Friday, September 20, 2013

Ada Apa Dengan Brunei? - 09 : Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah Bandar Seri Begawan

Salah satu lagi masjid yang terkenal di Bandar Seri Begawan ini adalah Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Masjid ini merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke-29. Ianya terletak di Kampong Kiarong, 4km daripada Bandar Seri Begawan dan mula dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 20 ekar.

Sejarah pembangunan masjid besar ini mula digunakan pada hari Khamis malam Jumaat bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb. Julai, 1994, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkat menunaikan sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah.

Kapasiti masjid ini melebihi 5,000 orang jemaah. Masjid ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan, blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya.

Dari arah tepi

Sebelum aku sampai ke sini, aku dah abis kagum dengan Masjid Ali Omar Saifuddin tu. Aku pernah la tengok image gambar masjid ni tapi macam rasa biasa biasa je sampai la bila aku jejakkan kaki di sini aku rasa terpana.

Serious lawa.

Macam first time aku tengok Taj Mahal dulu. Melampau tak?

Senibinanya, persekitarannya serta pembinaan masjid ni sendiri memiliki aura tersendiri. Masjid ini lebih dikenali sebagai Masjid Kiarong oleh rakyat tempatan kerana kedudukannya terletak di Kampung Kiarong, Bandar Seri Begawan.

Tak sah la kalau pegi dan tak masuk. Jadi.. jom kita jengah.


Orang ramai dibenarkan untuk memasuki masjid ini, namun perlu menanggalkan kasut sebelum masuk dan tidak berbuat bising bagi menghormati orang lain yang sedang bersolat. Bagi pelawat wanita, mereka perlu menutup kepala dan berpakaian sopan.

Waktu Lawatan:

Ahad - Rabu [8am-12pm, 2pm-3pm dan 5pm-6pm]

Masjid ditutup kepada bukan Islam pada hari Khamis dan dibuka pada hari Sabtu sekiranya tiada majlis rasmi pada hari berikutnya.

Nasib hari tu aku tak pakai seluar pendek. Memang aku dah ready, jalan kat Brunei ni, elok je la pakai seluar panjang walaupun cuaca panas. Bukan apa. Memudahkan kita nak keluar masuk masjid.

Apa yang lagi menarik, kawasan persekitaran masjid ini di bina dengan landskap yang sungguh lawa.



Percaya lah. Ianya memang lawa.

Bagi pengunjung yang bukan beragama Islam, kalau nak masuk, kena isi buku register. Tapi kalau yang beragama Islam OK je masuk. Mungkin tujuan lebih untuk beribadat. Tapi sempat jugak la masuk dan snap sana sini.

Oh. Jangan lupa masuk dan Solat Sunat Tahiyatul Masjid. Ambik berkat !

Ruang lobby dalam masjid yang dibina sangat teliti dan seni halus tersendiri

Bahagian bawah

Ukiran di bawah kubah

Ini pintu masuk dewan solat

Di bawah kubah utama

Dewan solat utama

Laluan menuju ke bahagian lain dalam masjid ini

Salah satu menara

Masa kat sini sempat la aku borak dengan sorang mamat kat bawah tu yang jaga kasut. Bersungguh sungguh aku bagitau kekaguman aku pada masjid ni. 

Mamat tu cakap, kubah masjid memang di buat daripada 100% emas tulen. Time masjid ini masih dalam pembinaan, ada beberapa jongkong emas yang belum dileburkan kena curik. Sapa lah punya keje. Tapi tu lah, kalau dah depan mata, rambang je ler tengok benda benda macam tu. Tak tau la betul ke tidak, tapi tak per Sultan Brunei tu kan kaya tak de hal punya lah. Lagipun aku percaya kalau pencuri tu curi emas tu, duit yang dia pakai tu mesti tak berkat. Mesti dia tak bahagia. 

Kan? Kan? Kan?

* angguk lah walau ada nada cemburu pada kita

Ruang entrance utama

Landskap masjid

Ini bangunan yang bersambung dengan masjid utama. Mungkin dewan dan tempat tempat kuliah

Masjid Jame Asr Hassanil Bolkiah dari tempat parking. Tu tempat parking sultan tu. 

Tapi bagi aku, keindahan masjid ini bukan saja pada waktu siang, tapi kalau malam melewati kawasan Kampung Kiarong ni, maka tersergam indah lah bermandikan cahaya seolah olah ketulan emas yang bersinar.

Dan aku sempat jugak singgah pada waktu malamnya lepas balik dari Pasar Malam di Gadong tu. Just singgah untuk snap gambar dan solat maghrib di sini.

Oh. Tak macam Masjid Omar Ali tu, dalam masjid ni macam boleh je nak ambik gambar ( kalau bukan time orang solat lah ) Tapi to be save, ambik guna hp je OK kot.

Tengok kiri kanan jugak lah. Takut kena tegur.

Hujan sebenarnya ni

Azan pun kedengaran sangat sedap di sini

2 kubah utama

Beautiful Landscape ( kalau tak ujan boleh la terpacak lama lama, ni ujan main taram je ambik gambar )

Salah satu dewan di masjid ini

Laluan ke tempat parking

Kubah bersalut emas

Impressive structure and architecture

Di kenali sebagai Masjid Sultan Brunei dan di bina di kawasan yang sangat luas

Tapi aku tanya orang, Sultan selalu solat Jumaat kat sini ker, dan dia orang kata, kadang kadang. Ikut Sultan lah.

Mesti dia stress dengan soalan aku. Jawapan tak membantu. Tapi nasib jugak dia tak jawab.

"Ikut Sultan la dia nak solat kat mana pun. Kau kenapa? Aku mana tahu jadual Sultan !"

Errrk........ Hahahaha

Tapi, rakyat Brunei tidak gemar bercakap mengenai Sultan mereka. Aku rasa tu yang sepatutnya, tanda taat setia rakyat pada Raja. Janji, negara aman damai dan sentosa sentiasa.....

Masjid Hassanil Bolkiah at night

Apa apa pun, personally, aku rasa masjid ini lebih lavish dari segi binaan dan architecturenya, tapi Masjid Ali Omar Saifuddin ( ayahanda kepada Sultan Hassanal Bolkiah) lebih berseni dan tersendiri.

Tapi one thing for sure, this one is undoubtedly lawa ! Dan sebagai seorang Islam, aku sangat bangga dengan masjid ini.

Kalau ke Brunei, jangan lupa singgah sini.

bersambung,...

7 comments :

  1. serious gila lawa sungguh meng....pakar ambil gambar....rajin menulis blog.

    ReplyDelete
  2. kalau dh duit melimpah ruah, segalanya mewah! kenapa la Malaysia x menjadi negara paling bahagia di dunia mcm Denmark? hehehe..well tepuk dada tanya la bini..kekekeke

    ReplyDelete
  3. MKL : terima kasih. memang lawa tempatnya. cuaca pulak cun, gambar boleh la jadi lawa.. kalau tak.. sendu semacam ler...

    menulis tu tak rajin, tulis ikut mood. pastu scheduled entry.. nampak la rajin

    HB : bahagia ke org denmark tu semua? kau pasti?

    jangan tepuk kuat kuat nanti tersedak

    ReplyDelete
  4. Aku baca artikel pasal negara paling bahagia..denmark no 1. Hehe.. tp seriouly mmg kerajaan dia kerajaan berkebajikan.. kalaulah malaysia camtu...hahaha..

    ReplyDelete
  5. HB : Ya kah? perlu ke kita berpindah randah duduk di Denmark?

    Hmmm rasanya tak perlu...

    ReplyDelete
  6. jom ke negara scandi? :) wink wink!

    ReplyDelete
  7. Biq : Oi ada plan ke tu? bila bila?

    aku dah lama tak travel... dah lebih 3 bulan kot.. banyak trip terpaksa cancel.. tgh merancang nak buat trip mega ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...