Wednesday, January 20, 2016

Jom Makan : Stable Steak House, Kg Baru

Ini kejadian lepas tengok konsert di Istana Budaya.

Dah puas bertemasya dan beriang ria, perut pun mula la lapar ! Maklum la sebelum concert, tak leh makan banyak nanti payah nak hyper. Perut sangkut !

* mati la padahal tengok concert macam patung cendana je keras kejong !

So abis concert dah agak lewat, so aku, BW dan IH sepakat dan kami decided nak gi makan kat Kg Baru jer.

Tempat pilihan jalan jalan cari makan lepas konsert adalah di Stable Steak House, Kg Baru !

Kota Kuala Lumpur dari Kg Baru

Rasanya rata rata ramai yang dah tau dan mungkin pernah berkunjung untuk melantak di Stable Steak House di Kg Baru ni. Agak popular jugak tempatnya cuma aku sendiri belum pernah berkunjung ke sana !

Kali ni pastikan jadi !

Terletak di kawasan rumah flat Kg Baru on the way ke LRT Station Kg Baru

Senang cerita, masuk gerbang Kg Baru tu terus je sampai simpang jalan. Ada flat kat situ, ambik simpag ke kanan belah ke LRT Station. Ada signage jugak tulis ke arah Stable Steak House ni.

Nama je Stable tapi bukan la kandang kuda. Kira resto biasa jer. Dan jangan expect jumpa kuda pulak kat situ !

Jalan sampai hujung. Maka nanti .............

Tara.... Sudah jumpa !

Kedai di agak hujung jugak sebelum belok ke arah LRT Station tu. Tengok signage tu boleh cam lah !

Masa kami sampai hari tu dah agak lewat nak dekat tengah malam jadi orang pun kurang. Kakak owner dia cakap tutup pukul 1.30 pagi tapi last order dalam kol 12.30 tengah malam.

Masih ada masa untuk kami duduk makan di situ.

Kedai dia macam 2 kedai sekali. Petanda business maju dan berkembang !

Park kereta tepi tepi jalan tu jer. Time tu tak penuh sangat parking kira OK lah.

Dalam resto

Macam lebih kurang je gambar ni dengan gambar di atas. Tapi tak pe lah. Malas nak merayau nak ambik gambar.

Kalau duduk belah hujung hujung tu nampak view lawa jugak la. Boleh nampak KLCC dari sini.

View ni !

Tapi lighting kedai ni agak suram suram jer. 

Maka gambar gambar pun sendu seadanya. Salah kita orang jugak sebab pilih tempat di hujung hujung. Maklum la lari dari peminat, takut peminat serbu !

* cucuk mata dengan garfu

Usha buku menu.

Buku menu

Maafkan kekhilafan dalam memotret tanpa pencahayaan yang mencukupi. Aku tak gemar nak pakai flash. Nanti musuh mudah tertarik dan memandang serong !

Kedai ni banyak jual western food ala ala steaks dan geng geng sewaktu dengannya. Makanan Asian pun ada jugak macam mee goreng etc. Tapi tak de banyak choice. Kalau nak makan yang nasik nasik berlauk, sila pegi kedai lain ! Tapi betul ke sini ada jual daging kuda?

Aku ada jumpa kesalahan tatabahasa kat dalam menu book dia. Hahaha. Dasar suka nak cari salah orang cam ni lah ! 

Orang tak ramai jadi kami tak menunggu lama.

Tengah borak borak, satu persatu makanan tiba.

Setiap hidangan steak dan western dia didatangkan dengan bread dan butter sebagai pembuka selera. Roti dia lembut juga

Ni minuman special kat sini. Mix Juices. Kami tanya waiter tu, mix buah apa, dia cakap RAHSIA !!

Sebab rahsia tu la, kami bertukar order air ni. Memula masing masing order air lain. Tapi bila dapat tahu wujudnya air dengan resepi rahsia ni, terus tiga tiga tukar menu minuman.

Dan tiga tiga order air yang sama !

Dan berkat menonton rancangan Masterchef Celebrity, kami bersepakat sebenarnya macam tak de la rahsia mana pun. Dia mix 3 jenis buah buahan iaitu, belimbing, orange dan tembikai. Jadi air ni nama dia BEGEKAI

Hahahah.

Suka suka je kasi nama sendiri.

Air dah sampai. makanan nya mana?

Siti Nurhaliza, Ramli Sarip dan Hetty Koes Endang ni dah lapar !

* sapa ntah nak chop jadi Hetty Koes Endang ni.

Tengok makanan makanannya.

Sizzling steak. Didatangkan dengan fries dan brown sauce. BW punya. Dia makan sampai abis. Lapar la tewww

Grilled Chicken untuk aku. Makan tak abis !

Chicken Chop with black pepper sauce untuk Hetty Koes Endang ! Ops... untuk IH ! Dia makan abis.

Sorry, gambar memang tak cantik. Tu kesilapan memilih meja lah tu. So gambar tak boleh nak justify rupa paras sebenar makanan makanan di atas.

Tapi rasanya pun sebenarnya so so saja.

Tak tau la. Maybe tak kena dengan tekak kami kot, masing masing kata makanan dia OUT skit !

Tak pasti maybe sebelum ni memang sedap betul kot makanan kat sini sebab aku dengar macam glamer je tempat ni, tapi kalau makanan tahap tahap macam ni.. erkkk... tak de la inzal mana !

Anyway Alhamdulillah mengenyangkan.

Owner/Staff dia agak friendly juga.

Kos makanan kesemuanya adalah RM 64 untuk kami bertiga.

Lepas makan lepak jap borak borak dan masing masing dan berlawan menguap, so akhirnya kami pun berangkat pulang.

Dah tua tua ni, tak gagah nak stay up lewat malam dan berkeliaran di kotaraya even malam minggu !

Endurance dah tak power macam masa muda muda dulu. Kalau dulu malam malam buta KL pun boleh di jelang lagi selagi tak subuh, tak balik lagi rumah.

Now dah tak berapa bermaya karin dah ! Tanda tanda penuaan.

So, Bonda Hetty Koes Endang. Perut dah kenyang, apa lagi.. nyanyi lah satu lagu !



Kan kujelang pasti ku jelang
Esok malam di cahaya bintang
Kan kubawakan bingkisan asmara
Tumpuan hati berdua

 Dendam rindu kasih di kalbu
Kucurahkan dalam ini lagu
Kan kudendangkan bagi dikau tuan
Di esok malam cemerlang

 Usah cemas gelisah
Tak kemana beta pergi
Tiada nanti kudusta
Kau jua pautan hati

Esok malam aku kan datang
Ditempat kita memadu cinta
Diangin lalu kusampaikan pesan
Esok malam kau ku jelang

Diangin lalu kusampaikan pesan
Esok malam kau ku jelang

6 comments :

  1. Dah pernah rasa.... Memang tak sedap pun food dia.... Parking dah lah hazab nk dapat...

    ReplyDelete
  2. Hepi gile dgr lagu ni pagi neh. Lama x dgr. Bebaru ni kuar kt radio "inginku sandarkan harapan" terus rasa nak update playlist lagu ye!

    Biasalah Meng..kalo western2 ceni susah nk mdpt yg sedap. Kalo aku lar aku ske gi either murni atau damansara uptown je kalo nk berwestern mampu milik

    ReplyDelete
    Replies
    1. murni dgn uptown tu oke jugak.. cuma org agak ramai la kan.. tapi memang mantap...

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...