Thursday, June 11, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V2.0 : 04 - Legoland Theme Park - Part 2

Masih lagi di Legoland Malaysia.

Legoland. Ni dekat kawasan water theme park

Nak gi mana tu?

Masih lagi di Lego Technic area. Ada banyak ride jugak di sini tapi tak berapa sesuai untuk budak budak. Jadi kami skip jer

Nak naik Project X ni tapi Hero tak berani. Pulak tu hujan. Bila hujan lebat.. ride not in service. Malas nak tunggu lah

Dan seterusnya kami ke Lego Kingdom area.

Entrance Kingdom

Dragon's Apprentice. Ntah apa semangat Hero.. tetiba dia ajak aku naik yang ni

Dan kami naik 2 kali ! hehehe  Syok la sebab tak de orang. Princess pun dan dan nak naik jugak. Tapi aku tak yakin. Takut dia melalak tengah tengah ride. Jenuh lah aku nak tenangkan dia.

Roller Coaster the Dragon. Sebab hujan.. tak gerak. Pastu kami dah jauh skit baru OK. Malas nak naik dah sebab kena ikut laluan macam jauh gila

Kingdom The Dragon

Royal Joust

Naik kuda ni. Budak budak suka lah

Benda benda macam ni biasa lah. Hero la sibuk nak main. Pastu nak suruh aku menang. Macam la aku ni terror menikam nikam ni. Tikam lain pandai la. Hahaha

Raflesia dan arnab

Seterusnya masuk area Imagination

Ni area paling lama kami melepak. Sebab budak budak sangat seronok

Dia orang boleh bina lego car guna imaginasi dia orang dan boleh test kat dalam sini. So memang lama la nak menunggu dia orang sudah. Boleh la kami lepak lepak betulkan urat dan biarkan dia orang main dalam tempat ni

Observation Tower. Dah tak sempat nak masuk sebab dah pukul 6 lebih time ni. Hero ada tempat lain yang dia dah aim

Tengok je la orang naik turun tapi view dia lebih kurang sama dari bilik penginapan hotel cuma side yang berbeza

Macam menara Taming Sari kat Melaka jer

Lego Studio. Ni yang Hero nak sangat masuk sebab ada tayangan 4D

Nasib baik gak la masa tu last show pukul 6.30 petang. So sempat la masuk. Kami di bekalkan dengan cermin mata 3D. Dalam tu tengok movie dengan effect 4D. Seronok betul Hero dengan Princess sebab ada angin, asap, air apa semua keluar. Sepanjang jalan lepas tu dok bercerita pasal tengok movie 4D kat sini

Duplo Playtown.

Tersangkut lama jugak kat sini sebab Princess asyik bermain

Playtown covered so tak kena hujan. Boleh la melepak.

Tapi masa tak panjang.. Tak leh nak stay lama. Legoland tutup pukul 7 malam

So terakhir sekali kami lalu di Land of Adventure. Kat sini memang tak sempat nak main apa dah sebab dah tutup

Kan Kakak Tua?? 

Hero konon nak main ride ni tapi dah tutup pun

Ni pun tak sempat nak masuk

Overall kami spent almost 4 hours kat dalam ni. Tu pun tak abis nak cover semua. Dan tu pun nasib baik orang tak ramai. 

Kiranya memang kalau datang Legoland ni kena masuk pagi lah. Kalau orang ramai boleh jejak sampai ke petang. Kalau tak de orang dalam 5-6 jam jugak should be boleh cover semua. 

Kami ada combo ticket boleh je nak masuk balik esok, tapi aku dah malas bawak dah. Esok pegi wet theme park je sudah.

Lepas land of adventure tu kami balik semula ke tengah menuju ke entrance utama.

Lalu balik kat Miniland ni. Sempat lagi aku menembak sehabis daya

Miniature

KLIA 

Port Tanjung Pelepas

Ibukota

Senja di ibukota. Macam real jer..

Pukul 7 lebih jugak la kami keluar dari Legoland theme park ni.

Overall budak budak seronok. Aku OK jer.. asal dia orang seronok. Penat menunggu aku ambik gambar je sudah. Nasib la orang tak ramai. Tapi banyak jugak la yang kami tak sempat nak try. Nak naik train pusing theme park pun tak sempat.

Keluar dah maghrib.

Senja di Legoland

Hotel kami

Tapi kami tak balik hotel lagi. Pegi cari makan dulu. So kami ke mall yang berdekatan dengan legoland dan depan hotel jer.

Mall of Medini. Tau tak Medini tu adalah nama lama bagi negeri Johor yang di kenali sebagai Negeri Hujung Medini

Cinderella tak datang. Kami yang datang. OK la Mall ni. ada KFC dan kedai kedai makan. Boleh shopping skit skit dan ada kedai runcit boleh stock up barang barang makanan.

Dan kami dinner di Absolute Thai dekat Mall of Medini ni

Hari yang agak meletihkan. Tapi masing masing puas.

Yang penting mereka seronok so aku pun OK je lah. Kira puas hati la jugak masuk Legoland ni walaupun orang kata USS lagi best. 

Tapi bagi aku, kalau tak masuk mana nak tau best ke tidak ye tak?

Not bad !... Seriously not bad.

Untuk rujukan sila refer website LEGOLAND MALAYSIA

bersambung...........

5 comments :

  1. So, kiranya berpa hari dok legoland hotel...? mahal kan..? tp sesuaila dngn harganya... dapt breakfast x..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk 1 malam jer. Mahal kalau beli separate package. Cuba check website kalau ada promo combo bilik dgn entrance fee sekali.

      yes. breakfast included

      Delete
  2. la...x naik keretapi dlm legoland? itu wajib cuba.sebab bila naik tue dia akan keliling kawasan legoland. hari tue naik project x tue dan semua roller coaster termasuk naik the tower yang sebijik macam taming sari. cuba x pergi water theme park je.May be next time.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rancang nak naik tapi keretapi tu la paling ramai org beratur. semua mcm malas nak menapak dalam tu kot.

      Dah abis pusing pun dah petang.. park pun dah tutup. so memang tak de rezeki nak naik keretapi tu....

      Tak per.. tu maksudnya kena pegi lagi la tu.. hiks

      Delete
  3. tak pernah masuk legoland ni tapi dari review ni...JM rasa legoland lagi sesuai utk anak2 baya hero n princess ni compare to USS tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...