Berikut adalah koleksi gambar gambar yang di ambil di sekitar Bandar Seri Begawan (BSB)
Kebanyakkan tempat tempat tarikan pelancong terletak di BSB dan boleh dilawati dengan berjalan kaki. Tapi ada jugak la yang jauh jauh yang memerlukan kenderaan.
Apa apa pun, layan dulu apa yang menarik di sekitar BSB ini.
Kebanyakkan tempat tempat tarikan pelancong terletak di BSB dan boleh dilawati dengan berjalan kaki. Tapi ada jugak la yang jauh jauh yang memerlukan kenderaan.
Apa apa pun, layan dulu apa yang menarik di sekitar BSB ini.
Layan.
Aku adalah peminat setia kopi. Sewaktu di Brunei, aku tak melepaskan peluang try kopi kopi yang ada di jual. Ini paling best aku jumpa. Ada macam macam perisa. Harganya BND 1 satu tin. Menarik jugak
Matawang Brunei. Sebab Brunei Dollar adalah sama nilai dengan Dollar Singapore, jadi duit Singapore adalah sah di guna pakai di Brunei and vice versa. Wang BND 100 pernah memenangi anugerah emas untuk security features dan merupakan matawang paling susah untuk ditiru.
Nilai matawang kertas paling tinggi di Brunei adalah BND 10,000. (Dapat sekeping ni peluk kuat kuat, dapat 10 keping esok aku RTW terus)
Salah satu perkampung air yang boleh di lihat dari Bandar Seri Begawan. Rumah memang nampak buruk tapi dalam dia lawa lawa. Lantai siap mozaik. Siap ada bot bawah rumah
Banglo banglo macam ni adalah merata rata. Orang Brunei ramai yang kaya kaya
Jalan raya dan lebuhraya di Brunei. Speed limit adalah mengikut cuaca !
Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah
Walaupun sebuah negara Islam, tapi masing masing dibenarkan mengamalkan anutan masing masing. Ini adalah salah satu gereja di BSB
Ini pula tokong Cina
Pretty tak I?
Pencakar langit di Bandar Seri Begawan
Salah satu tempat acara di tengah tengah bandar
Masjid yang terletak di tengah tengah bandar
Tempat wudu
Mahligai, tempat orang musabaqah Al Quran
Salah satu shopping mall di BSB
Bangunan bangunan di BSB
Yang menariknya adalah penggunaan bahasa jawi di semua premis perniagaan. Nasi Ayam Singa?
Chong Eng Han penjual jam
Dulux atau Dulaks?
Bank bank di BSB
Salah satu panggung wayang yang terbiar di BSB
Bas Purple. Pengangkutan utama di BSB sekali naik 1 BND
Sungai dan pasar
Sedikit mengenai Bandar Seri Begawan.
Bandar Seri Begawan merupakan ibu negara dan bandar diraja bagi negara Brunei. Nama asal bandar ini ialah Brunei Town.
Pendudukan di tepi Sungai Brunei boleh dikesan pada abad kelapan Masihi. Seri Begawan dinamakan sempena Sultan Omar Ali Saifuddien III pada 5 Oktober 1970. Nama asalnya ialah Bandar Brunei atau Brunei Town. "Begawan" ialah nama yang diberikan kepada sultan-sultan Brunei yang turun takhta. Pada asalnya perkataan ini datang dari perkataan Sanskrit bhagavān yang bermaksud "tuhan". Seri juga sebuah perkataan bagi pangkat yang diambil daripada perkataan Sanskrit, Sri. Bandar pula berasal daripada Bahasa Parsi yang pada asalnya bermaksud "pelabuhan" atau "tempat berteduh".
Bandar Seri Begawan terletak di 4°53'25"U, 114°56'32"T, di tebing utara Sungai Brunei. Di Bandar Seri Begawan juga terdapat perkampungan air, Kampong Ayer, yang telah diduduki selama 1,300 tahun dan yang merupakan perkampungan jenis ini yang terbesar di Asia Tenggara.
Bandar Seri Begawan beriklim tropika. Tidak terdapat musim kering sebenar dan bandar ini mengalami hujan sepanjang tahun. Malah bulan "kering (Mac) secara puratanya menerima 120 mm (4.7 in) hujan setiap tahun. Bulan-bulan dari Oktober hingga Disember menyaksikan hujan yang paling banyak dengan hujan turun lebih kurang setiap dua dari tiga hari. Seperti bandar-bandar tropika lain, suhu purata lebih kurang malar dengan ketinggian purata sekitar 32 °C (90 °F) dan kerendahan sekitar 23 °C (73 °F).
Penduduk Bandar Seri Begawan sekitar 140,000 orang dan kawasan metropolitannya mempunyai 278,000 penduduk (Ogos 2010). Majoriti orang Brunei terdiri daripada Melayu sementara penduduk Cina merupakan minoriti penting. Terdapat juga bangsa pribumi seperti Iban dan mereka diklasifikasikan sebagai Bumiputera. Terdapat juga banyak pekerja asing di Brunei —kebanyakannya dari negara-negara jiran Indonesia dan Filipina, dan juga dari benua kecil India.
* sumber wiki
Tapi yang aku perhatikan kat Bandar Seri Begawan ni susah nak nampak polis. Tak macam kat KL ni, polis bersepah sepah.
Well, kenapa perlu polis ramai ramai kalau tak de penjenayah kan??
Tapi yang aku perhatikan kat Bandar Seri Begawan ni susah nak nampak polis. Tak macam kat KL ni, polis bersepah sepah.
Well, kenapa perlu polis ramai ramai kalau tak de penjenayah kan??
bersambung............
Bestnya kopi. Saya peminat kopi.Abang Meng cuba masuk ke Kg Air.Cantik di dalam rumah depa.
ReplyDeleteaku tau nape duit 100 tu susah nak tiru! sbb kena tau bilangan misai dia :D hehehehehe!
ReplyDeleterendah2 jer bangunan nyer ek? hmmm...
ada nampak sampah tepi jalan tak?
ada nampak homeless tak?
ada nampak street hawkers tak?
ada nampak kucing liar tak?
ada nampak rempit tak?
dan byk lagi...
cantik-cantik bangunan brunei, banyak bahasa arab ya..
ReplyDeleteKat sane takde org semekin, tu pasal crime rate rendah ... setakat yg aku tau, yg masuk kategori fakir miskin pun pakai kete ( pemberian org ke tidak, aku tak tau la )... macik tukang buat tea kat opis Shell tu pun pakai honda stream *pengsan*
ReplyDeleteDulux dlm jawi tu dia sebut dalam bahse omputih dulaks...hahahahaha
ReplyDeleteKat hiway sana sunyi jek dari kereta...tp yg best tulisan jawi kat semua signboard dorang...
Biq,
ReplyDeletebangunan kat sana tak boleh melebihi ketinggian menara masjid...sbb tu semua nmpk rendah jer..
sampah tu ade jugaklah, tp xlah bersepah2 sgt mcm tmpt kt ni..homeless xde rasenye..
tp klu pg psr pg dorg, nmpk ramai warga emas berjual di pasar tu...kucing2 liar ade jgk...sbb aku teringat aku bg dorg makan mase tgh breakfast kt pasar..
meng,
aku tlg jwb bg pihak ko..btw, ko ade try makan nasi katok tak? rata2 aku rase kt sane dorg makan beras siam sbb rasa nasi tu mcm pulut2 skit..lps tu dorang kt sana mmg byk makan ayam jer..
teringat nasi ayam penyek kt foodcourt..aym die garing sgt2...hbs dgn tulang2 die aku balun..
lg satu ko try x mkn kt restoran jollybee kt sane? aku sumpah teringat2 spagetti bolognese tu smp skrg...(makanan jer aku igt eh)
DATT, jollybee tu mmg favorite aku... suka variety food kat restoran tu.. aku pun kengkadang ngidam nak makan situ *aku rase aku same ngan ko, bab2 makanan laju je* ^_^
ReplyDeleteazra,
ReplyDeletespagetti jollybee superduper sedap..ptt la ramai sgt yg order..memula pelik gak, sorg2 dok order...lps tu aku pun try la...siyes sedap..oh my jollybee..
nak kawin ngan org brunei boleh tak agak2nya lah..org nya kaya raya..leh travel selalu nanti heee(ada ke yg nk kat aku ni...nk dpt org msia sorang pun susah ahahahah)
ReplyDeleteMKL : oh.. geng la kita suka kopi. Tak dapat masuk dalam rumah tapi sempat la tinjau tinjau. Memang lawa kat salam. Tak sama dari pandangan luar rumah.
ReplyDeleteBiq : Soalan kau dah di jawab tu. Bagi aku brunei bersih sikit la. Sampah tu ada tetap ada.
Pasal forgery duit tu, kau buat aku terfikir 14 kali.
hahahaha.
mungkin jugak la kot sebab misai. each misai ada security code nya...
Kakakaka...
DR : bukan bahasa arab. Bahasa melayu tapi tulisannya jawi..
Azra : Tumpang pengsan jugak la sebelah makcik tea lady membawa stream...
ReplyDeleteHB : jalan dia sunyi jugak la.. kat BSB tu kalau hari minggu, kereta memang kurang, macam boleh main badminton tengah tengah jalan.
DATT : OK. terima kasih sebab jawabkan. Aku ni boleh appprove komen thru hp je, nak komen malas nak menaip..
Aku dah try jollybee tu masa kat airport. Erkkk. OK lah kot. Bagi aku so so je spaghetti dia ( ke aku kenyang ? )
aku try nasik ayam penyet dia. memang sedap ! murah ! dan ayam dia memang garing.
Aku lebih teringatkan ayam penyet di brunei ( beli kat pasar malam ) daripada spaghetti jollybee tu.
JM : Kawin dgn org brunei? Hmm kalau dah jodoh apa salahnya..
ReplyDeletebetul jugak kalau jenayah tak ramai buat apa nak polis ramai2 kan..
ReplyDeleteJalan Pretty tu comey giler hahahaa.. best pulak semua ada rumi dan jawi :D