Entry ni maybe dah lapuk ditelan zaman sebab sekolah pun dah buka tapi maybe memberi idea kepada para ibu bapa yang mahu mencari kelengkapan sekolah untuk anak masing masing bagi sesi persekolahan tahun hadapan !
Tak nak sembang banyak sebab kedai kedai yang menjadi pilihan aku tahun ni untuk Hero adalah sama macam tahun tahun lepas.
Check sini sejarah silam : Kelengkapan Sekolah 2015
Basically tahun ni pun kedai yang sama sebab aku masih menyimpan kepercayaan penuh berdasarkan pengalaman membeli barangan di sana sebelum ni.
Ayuh mulakan dengan kadar laju.
1. Beg Sekolah.
Untuk kelengkapan beg sekolah, aku memang setia dengan Butik Swan ni. Dah review masa tahun lepas lagi dan rasanya dah few years memang beli beg sekolah Hero kat sini jer.
Tak nak sembang banyak sebab kedai kedai yang menjadi pilihan aku tahun ni untuk Hero adalah sama macam tahun tahun lepas.
Check sini sejarah silam : Kelengkapan Sekolah 2015
Gambar tak de motip. Kondo baru siap di Uptown Damansara. Isap rokok sambil menunggu.
Basically tahun ni pun kedai yang sama sebab aku masih menyimpan kepercayaan penuh berdasarkan pengalaman membeli barangan di sana sebelum ni.
Ayuh mulakan dengan kadar laju.
1. Beg Sekolah.
Untuk kelengkapan beg sekolah, aku memang setia dengan Butik Swan ni. Dah review masa tahun lepas lagi dan rasanya dah few years memang beli beg sekolah Hero kat sini jer.
Walaupun ada pengalaman tak best last year, tahun ni pegi kat SwanShop Uptown jugak sebab dekat
Baju bajan pun ada kat SwanBag ni, tapi aku paling berkenan dengan beg beg dia. Harga memang agak mahal sikit tapi untuk kegunaan budak budak yang lasak memang boleh tahan setahun. Pilihan pun banyak.
Pilihan beg
Princess terus histeria tengok beg kaler kaler pink di sini
Beg sekolah
Di samping tu kat sini ada jugak jual stationery....
Tengok la si Princess ni, kalau di beri kelonggaran ambik barang, barang ntah hapa hapa je dia sauk. Tisu lah apa lah. Dengan alasan nanti gi sekolah muka berpeluh !!! Eh. Papa kau ni dulu sekolah leher berdaki.. relaks jerr.....
Kesimpulannya, kalau nak cari beg sekolah, kedai Swan ni terbaik ! Harga mahal sikit tapi tahan lasak.
* promo habis habisan lak aku ni.
Webiste mereka, boleh check info dan lokasi berdekatan : SwanBag
2. Baju Sekolah.
Nak cari baju pengawas Hero, tak lain dan tak bukan kena pegi Canggih. Tapi macam Hero kena pegi berulang kali sebab saiz baju takder. Selalu stock cepat abis. Jadi baju baju di Canggih kena beli awal sikit dan tak leh tangguh tangguh. Tapi di Canggih, pakaian especially baju adalah sangat bermutu.
Sebab OR yang bawak Hero pegi Canggih, so aku tak de snappy gambar. But boleh check website mereka. Nak order online pun buleh !
Website : Canggih Shop
3. Kasut Sekolah.
Ingat kasut, ingat la Bata. So beli kat Bata je kasut putih Hero sebab dia pengawas kena cari kasut hitam tapi kasut hitam tak menarik di Bata ni.
Bata ada di mana mana.
4. Baju Melayu Sekolah Kebangsaan.
Ini kena tempah jahit sebab anak aku adalah saiz gergasi. Tak de saiz di kedai !
Baju sekolah saiz gergasi !
5. Kelengkapan Lain.
Tahun ni ada sedikit berbeza dari tahun dulu. Dulu aku dah jumpa satu kedai yang boleh di katakan agak lengkap kalau nak cari kelengkapan sekolah budak budak ni. Nama dia Bee Loon !
Bee Loon
Bee Loon ni HQ dia di Melaka tapi ada cawangan di USJ Taipan. Tahun lepas aku dah riki kat sana dan memang banyak barang boleh didapati di outlet Bee Loon ni.
Tahun ni?
Hah... apa kata, sambil nak cari baju sekolah, boleh gi jalan jalan makan angin. Makanya kami ke Melaka untuk bershopping barang sekolah di Bee Loon !
Gigih ni drive jauh jauh.
Bangunan Bee Loon Textile Melaka terletak sama bangunan dengan Hotel Sterling.
Boleh di katakan kunjungan ke Bee Loon ni memang berbaloi sebab semuanya ada. Harga pun mampu milik lagi lah. Tak mahal mana.
Kasut hitam. Baju sekolah agama. Baju. Seluar bersaiz besar. Songkok. Uniform KoKo. Beg dan macam macam lagi ada. Sesuai sungguh untuk orang orang yang suka cari barang sekolah last minit macam aku ni.
Segala mak nenek stationery ada di sini
Ada cerita lucu kat tempat pen pen tu. Aku ni pun kadang kadang jakun lama tak tengok pen banyak banyak. So aku dok la perati pen pen yang bermacam rupa dan warna tu.
Tengah ralit kat situ, tiba tiba ada budak pompuan menjerit.
"Excuse me !!"
Muka garang gila. Budak lagi, macam 6-7 tahun je. Aku rasa dia dah menjerit berkali kali nak lalu situ dan aku macam buat tak endah je. Yang lawaknya muka budak tu. Kecik kecik muka dah kerek. Siap jeling lagi tak puas hati.
Pekerja pun ramai dan cukup membantu
Nak buat lencana atau jahit jahitan pun boleh
Kasut pun ada.
Memang senang dan mudah shopping barang sekolah kat sini. Semuanya ada. Cukup lengkap. Choice pun banyak.
Sebab banyak sangat choice sampai terlupa nak beli track bottom Hero. Malam tu terpaksa pegi sekali lagi ke Bee Loon Melaka ni.
2 kali berkunjung ke sini
Open daily sepanjang musim cuti sekolah
Ni alamat Bee Loon di Melaka dan JB.
Melaka HQ Address:
No.43, Jalan Temenggong,
75000, Melaka
75000, Melaka
Contact: +606 282 0653
Johor Jaya Branch:
No.5 & 7, Jalan Rosmerah 2/1,
Taman Johor Jaya
Taman Johor Jaya
81100, Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Contact: +607 364 6557
Kat USJ Taipan pun ada, tapi kedai kecik je.
Macam kesian dengan Hotel Sterling yang mewah ni menumpang bangunan sama dengan kedai jual pakaian sekolah.
Anyway sekali lagi aku tegaskan di sini ! Kalau nak beli kelengkapan sekolah, boleh la riki riki tempat tempat di atas.
Tegas tak?
Harap harapnya entry ni membantu especially para ibu bapa yang macam aku. Malas nak bersesak sesak di tempat orang ramai, beli kelengkapan sekolah last minit dan suka tunggu dah nak bukak sekolah baru nak mencari barang sekolah !
Tegas tak?
Harap harapnya entry ni membantu especially para ibu bapa yang macam aku. Malas nak bersesak sesak di tempat orang ramai, beli kelengkapan sekolah last minit dan suka tunggu dah nak bukak sekolah baru nak mencari barang sekolah !
Nasib la cukup lengkap di temui di kedai kedai yang di atas ni.
Ni baru Hero sekolah. Tahun depan masak jugak la bila Princess dah sekolah dan aku dok cari barang last minit macam ni.
Silap silap Princess gi sekolah pakai tudung gaya huru hara macam ni !
Selamat kembali ke sekolah !
Adikku muda remaja
Awasi bila melangkah
Wajahmu manis bak bunga
Pasti ramai yang tergoda
Tidak dilarang kau bersuka
Asal tahu kan batasnya
Jangan sampai adik terlupa
Harapan dan cita-cita
Ibu dan ayah
Menaruh harapan
Agar kau berjaya
Di hari kemudian
Bila tiba waktu petang
Dari sekolah kau pulang
Bergalas buku di pinggang
Siapa lihat pasti tertawan
Adik masih bersekolah
Awas segala dugaan
Adik kan ambil ambil periksa
Agar senang masa depan
Salam...maaf lah komen mcm tak relevan ngan post kali ni ya 😅 Saya ada baca percutian you kat Somerset Ampang dulu. Nak tanya lah berapa deposit yg dikenakan ekk? Masa check-out dapat balik tak deposit tu?
ReplyDeletex ingat ler pulak. tapi rasanya rm 200.. memang dpt balik deposit tu bila check out
Deleteuntung la budak sekarang tudung instant.. zama dulu2 stress je pagi2 nak kene iron tudung licin 2 lapis tu..
ReplyDeletedulu siap ada jarum cucuk kat otak kan?
Deleteaku once fikir pompuan ada power otak kena cucuk dgn jarum tak de apa apa... hebat betul org pompuan zaman sekolah. ke aku yg bongok ? hahha
Teringat time masuk tahun satu.... Tak kasik mama tunggu....hehehe....
ReplyDeleteabis sapa yang tunggu?
DeleteTahun depan cuba try g Outpost Uniform...kalo ada yg minat mancing ke brg2 pisau pn byk kalo tak boring gk nk tggu bdk2 cari baju skolah dia..hehe
ReplyDeletememancing??
Deleteerkkkkk.... aku gi pasar je lah