Tuesday, April 23, 2013

# 14 - Merentas Kota Khayalan - Yangshuo : Dragon Bridge

Masa bergerak tu, mamat tu ikut pace aku jugak la sebab dia kan naik mountain bike. Aku ni lah berpeluh peluh ketiak kayuh basikal tua. Nak menangis rasa tak leh nak kejar.

Tapi tak pe. Sambil sambil tu borak borak gak la dengan dia hilangkan bosan sambil tahan nafas. Kembang kembang hidung mintak extra nyawa !

Ni laluan

Mamat ni berasal dari Guangzhou. Umur 25 tahun. Baru lepas abis kolej. Dia kata dia memang suka menggembara. So dia pun nak gi Dragon Bridge jugak la ni. Ada la borak pasal benda benda lain lagi especially pasal travel etc.

Perjalanan kami  menyusuri kawasan kebun kebun buah buahan, kebun sayur berlatar belakangkan karst mountain. Agak lawa jugak la. Then slow slow cuaca makin cerah. Lega. Walaupun panas tapi rasa dingin.

Sesekali aku berhenti untuk ambik gambar. Ambik dari atas basikal jer. Mamat tu pun sama.

Kebun sayur

Kami kayuh lagi melepasi perkampungan then ladang ladang limau

Actually jalan jalan tu along Yulong River tu je, tapi sebab banyak kebun so tak berapa nak nampak sungai. 

Sampai la satu point nama Jinxian, ada jambatan tu cross balik sungai ni. Kami pun berhenti kejap kejap untuk ambik gambar je.

Yulong River dari Jinxian

Ada batas kecil untuk cross sungai ni jugak tapi terputus di tengah tengah untuk control aliran air sungai

Merentasi jalan berturap semula. Budak Cina tu kat depan sana

Oh. Lupa nak cakap. Mamat tu nama dia Mickey.

Mickey la konon. Ntah ntah Tam Tek Meng !

Eh. Tu macam nama aku???

Kayuh kayuh lagi. Cuaca pun dah makin panas. Matahari dah mula menyinar. Alhamdulillah. Baru la aku boleh tengok langit warna biru di China ni. Sedap sikit nak ambik gambor.

Ada satu part tu, kena naik bukit. Si Mickey ni dah jauh ke atas nuh. Tapi aku nampak dia kayuh separuh je, lepas tu dia tolak jugak la basikal tu. Tak de la bermountain sangat bike dia. Aku ni ya lah. Basikal tua.

Sebab takde la boleh tukar speed ke gear ke apa. So aku pun sorong.

Bila aku sorong tu, aku perasan ada nenek tua kat belakang.

Nenek tua jalan bawak bakul

Nenek ni pulak, dia jalan punya la laju. Dia boleh potong aku !!!

Pastu dia siap membebel bebel cakap sorang sorang. Aku syak nenek tu kutuk kutuk aku.

"Eh Nenek ! Nenek  ni kenapa cakap sorang sorang? Nenek kutuk saya ya?"

Tapi serious. Nenek tu pandang aku pastu bebel, pastu pandang aku pastu bebel lagi.

Adakah nenek tu mencerca aku dengan basikal aku? Mesti dia kata aku tak de endurance. Lemah. Tak berdaya saing. Tak perkasa. Tak fit. Tak boleh masuk marathon. Bla bla bla...

"Nenek. Saya ni bukan tak nak kayuh sampai atas. Tengok la basikal saya ni, dah sama macam nenek dah ni. Cuma tak de bakul je."

Argh, Malas nak layan nenek tu. Lantak dia lah. Biar je la nenek tu bermonolog sendiri.

Aku pun tolak je la basikal tu sampai atas bukit. Mickey tunggu aku kat situ. Dia pun separuh mampus jugak la aku tengok.

Lepas pada kawasan berbukit ni, kami sampai ke jalan besar. Rupanya kami dah salah jalan. Ya la. Jalan macam ni mana ada sign ke apa. Main redah je. Tup tup Mickey tanya orang, then kami kayuh lagi sampai la di pekan nama Baisha. Hish. Kalau aku kayuh ikut highway mesti dah lama sampai. Tapi tu la, tak dapat la aku view view tadi.

Tak pe lah.

Pekan Baisha ni tak de la besar mana. Tapi kat situ aku nampak signboard Shangri-La lagi 2 km je ! Maksudnya kalau aku kayuh ikut highway aku dah kayuh 14 kilometer. Nak je aku kayuh terus sampai Shangri- La tu. Dah dekat tapi fikir fikir, masa la pulak.

Untuk pengetahuan, Shangri-La tu adalah theme park buatan yang mengekalkan alam semulajadi Yangshuo ni jugak. Ada macam taman bla bla bla. Aku pun tak berapa tau. Tapi rasanya lawa jugak kot situ, cuma nak masuk kena bayar. Sesiapa yang berkesempatan ke Yangshuo dan banyak masa, boleh pegi riki martin tempat ni !

Pekan Baisha

Dari pekan Baisha tu kami kayuh basikal lagi dalam 3 kilometer, akhirnya ada jugak signboard ke arah Dragon Bridge ni.

Cerita banyak tak guna.

Nah !

Akhirnya, dengan basikal tua bangka tu, aku berjaya sampai jugak.

* rebah tepi basikal tua

Dragon Bridge

Perkampungan di kawasan Dragon Bridge

Yulong River

Sebelum tu nak bagitau, Pakcik tadi tu tipu ! Dia kata 2 jam nak sampai sini tapi sebenarnya tak de lah sampai 2 jam. Sejam ada la kot. Mungkin pegi balik jadi la 2 jam!

Dragon Bridge ni adalah satu satunya jambatan zaman kuno yang masih ada hingga sekarang ni. Sekarang masih menjadi jambatan yang menghubungkan kawasan di sini untuk orang kampung ni crossing ke sana dan ke mari.

Laluan Dragon Bridge yang masih bertangga

View dari atas Dragon Bridge mengarah ke utara. Dari sudut sana la gambar wall paper Windows XP di ambil !

Dragon Bridge dari arah seberang tadi

Aku just lepak dengan Mickey kat sini. Sebab tinggal basikal. Memula dia jaga basikal dan aku pegi ambik gambar pastu tukar turn.

Then kami lepak lepak kejap. Aku belanja dia minum air. Air buah pear ! Sedap gila. 

View dari atas Dragon Bridge arah ke selatan

Atuk cuba cross jambatan dengan basikal

Ha.. gambar wallpaper Windows XP di ambik dari arah sana nampak jambatan Dragon Bridge ni.

Lagi sekali, view dari atas Dragon Bridge ke arah selatan. Ada ramai je yang naik rakit kat sini. Yang basuh kain tepi sungai pun ramai.

"Ni hao?"

Kami lepak tak lama. Ada la dalam 10 minit macam tu. Masa kat sini la aku realized rokok aku hilang ! Tak tau jatuh ke apa. Mungkin tercicir time aku kayuh basikal. Punya la bersungguh sampai tak sedar rokok ilang.

Terus hilang punca tak dapat hisap rokok. Dah la rokok spare aku dalam beg aku tinggal kat hostel. Arghh. Stress !

Tak leh nak buat apa. Lepas tu Mickey ajak gerak semula then aku pun setuju je.

Kali ni kami tak ikut laluan tadi, tapi ikut yang belah satu lagi. Kali ni tak nak pegi jauh. Nak menyusuri betul betul sebelah Yulong River ni.

Fuh !

Basikal aku. Hebat tak? Nak tongkat pun dah tak boleh, stand dah patah

Baca Bismillah. Nak kayuh basikal ni sekali lagi.

bersambung.............

13 comments :

  1. Atukkk..ohh..atuk...glamour tul atuk ni

    Atuk tu lah yang dayung rakit bawak JM dan member menyusuri Yulong River ni..nak tahu..kena baca next entry JM..Atuk..I Miss U..ber de eh atuk tu penat bwk gajah 2 ekor atas rakit tu..

    ReplyDelete
  2. cantik gambar2nya SM..skali tgk macam kota khayalan la pulak hehehe...

    ReplyDelete
  3. ok, gambar no.4 yulong river tu sumpah cun! mcm poskad.

    tgk beskal tu takde la nampak tua, tua lagi beskal zaman tok2 kita dulu hahaha. cuma beskal tu nampak sadis la skit sbb burok kihkih! tapi jauh sungguh ko kayuh meng...letih aku baca.

    dragon bridge ni kat mana yg dragon nyer? kukuh lagi ek? gile hebat.

    ReplyDelete
  4. Cantik siottt tempat dia, tp gigih ko kayuh sampai 12km nak tgk dragon bridge tu...

    klasik sungguh basikal ko, kalau aku naik basikal tu aku dok kat kusi belakang, hehehe...

    ni nampak cam bukan basikal tua tp lebih kepada basikal amoi, tu agaknya nenek tu bermonolog dia bebel sbb badan ko sasa tp pakai basikal dak pompan...dah tu ko x ajak dia tumpang dok belakang lagi la dia hanginnn...kekekeke patut letak bunga bungaan kat depan handle basikal tu baru la kuntummm...wakakakaka

    ReplyDelete
  5. cantiknye gamba! mcm poskad n macam lukisan! =)

    ReplyDelete
  6. JM : apsal asyik jumpa org yang sama je ni? atuk yang sorong basikal tu ke?

    Zilla : kalau cuaca lawa memang gambar ok, kalau x... sendu semacam je

    Biq : Kuat lagi rasanya dragon bridge tu. Basikal tu tua sebab dia bawa oleh orang 'tua'

    * nanges

    HB : Satu hari tu aku kayuh basikal dekat 40km. serious insaf lepas tu x nak kayuh basikal dah setahun !

    CL : cuaca dah ok skit menjelang tengahari tu..

    ReplyDelete
  7. yolah..kebetulan pulak ye..tak caya eh.. nanti JM masukkan dlm blog..mmg gagah atuk tu..ke kembar atuk tu..like Allen dan Alex tu..kembar kan..matilah nanti AM marah..mau mata merah kuar laser

    ReplyDelete
  8. oh pakcik tu ke? aku x sembang dgn dia. dia cuma subjeck dlm gambar...

    ReplyDelete
  9. patutlah klau lukisan org cina byk berlatarkan bukit bukau , sungai , jambatan. Rupa2nya realitinya mmg mcm tu.
    Cantik gambar boleh buat poskad dan jual .

    ReplyDelete
  10. NR : memang kalau tengok poskad2 di jual gambar2 kat sini je la berlambak....

    DATT : thenfkss DATT. Cuaca tu penting. percaya lah!

    ReplyDelete
  11. dengan basikal yg cenggitu..dgn seat yg nipis cenggitu..tak kebas ke meng tang celah tu? wakakaka

    ReplyDelete
  12. confirm la celah haus... hahahahaa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...