Thursday, September 19, 2013

Ada Apa Dengan Brunei? - 08 : Istana Nurul Iman

Orang kata, kalau bercinta, tak nampak tuan, nampak bumbung rumah pun jadi lah !

Tapi kalau ke Brunei, tak pegi tengok Istana Nurul Iman tu adalah tak berapa sah. Tak nampak Sultan Brunei, nampak pagar istana pun jadi lah !

Dok gitu?

Agak agaknya kenapa aku cakap macam tu?

Sebabnya..... Istana Nurul Iman memegang rekod sebagai Istana Kediaman Terbesar di Dunia (Largest Residential Palace) kalau ikut Guinness World Record.

Hah? Tak gempak kah itu?

Ini baru entrance masuknya saja

Untuk rekod, istana ini siap sepenuhnya pada tahun 1984 dengan kos sekitar USD $1.4 billion (nilai pada tahun 1984). Ruang dalam di bina oleh pereka yang sama membina interior Burj Al Arab di Dubai nuh.

Secara keseluruhan, Istana Nurul Iman mempunyai ruang lantai seluas 2,152,782 kaki persegi (200,000 m²). 

Dah. Jangan buat buat garu kepala. Keluasannya kalau nak compare boleh cecah bersamaan dengan 28 buah padang bola sepak !!!

Kau mampu nak jogging satu istana?

Ini comparison istana istana besar seluruh dunia, untuk general knowledge.

Forbidden City: 7,800,000 square feet (724,644 m2)[5]
Topkapi Palace: 7,500,000 square feet (696,773 m2)
Palace of the Parliament: 3,700,000 square feet (343,741 m2)
Istana Nurul Iman: 2,152,782 square feet (200,000 m2)[6]
Louvre Palace: 1,453,175 square feet (135,004 m2) (Currently part of 2,260,495 square feet (210,007 m2) Musee du Louvre)
Royal Palace of Madrid: 1,453,122 square feet (134,999 m2)[7]
Buckingham Palace: 828,818 square feet (77,000 m2)[8]
The Palace of Versailles: 721,206 square feet (67,002 m2)[9]
Royal Palace of Stockholm: 658,858 square feet (61,210 m2)
Windsor Castle: 484,374 square feet (45,000 m2)[10]
Winter Palace: 250,000 square feet (23,226 m2)[11] (Currently part of 1,978,622 square feet (183,820 m2) Hermitage Museum)
Rashtrapati Bhavan, India: 200,000 square feet (18,581 m2)
Palais des Papes: 161,500 square feet (15,004 m2)

Tumpang bangga jugak la eh?

Guard house kat luar

Bunga bungaan

Laluan masuk ke dalam istana

Close up sikit abang abang yang perkasa

Istana ini ada 1,788 buah bilik, 257 buah bilik mandi serta sebuah dewan jamuan yang boleh menampung seramai 5,000 orang dan masjidnya sendiri yang boleh memuatkan seramai 1,500 jemaah pada satu-satu masa. Istana ini juga mempunyai 110 garaj kereta, kandang kuda yang beraircond untuk 200 ekor anak kuda Sultan dan 5 kolam renang !

Nak kasik gempak lagi, Istana Nurul Iman ini dihiasi dengan 564 chandelier, 51,000 light bulbs, 44 buah tangga dan 18 lif !

Fuh. Poweress tak?

Kalau rotate bilik air sehari satu, dekat setahun jugak la baru boleh abis.  Silap silap time rotate tu berus gigi yang tertinggal kat situ dah berulat tak di guna.

Begitu besarnya aku nak bayangkan Istana Nurul Iman ni.

Ni baru lampu tepi jalan. Kalau yang dalam tu cemana la agaknya

Silap silap kalau duduk sini, setahun pun belum abis round semua kawasan.

Apa apa pun, layan je la gambar gambar lain yang sempat di cilok. Nak masuk orang tak bagi. Kan??

Peta Brunei

Lambang negara

Nak masuk dalam tak payah mimpi lah. Tapi Istana ini di buka kepada umum masa sambutan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung selama 3 hari, yang mana kira-kira 110,000 pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan dan juga pelancong asing datang. Istana ini juga dibuka kepada umat Islam sepanjang 10 hari dalam bulan Ramadhan untuk tujuan bertadarus.

Jadi? Apa lagi. Kalau rasa nak masuk dan feeling feeling, pegi la time time cam tu. Time time lain, hanya boleh lepak kat gate luar dan pegang pagar je lah.

Meraung lah kau situ. Tak de nya orang nak ajak masuk.

Tapi kalau bernasib baik mesti la boleh terserempak dengan mana mana kerabat ke keluar masuk. Silap silap nampak Sultan Brunei?

How?

Dah. Sama je. Jangan harap dia nak ajak masuk jugak.

Jadi. Pose pose kat luar dan ambik gambar kat luar je lah. Tu la selayaknya bagi kita kita yang tak punya apa apa ni.

* pegang pagar istana sambil menangis sedu sedan

Ada 2 laluan masuk, kiri dan kanan

Salah satu laluannya

Ini pulak kawasan polo kuda. Lapang sungguh. Tapi mostly di tutupi oleh pokok pokok

Tengok ini je lah

Actually ruang parking pun tak de kat kawasan entrance ni. So kena sesiapa bawak dan drop sekejap untuk bergambar then nanti driver datang ambik balik semula.

Guard guard tu pun tengok je buat tak pedulik. Dia pun dah tak heran.

Apa apa pun, kalau dari entrance atau laluan depan istana ni memang susah nak nampak apa apa sebab banyak pokok pokok. Tapi kalau pegi jauh sikit, hah. Boleh dapat view macam ni.

Ini baru bumbung istana

Tapi, aku agak bernasib baik sebab nampak kawasan istana dari udara masa landing di Brunei tempoh hari.

"Hai Dayang Dayang Istana... Nampak tak I ni?????" * haram tak de orang layan

Dari udara macam airport

Close up sikit

Google map

Anyway di khabarkan, pekerja pekerja dalam Istana ni semua bukan calang calang orang. Semuanya macam ada degree dan terpelajar. Kalau pengasuh anak raja pun kurang kurang ada degree in penjagaan budak budak. 

Yang lain lain tu tak tau lah. Kot Tukang Kayu dia pun kena ada degree in Forestry. 

Tapi apa yang penting, kalau kita tak berapa nak cerdik, tak boleh nak keje di istana ni. Tau?

Istana Nurul Iman ni terletak agak jauh jugak la dari town. Kalau nak menapak memang boleh pedih kaki. So kena cari kenderaan jugak la untuk sampai ke sini.

Apa apa pun, memang tak dapat nak tengok ruang dalam istana, tapi sampai kat gate tu, aura kemewahan dan keroyal-an Sultan Brunei pasti terasa.....

bersambung............

8 comments :

  1. Supermeng tak punya apa-apa...cuba tengok dalam seluar...itulah aset paling berharga,......hihihi

    ReplyDelete
  2. baru sebut semalam..hah hari ni udah keluar dh psl istana nurul iman...

    kt istana ni klu xsilap shangri-la yg uruskan...so cawangan shangri-la seluruh dunia adalah bermula di brunei..dgn cara inilah sultan brunei dpt duit tiap2 bulan...sbb die pun pikior duit minyak smp bile, so kene lah pndai invest jugak klu nak harta keturunan lebih dr 7 keturunan...

    lg satu story yg aku tau, adik sultan brunei ni agk suke berjoli, so ini menyebabkan die sgt marah dgn adiknya itu.(hamboi, tau hbs cite pasal brunei; suke baca kot story pasal brunei ni)

    ReplyDelete
  3. gila mewah laa raja brunei ni...sampai beribu bilik. Sapa la yg duduk dalam bilik2 tu yek? bilik air pon beratus. Agaknya dorang pakai dadu kot kalau nak guna bilik air. hehe.. agaknya kalau nak jadi tukang buat air kopi pon kena ada degree buat kopi? ahakssss....

    ReplyDelete
  4. ya Allahhhhhhhhhhhhhh! terkesima aku baca fact2 pasal istana ni! sapa nak tido bilik byk2 tuuuuuuuuu???

    ReplyDelete
  5. baru terjah ahad lepas.. kengkonon nak singgah lah makan nasi ke apa ke sebab hari tu kebetulan sambutan hari keputeraan sultan brunei ni.. tapi nan hado..

    pakgad dia hensem.. hahahaha..

    ReplyDelete
  6. biq,

    klu ko xnak rase rugi sgt dtg sini direct dr kul, ko blh pg ke miri..
    dr miri lalu jln darat masuk brunei..at least boleh tgk sendiri tmpt ni mcm mane..

    walaupun byk org kt tmpt ni boring/xmenarik sgt, tp xrugi pun klu kt jengah..kurang2 kita rasa terkasima rama2 tgk kekayaan negara ni..

    eh apesal aku promote brunei eh?mgkn sbb slalu sgt dgr perkataan boring bila sebut pasal brunei kot..

    ReplyDelete
  7. DATT : gossip kah tu?

    HB : kurang2 tukang buat kopi kena pernah keje kat starbuck 10 tahun.. eh silap2 ada starbuck dlm tu.. mana kita tau?

    Biq : anak beranak semua duduk dlm ni rasanya...

    CS : ngorat la pak guard.. mana tau dpt masuk ke dalam.. hehehe

    DATT : aku rasa ok je jalan jalan ke brunei ni.. buka je minda dan explore habis habisan.. sure ada yg menarik menanti...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...