Saturday, June 13, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V2.0 : 06 - Puteri Harbour & Kota Iskandar

Dah alang alang di Nusajaya, tak complete kalau tak gi check township baru yang menjadi kemegahan rakyat Selatan.

Puteri Harbour dan Kota Iskandar.

Lepas check out dari hotel berpandukan waze kami ke Puteri Harbour dulu. Hujan lebat lak tu, so agak samar samar bayangan nak drive. Nasib baik la tak sesat barat.

Puteri Harbour suram suram kemendungan. Somerset Hotel di belah hujung dan belah kiri adalah Traders Hotel ( sekarang dah tukar kepada Jen Puteri Harbour )

Kenali dulu Nusajaya.

Projek Pembangunan Nusajaya, sebuah bandar bertaraf dunia antara terbesar di Asia Tenggara yang akan melonjakkan negara ini ke satu tahap lebih tinggi, dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 23 Februari 2007[1].

Pembangunan Nusajaya merupakan salah satu daripada lima zon pembangunan utama dalam projek pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada November 2006.

Projek seluas 9,600 hektar yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu melibatkan tujuh komponen iaitu Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor (JSNAC), kelompok industri dan logistik selatan, hab perubatan dan ‘EduCity’ atau banda raya ilmu.

Pembangunan lain dalam projek yang dimajukan oleh UEM Land Sdn. Bhd. itu ialah resort bersepadu pesisir pantai Puteri Harbour, kawasan kediaman dan destinasi rekreasi bertaraf dunia.

Kedudukannya yang hampir dengan lima pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Pelepas, Pelabuhan Pasir Gudang, Pihak Berkuasa Pelabuhan Singapura, Pelabuhan Jurong (Singapura) dan pelabuhan petrokimia Tanjung Langsat memberikan Nusajaya kelebihan sebagai bandar raya serantau.

Puteri Harbour

Puteri Harbour adalah permata Nusajaya. Pembangunan Marina yang merangkumi keluasan 687 ekar (2.8 km ²) di Selat Johor, dengan pemandangan pulau Singapura. Ia menempatkan marina, terminal feri berbentuk seperti di Riviera Perancis. 

Puteri Harbour adalah lambang  gaya hidup masyarakat mewah yang unik serta menawarkan pengalaman hidup yang luar biasa, dermaga, tempat makan, hiburan, seni dan budaya dalam persekitaran semula jadi.

Club house. Ada resto kat bawah

Puteri Harbour

Kawasan marina dengan private yacht

Resto yang ada

CIQ

Di Puteri Harbour ini juga terdapat Family Theme Park yang merupakan sebuah taman tema yang menampilkan bangunan yang bertemakan kartun Hello Kitty, Bob the Builder, Barney & Friends, Angelina Ballerina, Pingu dan Thomas & Friends.

Little Red Cube

Puteri Harbour Theme Park

Traders Hotel Puiteri Harbour by Shangri La

Somerset Hotel by Ascot

Kami tak lepak lama pun. Tak jugak masuk theme theme park tu semua. Lagipun cuaca hujan so aku ambik gambar lebih kurang je.

Tengok macam menarik jugak kawasan ni. Kalau cuaca lawa syok bergambar tapi kalau mendung macam ni suram suram je la jadi gambarnya.

Mungkin port yang menarik untuk melepak di kawasan Nusajaya ni.

Selepas tu kami berpusing pusing melawat Kota Iskandar pulak.

Kota Iskandar

Kota Iskandar (dahulu Pusat Pentadbiran Baru Negeri Johor) atau juga digelar "Permata Mahkota" merupakan pusat pentadbiran baharu bagi kerajaan negeri Johor yang terletak di Nusajaya. 

Berkedudukan kira-kira 25 kilometer dari Johor Bahru, Kota Iskandar terletak berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di barat Iskandar Malaysia yang turut menghubungkan Johor Bahru melalui Danga ke Nusajaya dan PTP di bahagian barat serta Pasir Gudang dan Tanjung Langsat di timur. 

Pembangunan Kota Iskandar merupakan fasa pertama dalam projek Nusajaya yang sebahagian daripada perojek pembangunan Iskandar Malaysia. Pusat pentadbiran mengandungi bangunan Dewan Negeri Johor (Bangunan Sultan Ismail), Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (Bangunan Dato' Jaafar Muhammad) disamping kawasan Dataran Mahkota dan dua buah Kompleks Jabatan Neger

Bangunan Dato' Jaafar Muhammad

Bangunan Dato' Jaafar Muhammad (BDJM) dibina dengan keluasan 21,480 kaki persegi setinggi lima tingkat. Kompleks ini merangkumi ruang Pejabat Menteri Besar, pejabat-pejabat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan jabatan-jabatan kerajaan. Ia mempunyai kapasiti bagi populasi 530 orang kakitangan. Dilengkapi dengan dewan serba guna, surau, kafetaria, lapangan teater dan taman.

Nama Bangunan Dato' Jaafar Muhammad diambil sempena nama Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Dato' Jaafar bin Haji Muhammad, bapa kepada Dato' Onn Jaafar. Bangunan ini merupakan Kompleks Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor. Konsep bangunan ini ialah unik iaitu "rumah dalam taman". Keindahan alam semulajadi seperti kawasan lapang, taman-taman dan ciri-ciri air menjadi unsur utama di bangunan tersebut

Pejabat Kerajaan Negeri

Kami sempat singgah makan kat warung kat tengah tengah ni. Nasi campur jer...

Kota Iskandar

Bangunan Sultan Ismail

Bangunan Sultan Ismail atau Dewan Negeri Johor adalah bangunan empat tingkat yang merangkumi Dewan Undangan Negeri bagi 114 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor, perpustakaan, arkib, bilik gerakan, dewan jamuan dan ruang rehat. Bangunan ini juga turut dihiasi dengan laman-laman hiasan seperti Laman Kasturi dan Laman Bunga Rampai serta kemudahan asas seperti surau.

Nama bangunan ini diambil sempena nama almarhum sultan Johor terdahulu iaitu Sultan Ismail. Seni bina bangunan ini mengandungi ciri-ciri Moor-Andalus dan reka bentuk Melayu-Johor. Motif tumbuh-tumbuhan seperti nanas, lada hitam dan berlian terpampang di bangunan ini

Menara Bangunan Sultan Ismail

Ada meriam di hadapan bangunan yang di alih dari kedudukan asalnya di Tanjung Puteri

Bangunan Dato' Jaafar Muhammad dari arah mengadap Dataran Mahkota

Ada tempat duduk mengadap dataran dengan air pancut di tengah tengah

Kawasan mengadap dataran Kota Iskandar yang menampilkan sejarah warisan Johor

The Heritage Wall, an experiential tribute to Johor’s illustrious past, its heroes and leaders.

Bagi aku Kota Iskandar ni macam pembangunan Putrajaya cuma scale dia adalah untuk pentadbiran Negeri Johor.

Lawa jugak la. Cuma cuaca tak mengizinkan nak snappy lebih lebih.

Boleh datang lepak lepak dan tengok pembangunan area ni yang sememangnya menjadi kebanggaan Bangsa Johor.



Damai kisahnya sudah termasyhur
Gemilang adat seni dimadah
Satu budaya Negeri Johor.
Kasih terikat di bumi indah
Ya kasih.. gemilang negeri

Tidak terkata tidak terkira
Budinya halus seluruh negeri
Tegaknya kota gemilang nama
Berbagai kaum berpadu janji
Ya kasih.. gemilang negeri

bersambung..............

8 comments :

  1. Dulu pergi kawasan marina tu tak meriah lagi....
    Siapalah geran si Jen itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. sapa ntah Jen tu. mcm tak best je nama cam tu

      Delete
  2. Meng memang orang Hitaly Jati !!! Sebabnya, selama ini mati mati I ingat perkataan yang betul ialah "sesat marat" ... rupa rupa nya bila check kat google, ianya adalah SESAT BARAT !!! Hahahahahhahaaaaa

    http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sesat+barat

    Memang tak pernah sampai lagi kat belah belah bandar yang baru nih ... dulu dulu kalau ke JB ingat / tau Pantai Lido jer hahahahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. gi pantai lido tu berdating2 je kan. skrg pantai lido pun mcm dah tak wujud....

      sesat barat la...

      Delete
    2. menarik juga sini...tapi nk pegi? tunggu berteman dulu baru best

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...