Tuesday, June 2, 2015

Santai Cuti Sekolah March 2015 V1.0 : 01 - Aquaria, KLCC - Part 1

Cuti sekolah bulan June pun dah bermula tapi aku kongsikan aktiviti cuti sekolah bulan March 2015 yang lalu.

Highlight dah keluar di sini : Program Sempena Cuti Sekolah March 2015

Tempat pertama yang kami kunjungi adalah Aquaria KLCC.

Selalu kalau aku cakap aku tak pernah sampai Aquaria KL ada je yang tak percaya.

Aquaria KLCC

Percayalah, aku memang tak pernah sampai situ. Tapi kali ni bersempena dengan cuti sekolah bulan March hari tu maka aku kuatkan semangat dan jati diri nak pegi meredah ke sana.

Selama ni bukan tak nak pegi, tapi sebab aku fikir nak bersesak sesak dengan orang, aku selalu kurang daya kekuatan.

Dan plan ni pun datang spontaneous jer.


Time tu memang cuti sekolah. Tak de plan nak ke mana mana pun. Budak budak pun asyik tanya jugak.

"Papa kita tak pegi mana mana ke?"

Jawapannya adalah diam ! Sebab aku tak jumpa time yang sesuai nak keluar merayap walhal time tu cuti sekolah. Jadi biarkan dia orang lepak kat rumah je tengok TV !

Tapi di hari tu semangat membara melebihi kadar biasa. Agak luar biasalah. Bangun pagi then aku bagi arahan ketenteraan.

"OK. Siap siap. Kita keluar gi tido hotel"

Dan cadangan itu mendapat tepukan gemuruh dari para peminat. 2 orang tu je la peminat aku. 

Then OR tanya baru la aku cakap idea aku. Gi Aquaria KL dan Petrosains dan tidur hotel. Tu dah kira plan cuti cuti sekolah !!

Pagi tu aku riki riki cari hotel dan tengahari kami keluar dari rumah menuju ke KL. Dan tujuan kami adalah terus ke destinasi iaitu Aquaria KL !!!

Kami park di KLCC dan lepas tu jalan kaki terus ke Aquaria KL.

Orang boleh tahan ramai sebab time cuti sekolah

Beratur beli tiket

Harga tiket untuk Aquaria KL as of March 2015. Dewasa with MyKad RM38 dan kanak kanak RM 28.

Untuk info lanjut pasal admission, operating hours dan lain lain sila rujuk sini : Aquaria KLCC

Dah beli tiket

Dan orang paling excited adalah anak anak aku. Hero memang excited cuma Princess agak takut takut sikit.

Sebaiknya kalau nak datang perhatikan dulu feeding time sebab boleh tengok tengok ikan ikan ni makan dan jadual pemakanan mereka.

Boleh juga check kat website mereka dan rancang waktu lawatan.

Masuk masuk je terus jumpa kawan lama aku. Piranha.. sepupu kepada Rihanna.

Kesian orang tu dah tinggal tulang kena belasah dengan depa depa ni

Rocky Shore Touch Pool

Here, visitors are encouraged to grab the rare opportunity to observe, touch and feel our exotic exhibits such as the Sea Cucumber, Chocolate Chip Sea Star, Box Crab, Horseshoe Crab and our gentle Bamboo Shark.

Pastu nanti boleh jumpa abnag ni. Ada hidupan laut yang boleh di sentuh di kawasan ni.

Boleh la sentuh dan pegang pegang

Tapi jangan la bawak keluar dari air tu. Kang mati diri ku tapak sulaiman ni

Pastu boleh la tengok species species lain jugak.

The Electric Zone

Observe one of nature's more intriguing forms of evolution, where animals defend themselves by discharging electricity. Our amazing electric exhibits include the Electric Eel, Electric Catfish and the Elephant-Nose fish.

Ada yang vogue baju kembang kembang

Ada yang malu malu belut

Ada yang pelik dan ajaib. Pelik betul species ni turun naik keluar dari pasir

Ni pun sama. Nak kata ikan tapi gaya berenang agak tak keruan

Dan species species hidupan yang lain

Ni bukan hidupan laut

Deep Forest

As you walk down the steps, you will be greeted by a radiant glow, reflected from thousands of silvered scales swirling within our tube tank.

Highlights in these waters include the giant catfish and the Arapaima from the Amazon.

Dan ada big tank ni dengan ikan ikan dari lautan amazon

Aku rasa mereka semua ni pening sebab dok berpusing pusing tak henti henti

Dan saiz mereka besar besar belaka

Memang banyak jenis ikan yang jarang kita lihat.

Pendek kata memang menarik gak la pada aku tempat ni. 

Nanti aku sambung part 2.

Keluar dari tempat Aqaaria ni ada satu lagi section yang more to educational para kanak kanak. Dan ada la kaler kaler, so anak anak aku pun sibuk lah nak color. 

Dan gambar gambar ni lepas dia orang kaler akan di scan dan akan nampak berenang renang di skrin yang disediakan.

Harga RM 5 sekeping !

Hasil kaler kaler

Sebab dah tak banyak masa since dah spent almost 2 hrs kat sini dan kami tak sabar sabar nak check in hotel sebab dah pukul 4 petang so aku suruh dia orang kaler cepat cepat sebab Papa memerlukan rehat di katil yang empuk !

Lemas berada di khalayak ramai ramai ni.

Dia orang kaler kaler so aku pegi snappy snappy kejap. Tengok tengok.............

Ikan Hero

Dan Princess pun nak menunjukkan bakat dia

Papa pengsan

Tapi Ikan Princess berjaya juga berenang riang di skrin besar neh. (Kat tepi handphone kat bawah tu )

"Adik.. ikan apa ni?"
"Ikan goreng laa"

Papa pengsan sekali lagi.

bersambung......................

18 comments :

  1. alahaiiii kelakar pulak princess ni.. mcm tu rupanye ikan goreng.. hikhikhik

    ReplyDelete
  2. hero punya ikan mcm pakai jersi sudahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. bila berenang x nampak lak tu sebab kaler cerah sgt...

      Delete
  3. mesti anak dara ko ngan hero kagum tengok ikan diaorang berenang kat skrin tu.Pandai princess bagi jawapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tapi ikan tu berenanglaju benor..kejap kejap lak tu susah nak cari...

      Delete
  4. kadang-kadang apa yang keluar dari mulut budak2 boleh buat kita bahagia...tersenyum dengan jawapan princess
    oke agak skema sikit komen hari ni :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh. tu la kdg kdg kita pun x terfikir. tapi dah tu jawapan dia. nak marah pun tak buleh

      Delete
  5. Hihiks..Princess bagi jawapan luar kotak!! :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.... cuma kdg kdg nak ikut kotak fikiran dia jer..

      Delete
  6. Heronyer shark spesis adidas eh. Hehehe....

    Ikan yg berenang menegak tu slalu jumpa bila snorkeling kat mabul ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa hari tu pun aku nampak masa kat mabul.. tapi tak tau ikan apa namnya

      Delete
  7. Wah bestnya, tahun lepas dah pergi tapi Rasa mcm nk pergi lagi... Masa pergi dalam bulan 11 tahun lepas dia cakap 2015 tiket akan naik harga RM48 (b4 tax)... Tapi skrg baguslah masih kekal rupanya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya.. sebab encik FAH bagitau harga naik la. kami pegi serbu.. tapi tgk mcm sama je.

      anyway tq sebab rekomen hari tu. ambik masa gak nak pegi ni... bukan apa.. malas nak bersesak sesak

      Delete
  8. haahahaa...cute sungguh cara jawab...
    ikan goreng....
    (tapi nape ada sirip kaler lain-lain..ikan-laut-dalam goreng kot?)

    ReplyDelete
  9. ikan goreng yang dah rentung atau goreng guna minyak masak yang dah recyle ntah berapa kali...
    Princess oh princess....

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng dgn minyak itam kot. hahaha.. dia tu kdg kdg jawapan panjang akal.. nak marah pun x buleh

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...