Monday, September 2, 2013

Lawak Ke Der?

Aku ada few citer lawak.

1. Member aku IG ada citer lawak. Aku kalau ingat dia cerita memang pecah perut. Ni kisah waktu dia bercinta dulu zaman muda muda. Awek dia masa tu keje butik.

Lepas lepas dating tu dia cakap la dengan awek dia.

"Awak nak saya hantar balik rumah ke atau hantar ke gusi?"
"Gusi?"
"Ha lah. Tempat keje awak"

Awek dia tu sebenarnya keje Gucci ! Tapi dia tak tau, dia belasah GUCCI jadi GUSI !!!.



2. Anak IG yang pompuan pun lawak gak. IG bawak dia gi gunting rambut. Pastu kakak yang gunting rambut tu tanya dia.

"Cantik tak?"

Anak dia jawab.

"Cantik. Macam babi"

Kakak gunting rambut tu terus terdiam. Pandang IG dengan OR dia.

"Oh.. dia cakap cantik macam Barbie.......... "

Dia memang gila Barbie. Semua nak macam barbie, tapi bila sebut tu jadi 'babi'


3. Anak Dara aku lah. Dia ni sejak pandai bercakap suka la ajak aku bercakap. Kalau kat telefon pun dia la dulu sibuk nak bercakap. Kalau kat rumah memang jenuh la nak layan dia.


Paling haru kalau dia nak menetek.

"Ibu..... Nak tekkkkkkkkk !!"

Tu ayat dia. Dia tak kira kat mana. Main sound je mana mana kalau dia nak menetek. Selalu aku cakap.

"Adik ni. Tak malu"

Nanti dia jawab.

"Tak de pun"
"Meh, Isap tek Papa nak?"
"Tak nak ! Tek Papa tak edap"

Hari tu dia merajuk dengan Ibu dia, siap cakap.

"Tak nak icap Tek Ibu. Tek Ibu tak edap. Macin !"

Kata kata je.. sampai masa, itu yang dia cari dulu..


4. Poison fruit.

Aku tak pernah  minum Chatime tu sampai la receptionist aku beriya pesan aku suruh gi beli kat situ.

Siap gula gulakan aku kata nak belanja.

"Kau nak air apa?"

Aku ambik order. Beriya. IG park kereta, aku pun masuk kat Chatime tu dan order. Dah la orang ramai time tu. Dengan confidentnya aku bersuara.

"Poison Fruit satu !"

Budak tu pandang aku atas bawah. Mesti dia maki dalam hati.

"Aku racun jugak mamat ni kang"

Pastu semua orang pandang. Then baru aku perasan, bukan poison fruit tapi Passion Fruit. Maluh. Lahabau receptionist aku. Dia la pedajalkan aku............


5. Kuih Korea..  

Ni berlaku masa puasa hari tu. 

Time tu dah lepas buka puasa. Aku duduk la lepak lepak kat depan TV. Layan tengok TV. Sebab dah jauh malam. Hero tak tidur tidur, lagi lagi ke dapur makan.

"Hero makan apa lagi ni?"

Tak jawab. Sibuk mengunyah.

Pastu ke dapur lagi. Pastu keluar. Mulut penuh.

"Hero makan apa?"
"Tu.. kuih Korea tu"

Aku lak terdiam. Fikir. Apa benda kuih Korea. Aku pegi Korea dah lama. Aku beli apa? Takkan ada lagi kot.

"Chocolate Daim ke?"

Tu je yang aku fikir sebab last aku balik travel aku beli Chocolate Daim kat airport. Aku ingat dia makan chocolate tu dan dia ingat aku pegi Korea agaknya.

"Tak.. Kuih yang Papa beli tadi tu, yang cicah cicah tu. Kuih Korea"

Waktu terhenti dengan sela-masa 3 saat. Sebelum aku terbahak bahak gelak.

"Tu bukan kuih Korea lah. Tu Kuih Popia !!!"


Hero buat muka blank !

"Hero dengar Papa sebut tadi kuih Korea"

Hahahha. Dia malu sendiri.........


6. Baru baru ni kan ada konsert Metallica.. Time tu aku dalam kereta dengan IG. Borak borak dengan dia.

"Fuh... Layan jugak beb dengar lagu Metalica dulu dulu...  mengimbau kenangan siot"

Tetiba kat radio keluar lagu.. Nirwana Band. Sudah Cukup Sudah. Terus terpacul.

"Eh. Lama tak dengar lagu ni"

IG bantai.

"Kalau layan Sudah Cukup Sudah, tak payah nak Metallica sangat la dowh"

Hahahahhaha Siol jer.


7. Hero tengah main game. Masa tu dalam kereta. Anak Dara aku sibuk lak dok ngacau dia. Dia bengang sebab Hero tak bagi dia tengok. Pastu agaknya dia dok selak selak baju Hero kot.

"Adik.. jangan lah selak baju abang. Nanti abang seksi"

Aku tengah drive time tu, nak tergelak. 

"Seksi ke?"


8. Hero borak dengan ibu dia.

"Ibu tak makan ke malam ni?"
"Ibu tak makan la kot, Hero je la makan"
"Oh.. Ibu expired ke?"

Dia nak cakap diet, jadi expired.


9. Hero nyanyi lagu Najwa Latif dengan Sleeq tu.. Untuk Dia kan?

Tapi aku dengar dia sebut.

"Eutophia Hey ! Eutophia !!!"

Banyak la dia punya Eutophia.


10. Ini dari member aku.


Selamat berdakwah !


11 Anak IG balik sekolah.. bagitau kat IG.

"Baba.. cikgu kata ada bas jatuh gaung.. ramai yang mati baba"
"abang tau ke kat mana?"
"cikgu cakap kat Gunung Thailand"

hahahaha genting highland jadi gunung thailand.. sama kes Hero dulu.. cameron highland jadi keremen island..


12.  Satu subuh tu,  pakcik james buat lawak seram..

aku terkejut dpt sms dia.

'abang, rotek ayah mati'

puas aku fikir rotek kawan ayah aku yang mana satu....

nasib aku tak balas.. innalillah...

aku call makcik mona... rupanya.. road tax kereta dia dah mati !

p/s Selamat menempuh bulan September !!



Ku masih ingat
Perkenalan ku di bulan
September, September

Kau merenungku
Dan mengukir senyum mesra
Padaku, padaku

Perkenalanku kini semakin erat
Saling bertemu
Melepas rasa rindu

Dibelai-belai
Dikucup-kucup mesra
Rambutku, pipiku

Aku terlena
Terbuai dalam pelukan
Mesramu, mesramu

Hati riang gembira
Tiada terkira
Terasa dunia ini kita yang punya

Kau kan jadi teman hidupku
Sayangku selalu ku nantikan
Takkan hilang
Kenangan manis bagiku
Kau tunjukkan
Kasih sayangmu selalu

Ku gembira
Berdamping denganmu
September selalu kunantikan
Ku nanti-nanti
Selaluku nanti-nanti
September denganmu

9 comments :

  1. gulik2 aku gelak layan cite2 neh. haha. x jd dh nk tido.

    ReplyDelete
  2. wakakakakakakakakakakakaka....gile lawak dipagi hari laa...

    kalau rasa diri nak didakwah sila menceroboh...

    ReplyDelete
  3. uh sengal btl pg2 ni..bc lawak2 ko..

    aku dulu kecik2 nk sebut port dickson jd pokshon..hbs kene bantai gelak ngn semua org..sebut georgetown jd joton..

    ReplyDelete
  4. okay seyess! ini bukan tahap lawak ke der..lawak tahap dewa!!! guling2 saya bace kat opis...really made my day!!!
    ur kids so cuteeee!!!

    ReplyDelete
  5. HAHAHAHAHAHAHAHA! aku teringat dulu ada cite "kid says the darndest thing" mmg best n kelakar.

    semua lawak2 diatas mmg lawak, nak2 baca kat rumah dikala work from home hahahaha!

    ReplyDelete
  6. Suka ek korang????

    Budak budak ni kdg kdg memang lawak, tapi kalau buat perangai.. hmmmmph...
    rasa nak backhand jer.

    Biq : aku kalau WFH golek golek je atas katil... kalu ada concall baru buat buat ceria.. hahahah ( padahal taik mata bersepah )

    ReplyDelete
  7. uih mmg heaven if WFH patu guling2 atas tilam sambil laptop atas bantal (tgk screen 90darjah) hahaha!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...