Friday, March 13, 2015

Trip Xcited Terlebey : 05 - 4 Islands Tour - Koh Ma & Koh Chuak

Good morning !

Hari ke 2 di Koh Lanta.

Pagi tu aku bangkit awal. Ya la dah tidur mengeruh macam halilintar. Hahaha.. Nasib lah tak de orang datang gegarkan chalet. Tapi aku rasa aku tidur sopan kot semalam. 

Resort ni okey lah walaupun chalet aku agak ke dalam. Nyamuk boleh tahan ada tapi nasib la aircond pun berfungsi dengan baik Cuma wifi slow sikit tu yang terpaksa tidur awal kalau tak jenuh gak melayan dok online sampai jauh malam.

Pagi di resort

Seperti yang di janjikan, pagi ni lebih kurang pukul 8 pagi akan ada orang pick up aku untuk bawak ke Pier di Old Lanta. Bot akan bergerak dari sana untuk sesi lawatan 4 pulau pulau tersebut.

Chalet di Lanta Island Resort

Suasana tepi pantai di pagi hari. Memang resort ni tak menyediakan breakfast jadi no breakfast untuk aku.

Klong Dao sebelah kanan

Klong Dao sebelah kiri.. aku berjalan sampai hujung sana jugak lah semalam

Oh.. breakfast untuk diri sendiri

Aktiviti pagi hari....

Ramai je yang berjogging joggingan di tepi pantai

Ni kawasan sekitar resort

Baru aku nak cuba cuba ambik gambar sekitar resort pagi tu tetiba ada satu pick up datang. Sorang lelaki muncul dan tegur aku.

Tak salah ! Dia memang menanti aku.

So dia pelawa aku naik pick up dia. Sebab aku orang pertama so aku duduk depan. Pick up baru dan selesa !

Best pick up. Terus terasa macam nak beli sebijik... tapi nak angkut apa?

Mamat driver tu cuba cuba berborak dengan aku.

"You muslim?"
"Yes"
"Me too"

Dia jawab. Aku mengiyakan jer. Tak pelik la sebab rata rata penduduk di Koh Lanta ni beragama Islam. Lagi jauh ke bawah lagi ramai orang Islam sebenarnya. Tapi pemandangan biasa kalau pompuan tu pakai tudung seluar senteng. Macam pelik jugak la memula tapi lepas tu dah tak heran. Dan dia orang ni memang tau agaknya asal dari Malaysia je mesti Muslim. Maybe sebab muka lebih kurang je kot.

Mamat drebar ni start berhenti dari satu resort ke resort yang lain untuk pick up pelancong pelancong lain yang turut serta.

Time ni la aku feel feel dapat masuk resort resort mewah.

Salah satu resort di Lanta.. Cantik betul binaan kayu dia

Ni lagi resort mewah yang ada di Koh Lanta

Dari satu resort ke resort yang lain dan semakin ramai yang memenuhi pick up aku naik ni. Sebab aku awal so aku duduk depan, Ada makcik Germany duduk sekali dengan aku. Yang lain lain semua duduk kat belakang.

Perjalanan kami terhenti agak lama kat sebuah backpacker hostel. Mamat drebar ni dok mencari 2 orang minah ni yang patut join. Tercari cari gak la dia tanya orang sana sini punya la lama.

Tup tup minah 2 orang makhluk ni duduk tepi jalan makan kacang !

Macam cipet jer.. Padahal dia nampak je kita orang tunggu dia dan kita orang pun nampak je dia tapi dia boleh duduk bersimpuh tepi jalan buat tak tahu !

Ni pemandangan biasa pick pick up setelah pick up orang

Dari area sebelah barat Koh Lanta.. drebar bawak ke kawasan Old Lanta di bahagian Timur Koh Lanta.

Dari situ mereka akan berkumpul di pier dan masing masing akan ditunjukkan bot yang bakal membawa kami semua untuk tour 4 islands nih.

Kawasan Old Lanta dari arah pier

Antara bot bot yang membawa penumpang untuk tour

Sebab aku bayar yang murah, so aku naik long tail bot ni

Bot yang kami naiki. Dalam bot tu adalah lebih kurang 15 orang

Boat ni la yang akan bawak kami menuju ke 4 pulau yang ada di persekitaran Koh Lanta ni. Ni ahli rombongan aku.

Sebaik saja kami semua naik boat yang ditunjuk, long tail boat terus bergerak. Dalam bot tu aku sorang je la mat salleh.. yang lain semua Asians !

Eh... macam tak yakin je dengan ayat tu.

Silap.

Aku sorang je la Asian plus mamat drebar pick up tadi pun ikut, drebar bot dan sorang pembantu dia. Tiga tiga tu Muslims !

Aku memula duduk depan jugak tapi long tail bot ni boleh buat basah kuyup jadi nya. Asalnya aku memang tak de plan nak membasah basahkan diri ni so aku pindah duduk ke dalam sikit.

Bot bergerak sejauh 1 jam jugak la di Laut Andaman ni menuju ke pulau pertama yang menjadi destinasi kami hari ni.

Junk besar di lautan

Agak bosan jugak naik longtail bot tu sebenarnya. Pertamanya sebab dia tak laju. Yang ke dua ombak boleh tahan buat bot tu terlambung lambung. Ramai yang kebasahan dalam bot aku tu. Nasib baik la aku duduk agak terkebelakang jadi tak lah basah sangat.

Dan cuaca boleh tahan panas jugak.

Lagi tak syok masing masing berkelurga dan bergeng so tak de orang nak geng aku kecuali makcik tua Germany tu. Tapi English dia macam mencarut habis. Dengan bunyi bising kadang kadang aku tak faham dia cakap apa.

Aku nak layan iPod tapi aku lupa charge. 

Sudahnya.. layan perasaan sendiri jer. Cuma sesekali aku layan rokok sama sama dengan mamat mamat yang bawak bot ni.

Setelah sejam jugak la akhirnya kami tiba di pulau pertama. Koh Ma.

Apa ada kat Koh Ma ni?

Tengok keluang !

Ya... singgah kat Koh Ma ni.. 

"Bat ! Bat !"

Tunjuk lebih kurang. Maka sampai lah 1 destinasi pulau kita hari ni. Senang no nak buat duit kan?

Aku rasa tak menarik langsung. Maybe sebab aku pernah tengok benda macam ni masa kat Boracay dulu kot. Ntah.. tak tau nak cakap best ke tak tapi bagi aku tak best. Untuk mat salleh dan mak salleh sekelian tu aku tak pasti la.

Bot berhenti sekejap je untuk sesi ambik ambik gambar. 

Pastu bergerak ke destinasi ke dua. Koh Chuak.

Kan. Cuak tak dengar nama pulau ni?

Koh Chuak dari Koh Ma

Bot bot berhenti untuk tengok keluang keluang bersarang di tepi tepi pulau batu kapur tu

So apa nak di buat di destinasi pulau ke dua aka Koh Chuak tu nanti?

Mamat drebar bot

Okey. Di sini tempat semua orang turun untuk snorkelling !

Semua penumpang bot aku turun untuk snorkelling kecuali aku dengan makcik Germany tu.

"You dont swim?"

Tanya mamat drebar pick up pada Makcik Germany.

"No... I had my breakfast this morning and now I feel like I am going to throw up"

Oh.. dia macam pening pening lalat naik bot.

"Sir, you not going to snorkel? Lots of fish here...."

Aku diam kejap. Pandang bot sebelah.

"Hmmm I guess I am not"

Dendam kesumat membara dalam jiwa.

Jawapan siapa tu? Of chors la jejaka Italia yang kulit dah ala ala tan ni tak mahu meng-tanned kan lagi diri nya.... Kan Kan Kan?

OK fine !!!!!!!!!!!

Sebenarnya...aku tak puas hati sebab mamat bot sebelah tengah pose pose cantik atas bot dia. Dia ingat dia sorang je ke mampu berposing sebegitu?

Korang tak rasa tercabar?

Aku rasa tercabar....................... !

* pose pose nak tunjuk lurah sambil balut tubuh dengan bendera Italia

Hahahaha.

bersambung................

17 comments :

  1. Kalau tercabar ... apa agi !!!! Pose ler yang lebih DAGABBOOOOMMM gtu !

    Hahhahahahaaa

    ReplyDelete
  2. Hahaaha.....klu rasa tercabar patutnya kena pose lagi daring dri mamat tu...

    ReplyDelete
  3. Hahahaha kemain lentikkk mamat posing!hahahaha

    Amboi meng ko mampu duk dpn ngn makcik grrmany tu...kurusnyaaaa meng...hahaha

    ko bkn hitalian ke meng...tp mmg muka hitalian cam asian sket kan...xterserlah sgt kematsalehan dia...kuikuikui

    ReplyDelete
  4. jantan tu pose tutup aurah ko lawan balik pose tunjuk dada yg sexy

    ReplyDelete
  5. Kihkih -cipet- lama x dengar perkataan tu kikikih

    Cer tunjuk posing bangmeng plakkkk kihkihkih berani ker????

    ReplyDelete
  6. kemain melentik mamat tu posing!
    aku yang perempuan ni pun kalah kalau nak lawan sama dia :)

    meng, berapa lama tour pulau ke pulau ni? aku ni spesis mabuk laut karang aku buat pesta bubur lambuk kat situ pulak

    ReplyDelete
  7. aku tengok pun rasa tercabar apa lagi kau meng.
    so apa lagi. kasi lawan aaa hehe..

    ReplyDelete
  8. ya hampun, mengapakah beliau tergamak berposing sebegitu rupa.

    Tu ari naik speed boat pun dah melambung2.. kalau naik long tail ni entah la.. Tak berani la kotnya. Huhu.

    ReplyDelete
  9. Beli le sebuah pick up..macam-macam boleh angkut....angkut semua blogger pun boleh ...hi3.

    ReplyDelete
  10. Reject this! Hahahhah sbb aku mabuk laut yg sgt extreme.

    Apa lg...posing la sblh mamat tu leh tgk sapa lg lentik..hikss...italian mesti menang

    ReplyDelete
  11. Ghaz : kena tengok kiri kanan.. kalau tak ada yang muntah belahak..


    Junanis : kalau jiwa kental buleh je..

    tapi jiwa tak sekental mana..


    DJ : hahaha.. lentik ek? aku x mampu nak tiru..

    pick up tu belah depan ada 2 row. aku dok depan dgn drebar. makcik tu dok belakang....



    CC : hahaha.. masalahnya tak seksi mana

    ReplyDelete
  12. Hani : of chos...

    tak berani ! hahahaha



    Smile : tour ni dia ambik pukul 8 pagi.. naik bot dlm kol 9 then balik semula sampai hotel dlm kol 4.

    kira sehari jugak la...


    Mya : aku tak mampu !!!!

    ReplyDelete
  13. Ida : mencarik perhatian kot. hahahah..

    long tail bot memang lagi bahaya dari speed boat.. baik naik je speed boat. cepat pun cepat.


    MKL : insya allah.... ada duit boleh la beli..


    Liza : haaaa.. tapi tak de choice la memang nak kena naik bot kalau dah namanya pegi pulau...

    italian tak leh lawan thailand... hahahhaa

    ReplyDelete
  14. nasib bik Wife slow jika x, mmg x tido mlm layang peminat :-)

    bfast mkn tu je? boleh kurus!

    kenapa tak tinggal je 2 org mahkluk aneh tu...alaa...yg mkn kacang tanpa perasaan tu

    ahahaha...pose mamat boat sebelah tu mmg sungguh mengancam..JM rasa TERANCAM! dengan jari2 sebelah kiri tu lentik..ko hado JM hihihhi

    ReplyDelete
  15. JM : posing mamat tu buat ombak datang lebih ganas..

    hahahaha

    ReplyDelete
  16. ingat tak nak komen...tapi tengok pose akhir tu komen gak lah...

    sambil posing mcam mamat tu kat bos sebelah dengan bertentang mata, sambil kenyit2...hahhaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...