Wednesday, April 24, 2013

# 15 - Merentas Kota Khayalan - Yangshuo : The Countryside - Part 1

Dari Dragon Bridge tu kami bergerak patah balik semula ke Yangshuo.

Gerak gerak gerak khas !!!!!!!!!!! Bergerakk..............................


Tapi kali ni nak follow jalan tepi Yulong River tu je sebab view nampak sungai tu mesti lawa dan agak mendamaikan.

Tapi jalan dia nauzubillah. Dah la tak berturap, denai denai kecik je pun. Ikut ladang ladang dan kebun kebun orang !

Laluan yang kami ikuti

Tapi view memang superb

Masuk ikut kebun kebun

Kami pastikan tak jauh dari sungai ni


Konon nak short cut lah. Ikut jalan ntah hapa hapa.

Tapi sebenarnya, route ni memang tak de laluan yang betul. Dia kasik route je tapi terpulang la nak ikut jalan cemana. Jalan pun kecik kecik atas batas kebun orang. Kadang kadang tak boleh nak kayuh, kena sorong basikal sebab batas tu kecik gila !

Ada sekali tu, Mickey kat depan aku, jalan tu macam turun naik sikit betul betul tepi sungai. Tiba tiba aku dengar..

Gedebush !!!

Aku tengok Mickey dah tak de. Basikal pun tak de. Sudah. Aku tinggal basikal aku, pegi dekat dia. Tengok dia dengan basikal basikal dah masuk dalam parit. 

Hahaha. Nak gelak pun ada.

"Are you okay?"

Aku angkat basikal dia. Dia dah abis kotor kotor. 

"My back hurts"

Ololololo. Kesian pulak budak ni.

Angkat basikal dia pastu baru dia naik sendiri. Kelakar betul. Kesian pun ada. Kalau aku fikir balik macam kerja gila dah jadi nya. Tapi serious adventurous.

Kejap kejap kami berhenti layan view. Lalu tepi sungai ni memang lagi best walaupun jalan dia memang tak serupa jalan.

Yulong River

Sebab tak de laluan yang betul, kami ikut susur tepi sungai je, so bila nampak ada cross macam ni, kami decide nak cross je. Basah jugak la kasut. 

Crosssing the river

Sungai yang tenang

Mickey merenung jauh penuh penyesalan

Bawak basikal

Masa cross sungai ni, batu batu tu licin. Sekali lagi Mickey tertonggeng dengan basikal dia lagi. Abis basah. Sekali lagi aku terpaksa berlari dekat dia.

"Are you OK?"

Berkali kali jugak dia jawab dia OK. Tapi abis basah seluar dia. 

View Yangshuo Countryside

Yulong River


Lepas crossing tu, tak jumpa jalan dah.

Jadi kami cross lagi ikut ladang padi orang ni. Suka suka hati. Abis comot comot kasut. Main belasah je. Memang nak kata sesat tu memang dah sesat. Tapi tak de laluan lain dah. Plan kami cuma ikut je sungai ni dan nanti mesti jumpa tempat yang kami datang tadi.

View bendang dan panorama karst mountains

Mickey kat depan. Tengok la laluan kami belasah je ikut


Pastu sampai kat satu kawasan ni, macam port untuk orang naik rakit jugak. Tapi masih belum sampai kat port yang aku jumpa pakcik tadi tu. Ni setengah perjalanan je baru.

Di tepi sungai ada orang basuh basuh kain.

"Adakah kakak menggunakan sabun Daia?Gunakan Daia dan lupakan yang lain...."

Port naik rakit 


Masa sampai kat sini, Mickey kata dia lapar. So dia nak makan. Aku cakap aku boleh je teman dia makan.

"You must try Guilin Noodles. It is so delicious"

Aku gelak gelak je.

Pastu dia pegi order. Aku melangut tengok orang kiri kanan. Dah la nak merokok tak boleh. Stress betul rasa. 

Dan dan lepas tu Mickey datang bawak Mee Guilin perisa babi !!

Bukan satu, tapi dua !!!

* pengsan

Ada bran???

"You should try this !!"
"No.. I am not hungry"
"Try it !"

Iskkk !

Ada jugak aku silambam budak ni dengan kerusi ni karang.

"What do they put inside?"
"Just noodles with pork"

Hah ! Memang betul nak kena hempuk.

"I am sorry. I cant eat pork"
"Really?"

Pastu dia bangun bawak mee tu pegi kat gerai tadi. Aku nampak dia cakap cakap kejap pastu minah kedai tu korek daging dalam mee tu. Aku dah start geleng kepala. Pastu dia datang balik dan duduk sebelah aku dekat meja yang kami lepak.

"OK. No pork!"

Semudah tu dia ingat agaknya. Aku curah mee ni atas kepala baru tau.

Dia letak depan aku. Pastu dia sambung makan dengan laju nya. Slurp Slurp bunyi. Sungguh tak mengiurkan langsung !

Then terpaksa la aku bukak cerita kat dia, kasik dia clear. Aku bagitau pegangan aku, prinsip aku, pendirian aku. Dia dengar sambil menghirup Guilin Noodles tanpa henti.

"Do you believe in god?"
"Yes I do"
"I dont"

Aku diam.

"Are you a good muslim?"
"Well. I dont know. I am not sure I am but I am trying my very best to be one"
"I dont have a religion"

Kali ni dia serious sebab dia berhenti makan mee depan aku.

"Why is that?"
"Because I dont think god exist. Do you?"
"Yes. Of course"
"Where?"
"The earth. The water. The brain. The eyes. The universe !! You think people can do it?"

Dia diam. Aku pun malas nak cakap banyak banyak.

"I failed the exam. I lost my family. There are poor people in this world, so where is the god when I need it? When people need it? God supposed to be fair and treat us equally"

Juling jap mata aku fikir cemana nak jawab.

"There is always a reason behind every thing. If god gives all what we want, he is increasing our faith. If not, he wants us to be patient. Just like that"
"I dont know"
"Sometimes, it is something that you cant see or understand it now, but someday, I am sure you will"

Dia masih asyik masyuk melantak makan mee babi dia tu.

"You are young, go explore the world, see things, one day you will realize, there is god who gives us all these"

Dia pandang aku pastu pandang tempat lain. Pastu dua dua diam. Dia je abiskan makanan.

"Are you done? Shall we go now?"

Aku ajak dia blah lepas tengok dia dah abis makan.

"Yes, sure"

Semacam tu. Dah ! Dia pun mesti tak nak dengar aku bebel lama lama. Aku pun tak suka. Nanti aku tersilap cakap. Aku bukan baik sangat pun.

Kami pun bersiap siap semula untuk menyambung kayuh basikal meninggalkan Mee Guilin berperisa babi yang satu lagi tadi tak tersentuh. Tapi Mickey bayar jugak lah.

Kus semangat. Selamat aku. Kalau tidak....

bersambung.......

17 comments :

  1. Aku asyik nganga n terlopong jer tgk gmbr2 ni semua..mmg lawo sesangat..mcm gmbr poskad..

    Dulu bc kt blog backpackers busuk die pun ade tarbiah org mcm ni jgk..kesimpulan org dorg ni byk xpercaya tuhan..

    ReplyDelete
  2. hanya pakar boleh menghasilkan gambar yg awesome ni

    ReplyDelete
  3. ya Allah cantek sungguh la tempat ni...sayu aku rasa sbb tak dpt berjalan...sob sob...akan ku balas dendam nanti!

    uih korang cross sungai ikut batas tu? terbayang tetiba kuar buaya dari sungai tu eiii! ko tak try ke kuis2 air tu? mcm ada rumpai2 kolagen jer ek?

    mmg takde tourist lain ke kat tempat ni meng? tapi byk rakit nyer kan? hmm...

    semua freethinker akan ckp camtu, when they need God, He is not around. diorang tak pikir sedalam2nyer, surface jer, sbb tu jadi camtu. dulu masa aku freehair, bila locals tanya am i a muslim, jenuh mak terdiam pfft! mak muslim ok! muslim! soklan lain plssssssssss...hahaha!

    ReplyDelete
  4. naik beskal atas batas keta gala... hehe

    ReplyDelete
  5. Woww...mabeles gambo semua..

    Banyak org yg x percaya kewujudan tuhan ni bg alasan yg hampir sama...org mcm ni mmg cepat putus asa...

    Cuaca masa ni sejuk x meng? Kalau sejuk ok la berjalan sambil berbasikal. Kalau panas x sanggup aku nak berfeeling2 rani mukherji kat guilin... kekekekeke

    ReplyDelete
  6. Lav : * takbir

    DATT : thenfks. Masa kat sini baru la aku rasa syok skit nak ambik gambar sebab cuaca dah terang.... last day pulak tu. alhamdulillah. selepas beberapa hari kat guilin cuaca cam hampeh jer..

    JM : ambik gambar ni kena slow slow. lama lama terbiasa dah tau skit cemana nak project kamera

    ReplyDelete
  7. Biq : Nanti buleh la pegi... naik mountain bike keliling yangshuo guna basikal yang panjang buleh naik 3 orang terus tu. hahaha

    memang banyak rumpai.. air jernih gila.. rasanya buasa tak de kot sini.. haaha ( sedapkan hati )

    AM : naik geghek atah batah ubi jah...

    HB : Time ni cuaca dah OK skit. Aku dah bukak sweater busuk tu dan cuma pakai t shirt je.. cuaca terik tapi breezy.. tak de ler berpeluh2 sgt

    ReplyDelete
  8. aduhh..

    Byk gila kot nak kena qada' post2 ko meng..nantilah aku find time baca semua..baca runcit2 x syok

    hiks

    ReplyDelete
  9. buasa = buaya..

    hahaha..

    ada area banyak tourist mcm kat dragon bridge tu.. dan area port yang memula aku berhenti tu.. dia org naik dari situ...

    tapi yg kayuh basikal x ramai mana.

    AG : ko dah balik dari korea kah? pergh.. inzal tak?

    ReplyDelete
  10. kikikikiki tergelak2 kat opis ni sesorang dah cam onggiler bile baca part mickey jatuh gedebush tu hihihi...ape pun view tersangatlah cantikkkkkk =)

    ReplyDelete
  11. lama x jengah byk post ha kene khatam kan...

    cantik view guilin ....

    ReplyDelete
  12. CL : tak baik gelakkan orang. hihihi

    ETK : Guilin lawa juga, Yangshuo lagi lawa kot.

    ReplyDelete
  13. Dah balik Meng

    Inzal banget. Tapi aktiviti pusing2 aku agak terhad dah tight dengan activity programme kan. Sedang cuba usahakan untuk buat entry dalam teratak usang aku.

    Hiks.

    ReplyDelete
  14. Meng..baru aku perasan..ada byk bukit2 dengan bentuk2 yang mungkin aku, engkau, HB dan JG juga mungkin suka..hahaha

    *mute

    ReplyDelete
  15. dah nak puasa ni AJ. Jangan nak melucah sgt. Kalau nak melucah jangan lupa ajak aku.

    * sekup muka

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...