekat Phonsavan, port paling cun nak snappy sunset adalah dekat atas bukit yang ada resort. Sebelah resort tu ada bukit boleh di access oleh public. Kena kental sikit lah. Aku pun hari tu main redah jer.

Resort atas bukit. Ada bukit kat sebelah bukit resort ni boleh panjat

Redah punya redah, cuaca hujan ! Sunset pun tak kelihatan.

Sedeyyy

Dari War Memorial pun OK cuma ada bukit depan tu so last remang cahaya matahari agak terlindung untuk di nikmati !

Phosanvan

4. Vientiane

Port paling cun adalah dekat tebing Sungai Mekong tu. Memang sepanjang panjang tu boleh view sunset kalau bernasib baik.

Macam aku hari tu, memula sunset nak jadi, aku masih dekat Patuxai Gate lagi. Sedang elok matahari menurun, cubaan berlari dari Patuxai Gate ke Mekong menemui kegagalan abadi.

Dari atas Patuxai Gate

Senja di Vientiane

Ternyata, lemak dalam tubuh menghalang untuk aku bergerak dengan kadar lebih pantas.

Sudahnya, aku miss matahari bulat telur masin !

Sampai kat tebing sungai, separuh dah terbenam. Terus meroyan aku kejap kat Vientiane !

Vientiane

Vientiane

Vientiane

Tunggu !!!!!!!!!!

Vientiane

Vientiane

Menanti senja di tebing Sungai Mekong di Vientiane

Vientiane

Vientiane


Sebab aku kecewa tak dapat sunset yang bagus, aku layan orang aerobik. Cikgu dia ya aw aw.. lentik dia mengalahkan gadis gadis Lao.

Selamat memburu sunset bagi sesiapa yang mahu memburunya di Laos. Dan itu lah yang aku mahu sepanjang waktu di sana hari tu cuma hajat separa kesampaian.

Aku percaya sunset di Laos agak hebat kalau kena pada waktu dan nasibnya, jadi, tolong pergi !



Biar engkau dengar semua
Aku tahu aku tahu
Kita tak sempurna

Biar semua hancur dan musnah
Aku tahu aku tahu
Itu memang mudah

Semakin hari semakin pedih
Ku tetap setia
Jangan sampai hatiku yang mati

Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Aku bukan dusta bukan gila
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Aku bukan dusta bukan gila
Tolong pergi

Selalu aku yang mengalah
Cukup sakit cukup sakit
Ku tak berdaya
Engkau tidak pernah tahu
Apa-apa yang berlaku
Selama ini semua palsu

Semakin hari semakin pedih
Ku tetap setia
Jangan sampai hatiku yang mati

Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Aku bukan dusta bukan gila
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Aku bukan dusta bukan gila
Tolong pergi

Ini yang ku mahu
Ini yang ku mahu
Aku bukan dusta bukan gila

Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Aku bukan dusta bukan gila
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Aku bukan dusta bukan gila

Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Ini yang ku mahu (tolong pergi)
Aku bukan dusta bukan gila
Tolong pergi

8 comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...