Thursday, June 4, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V1.0 : 03 - Fraser Place, Kuala Lumpur - Part 1

Masa plan nak gi cuti cuti ni, mencari hotel sebenarnya agak payah sebab aku kalau nak cuti dengan budak budak kena cari hotel yang kids friendly. 

Dan standard aku kalau hotel hotel ni agak tinggi sebab alang alang gi bercuti, biarlah tempat tidur tu yang selesa dan tak banyak hal.

Kalau aku sorang tak per, tapi kalau dengan budak budak, biarlah mereka selesa sikit atau at least, biar dia orang gembira dan fun fun.

Hero pun ada cakap kat aku hari tu.

"Papa, kalau kita nak tidur hotel, biar Papa je la pilih hotel. Jangan bagi ibu, Ibu pilih hotel tak best"

Hahaha. Suka suka hati dia jer. Ingat bapak dia ni saudagar minyak unta agak nya !

Tu sebab last hotel kami duduk hari tu di Seri Malaysia Bagan Lalang dan OR yang booking. Anak aku ni dah pandai komplain !

Cuti kali ni sebenarnya aku dah eyeing for another hotel. Dan selalu je aku check hotel hotel yang baru di buka sebab biasanya kalau hotel baru bukak rate dia masih murah dan special. 

Salah satu hotel yang baru di buka adalah Fraser Residence KL. So aku riki riki jugak la tapi sebab tak confirm nak gi bercuti so tak de la aku book. 

On that day, masa aku decided nak gi cuti ni, nak book je hotel tu terus penuh !

Dang !

Tak de rezeki. Perah perah otak, aku opted for second choice hotel yang ada. Adik beradik dia jugak lah iaitu Fraser Place !

Fraser Place Kuala Lumpur, Jalan Perak.  

Hotel dia memanjang ke belakang. Entrance dia pun kat tengah tengah building

Aku tak pernah experienced stay di mana mana Fraser Hospitality ni tapi kali ni aku try la sebab review pun bagus bagus belaka.

Booking the same day dan lepas gi Aquaria kami terus check in. Tu pun plan asal nak pegi Petrosains tapi sebab terdampar agak lama di Aquaria KLCC tu, time pun dah pukul 4 petang so agak rugi kalau check in lambat. So kami cancelled ke Petrosains dan check in jer.

Dan hotel ni cuma few minit je dari KLCC ! Tapi since kami drive so kena la alih kereta dari parking KLCC ke parking hotel.

Terletak di Jalan Perak, sebelah HQ Hong Leong Bank dan Rohas Perkasa. Opis lama aku tu situ.. tapi dulu bangunan ni tak wujud lagi.

Now.. ayuh kita terjah !

Lobby di tingkat 2.

Parking agak senang. Unload barang dan turun parking kat basement. Parking free je untuk guest. Then naik ke lobby di tingkat 2. Barang barang concierge dah angkut kan.

Lobby agak luas. Ada free internet service

Menunggu tak lama. Check in pantas !

Verandah di lobby

Check in. Anak anak aku macam biasa belasah apple tu dulu

Dan dekat lobby ada free coffee dan drinks

Check in OK. Staff agak peramah dan senyum simpul mak iloi iloi.

Deposit RM 150. Aku ambik one bedroom suite.

Aku request smoking room dan higher floor. So aku dapat tingkat 26. Semuanya ada 29 tingkat !

Jom masuk bilik.

"Assalamualaikum"

Pass key

Dia kira macam service apartment, so luas sikit la. Sesuai untuk family.

Tapi lif agak slow ! Lama jugak la nak menunggu lif tiba.

Living room. Checked ! Biasalah kalau gi hotel tempat tidur aku adalah di sofa jerr....

TV

Dapur

Dining area

Semua FOC

Kamar beradu. Bantal dan tilam adalah best !!

Dalam bilik. Tak payah nak berebut TV sebab ada 2

Closet

Washroom

Ada bath tub dengan standing shower

Toiletries

(Malin + Goetz). Aku suka shower jel dia. Siapa ada akses outlet dia aku nak ngirim !!!

Kiranya room memang best ! Terbaik. Bersih dan selesa. 

Ruang yang luas diri bergerak bebas.. namun keupayaan ku terbatas.. segala mimpi menjadi api.. perit membakar diri.

* pose pose Sudirman tepi tingkap.



Kegelisahan didalam kedinginan
Meniti sepi keseorangan
Sebuah kematian yang tiada bernisan
Sendu mengiringi perpisahan

Ruang nan luas diri bergerak bebas
Namun keupayaanku terbatas
Segala mimpi menjadi asing
Perit membakar diri

Sebuah cinta dan harapan
Menjadi mimpi berterbangan
Tersekat nafasku kabur pandangan mataku
Amat tersiksa diriku
Kerana kehilanganmu

Oh mengapakah terus mengharap menanti
Walau cukup kusedari
Kau tak kan kembali

Pemergianmu mengisi kekosongan
Biarpun dikau masih kuperlukan
Kita dikatakan pasangan bahagia
Kini terasing luka

Tapi ruang memang luas. Tak lemas dan santai. Much better dari bilik hotel yang biasa biasa. Budak budak pun boleh berlari ke sana ke sini. Dan aku tak de la kena pandang muka OR sepanjang masa.

Bosan jugak la kan kalau macam tu ! Hahahaha

Ada masa dia duk dalam bilik dan aku duk kat ruang tamu.

Layan view tepi tingkap

View kat pool....

Bilik memang OK. Cuma malam tu cuaca tak bagus. Hujan jadi kami tak boleh nak keluar makan. Konon plan asal nak gi makan kat KLCC jer jalan kaki tapi dah hujan pulak. Malas nak drive. Sudahnya order Dominos jer. Hotel punya dining cuma ada siang jer. Malam tutup.

Memula nak order Foodpanda. Aku call la nak order over the phone sebab kat hotel ada pamphlets dan menu book dia.

"Sir.. you have to go into our websites.. Then you check your area... where is your area Sir?"
"Fraser Place. Jalan Perak"
"Yes.. you check and you select your area... Bukit BintaN"

Kantoi orang Klate !!!! Hok aloh demo gak... kecek klate sudoh la weyyyy... ey ey ey ey

* buat tarian wayang kulit

Aku tak pernah order foodpanda. Ingat aci order on the phone je. Cis. Last sekali order pizza je. Budak budak pulak nak makan maggie. Memang dapat makan maggie kalau gi bercuti je lah. Yang tak menahannya si Hero tunggu OR masak maggie pastu tak sabar sabar.

"Papa, abang lapar lah"
"Kejap la.. nanti ibu masak lah tu"

Pastu dia mundar mandir kat dapur.

"Papa, Ibu dah letak air dalam periuk tu.. tapi tak masak masak"
"Sabar. Ibu kan tengah solat"
"Mana boleh biar lama lama air tu, nanti ada jentik jentik"

Hahaha. Dia membebel sorang sorang.

Tak tau aku nak marah ke atau nak gelak.

bersambung..................

16 comments :

  1. Muahaha... parop, nasib baik bukam bukit bintam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa.. nok buak guane.. kalu doh asal nya gituh

      Delete
  2. Bang,
    Jangan biar air tu lama-lama.. nanti ada jentik-jentik..

    ReplyDelete
  3. Cerdik sungguh si Hero nie

    ReplyDelete
  4. hehe..jentik2 lar pulak haha. pandai hero! :)

    ReplyDelete
  5. part tak nak panda OR setiap masa...bosan la camtu...
    terus gelak besar..
    hehhe

    eh syok la hotel kat KL...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya la 24 jam depan mata.. rimas juga.. nak gak tgk pokok pokok ke... kan kan kan?

      hotel kl banyak yang oke

      Delete
  6. anak anak ko memang pandai menjawab.

    ReplyDelete
  7. hok aloh...awok ke ore italy....kawe kecek klate dome tok pehe....hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha. dari dia memula ckp aku dah sense.. dah nak gelak tapi tahan. bila tersilap BINTAN tu terus tergelak di situ

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...