Friday, April 26, 2013

# 17 - Merentas Kota Khayalan - Yangshuo : Yulong River

Lepas pakcik tu blah, aku dah hilang arah.

Aku memang dah plan aku akan berakit menyusuri Yulong River ni sampai ke Yangshuo dengan dia, tapi macam ni lak jadi nya.

Nak buat cemana lagi.

Makcik Chinese tu still ada. Muka dia masam gila tak puas hati.

Aku kayuh basikal pusing pusing keliling port tu, ada lah mamat mamat berkumpul dok main terup apa semua. Salah sorang tu nampak aku, then dia tegur.

Dari soalan dia, aku rasa dia tanya aku nak naik rakit ke tak.

"How much?"

Aku tanya dia.

Dan dan tu, Makcik Chinese tu ada kat belakang aku. Bila mamat tu nampak makcik ni, terus dia duduk semula dan sambung main terup.

Sudah.

Aku pelik. Siapa makcik ni sebenarnya? Adakah dia sangat superwoman sampai semua orang takut kat dia?

Left with no choice, lepas 15 minit aku mati kutu then aku approach makcik tu balik semula.

"How much?"

Dia cakap Chinese aku tak faham, then dia tulis kat tanah. CNY120 untuk satu trip. 

Sebab aku pun buntu. Jadi aku terpaksa bersetuju. Maka ! Kemenangan berpihak kepada makcik tu.

Scenery Yulong River

Kalau aku ada choice memang aku malas nak layan makcik ni. Bukan sebab harga. Harga dia letak sama je dengan pakcik tadi tu, tapi sebab attitude dia ntah hapa hapa buat aku tawar hati.

Tapi tu la. Aku nak berkeras sangat pun tak de gunanya. Akhirnya aku bersetuju. Aku bayar dekat dia. Dia angkut basikal aku naik atas lori lepas tu dia panggil salah sorang pakcik kat situ dan dia orang bercakap sekejap sebelum pakcik tu bersiap siap untuk bawak aku menyusuri Yulong River ni.

Aku suspect makcik ni macam tokey jugak ler kot.

Tokey yang garang dan ntah hapa hapa.


Malas nak ambik pot sangat pasal makcik tu lama lama. Biar je la dia orang selesaikan masalah mereka sendiri kat sini.

Apa yang penting, aku pun dah tak banyak masa. Pakcik yang mungkin pekerja makcik ni pun siap siap, aku naik atas rakit dan mula dia mengayuh menyusuri Yulong River ni.

Takut buaya? Biawak? Ular air? Jangan bimbang. Just seat back and relaks. Moh. Kita enjoy the view.....

View dari atas rakit menyusuri Yulong River

Yulong River, juga dikenali sebagai Little Li River , terletak di Lingui County di pekan Yangshuo. Sungai nya sepenjang kira-kira 43 kilometer (26 batu), dengan kawasan saliran kira-kira 158 kilometer persegi (39.043 ekar). Bahagian sungainya mengalir dari Jambatan Yulong dalam Baisha Town, ke Gongnong Bridge berhampiran Big Banyan , dikenali sebagai Scenic Yulong River kerana pemandangan indah di sepanjang tebing sungainya.

'Yulong' perkataan Cina merujuk kepada 'Meeting of the Dragon'. Legenda tempatan mengisahkan naga dari Timur Laut berjalan-jalan merentasi Sungai Yulong dan yang amat kagum dengan landskap yang menarik serta memutuskan untuk tinggal di sana selama-lamanya. Di khabarkan penduduk kampung yang tinggal di tebing sungai menyaksikan naga di kawasan tersebut.

Actually, kalau tengok betul betul, sebenarnya bukit bukit di sepanjang Yulong River tu yang membuatkannya kelihatan seperti belakang naga.

Berbeza dengan menyusuri Li River, kali ni rakit betul yang di gunakan. Atas setiap rakit ada satu kerusi dan boleh memuatkan 2 orang penumpang dan seorang pengayuh. Sebab sungai ni tak berapa dalam, jadi dia gunakan buluh untuk mengerakkan rakit.

Aku tak duduk atas kerusi tapi duduk je atas rakit tu. Since kasut aku memang dah basah dan stokin pun dah lembab, so aku bukak je kasut dan jemur. 

Pakcik yang mengayuh tu OK jugak lah walaupun dia tak cakap apa apa pun dengan aku. Cuma dia suruh jemur kasut tu atas kerusi dan aku boleh duduk je atas rakit tu sambil main main air.

Sejuk jugak la air dia.

Sambil sambil kayuh pelan pelan tu, dia bukak lagu Chinese kat handphone dia. Walaupun sound tak sedap, tapi ada feel lah. Sesekali dia merokok dan aku dengar dia batuk.

Tapi yang lebih menarik, pemandangannya sangat sangat lawa.

Menyusuri kawasan 'high stream'. Nampak khemah hitam depan tu?

Sebab nak control aliran sungai supaya tak berapa laju. Di sepanjang sungai ada di bina beberapa batas batu untuk mengawalnya. Nanti ada satu kawasan kecik yang rakit boleh lepas dan time time ni lah rakit akan bergerak agak laju.

So agak fun jugak lah.

Dan si sepanjang aliran Sungai Yulong ni, ada macam macam facilities.

Macam khemah hitam gambar di atas tu adalah dia orang ambik gambar. Pakcik tu siap tanya aku nak berhenti ke tengok gambar yang dia orang ambik, aku cakap tak mahu !

Ada few spot yang dia orang akan cuba ambik gambar kita. Tapi biasalah, sebab malas nak layan sangat, every time aku nampak ada orang tala kamera so aku pusing ke belah lain.

* mati la malas layan

Agak indah dan tenang

Aku rasa ini tandas!

Sepanjang menyusuri Scenic Area Yulong river ni, banyak tarikan yang boleh di lihat. Dengan keindahan alam semulajadi yang sememangnya lawa, dapat jugak melihat kawasan perkampungan di pedalaman China ini bergabung dengan hutan buluh dan bukit batu kapur. Dapat juga di lihat kawasan pengairan padi, rumah rumah penduduk, orang basuh kain tepi sungai, orang memancing serta itik berenang renang ketepian.

Memang mendamaikan.

Kehijauan mata memandang, suasana yang menyenangkan, air sungai yang tenang dan jerneh memang betul betul memberi kedamaian dan suasana yang relaks.

Jadi tak syak lagi, menyusuri Yulong River ini adalah perkara yang mesti, mesti, mesti di lakukan oleh sesiapa saja yang datang ke Yangshuo ni.

See, 3 kali aku letak perkataan mesti tu !

Ada jugak yang mencuba cuba berakit, tapi aku malas. Sebab letih kayuh basikal tadi

Ketenangan dan kedamaian macam ni buat aku sedikit terlupa pasal adegan pilu kat port tadi. Aku harap pakcik tu bahagia je lah. * emo

Jangan tak percaya, tengah tengah sungai ni ada banyak restoran, boleh je nak singgah dan makan. Tapi yang ni tutup, may be tuan dia pegi kenduri kendara kot

Batas untuk control aliran sungai

Pepohon buluh yang merimbun

Nah. Layan gambar lagi sambil berhibur. Video ni aku rasa di ambil di sekitar Guilin dan Yulong River.

Aku dah tak tau nak tulis apa.



Tak reti aku nak bubuh lirik, sebab aku pun tak tau apa tajuk lagu ni. Hehehe. Tapi lagu macam ni la aku dengar dari corong handphone pakcik pengayuh rakit ni sepanjang menyusuri Yulong River.

Dapat feel kan?

Hahaha

Layankan lagi..............

Karst Mountains

Batu kapur

Setenang air di kali

Air yang jerneh

Resort tepi sungai

Perkampungan

Tempat persinggahan

Salah satu port naik rakit

Ketenangan

Menyusuri hutan buluh

Redup

Antara jambatan yang ada

Actually sepanjang menyusuri Yulong River ni ada 3 jambatan purba yang masih kekal sampai sekarang. Bermula dari Dragon Bridge yang aku pegi memula tu, then jambatan ni dan seterusnya di port terakhir yang aku bakal turun iaitu GongNong Bridge.

Kalau nak ikutkan, menyusuri rakit dari Dragon Bridge sampai ke GongNong Bridge ni boleh makan masa 6 jam !!

Lama tu. Aku tak de masa sebanyak tu, jadi aku naik dari port yang memula tadi sampai ke GangNong Bridge nanti je.

Memang syok tapi lama sangat bosan jugak. Dah la aku kehabisan rokok ! Elok kalau ada jajan ke kuaci ke lagi feel.

Dah nak sampai ke GongNong Bridge

Pakcik yang gigih kayuh aku dengan rakit dia. Aku bagi dia tips CNY10. Kesian dia. Penat woo. Tak sure orang lain bagi ke tak, tapi dia happy je dapat tips tu

Dah sampai di GongNong Bridge

Rakit rakit lain pun baru sampai

GongNong Bridge

Sampai di sini, tengok tengok basikal aku dah pun sampai dulu. Ya la, basikal tu di angkut naik lori. Aku yang naik rakit cecah 2 jam nak sampai sini.

Apa apa pun, menyusuri Yulong River di Yangshuo ini adalah the best ! Highly recommended. Cuma kurang bagi aku sebab aku tak de rokok jer. Rasa macam tak cukup lengkap. Macam tengok Kate Moss berbogel. Cantik, tu cantik... tapi.. macam ada yang kureng.

Hahahaha

Ambik basikal, pastu aku fikir. 

Nak pegi mana pulak aku lepas ni???

* garu kepala

bersambung.............

12 comments :

  1. Ahahahaha superwoman bertemu supermen so dua2 menang ada yg kalah dan kat sini lebih cantik dari dragon bridge yg JM bayar RMB200 mmg x baloi..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Terubat jugak panas ht kami dgn makcik tu..klu kt msia gamaknya dh lama makcik tu muntah darah kene santau dek perangai giler die tu..

    ReplyDelete
  3. gambar2 tu buat saya rasa macam nak terbang aje ke sana hahaha..Subhanallah, serius cantik sangat, SM..

    ReplyDelete
  4. lama gak naik rakit sampai 2 jam yek. tp mmg cantik la pemandangan dia lelagi air sungai tu jernih gilerrr..

    weii meng ko ni x baik peminat ko nak ambek gambo ko paling muka.. kang jatuh saham susah lak aku ngan DATT nak promosi balik ahaksssss...

    tp aku x puas hati apsal ko ambek gak ngan makcik sengal tuh ciss cisss cisss kek tol la.. huh geram ni...

    ReplyDelete
  5. taukei sohh yang garang.. OR sapa la ni yek...

    rakit cam best je.. FJ kalau naik pakai dress merah henbeg kaler hijau pisang pastu posing maut snap pic latar belakang bukit bukau.. pehhhh... terbaik!!!!... HB tukang kayuh kat belakang rakit....

    ReplyDelete
  6. Padanla tersedakkk fj tengah lunch kekeke. Mmg da plan kalau pi sini nak pakai dresss or skirt kot JG. Kekekeke. Pengsan. Duduk pun tokleh ganas2 kena sopan jah kang jatuh masuk air. Bahaha.

    props, kipas and topis pantai. Kekekee sengalss

    ReplyDelete
  7. jernih sungguh sungai tu pemandangan yg sangat mengasyikkan :)

    ReplyDelete
  8. JM : memang view dari sini ke bridge Gong Nong tu paling lawa kot. Kat Dragon Bridge tu macam padang2 sikit. RMB200? Mahal tu.

    DATT : kau pun nak jadi mak esah ke skrg? hahahha.

    ZILLA : Thanks.. kalau cuaca cerah gambar boleh jadi OK. Kalau cuaca sendu, gambar pun jadi sedih pilu.

    ReplyDelete
  9. HB : 2 jam sebab pakcik tu kayuh. apa la sangat kudrat dia. tapi boleh la nak feel2 tengok keindahan alam.

    Dah makcik tu je yang tinggal beb. so aku pasrah.

    JG : aku rasa dia bukan OR sesapa. Ntah ntah dia OR pakcik tu. Mereka bergaduh sebab hal rumah tangga. Bukan sebab aku?

    Jeng Jeng Jeng............

    FJ : Kalau FJ pegi, tak leh naik rakit la. Kena naik hydrofoil, baru ada efek menggerbang ngerbang...

    hihihi

    ReplyDelete
  10. ops. Lupa.

    AI : Air sangat jernih dan sejuk. sesejuk kasih ramadhon........

    * mati la tetiba

    ReplyDelete
  11. first time baca entry yangshuo ni terus membuak2 jiwa nak pegi sana..pastu dapat la book tiket masa tengah promo itu hari. alhamdulillah selamat pergi dan balik sini, solo backpack je awal feb aritu. tq sm banyak info ena kutip kat sini..hehe..

    ReplyDelete
  12. Ena : alhamdulillah. terima kasih. semoga sedikit ilmu yang aku kongsi dapat manfaatkan org lain

    yang paling penting. kau selamat pegi dan pulang...

    so update lah blog !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...