Sampai di port di tepi Li River tu aku pun turun.
Eh korang berlonggok longgok ni apsal? Cepat lah turun sama !!
* mati la marah sapa pun tak tau.
Ada nampak buggy menunggu dekat satu kawasan parking space. Siap ada orang berjual jual. Mungkin port ni penting jugak untuk orang tempatan yang tinggal di tepi tepi Li River tu pegi ke XingPing membeli barangan harian atau sekadar menyusuri sungai ni.
Eh korang berlonggok longgok ni apsal? Cepat lah turun sama !!
* mati la marah sapa pun tak tau.
Ada nampak buggy menunggu dekat satu kawasan parking space. Siap ada orang berjual jual. Mungkin port ni penting jugak untuk orang tempatan yang tinggal di tepi tepi Li River tu pegi ke XingPing membeli barangan harian atau sekadar menyusuri sungai ni.
Tak de bas di sini tapi penduduk di sini commute menggunakan buggy ni. Kira macam bas mini lah. Aku dapat satu pass untuk naik buggy ni dan dia orang akan hantar aku ke station bus XingPing !
Buggy
Sebab tak de orang lain yang turun di sini kecuali aku, sesampai tu aku di sambut oleh para peminat !!!
"No kamera please... No camera !!!"
Ramai gak la. Semua pakcik pakcik dan makcik makcik. Dia orang ni menjual. Macam macam la dia orang jual. Ubi rebus lah. Telur rebus lah. Jual limau lah.
Ramai gak la. Semua pakcik pakcik dan makcik makcik. Dia orang ni menjual. Macam macam la dia orang jual. Ubi rebus lah. Telur rebus lah. Jual limau lah.
Pastu main paksa paksa aku beli !
"Nenek ! Saya tak makan telur rebus, nanti kentut saya busuk !!! Saya ni artis antarabangsa !!!!"
* mati la tak de orang pedulik
* mati la tak de orang pedulik
Jenuh jugak la aku nak berkata tidak. Dia orang ni bukan faham pun, pastu macam push push suruh beli. Hish. Tapi bila tengok nampak kesian pulak. Cepat cepat aku lari dan pegi ke buggy yang ada, tunjuk pass dan tunggu sampai buggy tu bergerak ke XingPing.
Nenek dan datok yang menyerbu untuk menjual makanan mereka
Perjalanan dari port ni sampai ke pekan XingPing tak sampai lah 20 minit. Sejuk jugak la. Buggy akan drop kat station bus dan lepas tu, abis !
Sendiri fikir la lepas tu.
Aku sampai kat station bus tu, tengok ada bus.
Bas ke Yangshuo
"Yangshuo?"
"Ya. Ya."
"At what time does this bus leave to Yangshuo?"
Haram tak faham.
Tak de orang faham. Angguk angguk geleng geleng. Sudahnya aku naik pening. Lain aku tanya, lain yang dia jawab. Atau salah jawab? Sebab aku tak faham apa dia orang cuba nak cakap.
Aku nak tanya next bus pukul berapa? Last bas pukul berapa? Bila aku tanya kat pondok tu, mamat tu asyik angguk jer. Apa dia angguk pun aku tak tau. Beriya iya angguk.
"Awak bodoh?"
Ntah ntah dia pun angguk.
Banyak la soalan aku nak tanya tapi tak mendapat layanan yang setimpal. Sudahnya aku tawakal je lah. At least boleh la jalan jalan sekitar tapi tak boleh berlama lama.
Sebenarnya masa aku naik buggy tu aku macam nampak port port yang lawa jadi aku fikir tak nak naik bas lagi lah, aku nak gi merayap jap kat pekan XingPing ni. So aku menapak melewati kawasan perumahan penduduk XingPing yang masih mengekalkan tradisi lama rakyat China. Ini boleh nampak dari struktur binaan rumah mereka, jalan dan semua benda lah.
Tengok ni.
Kawasan perumahan
Mana semua orang pegi? Duduk dalam rumah layan sinetron?
Menapak lebih kurang 10 minit, aku sampai semula di tepi Li River tapi kali ni dari arah XingPing ni. Agak lawa jugak. Banyak bot bot dan pemandangan agak menarik.
Layan view.
Bot bot ni biasanya membawa penumpang menyusuri Li River dari XingPing ke Yangshuo
Jambatan dan sungai
Port naik ferry di XingPing
Pekan XingPing
Sebenarnya tak de apa pun di XingPing ni, tapi dalam proses menjadikannya lebih popular setanding dengan Yangshuo terutamanya pada backpackers. Sekarang ni ada banyak hostel hostel di buka di kawasan XingPing ni betul betul tepi sungai so pemandangan agak lawa ler kot.
Apa apa pun, doakan pekan XingPing ini berkembang maju !!
* aci macam tu??
Hahaha.
Lepas abis pusing pekan XingPing ni, aku patah balik ke station bus tu. Elok aku nak sampai, nampak bas nak bergerak.
"Yangshuo??"
Aku menjerit sambil berlari lari kejar bus. Nasib drebar tu perasan.
"Yangshuo?"
"Yangshuo !"
Fuh. Lega.
Aku terus naik. Bas agak penuh. Tambang bas dari XingPing ke Yangshuo ni aku tak berapa ingat. Tapi rasanya dalam CNY7 kot ( RM 3.50).
Naik bas dan layan perasaan. Jalan raya agak tak elok. Bumpy. Orang pulak penuh. Kejap kejap bas berhenti. Ramai orang turun naik. Nak jejak ke Yangshuo tu dekat sejam jugak lah.
Tapi !
Selain daripada orang, ayam jugak naik bas ni ! Kalau makcik balik dari kebun, dengan guni guni hasil kebun naik bas sekali
Keadaan dalam bus dari XingPing ke Yangshuo
View. Cuaca sangat sejuk
Secara overallnya, aku rasa XingPing ni cantik. Kalau kebetulan dan ada masa, boleh singgah. Kawasan pekan dia betul betul dekat dengan tepi Li River ni jugak.
Tak de banyak aktiviti boleh di lakukan di sini, tapi nampak macam banyak hostel jugak ler. Seeloknya kalau nak singgah sini, buat macam aku, naik rakit pastu turun dan merayau sendiri. Serious worth it dengan view dia.
Setelah hampir sejam jugak la duduk dalam bus, akhirnya bas masuk ke bandar yang lebih besar. Di situ aku pasti, aku dah sampai ke bandar Yangshuo !!
Hujan renyai renyai menyambut kedatangan aku ke Yangshuo.
Bas sampai dan berhenti di staton bas Yangshuo. Pekan dia tak besar mana, tapi agak sibuk. Banyak kenderaan, motosikal dan basikal ke hulu ke hilir.
Turun dari bas aku terpinga pinga kejap. Tak tau mana nak tuju. Tapi tujuan aku cuma satu, aku nak makan ! Perut sudah berkeroncong Si Endong Endong minta di isi. Sebenarnya tak de la lapar mana. Masih boleh bertahan tapi dah jumpa kedai, aku isi lah perut aku siap siap !
Yang menarik nya, masa aku borak dengan family Melayu yang aku jumpa kat Longji Paddy Terrace tu, dia orang baru balik dari Yangshuo ni. Aku tanya la jugak apa yang best, dia cakap shopping !
Yang menarik nya, masa aku borak dengan family Melayu yang aku jumpa kat Longji Paddy Terrace tu, dia orang baru balik dari Yangshuo ni. Aku tanya la jugak apa yang best, dia cakap shopping !
Motip datang jauh jauh macam ni nak shopping??
Apa Guilin tu tak de benda nak di beli dah ke? Aku tanya jugak, shopping apa? Dia jawab, cenderamata, kain sutera China dan alas meja.
Aku dengar alas meja je then aku rasa tak penting mana. Tak pernah masuk dalam agenda aku datang travel jauh jauh dan beli alas meja !
Dan aku tanya jugak dia orang pasal makanan halal kat sini, dia orang jawab.
"Senang je, kedai tu betul betul depan bus station"
Ha...........
So aku memang dah aim la nak makan kat kedai Muslim ni. Keluar dari bas, berlegar legar dalam hujan gerimis dan aku cari kedai makan yang di khabarkan tu.
Intai punya intai, telek punya telek. Tup tup nampak orang pakai kopiah !
Kedai yang signboard kaler biru gelap tu
Aku dah pasti ini la kedai nya, terus rasa nak tarik key Mus May.
"Sinar............... ku pasti kan suluhnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !!!"
* tolak Azlan dengan mesin taip writer jatuh longkang.
Anyway, dah jumpa kedai, apa lagi. Cross je la jalan tu dan pegi makan !
Hujan di Yangshuo
Menu dalam kedai
Aku tak tau apa nama kedai ni, tapi boleh nampak pekerja dia pakai kopiah kat depan. Ada tulis tanda Halal lagi. Jadi jangan was was. Masuk dan oder !!
Masalah menu kat China ni pelik pelik. Dan aku biasa nya akan cari yang berasaskan ayam je lah. Dan yang penting jugak bagi aku, kena makan nasik. Mee apa semua tu aku tak berapa suka.
Telek telek menu tu lalu aku temui sesuatu yang mengujakan !
Nasi putih dan ayam masak paprik !
Aku saja saja bagi nama tu sebab aku tak tau nama dia apa.
Menunggu tak lama then datang la hidangan yang masih berasap. Pergh. Tertelan air liur berteguk teguk. Makan nasik panas panas baru rasa puas !
Tapi.
Kalau jenis masakan ayam ayaman di China ni memang susah la nak dapat isi. Abis abis tulang temulang. Pastu kulit. Pastu lemak.
Suka la nak menambah kandungan lemak ke dalam tubuh aku ni. Naik 2 bukit kat Guilin kelmarin pun belum tentu lemak hilang selapis.
Anyway, makanan dia OK la boleh tahan. Cuma ayam tu banyak tulang, isi nya kurang. Mungkin isi dia buat masak lain kot. Tak abis pun aku makan, then bayar terus keluar.
Makanan tu dengan air aku bayar CNY 14 ( RM7). Lebih kurang la. Lupa sebenarnya. Janji kenyang.
Now, misi ke dua pulak nak cari hostel !
Pasar jual jual sayur tepi jalan
Aku book hostel ni malam sebelumnya bila aku confirm nak pegi Yangshuo ni. Sebab tak cukup masa nak balik ke Guilin jadi aku fikir, tidur je la di Yangshuo ni satu malam. Sampai ni pun dah petang, nak explore pekan ni belum tentu cukup masa, so esok aku ada satu hari di Yangshuo ni dan petang esok aku balik ke Guilin balik semula.
Aku booked hostel thru hostelworld. Ni kononnya hostel paling best dan hebat di Yangshuo. Nama dia Travellers Land Youth Hostel.
Okeh. Aku tau aku tak 'youth' mana tapi tiada had umur. Boleh je duduk plus harga dia pun agak murah. Satu malam aku cuma bayar RM40 ! Bilik bukan dorm ke apa !
Masalahnya cuma satu, tempat dia agak jauh dari station bus Yangshuo ni. Tengok pada peta kena jalan kaki kira kira 15 minit. No sweat. Makan lemak ayam pun dah banyak tadi, jadi kena la menapak untuk kembali kurus !
* tunjuk jari kelingking.
Belakang billboard besar tu la bus station Yangshuo
Aku menapak ikut peta yang snap kat internet. Jalan kaki dalam 10 minit jugak la pastu aku buntu. Aku tak sure dah lepas ke pastu ada macam banyak simpang.
Aku berhenti tanya orang, semua macam tak tau. Dia orang ni tak boleh nak baca tulisan rumi ! Aku pulak lupa nak snap nama jalan dalam Chinese !
Nasib la.
Sampai kat station minyak, aku tanya orang lagi. Ada mamat ni kata kena ikut jalan ke kiri. Aku ikut la. Sampai traffic light, aku tanya lagi orang. Dia kata kena patah balik pulak.
Cis !!!
Tak boleh jadi macam ni !!!
Kalau orang tengok mesti kata aku dah tak de hala tujuan. Ya la, nak ke kiri pun salah, nak ke kanan pun dah rasa buntu. Sampai la aku jumpa mamat mamat atas motosikal yang sebenarnya dia orang ni macam driver jugak.
Aku tunjuk alamat dari iPhone aku then dia angguk.
"CNY 20"
Dia cakap.
"No !!"
Hahahah
Kau dah lah sesat tak tau hala tuju, pastu kau kedekut dan berlagak?
Kebal kan hati ni, konon nak cari jalan sendiri. Aku jalan lagi, ntah ke mana mana aku pun tak tau. Dah tak boleh track jalan ikut peta yang aku ada. Last sekali aku jumpa mamat jenis yang sama. Dia lepak atas motosikal dan kalau sesapa perlukan pekhidmatan hantar ke mana mana mereka akan hantar.
So aku buat muka tak malu tanya. Tunjuk lagi alamat. Dia angguk.
"CNY 20 !"
Dia cakap.
"No ! 10 !"
Ada kao tetap nak menawar harga? Dah la hujan ni.
"OK"
Dia suruh aku bonceng belakang dia. Aku pun sedap hati la sikit ni. Naik je motosikal tu, then dia cross jalan tu, then ada lorong kecik, dia belok, jalan tak sampai 10 meter.
Sampai !
Ini la dia hostel nya
Binawe !!
Nak je aku karate leher dia biar patah dua serta merta kat situ.
Kalau dia tunjuk kat aku jalan dari tempat aku tanya dia tu, just cross jalan pastu masuk lorong tepi tu dah boleh sampai. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit !
Kalau dia tunjuk kat aku jalan dari tempat aku tanya dia tu, just cross jalan pastu masuk lorong tepi tu dah boleh sampai. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit !
Ini la bahana. Nasib badan ler nak buat cemana. Dia dropped aku, aku turun, bagi duit dan dia blah. Helmet pun tak de pakai pakai.
Anyway, lega jugak la sebab dah sampai ke hostel. Now aku boleh merangka apa aku nak buat selepas ni.
Sesampai je aku di sambut oleh owner dia bernama Hamson. Chinese tapi fasih cakap English.
Aku serahkan passport pastu dia key in dalam komputer dia dan tetiba aku dengar lagu Melayu berkumandang !!
Walaweyyy.
"It sounds like a Malay song. Is that Malay song?"
Aku tanya dia.
"I think so"
Dia gelak gelak.
"You speak Malay?"
"No... this is our way to welcome you to our hostel. We want you to feel like home"
"No... this is our way to welcome you to our hostel. We want you to feel like home"
Busit !!!
Kenapa aku tak terfikir macam tu? Sebab aku tau aku bukan berada di Malaysia lah !
Tapi !
Yang haru nya, lagu yang dia pasang tu lagu tak terkenal mana. Pernah la dengar tapi tak berapa familiar. Otak aku cuma sempat tangkap penyanyi tu sebut perkataan yang aku familiar.
Confirm lagu Melayu !
Confirm lagu Melayu !
Tau lagu apa?
Hahahaha. Ni hah !
Di manakah pemandangan terindah di dunia
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu
Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu
Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku
Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu
Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta
Memula aku ingat lagu KRU, tapi rupanya lagu Adam AF ! Motip ! Dalam ramai ramai penyanyi Malaysia dia bagi aku lagu Adam AF??
Kat Malaysia pun aku tak dengar lagu ni !
I is antarabangsa !!!!
"Panadol please !"
* picit kepala sendiri
Tapi lagu ni sebenarnya menggambarkan perasaan aku sendiri terhadap pekan Yangshuo ni. Nanti aku sambung.
bersambung.........
Kreatif jg hostel tu, ingatkan cuma ada welcome drink shj, ada jg welcome song..hehe..nasib baik dia tak pasang lagu 'Negaraku'..
ReplyDeleteHahaha lagu adam af keeee...puiiiiii memang xmain la kan!
ReplyDeleteAku suka tgk rumah2 lama celah lorong tu, sungai yg ade jmbatan tu pun cantik, nampak air sungai cam jernih je, ye ke? Ke mata aku salah tgk?
lokasi moto depan umah tu tak berubah
ReplyDeletewakakakaka....kena lagik ye ko Meng, aku rasa nasib ko gune public transportation kurang memberangsangkan la... harap2 aku x kena la cam ko masa aku travel bulan 5 ni, sbb aku mmg akan banyak gune public transport pheww!!
ReplyDeletebagus gak hostel tu siap ada welcome song utk ko. Tgk cuaca suram cam tu sure sejuk giler. Kalu aku sure dh gigil2 dh walau pakai berlapis2 hahaha...
Nohas : Kalau lagu negaraku, aku kena berdiri tegak kat situ.
ReplyDeleteCNa : sungai tu jernih tapi kalau dekat dekat penuh dgn lumut
JM : pegi jugak ke celah celah rumah tu?
HB : Cuaca memang out. hujan dan mendung. Boleh tahan la sejuk... kau pi guilin ke bulan 5 ni? ke pegi laos tu?
kat china ni, memang kalau nasib tak main asyik kena kuda je la gayanya....
aku x gi guilin, aku gi indo-china...3 negara, 4 bandar dalam 7 hari....boleh?? hahahaha kerja gile!!!
ReplyDeleteok tak sia2 pegi tempat ni sbb mmg cun weh! esp jambatan tu, cantik la...
ReplyDeletesian ayam tu duk dlm plastik...sob sob *mak pencinta binatang okey*
paprik tu nampak sedap. sedapkah?
gambo sungai ngan jambatan tu cantik giler dah macam lukisan! gi china mmg tabiat dorang kalo tak menipu sesikit..nak idup katenye kekeke
ReplyDeletemeng,
ReplyDeletegambo jambatan tu paling owesome..awatla ko xbg copy lagu siti nurhaliza kt tuan hostel tu...xpun sheila amzah..citelah skti deme ni terkenal kt malaysia..hehe..
aku suke ayam byk tulang dari ayam byk isi..(pelik2 btl manusia ni)
HB,
klu naik public transport mesti terkena sekali skala...same ade ko kene ketuk, atau ko sesat barat..tp xpe, bljr dr pengalaman..
cantik cantik .....
ReplyDeletebersih tak kawasan mereka nie?
HB : sila bawak salonpas.. senang kalau sengal2 badan nanti naik bas lama lama. panadol pun oke.
ReplyDeleteBiq : paprik tu lite2 jer.... ayam tu aku rasa makcik tu beli kat pasar balik nak grill panggang kukus.. grill panggang kukus..
CL : betul tu.. elak elak pun terkona jugak.
DATT : aku malas nak layan tokey tu sebab last last dia hamsap sama aku.. cobaan nak kencing aku jugak mamat tu..
* campak cd mas idayu - aku tidak percaya kamu lagi.. ( cam tu ke lagu dia )
pB : tima kasih PB
Bkn lagu mas idayu kot..aku rs lagu sheeda mak bienda tu..
DeleteAku tidak percaya padamu lagi..baik aku segera angkat kaki..haha..
Yer siap duduk atas moto tu ambik gambo konon nk ambik no plate. Lalu lah celah2 umah tu dan ramai jual limau utk naik rakit
ReplyDeleteJM : rosak kot. ke memang port dia suruh org buat fotoshoot?
ReplyDeleteDATT : salah ke? kah kah kah
oh rupaye kat situ kedai makan halal tu.. last time pergi memang x perasan kedai tu.. kalo x silap bawah billboard tu la CC yg aku lepak.. CC tu da mcam rumah buruh kontrak condition die..
ReplyDeletebawah billboard tu bukan banyak kedai elektronik ke.. aku usha jugak tapi x de la nak masuk..
ReplyDeletekedai halal ada 2 aku jumpa kat yangshuo. satu lagi dekat station minyak.
ground floor mmng bnyak kedai electronic.. CC tu dekat 1st floor.. dekat ctu la aku mengenali pe bende Youku.. ha3..
ReplyDelete