Friday, January 29, 2016

Jom Makan : Restoran Mohd Chan, Ara Damansara

Makan malam di Restoran Mohd Chan.

Lokasi makan malam adalah di cawangan ke 12 mereka yang baru di buka di Ara Damansara.

Besar signage dia. Sebatu pun boleh nampak

Di hari minggu keluar gi beli barang dapur kat Tesco, pastu perasan ada  resto ni baru di buka jadi kami singgah makan di sini. Time tu hari dia start beroperasi, kalau datang siang boleh makan free sempena opening. Tapi sebab datang dah malam, kena la bayar !

Dulu aku pernah keluar statement yang aku kurang gemar dengan makanan Chinese Muslim ni. Ni pun sebab few tempat aku pegi sebelum sebelum ni ternyata mengecewakan dengan selera aku. Tapi semenjak aku makan kat Homst Recipe di Cyberjaya, persepi aku mula berubah.

* berdiri depan kedai sambil memandang ke langit dengan mata berkaca.......

"Maafkan aku. Sesungguhnya aku menyesal kerana telah membuat mu terluka, sungguh aku kesal dengan kebodohan ini, aku pinta padamu jangan bencikan aku. Tolonglah jangan berkecil hati.

Mungkin kesekian kalinya kesilapan ini aku ulangi lagi dan buat kau kecewa. Tapi percayalah, semuanya di luar kawalan diri. 


Aku sesali putus terpaksa ini"


* seka airmata penyesalan dengan effek sedu sedan



Seringkali kau menepis tiap persoalan
Ada sesuatu kau sembunyikan
Dari pengetahuanku

Dapat aku merasakan
Ketara perubahan
Setelah jelas terbukti
Sesuatu yang terlarang
Menjadi teman hidupmu
Selain aku...

Demi masa hadapan kita
Aku merayu
Kuncikan keinginanmu
Bernafaslah dalam sejahtera
Ku pasti ruang untuk mu
Masih ada...

Sudah puas ku menghimpun doa
Agar kau berubah
Berpaling membentuk impian hidup kita

Namun tiada oh kudratku untuk
Halang keinginan
Suaraku tak berdaya
Menentang kemahuanmu

Sia-sia belaka aku
Berkorban kasih ku padamu
Sekiranya kau
Masih tak ubah pendirian
Yang hanya menjanjikan
Pemergian ngeri
Yang tak memberi erti

Demi masa hadapan kita
Tak sanggup aku
Bertemankan oh kasihmu
Yang penuh dengan fantasi
Terpaksa jua ku undur diri...
Terpaksa jua ku undur diri...

* matilah drama tak tentu pasal

Sebenarnya nak bagitau, selipar aku putus !!!

Putus terpaksa

Biar selipar putus asal selera tak putus !

So kali ni aku bersedia sekali lagi untuk mencuba makanan Chinese Muslim ni. Aku memang tak pernah try pun sebelum ni makan di Mohd Chan ni, so kali ni... nak cuba try test.

Ayuh turut serta. Tapi duduk meja sebelah. Order dan bayar sendiri ya !

Kebetulan hari tu grand opening, so orang pun agak ramai. Maybe ada customer dan ada juga sedara mara tokey ni datang untuk meraikan hari bersejarah bagi outlet Mohd Chan di Ara Damansara ni.

Sebab aku tak de pertalian apa apa, so pandai pandai la bawak diri.

Resto. Nampak tak banyak bunga bungaan sempena pembukaan outlet ni hari tu

Boleh pilih nak duduk dalam resto

Atau di luar saja. Senang nak merokok bagi perokok perokok macam aku ni

Restoran Mohd Chan ni adalah di lot rumah kedai. Tapi outlet dia kira penghujung blok dan kawasan tu pun tak de la busy mana tak macam jalan sebelah lagi yang penuh dengan food court Cina menjamu selera.

Cuma ada few resto lain yang baru di buka seperti Pizza Hut dan Dominos Pizza. Jadi, kalau malam malam tu parking agak senang sikit lah di kawasan ni.

Kedai baru, so nampak bersih dan semuanya masih baru.

Jom usha usha kawasan resto.

Bunga bunga penyeri suasana. Ni maybe supplier dia orang hantar sebagai tanda sokongan bersempena dengan pembukaan outlet baru ni.

Salah satu ruangan dalam resto

Tempat penyediaan

Ada tempat wuduk dan ruang solat di sediakan

Dan tengok kawasan sekitar resto, duduk la dan bersedialah untuk di layan.

Waiter akan datang dan beri buku menu. Tatap la sepuas hati, dan renung la gambar gambar bagi mencari idea, apa yang nak di makan yang kena dengan selera.

Menu book

Pilhan lauk untuk ikan ikanan

Ketam ketaman

Sotong sotongan

Juga terdapat menu ala carte

Dan sudah tentunya minuman minuman

Di samping itu juga, sebagai restoran Chinese, sudah tentu makanan makanan seperti dim sum dan pau turut sedia di jual untuk hidangan.

Ada kaunter dim sum di bahagian luar resto

Juga pau dan bun

Dah order siap sedialah untuk menunggu.

Lama jugak la kita orang menunggu malam tu. Maybe sebab orang agak ramai, jadi kena la bersabar sikit.

Sambil sambil tu layan Princess punya gula gula jackpot ni beli kat Tesco

Dan penantian kami menunggu hidangan berakhir bilamana waiter datang membawa hidangan yang di order ke meja makan.

Tanpa membuang masa, dengan segala hormatnya, dipersilakan hidangan hidangan makan malam muncul menunjukkan diri !

* tepukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Kami adalah minuman yang boleh membantu di kala tercekik makanan atau kepedasan.

Saya adalah ayam yang di masak masam masam manis.

Hitam hitam si tampok manggis, sungguhpun hitam di pandang manis. Kami adalah daging yang di masak lada hitam ( black pepper )

Sorry tak nampak kami. Kami udang udangan siap sedia melapor diri dengan salutan butter di seluruh tubuh badan. Princess tak nak makan butter tu sebab dia kata rambut. Rambut blonde bekas gofren lama Papa agaknya

Weols kacang kacang botor di masak dengan belacan sedia dijadikan santapan. Weols redho dibelacankan.

Jangan di lupa.. Di dadar ku ada telur kamu..... eh.....

Hidangan makan malam siap sedia untuk dibedal.

So dah makan kena la bagi verdict supaya dapat dikongsi dengan rakan dan taulan !

Overall food dia not bad ! Buleh tahan lah. Ayam masam masam manis tu sedap. Daging black pepper tu je agak pedas sikit tak berapa sesuai dengan perut aku yang ala ala dari Mediterranean ni. Udang butter pun not bad. Kira OK lah. Tapi Homst Recipe Kitchen menang sikit dari segi rasa dan Mohd Chan menang dari penampilan.

Tapi macam biasa, order punya lah banyak. Makan tak abis ! Nasib baik boleh bungkus tapau bawak balik. Kang malam malam Hero aku tu dia buat drama dia, lapar nasik !

Princess macam biasa. Tak nak makan. Jenuh di paksa. Tu pun makan sesuap dua jer. Tapi air laici untuk dia adalah menu wajib.

Alhamdulillah. Makanan mengenyangkan. Memang tak kecewa lah dengan lauk pauknya. Service pun tahap terbaik lagi. Layanan pun tahap memuaskan hati.

Dah abis makan, sila ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Kos makaanan semua sekali adalah RM 137.40.

So ni alamat dan maklumat berguna untuk outlet di Ara Damansara ni.

Outlet outlet mereka yang lain

Aku rasa Restoran Mohd Chan ni bukan la baru so maybe ramai yang dah berpengalaman mengunjungi dan menikmati sendiri makanan makanan di franchise ni.

Bagi aku, dengan harga makanan yang agak berpatutan, makanan pun menyelerakan dan mempunyai cawangan di banyak kawasan, sudah tentunya Mohd Chan memang dan glamer dan dikenali seantero Malaya ni.

So bagi sesiapa yang mencari kelainan dan ingin mencuba chinese muslim food. Highly recommended !

Boleh rujuk FB mereka : Mohd Chan MY dan juga official website :  Mohd Chan Restaurant untuk maklumat lanjut dan update terkini !

Sekian !

Nak kena pegi beli selipar baru pulak.

14 comments :

  1. Alaaaaa uncle meng ni... Makan ratus2 .... Belilah seliper yg bagus sikit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha... nak kena beli terompah la. tahan lasak skit

      Delete
  2. Ntahnya uncle ni...beli la selipar mahal sikit...selipar fipper ker...kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks.... kau kan... suka suka je nak uncle kan aku jugak. cis. ya la nanti uncle beli selipar kalis maki....

      hahahhaa

      Delete
  3. cawangan kota kemuning ngan shah alam biasa aku gi...dekat ngan umah aku...selalu tapau koey teow goreng jek kekeeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kau tapau tu mesti la sedap rasanya kot kan? nanti aku try lah

      Delete
  4. Uncle ni xbole blah.. awal2 lg dah lagu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak buat cemana... uncle kecewa berdukalara nestapa

      Delete
  5. Meng lepas ini, cuba gi try resto Adam Lai pulak...
    tergoda dengan floss butter aka rambut tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. adam lai pulak. okey.. nanti aku usha....

      terima kasey

      Delete
  6. Alahai princess..conpius achik awat lar kamu xnk mkn..sesedap sume yg papa order tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. dia tengok je. nak makan sesuap pun mcm nak bergaduh

      Delete
  7. Meng;

    Why the video orang tuh dah removed !!! Keciwaaa ... sebab minat lagu tuh !!! Hahhahahaa

    Malaysia syurga makanan gitu !!!!

    Macam mana ler dia orang boleh buat floss halus halus macam tuh !!!

    Kita nih jenuh nak buat floss macam tuh, tapi tak menjadi sangat!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa i pun tak sure kenapa kena remove. Astro la ni marah org ambik dari program dia. Tak pe I ganti lagu yang sama untuk hiburan En Ghaz.

      Buat floss halus2? Errrr di luar batas imaginasi saya. Saya tahu makan saja !

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...