Masjid Omar Ali Saifuddin adalah pencapaian senibina kebanggaan Brunei Darussalam. Ia terletak di sebuah lagun buatan berhampiran Sungai Brunei di Bandar Seri Begawan.
Satu struktur di atas air yang menyerupai kapal adalah replika yang digunakan untuk upacara rasmi negara. seperti Majlis Tilawah Al Quran dan sebagainya.
Masjid ini merupakan antara yang terbesar di Timur, dan dianggap antara yang paling cantik di dunia.
Menara masjidnya mempunyai lif. Ia mencapai ketinggian menara 52 meter dengan kubah emas serta dinding marmar buatan Itali. Di hiasi tingkap kaca berwarna buatan tangan dari England dan karpet yang berasal dari Arab Saudi dan granite dari Shanghai untuk dinding luar bangunan masjid.
Masjid ini boleh dilihat dari semua arah di sekitar bandar tersebut. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali laungan azan berkumandang, gemanya mencecah ke serata pelosok bandar ini. Bermula sebelum fajar menyingsing hinggalah terbenam matahari. Di bahagian lagun pula dibina sebuah kapal konkrit yang berbentuk Kenaikan Diraja kurun ke-16. Kebiasaannya majlis-majlis berbentuk keagamaan seperti tilawah al-Quran diadakan di sini semenjak tahun 1960 an lagi hingga hari ini.
Masjid ini dibuka secara rasmi oleh Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat, 26 September 1958. Masjid yang mampu menampung kapasiti jemaah seramai 3,000 orang ini cantik dirakamkan gambarnya sama ada pada siang hari mahupun semasa matahari sedang terbenam atau lewat senja.
Sebanyak 3.5 juta mozek daripada logam menghiasi bahagian dalam kubah utama, kolam air dan sebahagian dalaman bangunan, secara tidak langsung ia memberi imbasan yang menarik. Masjid ini boleh dilawati pada hari Ahad hingga Rabu dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, 2.00 petang hingga 3.00 petang dan 5.00 petang hingga 6.00 petang.
Masjid ditutup kepada orang bukan Islam pada hari Khamis. Manakala akan dibuka pada hari Sabtu sekiranya tidak ada majlis-majlis rasmi pada keesokan harinya.
Layan koleksi gambar gambar di Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien sewaktu belah malam.
Dari salah satu entrance masuk
Replika kapal besar di tengah lagoon berhadapan dengan masjid. Bumbung bumbung tu adalah mall. Ada KFC situ !
Sewaktu aku sampai di Bandar Seri Begawan hari dah pun menjelang petang.
Lepas check in semua, benda pertama yang aku tujui adalah melawat masjid terindah ini. Berkeinginan sekali untuk solat di masjid ini jadi aku tak melepaskan peluang menapak dan bersama sama mengerjakan solat maghrib dan isyak di sini.
Sambil sambil tu, ambik gambar lah. Apa lagi...
Pelangi dan masjid yang tersergam indah
Meniti senja
Kebanggaan rakyat Brunei
Salah satu entrance masuk
Azan di laungkan dalam remang remang senja
Senja mula berlabuh
Hasil seni tangan yang halus lagi bermutu
Ini adalah tempat mengambil air sembahyang
Kubah dari tempat berwudu
Ini gambaran dalam. Actually tak boleh nak ambik gambar.. tapi....
Sebab aku sangat teruja dengan keindahan seni dalamannya. Maka aku curi curi ambik
Dan berikut adalah koleksi gambar gambar sewaktu malam.
Sepanjang berada di Bandar Seri Begawan, few times aku datang masjid ni. Tak puas di pandang. Terpukau dengan senibina dan keindahannya especially pada waktu malam.
Sempat aku solat dan dapat duduk belakang imam di atas karpet yang mahal dan sungguh halus buatannya.
Ini lah mercu tanda negara Brunei Darussalam dan merupakan salah sebuah monumen kebanggaan negara ini yang diilhamkan oleh ayahanda Sultan Brunei kini, iaitu Sultan Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, yang menjadi peneraju takhta ketika masjid ini sedang dalam pembinaan. Masjid ini siap sepenuhnya pada tahun 1958.
Senibina yang mengagumkan
OK. Actually, kawasan ini berpagar, nasib baik la ada lubang lubang besar sikit boleh masukkan lens untuk snap gambar. Hiks. Satu keje lak macam dok merompak tertonggeng tonggeng nak ambik gambar gambar ni
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien Brunei Darussalam
Sebuah masjid yang amat indah.
Nanti aku share koleksi waktu siang yang sempat aku snap di sini.
bersambung............
Nanti aku share koleksi waktu siang yang sempat aku snap di sini.
bersambung............
Meng, awesome sungguh masjid itu. Tak terkata keindahannya...KFC pun best...masih di Brunei lagi?
ReplyDeletelawonya...
ReplyDeletei penah pegi brunei.. ermm 3 tahun lepas kot.
ReplyDeletedrive dari miri masuk brunei.
menarik apa brunei, walaupun i pun orang tanya jugak 'ada apa kat brunei? nak buat apa kat brunei?'
grrr.. sabar je lah.
try makan ambuyat.
best!
meng,
ReplyDeleteaku pun beberapa kali dtg solat kt sini...mcm ko kata, mmg teruja pun..
aku xbrani nak ambil gmbr dlm masjid ni, tkt kantoi...xpasal2 pulak nnt...huhu..
tp satu yg aku perasan...lps hbs solat, jemaah akan bersalaman, kalau blh dgn setiap jemaah..(jemaah perempuan tak ramai, so bolehlah nak salam semua)
aku igt sekali jer mcm tu, skali beberapa kali jugak aku experience the same thing..terasa sgt muhibbah..
MKL : Terima kasih. Brunei ni aku pegi dah lama hari tu.. baru nak blog.. ( pemalas )..
ReplyDeleteHB : aku ke??
terima kasih
Mya : ok je brunei ni.. kalau belum pernah pegi boleh je nak pegi..
ambuyat? hmmm aku makanan ni memilih sikit... lagi yg pelik2 aku x makan.
DATT : aku ambik curi curi. berdebar jugak ler.. pasal bersalam tu memang betul lah. masa aku solat tu ada 1 baris setengah je. x ramai so boleh la tunggu...
ala...kenapalah x sound pgi brunei last time? blh siti angkut bawa ronda2, kebetulan masani ada perayaan sempena bday His Majesty klmrin ^_^
ReplyDeleteSiti : ini trip tertunda.. dah pegi lama hari tu dah. baru nak berblogging laaa
ReplyDelete