Dalam aku terpinga pinga tak tau aku kat mana, tetiba ada sorang mamat ni tegur aku.
Aku jumpa ni kat pasar malam tu.
Layan kan je la gambar gambar sekitar Guilin di waktu malam.
Jalan sikit lagi.
Mamat ni actually dia duduk sebelah aku dalam bas. Tapi sebelah seat sana. Masa naik bas tu aku tertanya tanya jugak la seat nombor aku sebab tak faham nak baca in Chinese. Aku tanya dia. Dia boleh la cakap English sikit sikit.
So bila turun bas ni sekali lagi, tanpa di minta dia tolong aku jugak.
Aku bagitau nama hostel aku, then dia siap check kat hp dia. Pastu baru la dia bagitau aku cemana nak balik ke hostel.
Tak jauh pun sebenarnya. Jalan kaki tak sampai 10 minit.
Sungai depan hostel
Sampai hostel aku balik bilik dan simpan beg kejap then aku tengok masih awal lagi, so aku pun keluar.
Aku nak pegi ronda ronda buat kali terakhir di malam terakhir di Guilin City ni.
Memula aku pegi pasar malam.
Pasar malam di Guilin
Aku tak beli apa apa lagi, di Yangshuo pun tak de apa yang menarik. So ingat nak cari la cederamata dan beli FM lagi ke sebab duit ada lagi berbaki.
Aku jumpa ni kat pasar malam tu.
Saya lawa. Sila beli saya !
Cantik jugak. Tapi bila aku tanya harga mahal sangat. Dalam RM60 seketul. Mamat tu pun tak berapa nak layan aku, so aku nak tawar menawar pun tak sedap hati. Dia sibuk layan customer lain.
So aku blah je dengan patah hati.
Tak tau nak pi mana, aku ikut je tepi sungai balik semula, aku ingat nak usha Pagodas di waktu malam. So aku jalan kaki je ikut laluan tepi tepi sungai tu.
Guilin City ni bagi aku Insya Allah la selamat kalau jalan malam pun sebab banyak lampu dan orang ramai je lalu lalang.
Laluan jalan kaki di bawah jambatan
Layan kan je la gambar gambar sekitar Guilin di waktu malam.
Crystal Bridge
Two pagodas
Persembahan
Ini port orang naik lake cruise.
Pusing pusing tasik lebih kurang then aku pegi ke Pedestrian Street balik semula.
Kali ni memang nak beli barang sikit dan........ aku nak pegi kedai Converse tu. Tak puas hati ni. Rasa nak beli jugak baju yang aku berkenan memula tu.
Kedai cenderamata di Pedestrian Street. Kalau nak cari cenderamata memang sini la paling banyak choice dan harga boleh nego
Desco Desco
Barang jualan
Kedai kopi
Hahah ! Dah sampai kedai Converse
Bersemangat waja aku masuk kedai Converse tu.
Masuk je aku terus tuju kat situ, aku cari cari. Rupanya baju tu dah tak de !
Dah ada orang beli !!
Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
* menanges keluar bijik gajus.
Tak de rezeki kan? Tak pe lah. Sedih gak la.
Pastu aku ingat nak beli baju lain. Ada lagi yang jenis lain lawa jugak la. Harga boleh tahan. Bila aku tanya dia, dia kata tak accept Visa dan Mastercard.
Cis.
China memang pelik sikit. Internet banyak yang kena banned ; FB tak boleh. Blogspot tak boleh. Nak shopping pun payah sebab Visa tak boleh. Mastercard pun tak accepted.
So !
Begitu la kesedihan bertalu talu dan hasrat yang tak kesampaian untuk memiliki jacket Converse itu......................
Patah balik jalan kaki nak bali ke hostel. Dan rasa penat la. Nak balik nak tidur je lah. Esok pagi aku nak ke airport untuk flight balik Malaysia.
Jalan sikit lagi.
Disco jugak ni
Pedestrian Street
Patah balik ke Two Pagodas
Elok aku dekat je, lampu terpadam
Cuma nampak bulan je.
Jalan kaki balik ke hostel
Persimpangan depan hostel
Pecah Blossom River, depan hostel
Sampai bilik, mandi dan berehat.
Ni antara yang aku berjaya beli hari ni kat Guilin.
Tak dapat beli jaket, beli belt je
Ubat batuk dan selsema aku beli di Yangshuo sebelum naik bas. Just simpan stock tapi yang kedai ni OK sikit English nya.
Tapi aku jumpa sesuatu yang sedap dan patut di cuba di Guilin ni. Tak sure la tempat lain di China mungkin ada jugak.
Kacang dan air Pear ni.
Kacang ni tapi ada rasa cili cili. Sedap gila
Air buah Pear.
Aku beli masa kat Dragon Bridge untuk aku dengan Mickey. Pastu rasa sedap pulak. Aku beli lagi di Yangshuo dan beli lagi masa balik ke Guilin. Esoknya on the way balik KL pun aku beli lagi. Siap bawak balik 2 botol nak suruh OR rasa.
Sedap weyyy.
Or maybe sebab aku suka buah pear kot.
Tapi cuba la cari kalau berkesempatan berkunjung ke sana, ke sanaaa, ke sannnaaaaaa............... !
bersambung.............
Dah nak balik!!
ReplyDeletemahal gile batu tu!! ko ambek ko baling kat penjual tu.
ReplyDeleteair kacang + cili?? aiyakkk apa rasa? kalau pear tu boleh la terima lagik..
Lampu mmg memeainkan perana ekk, cuba kalau xde lampu bagai, sure suram jek memalam...hahaha
meng,
ReplyDeleteko suke air pear ek? aku kt jepun hr tu asyik beli peach tea...giler sedap...dpt harga 89 yen...tiap2 hr aku beli air tu bt bekal..
pic two pagodas tu lawanyeeeeee! di sirami cahaya bulan dan lampu neon...
ReplyDeleteBro ko should try Lipu Taro chips.. recommended.. even though kat sana diorang lbih suka buat masak taro dgn vavi
ReplyDeleteHB : memang mahal... tapi lawo.. x mampu nak beli. tak cukup duhit.
ReplyDeleteDATT : air pear kat china ni memang sedap dowh. ada member aku nak pi guilin ni, aku awal awal dah suruh dia beli kan.. hahahaha * ngidam
CL : lawa jugak tapi bila lampu tertutup terus kawasan tu gelap gulita.. takut tersadung masuk dlm tasik tak de org sedar jer...
DZ : insya allah.. lain kali aku cuba