Tuesday, April 9, 2013

# 02 - Merentas Kota Khayalan - Guilin City : Welcome To Guilin

Duduk. Hisap rokok. Mengenang nasib diri yang terumbang ambing di negeri orang.

Meratapi kesedihan dengan cuaca yang kurang memberangsangkan. Minum kopi dan memasang strategi !

Strategi apa? Strategi cemana nak ke City !

Kalau travel solo, time ni la part paling sadis sekali. Sebab bila sampai je mesti lost sekejap. Pastu mula nak fikir itu, ini sebab apa yang kita imagine biasanya akan jadi lain !

Tapi slow slow lah. Tu proses biasa dalam membiasakan diri kita dengan suasana di tempat baru. Aku travel solo dah berapa puluh kali, time touch down dan keluar airport ni la rasanya saat saat yang paling mencuakkan !

Aku ada baca, katanya ada bas ke City. Hostel yang aku dah sewa tu pun ada menyediakan perkhidmatan pick up di airport dengan harga CNY 90 ( RM45). Tapi aku rasa macam mahal jugak tu. So aku nak try naik bas.

Dan macam biasa jugak, kalau kat airport, ada je orang orang ajak naik teksi.

"Shoh Sheh Shoh Sheh Shoh Sheh"

Dia cakap Cina. Aku tak paham. Tapi aku tau dia ajak aku naik teksi !

"No thanks"
"Cheng Chong Cheng Chong Cheng Chong Cheng"
"No. No. Thanks. I will take the bus"
"Shoh Cheng Shoh Cheng"

Argh stressed !!!

"Puyou !!!!"

Hambik. Kan dah tersembur air liur !!  

* cengkerik berbunyi dengan nada perlahan.

Nasib mereka faham ! Ke mereka tak faham? Aku salah cakap ke? Hahaha. Lantak lah. Yang penting aku malas nak melayan.

Actually depan balai ketibaan tu memang nampak ada few buses. Tapi masalah lagi, semuanya tulisan Cina !


"Is this bus going to the city?"

Tak de layanan.

"Guilin City? This bus? No?"

Haram !

Mereka ni semua dah kenapa? Tak nak melayan aku !!!

Drebar nya tak de. Pastu baru drebar datang. Dia sibuk loadkan barang rupanya.

"To Guilin City?"
"Wochong cheng. Wong ching chong"

* garu kepala.

"Yes. This one goes to the city"

Thank god ! Somebody is listening !

Ada sorang mamat ni tolong jawab kan. Mamat ni rupanya dari Malaysia jugak. Chinese lah. Dia pun sibuk load load barang dia. Naik bas ni jugak.

So aku pun naik. Ambik seat depan sekali. Then ada kelindan pompuan naik untuk collect duit tiket. Harga tambang adalah CNY 20 satu trip ! ( RM 10 ). OK sangat lah tu. Murah sikit. 

Bas ni macam tunggu orang penuh baru nak bergerak. Lama pulak tu. Sempat aku turun dan hisap rokok.

Tengah aku hisap rokok, tiba tiba ada suara menegur.

"You tak sejuk ah?"
"Huh?"
"Tak sejuk ke? Pakai t shirt je?"
"Hahaha"

Aku tak tau nak jawab apa. Aku nak cakap tak sejuk kang dia kata aku ni kulit biawak atau kulit kerbau balau pulak.

"Semua orang pakai jaket, you sorang saja pakai t shirt. Banyak kuat la you. Tak sejuk ka?"

Isk. Sibuk lah nak interview aku.

"Hmmm. Sejuk jugak la. I left my jacket so... "

Aku gelak gelak. Dia pun gelak sama. Then aku realize memang sejuk pun tapi beg aku dah di sumbat bawah bas tu tak boleh aku nak ambik sweater. Tahan je la. Jadi kerbau balau kejap !

Mamat ni Chinese Malaysian jugak. Dia kawin dengan Chinese dari Mainland ni. Dia balik sebab Pak Mertua dia sakit. Wife dia dengan anak anak dah balik a week before. Dia baru balik. Dia tunggu bas nak ke tempat family dia tu lah. Lupa nama apa tapi bus yang banyak banyak tu bukan semuanya pegi ke Guilin City. Ada destinasi lain jugak sebab tu kena pastikan naik bas yang betul. Kalau tak, silap silap sampai Mongolia?

How?

Perjalanan dari Guilin Liangjiang International Airport mengambik masa lebih kurang 45 minit jugak la. Tak jauh pun, dalam 20 KM macam tu. Tapi sepanjang jalan memang aku tak nampak apa. Kabus terus terusan. Dengan hujan nya. Aku fikir, apa la jadi kalau sepanjang hari aku datang ni cuaca macam ni je?

Perlu ke aku menangis hiba lagi?

Bas dari airport tu akan berhenti di 2 stations ! Aku pun sebenarnya tak pasti. Waktu bas berhenti di station pertama, macam ramai orang turun. Aku jadi gelabah.

Nak tanya sapa pun tak tau. Jadi aku pegi cari mamat Chinese yang tolong aku masa nak naik bas ni.

"I am gonna stay at this hotel. Should I go down here?"

Dia check alamat hostel aku tapi tak tau nak jawab apa. Then dia tanya drebar tu dalam bahasa Cina, drebar tu angguk !

Ini la station perhentian pertama

Aku pun turun la. Ambik beg. Ramai jugak yang turun. Pastu semua kelibat manusia hilang !

Mana semua orang pegi? 

Ada yang naik teksi. Ada yang jalan kaki. Ada yang ntah ke mana mana. Tengah hujan hujan ni. Aku lagi bingung jadi nya. Peta tak de ! Yang ada cuma peta aku snap kat iPhone. Aku tengok jugak la dah la nama jalan semua in Chinese.

Parah !

Terkial kial jugak aku sekejap. Lepas hisap rokok, hisap lagi. Mencari hidayah dan pedoman di negara orang !

Penunggang moto siap ada shade sementara tunggu lampu hijau

Last sekali, depan tu ada hotel. Tak silap nama dia Hong Kong Hotel. Agak besar bangunan dia. So aku masuk dan tanya reception dia. Ada budak lelaki ni. Terkial kial jugak dia nak tolong aku. Siap dia check map kat hp dia, kat mana hostel yang aku dah book. Dia pun macam tak sure kat mana.

Tapi dia kata kalau jalan kaki agak jauh. So kena naik teksi.

Aku keluar dari hotel tu tunggu teksi pulak. Ada few teksi lalu. Aku tunjuk alamat hostel tu.

"80 !"

Dia tak cakap tapi tulis dengan jari.

"No !!"

Gila mahal. Takkan la mahal macam tu. Aku malas nak layan. Nampak teksi lain aku tanya lagi.

"60 !"

Pun tulis dengan jari.

"No !!"

Pastu dia orang siap borak sesama dia orang. Sah. Mesti nak pedajalkan aku ni. Bila macam riuh riuh tu, ada lagi teksi berhenti. Dia tanya dan macam biasa aku tunjuk address hostel aku, ada satu drebar teksi ni offer CNY 30.

Aku nego CNY 20 !

Dia akhirnya setuju.

Masuk teksi, rasa macam nak buat muka keji dekat drebar drebar yang lain. Penipu besar ! Nak kencing aku mahal mahal.

"See? Aku dapat CNY 20 ni !! Lalalalala................"

* berkata dalam hati sambil nada nada riak terpancar di wajah. Kalau boleh hidung pun aku nak besar besarkan saiz stadium.

Tup tup.

Bukan cakap kalau masak nasik tak sempat masak ke apa. Kalau kentut tak sempat hilang bau ! Bak kata orang tua tua, sepelaung pun belum tentu.

Dia masuk jalan besar tu, belok kiri mana ntah. Tup tup. Dia berhenti.


Then aku pandang kat depan teksi tu. Terpampang nama Riverside Hostel !

Cis ! 

Cis bedebah kau kapir !!!!

Memang aku kena conned. 

Argh. Stressed. Aku rasa kalau aku tau jalan, aku jalan kaki pun OK. Tapi tu la. Dah nama pun buta hurup tak reti baca nama jalan. Nasib lah.

Moralnya. Sila gelakkan diri sendiri sebab sampai sampai je dah kena conned.

Nasib la kedatangan aku bila sampai di hostel ni di sambut meriah. Ada 2 orang minah kat reception tu excited je bila aku sampai.

"Uols tertunggu tunggu abang-olls kah?"

Urusan check in semua selesai dengan mudah. Dan awal awal lagi, aku duduk dengan minah minah tu bagitau dia apa plan aku, apa aku nak buat, mana aku nak pegi, apa advise dia orang and they were very helpful. Cakap English pun OK. Baru la aku rasa tenang sikit.

Dekat setengah jam jugak la dia orang layan aku. Bagus betul. Akhirnya aku check in bilik di Riverside Hostel ni.

Ah. Lega nampak katil !


Nama je hostel tapi macam hotel !

And the room rate cuma la RM50 per nite ! 

Siap ada balcony dengan river view


Dan tengok katil aku rasa macam nak tumbang sekejap !

Ah. Lega nya rasa. Penasaran aku sudah berakhir. Now aku boleh berehat dan memulakan langkah menjejak Kota Guilin ini.

Jam menunjukkan pukul 1 tengahari. Aku baring jap. Pastu mandi. Wifi semua ada, then lepas solat aku bersiap siap untuk keluar.

Guilin ! Here I come............................... !

bersambung.............

21 comments :

  1. punya la lawa bilik tu cuma RM50 jek siap balcony lagik....huntunggg laaa jadik artis international ni....

    bila kita travel ni kadang kurang kat sini tp lebih kat sana...err paham ke?? kan meng kan kann...

    aku gi laos sekejap jek sbb aku nak merentas 3 negara sekaligus dalam masa 7 hari hahahaha....keje gile!!

    ReplyDelete
  2. hahahahaha mmg lahabau sgt kan kalo naik teksi tetiba masuk corner dah sampai! aku kena kat vietnam, tapi ye la, kalo dah sume org mmg tatau, jalan pun bkn tulis rumi, nak wat camne kan...

    ok gak eh hostel tu. menarik la katil dia.

    ReplyDelete
  3. bru jmpe ur blog..hahahha kelakar la...byk pengalaman menarik.... ;)

    ReplyDelete
  4. Kdg2 kurang kat sini lebih kat sana tu apa benda? Mohon pencerahan plis. Hehe

    Katil tu mmg empuk dan sehdap... RM50 semalam is ohsem.

    Tapi rasanya abg meng pi Guilin masa FJ pergi Korea. Bukan sejuk beku ke time tu mcm dlm peti ais? Hahaha. Sejukss giler pakai banyak lapis pun stillll grrrrrrrrrr.

    ReplyDelete
  5. Takutnya....tp cam best jgk bila g tmpt yg komunikasi cam ayam itik. Adventure!

    ReplyDelete
  6. at least ko kene RM 10 utk teksi tu...yg lain tu lg haram penipu giler2..

    pengalaman..nilah namanya pengalaman..

    ReplyDelete
  7. FJ, contoh kurang kat sini lebih kat sana maksudnya cam lam citer Meng la...kena tipu nek taxi tp ganjaran lepas tu dpt bilik besar gedabak siap ada balcony tp bayaran cuma RM50 jek...hehehe...

    ReplyDelete
  8. HB : 7 hari 3 negara? fuyoooo... sakit pinggang la ko nanti. apa apa pun pastikan jaya ! haks

    Biq : Not bad la hostel dia... aku recommend

    MD : thenfks.. sila la ke guilin kalau berkesempatan nanti. ( chewah macam kg aku jer )

    ReplyDelete
  9. FJ : Ya.. balang dah siap jawab kan tu.. Standard la kalau travel, terlebih bayar kat sini, terkurang bayar kat sana... adat la tu.

    Time tu agak sejuk di Guilin.. bercakap pun keluar asap... nasib x keluar bola bola api naga.

    AA : tak de choice.. terpaksa ler jadi ayam itik.. tapi memang kena tau gak la sikit2 cakap chinese ni, kalu tak memang haru biru

    ReplyDelete
  10. hahha sile2 promote ye..kalo leh internary n bajet skali kekeke

    ReplyDelete
  11. DATT : Betul tu DATT.. Pengalaman tu.

    HB : Terima kasih di atas pencerahan itu. moga memberi sinarrrrrrrrrrrr utk FJ..

    hahahahaa

    ReplyDelete
  12. Hahahaha...

    Terima kasih untuk pencerahan hulubalang. Kabur2 sangat biasalah ai is blur kadang2.

    Terlebih terkurang tu mmg adat bermusafir gittew. Hehe. Macam haritu FJ pergi Osaka, hostel murah gile ye tapiii tidak la kami tahu yang nak mandi adalah open space and style orang dulu2 tuh!! Hahahha.


    BENCI sesangat. Byr muroh, rasain loh.

    ReplyDelete
  13. HB,

    hr ni ko pulak jd PA meng eh? servis bertukar tgn katanya...hahaha...

    FJ,

    adoi...lawaklah FJ..mandi kt open space..bawak kain batik kemban x?mampus aku kene baling dgn payung lutsinar FJ..

    ReplyDelete
  14. DATT, kalau FJ baling payung ok lagi...kalau dia baling boots dia yg panjang segalah tu yg naya...kekekeke

    *moon walking sambil pakai boots FJ...

    ReplyDelete
  15. klu FJ baling boots die yg segalah tu, aku larik sorok blkg HB n abg meng..mesti tak kene punye..

    muat ke ko sarung boots FJ tu?

    ReplyDelete
  16. korang kenapa dah sewel?

    jangkit aku ke?

    ReplyDelete
  17. Meng,

    Cikgu kencing berdiri..ank murid kencing berlari..

    Sorry..overs pulak..nk bt mcm mane weouls dh terjebak ngn sindrom abg meng...wakakaka..

    ReplyDelete
  18. Gile lahhh hotel 50hengget!!! Hostel pebende nih? Tp aku rse lagi panasaran masa ko kat macau x silap aku! Aku yg bce pon rse binget depa ni x reti bhsa. Tp ok la x sesat, x pnat. Walaupon kne chrge 20! 80 kalu?? Senthap!

    ReplyDelete
  19. ya. macau tu lagi sadis sebab dpt semua info salah.. konon berbakti pada warga negara sendiri.

    * tetiba aku terbayang muka budak cina tu.

    hampeh

    ReplyDelete
  20. btw budak hostel tu ckp. standard naik teksi cny10 jerr...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...