Aku sebenarnya dah lama teringin nak duduk Seri Malaysia Bagan Lalang ni. Dah beberapa kali mencuba nak mendapatkan bilik tapi biasanya fully booked.
Biasalah sebab plan biasa datang last minit. Bila call asyik penuh jer.
Lagipun dekat Bagan Lalang ni, hotel agak limited. Nak duduk di Avani tu macam tak berbaloi je rasa. Dua kali dah aku stayed situ rasa macam tak menarik. Harap mahal jer.
So kali ni kita stay kat Seri Malaysia pulak.
Nak tau okey ke tak hotel ni.. Jom !
Seri Malaysia Bagan Lalang
Masa kami sampai dah petang nak menjelang malam. Memang tak plan nak berlama lama di sini pun sebab ingat nak tidur satu malam je dalam misi ke Bagan Lalang untuk makan seafood di sini.
Sebenarnya aku terfikir kalau makan seafood kat Bagan Lalang ni biasanya lama.. so based on pengalmaan lalu aku rasa baik je aku bermalam kat sini jadi tak de la malam malam buta nak balik rumah lagi.
Entrance Seri Malaysia
Pihak hotel dan berkali kali called sebab kami tak sampai sampai lagi. Tapi kira okey la sebab aku booking pun thru phone jer dan bilik memang dia orang simpan.
Bangunan lobby
Lobby
Urusan check in pantas gak la sebab aku memang sampai dah petang. Kena bagi deposit RM150
Kami di beri kunci dan remote. Kena pulang dalam beg ni jugak nanti
Harga bilik penginapan adalah RM 190 semalam dengan 2 pass breakfast. Bagi aku kira OK la sebab nak tidur je pun bukan nak santai mana.
Dapat kunci dan terus kami ke bilik.
Bangunan hotel Seri Malaysia ni ada 2 blok.. Kami dapat di blok belakang. Tak de la juah mana cuma agak jauh dari lobby dan kolam renang.
Laluan ke bilik
Apa yang aku suka pasal hotel ni sebab dia macam resort style.
Ada banyak pokok pokok dan suasanya agak tenang dan damai. Tak de bising bising sangat. Cuma !
Nyamuk pun boleh tahan banyak !
Jom tengok apa yang ada dalam bilik !
Katil ada 2. 1 single dan 1 Queen size bed. Not bad untuk family !
Bilik tak besar mana tapi selesa la untuk short trip
Ada ASTRO.. Jarang hotel ada ASTRO Ria.. tapi sini ada !
Kelengkapan minum minum
Bilik air simple. Anak aku masuk masuk je pastu menjerit
"Papa !! Bilik air dia kecik ! Tak de kolam !!"
Hahahaa..
Tu la.. terbiasa sangat duduk hotel mewah. Hari ni korang duduk hotel murah pulak !! Belajar belajar skit. Hiks. Dia orang cuma terkejut je la sebab selalu hotel bilik air besar besar ada bath tub semua.
Toiletries
Tapi bagi aku memadai. Sesuai dengan harga yang di bayar
Pemandangan dari bilik. Bilik kami di tingkat bawah. Tu block satu lagi dekat dengan lobby
Budak budak asal ada kartun dia orang OK jer
Cuma masa sampai tu Princess dah start demam... dia baring je la. Tak bermaya
Tapi nasib baik kami dah bekalkan ubat dia siap siap. Dia makan ubat terus tertido
Budak yang demam
Yang tak demam boleh makan
Ada yang sempat makan maggie
Yang aku suka. sejadah apa semua cukup
Yang aku tak suka coverage phone teruk ! Wifi pun slow gilaaaaaaa !
Now kita pegi ke persekitaran hotel ni pulak.
Pokok ni paling banyak. Apa nama pokok ni? Langsuir?
Dinding hotel
Okey. Breakfast dia so so... tak menarik mana
Tapi tak de extra charge untuk budak budak..
Pool just okey
Cuma orang agak ramai. Baik di pool dewasa maupun pool budak budak. Anak anak aku jadi segan nak mandi. Tak berapa seronok la tu
Pool budak budak
Ada jugak kelengkapan riadah yang lain
Tempat BBQ
Bagi yang berminat ada sewa basikal di sediakan. Aku tak pasti harganya
Dan walaupun hotel ni tidak terletak di tepi pantai, tapi ada laluan belakang untuk terus ke pantai
Rumah rehat lain
Aku jalan kaki ke pantai Bagan Lalang dari hotel time budak budak berkubang. Senyap senyap kalau tak dia orang nak ikut
Suasana di pantai
Jarak pantai ke hotel Seri Malaysia dalam 200 meter
Kat pantai Bagan Lalang ada orang jual jual. Tapi masa ni masih pagi
Tak de apa aktiviti
Layan ombak yang lesu
Pantai Bagan Lalang yang masih sunyi di pagi hari
Overall, Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang agak OK untuk short stay.
We got what we paid for lah. Tak leh nak expect bulan dan bintang. Apa yang penting.. selesa.. bersih dan service masih di tahap acceptable. Pros and cons biasa biasa lah mana mana pun.... Kalau nak selesa duduk rumah sendiri ye dok?
Boleh jadi option bagi yang mencari penginapan di Bagan Lalang. Kalau nak lagi challenging, berkhemah je tepi pantai tu.. Apa yang penting, ada tempat berteduh.
Selagi ada hayatku dikandung badan
Hanay dirimu yang teramat ku kasihi
Kerna bagiku kini kaulah segalanya
Ku kira kau juga begitu
Tapi mengapa terkadang kau menyisihkan
Sedangkan kita saling sayang menyayangi
Tiada ku terniat untuk melukai
Maafkan andainya salahku
Oh sukar benar menyakinkan
Cinta yang tulus dan suci
Padamu yang ku kasihi
Oh apa lagi disangsikan
Cintaku sebenar cinta
Walaupun kau kedaifan
Tidak pernah ku menyesali
Walau sekelumit hatiku
Tanpamu siapalah aku
Yang melahirkan rindu
Kaulah kekasihku selamanya
Ku teduhanmu
Oh sukar benar menyakinkan
Cinta yang tulus dan suci
Padamu yang ku kasihi
Oh apa lagi disangsikan
Cintaku sebenar cinta
Walaupun kau kedaifan
Tidak pernah ku menyesali
Walau sekelumit hatiku
Tanpamu siapalah aku
Yang melahirkan rindu
Kaulah kekasihku selamanya
Ku teduhanmu
Oo oo ku teduhanmu
Oo oo ku teduhanmu
bersambung........
I pernah berkampung seminggu kat sini bang, short trip ok la kot, seminggu memang boleh merosakkan jiwa hehe..banyak nyamuk
ReplyDeletefestime tgk kuah lontong warna HIJAU..se hijau blog abang!
ReplyDeletesemoga puteri cepat sembuh....
ReplyDeleteingat menjerit sebab apa..sebab takde bath tub rupa..
ReplyDeletehero,pinses mai rumah hakak MJ..rumah hakak MJ ada bath tub..hahahahha
ok la seri mesia..hotel pilihan jugak..hikhikhik..bese stay seri mesia kuantan je..
Dzu : kalau seminggu bontot pun naik kematu.. x leh lama lama.. ya nyamuk bermaharajalelamanja..
ReplyDeleteJM : hijau kekuningan tu....tapi rasa tetap tak sedap. hiks.
MKL : alhamdulillah.
dah melompat2 dah pun..
MJ : dia orang tu memang mcm tu. sebab selalu hotel ada bath tub. padahal kat rumah ada besen je pun
mesti besen besaq boleh muat abam meng ng OR..hikhikhik
ReplyDeletetak kisah la..bila family holiday harussss lah nak tgk anak2 bergumbira..
daku mengerti perasaan anak2 itu..hahahahha
MJ : betul tu. betul
ReplyDelete