Makan makan di Fat Spoon, Uptown Damansara. Ianya sebuah cafe yang menyediakan makanan ala Nyonya Chinese dan fusion Asian.
Aku memang lama jugak teringin nak try makan kat sini. Asyik lalu dua tiga kali kat depan ni. Tapi masalah utama tempat ni adalah nak mendapatkan parking ! Selalu je penuh. Baik siang mahupun malam !
Ada satu hari tu, berjaya menyelit dalam banyak banyak kereta yang parking kat situ. Besar hajat hati datang ke mari dan cuba makanan di sini.
Fat Spoon
Malangnya........ closed !
Memang tak de rezeki.
Kedai ni tutup agak awal jugak lah. Last order by 9.30 malam. So balik keje dah malam baru nak merayap sebab jalan tak jem.
Jadi, impian tak terlaksana sudahnya tapi masih menyimpan hasrat nak mencuba.
Selang beberapa ketika, cuba sekali lagi ! Pastikan jaya !
Berjaya jumpa parking selepas tawaf 2 kali area uptown
Yes ! Masih di buka dan menerima pelanggan.
Seating di bahagian luar
So kali ni confirm la jadi !
Masuk dan duduk. Ada ramai jugak orang time tu.
Layan suasana dalam kedai Fat Spoon ni !
Kedai agak vintage dan dengan perhiasan antik
Dalam resto
Haa nampak tak sudu yang gemok atas kepala tu? Kalau tengah bergaduh, cepat je awek tu buleh capai senduk atas kepala jadikan senjata.
Atas meja
Duduk dan kami di beri buku menu.
Tengok buku menu nya.
Fat Menu !
Fat drink dan desserts
Sebelum aku bertandang ke sini aku ada riki apa yang menarik dalam menu nya dan yang selalu di order oleh pelanggan.
Macam di Fat Spoon ni, memang famous dengan nasi ulam nya. Jadi aku pun nak mencuba !
Di persilakan masuk menu menu yang telah di senarai pendek.
Minuman datang dulu. Ini adalah Teh Serai dengan Pandan. RM 8.49 termasuk GST satu teko. Okey la jugak. Yang penting banyak la buleh tuang tuang berkali kali. Kembung jugak nak abis.
Yang tu Guava Lemonade. Ada rasa jambu batu dan lemon sikit. RM 8.49. Rasa dia sedap ! Tapi sikit !
Menu utama !
Yang cantik lawa masuk dulu mengadap.
Tamarind Prawn Pasta untuk OR
Nampak lawa di hiasi dengan udang udang pelbagai gaya dan aksi di dalam pinggan berserta pasta.
Verdict !
Tak sedap. Pasta tu rasa kicap semata. Masin masin skit. Tak pedas. Tak lemak. Tak de apa. Udang pun pun rasa kicap jugak sebab macam dah di gauli dan disenggamakan dengan sebati.
Harga : RM 16.98.
Boleh skip unless memang nak try.
Dan di persilakan menu dengan cameo peha gebu yang agak seksi ala ala Beyonce.
Ulam Fried Rice
Initially aku nak order, Nasi Goreng Ulam dengan Chicken Curry tapi dah abis. Tak de rezeki. So makan Nasi Ulam yang ni je lah.
Verdict !
Mungkin time tu aku lapar kot, so aku makan sampai abis. Yang buat dia lebih kick adalah sambal belacan dia tu. Memang pedas tahap naga tapi kena jugak rasa baru la kick rasanya.
Ayam goreng pun OK la rangup dan bersari. Cuma size kecik.
Maybe sesuai lah dengan harganya : RM 12.26 dengan GST
Tapi nasik ulam yang ni agak sedap dan mengenyangkan !
Dan. Dah abis makan dari koleksi Fat Menu, kita beralih pula kepada dessert.
Ada sesuatu yang istimewa di Fat Spoon ni yang menjadi signature menu di sini. Kalau datang sini kena la cuba.
Menu nya adalah............ (kasik effek jantung berdebar sikit).
Dup Dap Dup Dap.
Menu nya adalah............ (kasik effek jantung berdebar sikit).
Dup Dap Dup Dap.
Cempedak Spring Rolls !
Ya betul !
Jangan kelip kelipkan kelopak mata tak percaya. Ianya cempedak yang di lenyek dan digulung dalam kulit popia lalu di goreng. Dan di makan dengan aiskerim vanilla !
Nom Nom Nom !
Sedap !
Lagi lagi makan tengah panas dan disenggamakan dengan aiskerim yang tengah sejuk. Memang inzal tahap anzalna.
Yang tak inzalnya, size popia tu kecik kecik dan comel comel belaka dan harganya untuk satu set di atas tu adalah RM 15 ! Mahal betul cempedak 5 ketul ni.
Tapi aku rasa aku tau kenapa.
Ting !!
* keluar mentol kat kepala
Sebabnya semua buah cempedak ada di luar pagar ! Galah tak cukup panjang nak jolok !
* pakai tengkolok siap nak berpantun
Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Cempedak popia rasanya syurga
Tapi harganya agak mengerikan
Anyway, since tu antara yang patut di cuba di sini, kena la cuba.
Sedap memang sedap !
Overall, makanan lain harga dia munasabah lagi, so jumlah keseluruhan masih boleh kira affordable lagi. Suasana pun OK, macam makan kat rumah pun ada, cuma hari tu aku agak malang sebab ada satu family yang ramai makan kat meja sebelah. Dah lah ramai pastu borak kuat kuat dan gelak macam tak ingat dunia menganggu pelanggan lain jer.
So, boleh lah cuba cuba makan di di Fat Spoon bagi yang berkesempatan di kawasan ni tapi make sure order something yang selalu orang cuba. Menu pelik pelik tu kang tak sedap buat tambah kecewa jer.
So, boleh lah cuba cuba makan di di Fat Spoon bagi yang berkesempatan di kawasan ni tapi make sure order something yang selalu orang cuba. Menu pelik pelik tu kang tak sedap buat tambah kecewa jer.
Hiasan dalaman.
Masa nak bayar, bil dan balance dia letak dalam buku. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab waiter tu tunggu depan mata.
I is malu.
Kos 2 orang makan RM 64.
Cafe Halal !
Pls note, last order 9.30 pm. Monday tutup !
Fat Spoon @ Damansara Uptown
73, Jalan SS21/1a, Damansara Utama, 47400 PJ
Tel: 03-7728 3323
Opening Hours:
Tues – Thurs 11.30am – 3pm; 5pm – 10pm
Fri – Sun 11.30pm – 10pm
(Closed on Mondays)
Lokasinya sebaris dengan Wondermilk Uptown Damansara.
Facebook : Fat Spoon Cafe, Uptown
Fat Spoon mempunyai sister outlet di Sri Hartamas. Boleh refer : Mei By Fat Spoon.
hahahaha...lawak..lawak tang part buah cempedak diluar pagar...sengih haku sensorang kat dpn pc...hiks
ReplyDeleteada galah? kalau ada boleh la tolong jolokkan.
DeleteAbg Meng tanak review restaurant Fizo Mawar ke? Hikss...
ReplyDeletejauh sgt nak pegi.. tapi hari tu ada lalu. mcm suram suram je kedai nya.
Deleteinsya allah kalau tersesat ke bangi boleh la singgah. untung2 dpt tudung free
gigih ko kan...
ReplyDeleteharga cempedak popia tu dah bole beli 2 biji cempedak size kecik.
tapi kalo balik rumah buat belum tentu boleh jadi mcm yang ko makan tu...itu aku merujuk pada diri aku sendiri hahaha
aku pun akan bagi jawapan yang sama. Belum kira nak kopek cempedak kena getah lagi..
Deletedan belum tentu jadi sedap mcm kat kedai ni kot. ahaks
Apa kaitan ngn sudu gemok kdai ni sebenarnya?hahaha ok cempedak luar pagar tu mgodaaa...
ReplyDeletemaksudnya... sudu gemuk untuk dia kaut keuntungan la kot.. ahhahaha aku speku tanpa berasas
Delete