Thursday, April 4, 2013

Rosdet Tomyam Kg Baru : Kedai Makan Favourite Keluarga Saya

Aku mula mengenali KL sejak ujung ujung sekolah rendah. Ya la dulu duduk kat kat kampung. Macam katak di bawah pyrex. Tengok KL pun dalam TV jer. Tapi ada selalunya aku ikut Pakcik James kalau dia ada meeting di KL.

Pendek kata, kerap jugak la. Orang ajak, aku seronok je nak ikut especially time cuti sekolah lah. Biasanya Pakcik James ajak aku sorang je.

Selalu kalau sampai KL ayah aku meeting then aku keluar merayau. Tanpa bagitau dia. Agak agak dia abis meeting petang aku buat muka muka toye kat bilik. Padahal dah merayau satu KL. Tu la agaknya aku start jadi kutu rayau kot.

Biasanya Pakcik James meeting dan stay di hotel terus. Dan aku suka kalau dia tukar tukar hotel sebab aku akan merayau di kawasan keliling hotel tu je la.

Read : Sebab tak berapa berani nak pegi jauh jauh.

Kalau stay di Pan Pacific KL dulu dulu, area The Mall tu boleh lagi la aku redah. Tapi kadang kadang melencong sampai jauh. Pastu mula nak balik payah. Tapi aku selalu suka berpandukan bangunan tinggi. In case takut tersesat. Zaman zaman tu Batu Road dengan Hankyu Jaya adalah paling top !

Salah satu jugak hotel yang Pakcik James selalu duduk dan bermeetingan adalah hotel ni.


Nama hotel ni Kuala Lumpur International Hotel. 

Sebab tu la abang agak international sebab dulu selalu melepak kat sini. Hiks.

Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Bukan pasal hotel. Bukan pasal kisah silam sangat tapi pasal tempat makan yang menjadi phooojaan Pakcik James sejak dulu, kini dan selamanya.

Ntah apa dia suka sangat dengan kedai ni pun aku tak tau. Asal datang KL je makan kat sini. Asal makan kat sini je, datang KL.

Dah synonym sangat kedai ni dengan Pakcik James sampai Makcik Mona dan ahli keluarga aku yang lain pun kalau datang mesti nak pegi makan kat sini.

Di mana tu uols??

Tempatnya terletak di tepi belakang sikit hotel KLI tu lah. Nama tempat makan ni adalah Rosdet Tomyam.

* mati la nama tak glamer mana.

Rosdet Tomyam

Bersempena kedatangan Makcik Mona ke kota jadi macam biasa, family aku akan berkumpul dan makan di sini !

So aku terpaksa la join.

Apa aku nak cakap kedai ni dari semenjak aku muda remaja lagi sampai sekarang, memang ramai pelanggan. Kalau dulu kedai dia sempit jer tapi sekarang dah besar gedabak.

Masa Makcik Mona datang tempoh hari aku pegi untuk acara makan makan keluarga. Semua keluarga aku ada kecuali Pakcik James. Biasalah, kalau aku ni artis antarabangsa tak boleh buat kemunculan sesuka hati, Pakcik James tu lagi la Internasional tahap tertinggi.

Dia tak suka la datang KL ni kalau setakat jalan jalan je. Kalau ada kerja baru dia datang. Tapi family aku yang lain pulak selalu datang kalau tak de kerja dan kalau datang KL mesti tak miss makan kat sini.

Jom tengok kedai dia.

Dulu kedai dia sebesar papan tanda tu jer la.

tapi sekarang dah besar melimpah ruah

Ni kedai sebelah dia. Tapi Rosdet jugak tetap menjadi pujaan hati family aku.

Dan ini adalah menu yang di hidangkan khas untuk kami sekeluarga.

Boleh order untuk di masak. Yang kecik kecik tu adalah puyuh.

Burung Puyuh Goreng. Aku tak makan so aku tak tau

Kerabu apa benda ntah. Pun aku tak makan.

Sayur campur. Ni aku makan.

Telur dadar. Of chos aku makan telur dadar.

Kerabu mangga. Jamah sikit jer.

Ikan siakap masak masam manis. Aku tak pandang

Ikan kembung masam manis. Juga tidak mendapat layan setimpal dari aku.

Tomyam. Rasa jugak la korek korek ayam.

Sebab aku sampai lambat dan lauk pun dah di order jadi nak order balik leceh la sebab ramai sangat orang. Dan lauk lauk yang dah di order tu tak berapa mendapat perhatian dari peminat macam aku ni sebab aku tak makan ikan.

Maka jadi nya....

Nasik goreng ayam untuk habang dan Hero !

So verdict aku?

Ntah. Biasa biasa je kot. Tapi family aku memang suka gila kedai ni. Makanan Thai dan Seafood. Agak menarik la kalau nak mencari alternative tempat makan lain di KL ni.

Dan harga pun agak berpatutan.

Kami makan dekat 30 orang. Ada 5 set makanan makanan di atas untuk hidangan. Costnya adalah dekat dekat RM300.

Kira sorang RM10. Okelatuh.

Selamat mencuba !

9 comments :

  1. oiittt....rombongan cik kiah dtg KL ke??

    aku igtkan puyuh tu katak memula tgk... ahaksss

    aku kalau bab makanan, semua aku sapu, batu ngan kayu jek aku tolak... hahahaha....

    ReplyDelete
  2. Rosdet dah besar~
    jus mangga beliau dia sedap

    ReplyDelete
  3. pada aku la, nasi goreng sekarang kosong jek, kalau dulu penuh sayur udang sotong dan mcm2 lagi la...skang ni kalau order nasi ayam goreng, dpt nasi goreng yg kosong ngan ayam goreng jek, pastu rege mahalll... adoiyaiiii...

    ReplyDelete
  4. rosdet ni tak pernah try lg tapi kalo adam kat sebelah tu dah, sedappppp siakap stim limau die! rosdet ni ramai sgt org malas nk tunggu hihi

    ReplyDelete
  5. dah tau mane ko dpt hobi travel ni,
    bapak borek anak rintik..

    ReplyDelete
  6. sama la macam hakak dulu2 dtg kl ikut mak sedara sbb antar kexen yg masuk seri puteri. the mall tu mmg menjadi pojaan la dok berlari2 kat air pancut sambil baju kembang ikat blkg. bangunan paling suka tgk adalah centerpoint. tempat shopping tak lain tak bukan jalan tar yg penuh dgn pasar malam, tu pun dah rasa heaven...

    skang? tak lalu la nak masuk KL tu! eiii jem! menyampah!

    ok, makanan2 tu especially kerabu mangga sanggat mengiurkan! siut la ko, lambat lagi kul 12 tengahari ni...

    aku tak mkn puyuh sbb tu lah! sbb tu! tu! *tunjuk bentuk puyuh yg mcm baby bogel*

    ReplyDelete
  7. Burung puyuh goreng sedap la... cube try mesti suka.. lg sedap dari ayam tau.. kate anak buah aku tiap kali mkn " sedapnye katak ni..." (die panggil bende alah tu katak)

    ReplyDelete
  8. HB : tak de rombongan mana. semua ada kat KL ni jer. Mak aku je dari Italy. Gula batu dgn ubi kayu kau makan tak?

    AJLa : Beliau? Kah kah kah... ingat aku je sorang yang suka jahanamkan bahasa. Anyway aku x pernah try jus mangga. nanti try ( bila family aku ada )

    HB : nasik goreng dah siap masak awal awal kot... kan??

    ReplyDelete
  9. CLala : Ramai org tu sebab sedap la kot...

    DATT : Bapak aku travel sebab keje, aku travel sebab suka suka.

    Biq : Lagi ganas ckp puyuh mcm baby goreng... Aku x sanggup makan sebab mcm kurang zat je.

    TZ : Jangan dia tangkap katak nanti goreng sendiri sudah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...