Aku memang tak pernah tahu kewujudan kedai ni.
Ada satu hari ada staff staff ajak gi makan Nasi Kandar yang hebat. Dia orang cakap lah. Bila tanya kat mana? Cakap area Dengkil jer. Konon dekat dengan Putrajaya ( Masa tu ada keje di Putrajaya ).
So aku dan beberapa orang lagi ni pun akur lah.
Yang penting, duduk je pose pose kacak dalam kereta dan ada drebar yang bawak !
Memula aku dengar nama nya Nasi Kandar Laut !
Tepi laut ke?
Tapi pasrah je lah ikut budak budak ni.
Tup tup macam jauh gila. Sampai ke Bandar Baru Nilai pegi nya !
"Eh. Biar betik korang ni? apsal jauh beno?"
"Nak sampai dah. Nak sampai dah"
Tu je la dari tadi ayat tak abis abis. Tapi macam lebih 20 minit tak sampai sampai jugak rasanya.
Last sekali kereta masuk di kawasan perumahan, melewati Sekolah Rendah Desa Cempaka dan SMK Desa Cempaka.
Memang aku tak tau tempat mana tu !
Last sekali parking depan bangunan ni.
Then baru aku realized namanya Nasi Kandar Lawood !
"Korang better be sedap. Jauh datang ni !"
Amaran dari pihak berwajib !
Tapi kalau tengok orang beratur dan datang makan time lunch tu memang boleh menjawab segala persoalan. Ramai !!!
Dua lot kedai tambah dengan khemah lagi. Must be something !
Urusan order mengorder semua di uruskan oleh bebudak tu. Aku redha jer. Cuma aku bagitau aku nak ayam goreng jer.
Makanan pun sampai
Typical kedai Nasi Kandar tapi order dia pelik sikit. Duduk je kat meja dan waitress datang ambik order.
Ada pilihan nasi dengar sayur dan ayam penuh atau separuh.
Ayam penuh. Nasi dengan sayur taugeh. Sayur tak de pilihan
Tapi budak budak tu nak makan telur ikan. Aku tak makan so aku tak jamah pun
Dan di beri kuah yang pekat dan bersari. Ceduk dan banjirkan atas nasi !
Nikmati !
Cakap banyak tak guna.
Dua tiga kali suap, ceduk ceduk kuah dan makan dengan lahap aku agree, one of the best Nasi Kandar di luar Penang !!!
Serious sedap. Ayam garing. Kuah pulak pekat dan likat.
Aku di beritahu, tokey kedai ni Chinese, tapi tukang masak dan pekerja semuanya Melayu dari Kelantan. Heh. Kira ni Nasi Kandar pure Melayu !!!
Alhamdulillah. Kenyang dan mengenyangkan. Tapi ayam penuh tu macam terlebih banyak since aku tak berapa suka ratah.
Nak bayar pun beratur sebab ramai pelanggan
Dan kunjungan aku tak berakhir di situ. Memang lepas makan tu OK la kenyang. Pastu balik tu tangan memang lekat bau kari. Nyum nyum nyum.... terpanggil panggil pulak nak pegi lagi !
Gigih ni walaupun bukan lah dekat tempatnya.
Dan kunjungan kali ke dua aku ke sana adalah pada hari esoknya !!!!!
Gila penangan.
Kali ni pegi lebih ramai. Satu puak.
Dan kali ni dah cerdik sikit, boleh pilih pilih lauk tambahan.
Ada jugak ikan, daging, sotong, udang sebagai pilihan. Boleh order saja masa waiter tu datang nak ambik order.
Dan kunjungan kali ke dua pun tempat ni full house !
Ni makanan aku punya jer.
Sirap limau
Kentang semata mata. Nak kata begedil pun bukan. Maybe berdegil !
Menu utama. Ayam Goreng. Sayur dan telur masin
Tak pandang kiri kanan. Tibai sampai langsai !
Sedap memang sedap. Tapi tu la jauh benar nak ke sana.
Aku pun tak ingat jalan kalu nak pegi semula. Harapkan orang bawak lah. Tapi landmark yang senang nak cari tempat ni adalah sebaris dengan SMK Desa Cempaka di Bandar Baru Nilai. Dekat jugak dengan area roundabout Nilai Springs Resort tu.
Pusing pusing dalam tu, Insya Allah jumpa !
Harga
Harga pun tak de la mahal mana. Standard kedai mamak lah. Tapi ayam goreng memang garing, mantap dan lazat. Size besar lak tu. Kali ke dua, aku siap tambah nasi putih. Dan dia bagi extra kuah yang pekat tu.
Overall... yummeh !
NASI KANDAR LAWOOD
Desa Cempaka (Bandar Baru Nilai),
71800 Nilai,
Negeri Sembilan
06 - 850 2511
Rasanya sabtu ahad pun di buka unless dia memang inform kat notice board tu ahad tutup. Katering dan tempahan pun di terima.
Rasanya bukak waktu siang sahaja !
Walaupun jauh, cuba la try pegi dan cuba sendiri especially yang sedang asyik masyuk bercinta tu. Dating makan Nasi Kandaq !
Kata orang lautan luas dapat direnang apa lah sangat Lawood kat Nilai ni.
Hey Ho ! Dia orang ada cawangan di Putrajaya dah.
FB : Nasi Kandar Lawood Putrajaya
06 - 850 2511
Rasanya sabtu ahad pun di buka unless dia memang inform kat notice board tu ahad tutup. Katering dan tempahan pun di terima.
Rasanya bukak waktu siang sahaja !
Walaupun jauh, cuba la try pegi dan cuba sendiri especially yang sedang asyik masyuk bercinta tu. Dating makan Nasi Kandaq !
Kata orang lautan luas dapat direnang apa lah sangat Lawood kat Nilai ni.
Hey Ho ! Dia orang ada cawangan di Putrajaya dah.
FB : Nasi Kandar Lawood Putrajaya
Merdu syahdu kata merayu
Penuh makna dalamnya cinta oh cinta
Bersahaja penuh pesona
Melahirkan berjuta rasa
Yang bersemi di dalam hati
Mahu tidur ingat dirimu
Sedang tidur mimpi dirimu
Oh cinta
Wajah manis sukar dilupa
Selalu hadir dalam bayanganku datanglah
Jemput diriku
Laut luas dapat kurenang
Nasib orang siapa tahu
Oh cinta
Kalau suka apa dikata
Terus terang katakan saja
Marilah bina bersama
Cinta oh cinta
Penuh ceria
Berwarna-warni
Aneka cinta
Cinta oh cinta
Makin cinta makin indah
Yang tak kenal cinta
Jadi dicari salah sendiri
Tak kenal cinta
Cinta oh cinta
Mahu tidur ingat dirimu
Sedang tidur mimpi dirimu
Oh cinta
Wajah manis sukar dilupa
Selalu hadir dalam bayanganku datanglah
Jemput diriku
Laut luas dapat kurenang
Nasib orang siapa tahu
Oh cinta
Kalau suka apa dikata
Terus terang katakan saja
Marilah bina bersama
Cinta oh cinta
Penuh ceria
Berwarna-warni
Aneka cinta
Cinta oh cinta
Makin cinta makin indah
Yang tak kenal cinta
Dia gigit jari
Tak kenal cinta
Cinta oh cinta
amboi lawan tokey ko kan...aku yang duk area sini pun tak tau kewujudan tempat makan ni tau...arghhh takleh jadi ni...weken ni juga kena pi serbu!hahahaha
ReplyDeletehahahah aku kalau staff aku tak bawak memang aku tak sampai nya situ.. mcm jauh gila..
Deletetapi kena sekali terus melekat..sebagai host abadi JJCM kau patut cuba !
ok tak penah makan sik kandaq tapi sgt teringin nak try cuma tgh cari yg melayu buat and tak jumpa! thanks bang meng akan diajak ibuku kesinihhh... merci bebeh!
ReplyDeletehaaa sila cuba. gerenti bukan mamak yang ni
DeleteMana best kudu vs lawood?
ReplyDeletelawood !
DeleteDekat sgt dengan rumah saya.... jumpa SMKDC jumpalah lawood...... kalau pergi around 12noon jenuhlah beratur.......
ReplyDeletehaaaa. mesti hari hari buleh gi makan.. org pun selalu ramai kan?
Deleteni baru betui mkn smp terkenang kenang..ok. masuk dulu dlm list jjcm, mana taw kot tersesat kesana..boleh gak singgah..
ReplyDeleteyes.. sila terjah !
Deleteooo orang melayu nasi kandaq nya...
ReplyDeletehaah. org melayu yang masak.... kakak kakak kelantan
Deletepernah ke sini few times.. yg terakhir bulan lepas mcm dah tkbrapa power kari dia.. selera kami bertukar kot.. tp still a good lunch.
ReplyDeleteoh dah tak hebat eh? tak menjaga kualiti la tu. org dah ramai pegi dia suka suka hati buat tak sedap dah..
Deletenanti nak gi test sekali lagi
Yes yes inilah tmptnya kalau nak rase nasi kandar melayu sedap! Mr Z knalkn kedai ni kt aku...memori daun kari betul
ReplyDeletememori daun pisang setandan eh.. kau dekat tu nana.. apa laga.. sila la tawaf ke sana
DeleteNasik kandar kelate?
ReplyDeletegitu la gamok nya
Deletedari aku remaja sampai dah berbini dan ber'anak ni tempat paling BEST nasi kandar melayu,
ReplyDeletekalau nak mkn kena dtg awal.. kalau lunch time.. aduh... lapar jadi kenyang..
ooo kira kau dah lama tau la ni....
Deletetapi memang sedap kalau dpt