Saturday, September 14, 2013

Wet World Shah Alam

Satu weekend tu aku busy sebab Hero ada ujian Karate dia !

Actually, dah lama dah OR bagitau nak tukar tali pinggang Karate Hero ni. Jurulatih dia pun dah bagitau few times. Tapi bila sampai waktu ujian tu, aku busy lah. Pergi ke sana ke sini lah, asyik tertangguh je. OR pulak tak nak pegi sorang sorang sebab tak sure tempat.

So yang ni, OR dah pesan jugak dan aku pun dah block semua aktiviti aku bagi memastikan Hero pegi ujian dia kali ni.

Dia tu ikut je. Aku je la beriya iya sebab dah berapa bulan sejak dia ambik kelas Karate ni nak jugak la aku tau progress dia. Masalahnya kalau aku suruh dia buat depan aku, sampai haram la dia tak nak buat. Kalau pegi latihan pun biasanya bukan aku yang hantar dan tunggu so aku tak pernah nak pegi intai.

Tapi kali ni adalah peluang terbaik so aku pun dah set kan masa, pagi tu kami bersiap siap sebab test ni di buat di Shah Alam sana.

Agak jauh la jadi kami keluar awal jugak lepas lepas breakfast pagi tu.

Aku siap dah pesan kat dia.

"Kalau Hero lepas dapat tukar tali pinggang Papa bawak mandi kolam"
"Kalau gagal?"
"Tak mandi kolam lah. Papa bawak pegi makan je"

Then macam biasalah, dia tarik muka tak puas hati.

Actually aku yang terlebih berdebar dari dia. Dia relaks je. Malam sebelum tu aku dah peringat kat dia, pegi la berlatih. Berlatih dalam bilik pun tak pe, ingat step apa semua. So esok tak de la dia lupa.

Dia boleh cakap tak nak !

Tapi last last aku nampak dia berlatih kat dapur. Nak tergelak gak aku. Sempat aku sound.

"Jaga jaga, kang terbalik pulak peti ais tu"

Terus dia stop !

Aku yang stress. Last last dia datang duduk tengok tv sebelah aku.

"Buat je lah. Papa yang berdebar debar ni. Takut Hero terlupa esok"

Kebetulan lepas tu kat TV ada iklan susu apa benda ntah, ada tunjuk jantung bergerak gerak. Actually tu iklan susu untuk kolestrol rasanya. Dia siap boleh sound aku.

"Kalau Papa berdebar debar, Papa kena minum susu tepung macam dalam iklan tu"

* pengsan

Sebab dalam iklan tu tunjuk jantung bergerak gerak. 

Gagal jugak usaha aku. Sudahnya pagi tu tawakkal je lah. Then kami pun pegi. Bawak si Anak Dara tu sekali sebab dia awal awal lagi dan bersiap.

"Adik nak ukar ali inggang"

Sibuk la dia pun nak tukar tali pinggang.

"Tali pinggang kaler apa?"
"Pink !"

* pengsan

Masalahnya jurulatih dia cakap, tempat tu dekat Dewan di Seksyen 24. Aku pun tak berapa biasa area sana. Cari punya cari berpusing pusing beberapa kali. Siap tanya orang macam semua tak tahu.

Tup tup lepas dah berpeluh ketiak baru la jumpa.

"Papa, kenapa tempat ujian ni jauh sangat?"

Hero pun dah letih lesu. Akhirnya sampai tempatnya.

Fuh.. Dewan buruk je pun

Sampai sampai examiner dah ada. Ada jugak la mak bapak bawak anak masing masing dah bersiap sedia nak menghadapi ujian tukar tali pinggang ni.

Sebab Hero masih baru, dia nak tukar dari tali pinggang putih ke hijau. Aku pun tak faham, lepas lepas ni ada lagi la kena tukar ke kaler kaler lain macam biru, ungu, brown dan sebagainya. Apa apa pun, tak pe lah. Aku ikutkan je sebab aku memang nak dia at least tahu something dan usahakan something.

Dan sebab tak tau apa, aku cuma support saja.

Jumlah bayaran di kenakan untuk tukar tali pinggang dan ujian ni adalah sebanyak RM141. Harga berbeza mengikut tali pinggang.

Adalah dalam 20 minit menunggu, then semua di panggil untuk sesi memanaskan badan.

Aku usha dari jauh je lah.


Dari satu bahagian ke bahagian yang lain la. Dan mereka di test dengan macam macam pergerakan. Aku pun tak tau cemana dia orang ni test tapi ada la cikgu duduk kat meja depan.

Ada dekat sejam jugak lah. Aku memula ambik gambar. OR pun sibuk dok menengok. Kagum jugak la sebab aku yang jarang tengok Hero beraksi. Macam biasa, drama mak bapak terharu tengok anak beraksi sambil tangan di dada.

"Oh.. anak ku"

Macam tu.

Sedar sedar, si kecik aku tu pulak ilang.

Cari punya cari....

Dia sibuk kat luar main main. Kejap cari daun la, cari kayu la pastu tunjuk kat aku.

"Papa. Unga"
"Bukan bunga la. Daun"
"Aun?"

Pastu pegi cari lagi. Terpaksa la aku dok tengok dia pulak

Lepas lepas tu tamat la ujiannya. Maka berjaya la tukar tali pinggang. Actually test tu buat ramai ramai, ada instructor akan bagi arahan dan dia orang buat, examiner akan bagi markah. Hero dia cuma komen suruh tumbuk kuat kuat je sikit.

Masalahnya kalau tumbuk perut aku tu kuat ler pulak.

Maka lepas tu tamat la acara sesi tukar tali pinggang Karate Do dia tu. Dapat tali pinggang baru dah sijil.

"Best jugak kan Papa dapat tukar tali pinggang"
"Hmmm"
"Kita boleh mandi kolam kan Papa lepas ni?"
"Hmmm"

Dah berjanji kena la pegi. Dah siap bawak baju baju mandi dia orang ni semua, lalu kami ke Wet World di Shah Alam tu.

Ini gambar gambar waktu cuti cuti tergempar di Wet World Shah Alam.

Entrance Wet World Shah Alam

Lepas park kereta terus masuk ke dalam.

Nasib la nampak orang tak berapa ramai. Ni harga entrance masuk.

Harga Tiket

Tiket dewasa RM 20.
Kanak Kanak RM 16.
Bawah 3 tahun FREE !

Operation Hours

10.00 am - 6.00 pm
Closed on Wednesdays, except during School Holidays & Public Holidays

Wet World Water Park Shah Alam

Persiaran Dato Menteri, Seksyen 2
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: +6 03 5513 2020
Fax: +6 03 5510 7619

So bayar untuk aku, OR dengan Hero je. Tu pun Hero dia ukur. Kalau lebih 130 cm kena bayar harga dewasa. Si Kecik pun kena ukur jugak. Kalau bawah 90 cm masuk adalah perchoma !

Tak de apa yang nak di gembar gemburkan dengan tempat ni. Biasanya. Tak banyak perubahan dari last aku datang. Bila tu? Ntah aku pun lupa. Dalam 5-6 tahun dulu la kot. Cuma kali ni orang tak berapa ramai, so seronok la sikit. Cuma cuaca je panas sikit. Tapi budak budak suka je. Tak sabar sabar dah nak mandi.

Layan gambar je lah.

Close up entrance. Tempat beli tiket kat belah kanan tu.

Masuk masuk je terus ada tempat budak budak

Ada kedai, tempat tukar baju, toilet, tempat sewa pelampung etc. Semua ada kat area ni

Sampai sampai je aku ambik gambar dulu sebelum bebudak mandi. Kang memang tak de masa nak ambik gambar dah

Kapal selam yang tak sempat menyelam

Pool. Tak dalam mana. Tapi budak budak takut dengan air yang turun tu

Orang tak ramai buat aku geram nak mandi sama

Ada sewa gazebo di sediakan dengan bayaran RM50. Deposit pun RM50

Kusyuk ambik gambar, anak anak dah terjun kolam. Tak sabar

Sempat snap sikit sikit je

Pelampung untuk di sewa. Yang besar ni harga dia RM20. Deposit RM20

Cabana dan tube counter. Jangan hilang atau basahkan resit nanti susah nak claim balik deposit

Ni kolam part tengah

Ni kolam part bawah

Boleh slide ke bawah

Slide budak budak lagi

Mandi kat kawasan ni je sebab budak budak tak berani nak pegi part lain

OR tak mandi. Cuma basah basah sikit je. Aku je la jaga budak budak. Dia orang suka je nak mandi sampai kecut. Aku la bosan dan mengantuk. Siap menguap 40 kali.

Si Kecik tu penakut. Lagi satu lupa bawak pelampung dia, dia tak nak pelampung besar. Terpaksa aku beli pelampung kecik untuk dia. Yang lawaknya, masa pegi beli tu aku tanya dia.

"Adik nak yang mana?"
"Pink"

Dia ni semuanya nak pink.

Aku pun ambik kasik dia, aku jalan ke kaunter nak bayar, pastu toleh dia dah takde. Rupanya dah memecut lari dengan pelampung ke arah kolam. Terjerit jerit lak aku panggil, haram dia tak layan. Orang kedai tu gelak je tapi dia kata tak pe, then aku bayar je. Baru la dia seronok mandi. Seronok sampai tak nak naik dah.

Hero tak payah cerita lah. Mandi pastu naik lapar. Pastu makan pastu terjun balik semula. Nak ajak balik pun asyik suruh tambah lagi setengah jam.

Budak budak mandi adalah dekat 2 jam lebih kot then kami siap siap balik rumah. Singgah bungkus Mc Donalds, dia orang semua makan dalam kereta. On the way balik rumah semua terbongkang ketiduran. Aku je la melayan perasaan drive sorang sorang.

Letih jugak la jadi bapak ni. Tapi jadi mak double letih la kot. Hahaha.

Apa apa pun, tu je la aktiviti sepanjang hari. Balik rumah, dia orang layan tengok TV, Papa terbongkang tak sedar diri. Bangun bangun dah siap siap nak makan malam. Mandi dan makan lagi !

Begitulah seharian beraktiviti ke Wet World Shah Alam.



I feel it in my fingers
I feel it in my toes
Love is all around me
And so the feeling grows

It's written on the wind
It's everywhere I go,
So if you really love me
Come on and let it show

You know I love you, I always will
My mind's made up by the
Way that I feel
There's no beginning,
There'll be no end
'cause on my love you can depend

I see your face before me
As I lay on my bed
I kinda get to thinking
Of all the things you said, oh yes I did
You gave your promise to me and I
Gave mine to you
I need someone beside me
In everything I do,

You know I love you, I always will,
My mind's made up by the
Way that I feel
There's no beginning,
There'll be no end
'cause on my love you can depend

Got to keep it moving

Oh It's written in the wind
Oh everywhere I go, yeah, oh well
So if you really love me, love me, love me
Come on and let it show
Come on and let it show
Come on and let it
Come on and let it (come and let it show, baby)
Come on, come on, come on let it show baby
Come on and let it show
Come on and let it show, baby
Come on and let it show

12 comments :

  1. dah lama giler dah wet world ni. penah masuk skali je seumur hidup, time tu umur darjah 3 kot. time tu baru2 bukak lagi. main slides dia antara yang terbesttt! tp nk beratur? hazab~ hahaha

    ReplyDelete
  2. MKL : antu pink.. semua nak pink.

    HF : memang sama je dari dulu dan skrg rasanya tempat ni.... tapi kalau org tak ramai memang la seronok wet wet world ni.

    ReplyDelete
  3. Oitt meng dh dekat umah aku tmpat dewan seksyen 24 tu hehehe...tp seberang sungai la..

    ReplyDelete
  4. tak penah pegi wet world. titik. sbb ko pegi, aku kena pegi kah? hahaha!

    ReplyDelete
  5. Supermeng, bab ujian karate tu nanti tak sampai 2 bulan akan ada lagi untuk tukar warna tali pinggang. Anak saya masa sekolah rendah dulu pun masuk kelas karatedo ni. Belajar tak sampai 3 bulan kena buat ujian tukar tali pinggang. Bila suruh buat pergerakan, tak ke mana pun. Yang best setiap kali ujian, mesti ada bayaran yang agak mahal juga. Semakin tinggi warna tali pinggang makin mahal kadar bayaran. Cuba pegi tgk masa dia orang berlatih. Zaman anak saya dulu, hanya budak India je yang mengajar. Mcm tak pro pun. Dan selalu datang lambat. Last sekali tarik keluar dari latihan. Komplen dengan sekolah. Tak berbaloi. Lebih baik masuk tae kwando. Nampak hasilnya.

    ReplyDelete
  6. HB : Dekat ek? kalau x aku buleh gi beraya... hahahaha

    Biq : tak perlu mak esah.. utk budak2 saja oke kot...

    MSM : tu laa perasan jugak tapi tengok la cemana... bagi dia disiplinkan diri dulu.. bukan nak suh masuk sea games pun...

    anyway thanks

    ReplyDelete
  7. Dah pegi dulu bawak anak anak tapi time peknen so main air tepi tepi je..:).

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. DA cntik ke tmpat nye..last pergi thon 2011..x cntik..air koto..now DA cntik..nk g la

      Delete
  9. Nurul Ainul : buleh la.. lagipun semua org dah lari gi tempat lain, kurang la sikit org kat tempat ni....

    setakat nak gi lepak2 bawak budak budak.. ok lagi ni.

    ReplyDelete
  10. Hi, my name is Amirul and I'm contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to a splashing new event happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank you.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...