Thursday, April 18, 2013

# 10 - Merentas Kota Khayalan - Yangdi to XingPing : Li River

Hari ke tiga di Guilin aku bangkit awal.

Bangkit !!!!!!!!!!!

* begitu semangat membara.

Kepenatan masih tak hilang lagi semalam. Tapi aku tidur nyenyak sebab makan ubat batuk dan ubat selsema tu. Cuaca pulak hujan. Sedang elok la. 

Tapi aku risau jugak, sebab kalau cuaca tak cantik, maka tak dapat la aku bersendaloka bersama alam secara sempurna. Penat datang jauh jauh kalau berkabus cemana?

Sedih gak ler.

Aku ambik pakej ni sekali lagi dengan hostel yang aku stay. Pakej berakit di Li River dari Yangdi Ke XingPing .

Pagi tu aku perabihkan makan nasik goreng dengan ayam semalam tu. Cukup la bekalan mengalas perut. Belum tentu aku akan jumpa nasik hari ni. Aku dah bersiap sedia. 

Dalam pakej yang aku ambik ni actually, kita akan belayar dari Yangdi ke XingPing dan akan berpatah balik ke Yangdi sebelum balik ke Guilin. Tapi aku nak mengambik pendekatan secara berbeza. Aku bagitau budak hostel tu, aku tak nak patah balik. Biar dia orang turunkan aku di XingPing tu so that aku boleh ke Yangshuo !

Heh. Bunyi macam merajuk je kan?

Agenda utama aku adalah untuk pergi ke Yangshuo. Apa ada di sana?

Li River

Sebelum tu, pagi pagi tu aku dah menunggu kat lobby then datang la sorang mamat ni ambik aku naik van. Then van bergerak pegi ke beberapa hostel dan hotel lain sebelum dia berhenti di satu tempat dan kami sama sama naik bas pulak dah. 

Aku ni pun main ikut je. Kalau orang culik pastu jual buah pinggang tak tau la cemana agaknya. 

Lepas naik bas tu, baru la ada sorang mamat ni bagitau, kami satu bas akan bergerak ke Yangdi di mana kami akan naik rakit menyusuri Sungai Li sampai ke XingPing. Untuk pakej ni aku bayar sebanyak CNY 180 iaitu kira kira RM90 ! Tak tau la mahal ke tidak. Aku dah cakap awal awal lagi kat mamat tu, aku tak akan patah balik. Turunkan aku nanti di XingPing dan aku akan ke Yangshuo. Tapi bayaran tetap sama. Tak pe lah.

Cemana nak pegi Yangshuo? Dia orang cuma boleh bagi aku pass buggy dari port turun di Li River hingga ke Yangshuo. Dari Yangshuo tu nanti aku fikir kendian. 

Sebab hostel ni aku dah book straight nite sepanjang aku di Guilin, maka aku terpaksa biarkan bilik aku kosong sebab aku plan nak bermalam di Yangshuo. Aku dah book hostel lain di Yangshuo dan bilik di Guilin ni aku tinggal je sebab aku tak bawak semua barang barang aku. Aku cuma bawak beg kecik je untuk keperluan aku satu malam di Yangshuo.

Mamat ni memberi penerangan. Nama dia KFC

Membebel bebel jugak ler mamat ni kat depan. Kejap cakap Cina pastu cakap omputih. Sebab pelancong semua bercampur. Dia cakap English dulu terangkan mengenai trip ni then macam biasa bila dia cakap Cina, aku tutup telinga.

Cubaan untuk tidur tapi gagal.

Bas bergerak meninggalkan Guilin untuk ke Yangdi yang terletak di pinggir Sungai Li ni kira kira 40km dari Guilin City. Actually boleh je nak menyusuri Li River dari Guilin terus sampai ke Yangshuo tapi makan masa lah. Lagipun, view yang di khabarkan lawa adalah sepanjang daripada Yangdi ke XingPing ni.

Dalam bas mat salleh German yang agak busuk pegi ke Longji Terrace dengan aku ada sekali. Dia senyum je dan aku tegur macam macam tu je.

Dah dia busuk sapa suruh. Kalau dia wangi nak gak aku borak borak dengan dia !

Kan? Kan?

Bas sampai di Yangdi. Semua orang ambik kesempatan untuk kencing. Ada toilet kat tepi tu.

Sampai di Yangdi ni kelihatan ada banyak rakit buluh bersiap sedia nak bawak pelancong macam kami. Memang ni antara port dia ler kot. So kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecik dan satu rakit tu boleh naik dalam 4 orang.

Layan gambar sekitar dulu.

Bersiap sedia !!!

Rakit ni nampak macam rakit buluh tapi sebenarnya tidak. Siap ada enjin lagi

Kami di bahagikan kepada kumpulan kecil. Yang handsome yang lawa satu group. Yang tak lawa satu group. Yang busuk pun satu group. Sebab aku tak berapa hensem dan tak berapa busuk, jadi aku dapat rakit dengan orang orang yang juga tak berapa nak lawa dan tidak busuk. Redha.


Pertama kali turun dari bas tu aku agak terpegun. Memang macam macam aku dah imagine cemana rupanya Li River ni. Lagi pun aku ada baca, belakang duit RMB 20 ringgit tu adalah gambar yang sama di ambil di Sungai Li ni. Begitu lah penghormatan kerajaan China kepada bukit bukit ni.

Memang dah boleh agak, ada banyak karst mountain di sepanjang sungai. 

Cuaca masa tu tak berapa elok jugak sebab baru lepas hujan. Tapi syukurlah tak hujan terus terusan. At least boleh la nampak walaupun jarak penglihatan tak berapa jauh mana.

Tapi aku cakap, pemandangannya tidak akan mengecewakan !

Percayaaaaaaaaaaaaaaaalah !

* tarik key Siti Nurhaliza versi Haziq AF.

Rakit mula bergerak menyusuri Li River

Li River ni panjangnya dari Guilin ke Yangshuo lebih kurang 83 kilometer. Kalau nak berakit memang makan masa 5 jam jugak lah. Tapi tak perlu la nak crusing lama lama. Bosan ler pulak. Pakej untuk pelancong pulak ada 2. Pertama naik rakit macam aku naik ni which is murah skit. Dan yang satu lagi naik ferry siap lunch apa semua atas ferry tu. Layan jugak la kot kalau ada masa.

Tapi aku tak de masa yang lama.

So berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian. Bersakit sakit di bahu, beg bawak ringan ringan !

* begitu aku cipta peribahasa sendiri.

Lantak !

Kalau tengok yang second dari kiri tu berbentuk patung budha

Sepanjang jalan menyusuri Li River ni memang banyak karst mountain atau batu batu kapur di tepi tepi sungai. Dan batu batu ni berbentuk macam macam dan ada nama nama tertentu. 

Nasib baik, aku naik dengan 3 orang budak Chinese pompuan. Dia orang dari Hong Kong. Kami berempat la naik satu rakit. Pakcik yang bawak rakit ni tak reti cakap omputih, so every time sampai ke batu batu yang kononnya resemble certain formation dia akan bagitau budak budak pompuan ni dan salah sorang daripada mereka sangat baik hati tolong translatekan untuk aku !!

Bagus betul.

Ini berbentuk ikan memanjang. Nampak kepala ikan tu?

Rakit ni banyak banyak macam berkonvoi la bergerak dari tempat kami bermula tadi menyusuri Li River ni. Cuaca berkabus dan agak dingin tapi cukup menarik. Aku just duduk atas rakit dan melayan perasaan. Sesekali layan borak dengan budak budak tu. Sorang je yang OK. Sorang lagi sibuk ambik gambar dan yang sorang lagi member dia tu lagi best.

Main handphone !!

Sepanjang berakit tu dia dok main handphone. Langsung dia tak tengok kiri kanan.

Kawan kawan dia dok OOOOO....... AAAA...........EEEE  dia buat tak peduli.

Macam tak de perasaan !

Dia dengan dunia dia. Mesti dia tak heran atau kena paksa dengan kawan kawan dia datang tempat ni. Atau dia dah 40 kali datang sini?

Rakit rakit bergerak

Setiap rakit ada kerusi tapi aku memilih untuk duduk di lantai di bahagian depan. Boleh main main air yang sejuk


Di sepanjang pelayaran tu boleh nampak la aktiviti penduduk kampung. Ada nampak binatang binatang. Ada perahu nelayan dan sebagainya. Asyik jugak lah. Cuaca pun best, cuma tak berapa cerah la jadi gambar tak berapa menarik nak di ambik.

Dan dalam keasyikan tu kami akhirnya sampai di tempat yang menjadi lokasi penting yang turut di ambil menjadi pemandangan di belakang note kertas RMB ini.

View yang sama dengan duit kertas CNY 20

Karst mountains


Macam aku cakap la, batu batu ni di percayai menyerupai macam macam benda. Ada rupa kura kura panjat bukit la. Rupa muka orang lah. Rupa baby lah. 

Yang mamat tourist guide tadi tu, dia naik rakit lain. Sibuk la dia menjerit jerit.

"Use your imagination !! Use your imagination, then you can see !!"

Imagination ler sangat. Aku tengok semua berbonjol bonjol je. Aku ni kan tak leh lebih berimaginasi, kang semuanya aku nampak macam tetek je.

Tetek di kiri. Tetek di kanan. Tu tetek besar, tu tetek kecik. Ada tetek tajam !

"Waaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Panjangnya kopekkkkkkkkkkkkk"

My imagination run wild with me sometimes.

* terjun tiruk dalam sungai menyelam sebelum kena lempang

Some of them memang macam menyerupai tapi bagi aku tu semua kebetulan je. Tak payah nak percaya sangat.

Perkampungan di tepi sungai


Actually dalam sedar tak sedar, hampir 2 jam kami menyusuri Li River ni. Rasa sekejap je sebab asyik masyuk layan perasaan dengan pemandangan yang lawa ni. 

Sampai di satu port ni, rakit rakit tu semua akan berpatah balik semula ke Yangdi tadi !!!

Tapi rakit aku je kena teruskan jugak sebab mamat tourist guide dah pesan kat pakcik bawak rakit ni hantar aku sampai ke port untuk ke XingPing. So rakit bergerak dengan aku dan 3 orang budak pompuan Chinese tu sementara yang lain lain berpatah balik dah.

OK. Aku nak bagitau satu catch dia orang ni kalau ikut trip macam ni.

Dia orang akan ambik kita pagi dan bawak naik rakit ni. In all adalah dalam masa 5 jam kesemuanya. Tapi ! Lepas pada berakit ni, dia orang akan pegi ke tempat lain ! Ada la pakej pakej ni melawat sampai ke Yangshuo jugak kot kalau tak silap dan pakej ni kena bayar lain ! Mahal pulak tu.

Dan benda alah ni dia cuma kasi tau masa dalam bas on the way tadi tu je. 

Kalau sapa nak ambik boleh la join, tapi kalau tak nak. Tunggu la kat port ni sampai bas tu datang balik ambik petang nanti. Tidakkah itu membuang masa? Maka, sesapa pegi sini, sila check dulu pakej tu samaada bas tu akan balik ke Guilin right after cruising ni atau dia pegi melilau lilau dan pelancong tak de pilihan lain melainkan ikut je kalau tak nak kebosanan ! Tu pun dia bagitau masa dalam bas !!

Nak kencing jugak dia orang ni sebenarnya.

Rakit akan berpatah balik bila sampai ke Mural Hill ni.

Dekat Mural Hill ni, di khabarkan terdapat 9 kepala kuda. So, sila lah cari sendiri di mana letaknya kuda kuda tu semua !

Mural Hill. Ada nampak kepala kuda?

Akhirnya rakit tu sampai jugak di satu port di XingPing yang mana aku akan turun kat situ. So tak de dakwa dakwi dah. Dia orang buang je aku kat situ dan aku lah seorang diri yang menentukan ke mana hala aku nak pegi.

Tapi !

Sebab tak patah balik, dan di turunkan di port ni, maka dia bagi aku satu pass untuk naik buggy sampai ke Pekan XingPing !

Rakit berlabuh

Awek awek yang sama satu rakit dengan aku memberi lambaian terakhir. Yang kat tengah tu yang bolayan view Li River ni. yang rambut panjang yang menjadi translator aku.

Selamat tinggal Li River, kelak kita bertemu lagi.

Sekarang ni, aku kena pegi ke XingPing sebelum meneruskan perjalanan ke Yangshuo !

bersambung......

25 comments :

  1. Menariknya view dia... Bilalah dpt merasa jejak kaki kt sini.

    ReplyDelete
  2. wah dah sampai ke China...jeles nih... anyway baru balik dari medan, kebanyakkan trip di sana follow dari blog nih... TQ

    ReplyDelete
  3. tak jemu nak baca setiap entry...meh sambung cepat heeeeeeeee..

    Aida: View mmg awesome..cepat kumpul duit..cari tiket terus gerak..tetiba tlg jawab bg pihak AM..larikkksss

    ReplyDelete
  4. Meng, aku x dapat bayangkan la ko dok depan rakit tu camne...ko duduk bersila ke bersimpuh? ihikkk sambil nyanyi lagu dayang senandung ekk?? hahahahahaha....

    aku x nampak kepala kuda tp nampak kepala takuk..boleh? hahahaha...imaginasi ko terlalu tinggi sampai nampak satu bende jek yek meng!! hahahaha...

    tp kalau cuaca lagi baik sure lagi lawo kan...

    ReplyDelete
  5. AA : simpan duit and get the cheapest flight to guilin.. lain lain fikir kendian.. hihihi

    MS : sama sama.. follow yg baik baik je. yang x baik jgn follow sgt. ada kau jumpa kelly di medan tu?

    * pitam

    JM : entry dah susun. tunggu je la sampai abis..

    HB : aku duduk mencangkung hahaha anyway kalau cuaca cun, langit biru memang lawa gila tempat ni.. tapi mcm ni pun ok sebab tak panas..

    boleh la aku duduk mencangkung depan rakit tu (sengaja nak ulang )

    kuda kuda tu bentuk cam kuda kepang sebenarnya.. ( mata aku la )

    ReplyDelete
  6. Best kalau duduk bersimpuh atas rakit tu smbil tgn main2 air sungai???Kekekee. Gilos sangat.

    Mmg best cuaca mcm ni. Sejukks. Kalau belengas sgt pon feninnnn pale.

    Bak kata apek yang penting mestiii wangii. Kan abg meng??

    ReplyDelete
  7. ok aku dh nampak dah bentuk dia...tp aku x nampak bentuk kuda...aku nampak bentuk kepala lembu ngan nampak kaki skett jek, gaya cam nak melompat...guane tu??

    ReplyDelete
  8. FJ : memang kena wangi.. walaupun pakai sweater dah 3 hari.. * pitam.

    air sungai tu sejuk gila..

    HB : use your imagination. let your imagination running wilder... hahaha

    ada laa nampak kepala kuda tu panjat panjat bukit.

    ReplyDelete
  9. ahhhhh sumpah aku dok terteleng2 dari gambar batu yg dikatakan buddha, sampai la kuda. tak nampak pun! hish! bidaah sgt...mencik la, terpaksa pegi sendri buat2 mcm dah tau..."ha tu buddha kan? tu ikan kan? tu kuda kan?" dgn harapan dpt lawan pakcik bot tu hahaha!

    bdk opis aku gi cuaca pun ala2 misty gini...agaknyer kalo summer, cun ke? or tetap putihhh jer?

    entry ko bersusun meng? ko ni dah kenapa byk masa jeles muskil aku sume ada. huh!

    ReplyDelete
  10. JM & SM : Sedang menggigihkan diri kumpul duit la ni. Hari2 bukak blog ni dan berangan dapat pergi tempat cantik ni.

    ReplyDelete
  11. nak buat camne bang meng.. keje aku

    membataskan aku nak bergerak jauh..

    demi menjana anak bangsa aku rela

    membakar diri untuk memberi cahaya

    kepada mereka...

    #bakar tiket tiger...




    ReplyDelete
  12. JM & SM : Saya sedang menggigihkan diri kumpul duit tabung lepas tengok view yang menawan di blog ini. Huhu~

    ReplyDelete
  13. JG ni cikgu ke? hahahaha... siap nak bakar diri!! takut x sempat nak beri cahaya dh kena simbah air...

    *usha garing kat kudaku lari gagah beraniii ayuh lariiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  14. Biq : memang bidaah.. tapi layan gak la sebab excited gak nak nengok cemana ropa kuda kuda tu.

    Kalau langit biru memang la lagi cun.. tapi apa kan daya..

    aku x de banyak masa la. entry aku banyak gambar. kalau aku rajin aku taip entry dalam masa 2 hari untuk 20 entries.. pastu abang boleh relaks jer...

    ReplyDelete
  15. AA : masanya akan tiba. bersabar dan bertabung lah.

    * campak tabung ayam katik kat AA

    JG : sayu aku baca. nah ambik tisu ni, jangan kau menangis di sini.. pegi beli lampu kalimantang bagi menerangi hidup tanpa perlu membakar diri....

    ReplyDelete
  16. HB : wakakkaka.. budak2 skang dah pandai, aku bakar lilin diorang ambik
    air simbah lilin tu balik... camne nak berkat ilmu... aku suh buat experimen diorang experimen sendiri
    belakang makmal... matila... ikutkan nak je aku resign travel 1 dunia tapi hutang ngan komitmen tinggi der..

    SM: lampu lip lap raye bleh tak bang?

    ReplyDelete
  17. SM : Campak tabung kosong jer nak buat ape? Kalau campak tiket AA sedap jugak! Haha..

    ReplyDelete
  18. JG, aku tau betapa seksanya jadi cikgu ni...hehe, sbb OR aku cikgu.. dengar dia bercerita pasal bebudak kat sekolah rasa nak hempuk jek kepala dorang hahahahaha... bebudak skang x sama ngan bebudak dulu.

    Satu lagi sistem skang banyak yg mengarut, semua decision atas kepentingan individu..choiii.. opss dh termasuk bab politik lakk hahahaha sori Meng...hehehe

    ReplyDelete
  19. HB: Setuju!!!! nak bagi duit bantuan RM100 kene panggil Politikus ceramah politik kat budak-budak sekolah baru bagi duit......
    JANJI DITEPATI.... dah takde modal berpolitik sampai budak sekolah pun diorang politikan... kau tanye OR kau siap ada pekeliling politikus kena datang bagi sumbangan.. kalo datang bagi sumbangan terus balik takpe gak la... ni suruh dengar ceramah politik diorang... OR kau mesti tau punye...

    Sori bang meng masuk isu politik lak.... hahaha...

    *matila HB ngan JG kene kick out ni..


    ReplyDelete
  20. hehehe. My mom pun cikgi so dia pon da peninnnn dgn sistem la ni yg macam2. Sometimes tlg dia mark paper kekekeee. Tp takpe hulubalang and jerung, cikgu ni kerja yang mulia ok. Yg best cekgu coti punya la byk. Heaven jah.

    Tp hulubalang or uols cikgu suka cubit tak??? Rase semua cikgu suka mencubit sabar je lah. Sama ngn makk sket2 cubitsss kat anak pon kena huhu

    ReplyDelete
  21. hoyehhhhh...

    i'm back....sambil lambai2 tgn..lps tu tutup dgn tudung periuk sbb tkt kene baling dgn telur..

    rindu kt kwn2 kt sini...masing2 bt luahan perasaan pulak eh..haha..

    sblm ape2 aku mntk maaf, aku mmg dr dulu ngelat nak jd lilin menerangi diri walaupun aku suke ngajor..aku tkt aku p lambung ank murid pulak klu xthn sabar..

    lps tu ayat2 makcik2, jadi cikgu la sng, cuti byk..blk sekolah awal..tu minded dolu2 aku rase...skrg aku dgr kwn2 aku yg keje cikgu ni dok mengeluh jer itu ini...bkn sng nk ajr budak2..satu lg org dok tekan klu cikgu2 ni, sng jumpa jodoh katanya (ayat modal nk kenakan aku sbb xmemilih korje ni kekdahnya).aku tetap stick ngn cita2 aku dr ikut kt org...bg aku hidup aku, apa yg aku nak..klu aku xikhlas dgn kerja tu, lain pulak jadinya...

    sorry termerapu pulak kt sini..

    ReplyDelete
  22. OR iols thn lepas jadi cikgu displin hahaha, kena buat muka bengis baru dorang takut sikit (sikit jek..)tp bab rotan atau cubit dia mmg x buat la, dia serahkan kat cikgu lelaki kekdahnya...

    *keluar bilik kelas sebelum kena tendang ngan cikgu Meng....

    ReplyDelete
  23. cikgu mmg cuti banyak TAPI time cuti sekolah la semua rege hotel bagai naik melambung guane tu??? hahaha...

    ReplyDelete

  24. * baling tahik ke arah dewan tengah mesyuarat PIBG

    ReplyDelete
  25. kihkihkih..pengetua Meng dah marah uolsss

    *matila tutup idung..busuk ada najis tengah dewan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...