Sunday, April 14, 2013

# 06 - Merentas Kota Khayalan - Longsheng : Yao Village

Hari ke dua di Guilin aku bangkit awal. 

Cuaca masih tak berapa memberangsangkan. Redha je lah. Mandi dan bersiap siap aku turun ke bawah.

Aku dah suruh budak hostel tu book nama aku untuk pegi ke Longsheng bagi melihat Longji Paddy Terrace yang terkenal di Guilin ni.

Masa aku sampai kelmarin, aku dah bagitau dia orang dan dia orang yang buat arrangement since aku memula cakap nak naik public bus je, tapi dengan masa yang ada memang tak boleh ! Bagus hostel ni sebenarnya. Jadi aku tak perlu nak susah payah pening kepala. Ada tour untuk ke Longsheng dari Guilin dan boleh di book thru hostel ni. Actually kalau nak naik bas pun boleh. Kalau dah nak jimat sangat, tapi tak de direct bas. Kena naik at least 3 bus. Masalahnya masa. Kalau naik turun bas, then bermalam di sana tak pe lah. Tapi bagi aku, aku tak de plan nak tidur sana. So day trip would be better. Di samping tu tour bus pun ada jugak so nanti dia orang pick up kat hotel/hostel masing masing.

Untuk tour ni aku bayar CNY350. (RM 180) !

* tengok semua orang bergelimpangan rebah.

Agak mahal la eh? Tapi nanti aku cerita kenapa. 

Pagi tu dah bersiap sedia. Janji pukul 8 orang tu nak datang. Aku turun ke bawah dan tunggu. Sambil sambil tu layan dulu kawasan persekitaran dan hostel tempat aku duduk.

River view dari lobby hostel

Tempat breakfast. Aku tak ambik breakfast pun kat sini. 

Ground floor hostel

Facility yang ada

TA Awards untuk hostel ni. Apsal gambar aku semua gegar ni?? * marahkan diri sendiri

Ini reception area. Semalam minah minah lain yang banyak tolong aku tu.

Tempat menunggu.

Aku turun awal sikit. So aku tunggu la kat kerusi tu. Receptionist tu cakap van tu may be sampai lewat sikit. 

Tengah aku menunggu sambil hisap rokok tu aku dengar suara budak budak. Cakap Melayu dengan mak ayah dia. 

Sempat la aku toleh senyum kat family tu tapi muka ketat je bini dia. Laki dia macam tak berapa perasan. Tak pe lah. Mungkin dia tak perasan aku jugak. Aku je terkinja kinja nak senyum kat orang.  Orang tak sudi tak pe lah ! Aku sedar diri.

* seka air mata kerana peminat tak melayan

Yang buat aku tambah terkejut, budak tu bahasakan diri dia, nama sama macam Hero. Terus buat aku rindu dendam. Cepat cepat SMS OR tanya khabar. Biasanya memang kalau travel, pagi dan malam aku akan SMS dia bagitau apa aku buat, mana aku nak pegi untuk hari tu dan sebagainya.

Pastu layan perasaan jap membayangkan OR muncul dari celah celah meja depan tu pakai mahkota sambil ber Cha Cha. 

Cas cas aku pegi berjuang membela pertiwi...................



Perwira...
Dikaulah harapan hati
Penghibur kala sunyi
Pergilah berbakti
Membela pertiwi

Perwira...
Janganlah kekanda bimbang
Untuk pergi berjuang
Andainya kau gugur
Jasamu dikenang

Dengarlah lagu kucipta
Gubahan mesra nan manja

Sebagai ganti diri
Bersama kau berbakti
Untuk ibu pertiwi

Kekanda di medan perang
Adinda di medan seni
Sama-sama berjuang
Sama-sama berbakti
Semoga tabah hati

Majulah kekanda maju jangan undur
Dinda mohon doa restu
Rela sehidup semati bersamamu
Perwiraku

.................. di China?

Hak tuih !

"Hello ! Hello !"

Tup tup van sampai. Tak sempat nak feeling lebih lebih. Bayangan OR hilang bersama sama mahkota di kepala tadi siap ber cha cha tepi meja.

Ada sorang mamat ni sampai then aku pun ikut orang tu naik van dan kami bergerak meninggal kan Guilin City menuju ke Longsheng.

Ini gambar van yang aku naik

Bersama sama aku ada 4 orang lagi naik tapi dia orang duduk different hostel la kot sebab van ni pegi ambik dia orang dulu then last sekali ambik aku.

Ada sorang minah Chinese yang tak reti cakap Omputih.

Ada sorang mamat Germany yang serabai dan agak busuk.

Ada couple mat salleh Germany dengan awek Chinese dia

Dan aku !

Di samping tu ada mamat drebar yang tak reti jugak cakap English dan sorang Tour Guide. Tour Guide dia ni pandai cakap English. Tapi bila bercakap berbuih buih mulut dia. Bersembur sembur. Hahaha.

Tapi OK lah. Sibuk la dia dok menerangkan sepanjang jalan mana kami nak pegi, apa yang bakal kami tengok etc. Lepas cakap English, cakap pulak Chinese. 

"Chong Cheng Chong Cheng"

Nak bagi minah Chinese sorang tu faham. 

Aku sumbat telinga je la layan lagu bila dia start cakap Chinese tu.

Perjalanan dari Guilin City Ke Longsheng mengambil masa lebih kurang 2 jam. Di pertengahan jalan tu, van berhenti kejap untuk sesapa nak kencing.

Ni view kat situ. Macam lawa jugak kawasan pergunungan ni.

Layan.

Air sungai mengalir tak berapa lesu

Anak sungai yang bersih 

Lepas tu kami sambung sikit lagi perjalanan dan van tu singgah di perkampungan kaum Minority Yao.

Apa yang menarik di sini, wanita dari minority ini menyimpan rambut yang panjang sebagai trademark mereka.

Mereka ni la yang hidup di kawasan pergunungan Longsheng ini dan mengerjakan sawah padi di bahagian lereng bukit bukau dan pertanian lain. Kami tiba di kawasan lembah pergunungan tersebut dan tour guide bernama Alex tu ajak turun.

Kena cross jambatan ni. Ni semua ahli jemaah tour aku

Nak cross jambatan tu punya la mencabar sebab jambatan gantung tu memang betul betul tergantung. Kalau berjalan berayun ayun, kena la berjalan mengangkang sikit. Menjerit jerit bebudak pompuan Cina tu ketakutan.

Sesampai nya di perkampungan ni kami di sambut oleh kaum wanita yang ada di sini. Rata rata dia orang ni pakai baju kaler pink dan rambut dia orang bersanggul. 

Aku pun tak tau apa nak expect memula, tapi ikut je lah. Kawasan ni agak sejuk dan dingin sebenarnya.

Wanita kaum minority Yao 

Perkampungan mereka di lereng bukit

Musim sejuk aktiviti tanaman tak berapa meriah

Nampak pokok ni?

Aku nak cerita pasal pokok gambar kat atas tu. Bukan kayu api tu, tapi pokok tu. Pokok tu menghasilkan sejenis daun dan daun itu la yang menjadi ramuan penting untuk mereka membuat shampoo !!

So tak de orang pakai Pantene ke. Head and Shoulder ke apa di sini. Semuanya buat sendiri. Cemana dia orang buat aku tak pasti, tapi di khabarkan, hasilnya menakjubkan dan rambut mereka hitam berkilat dan bersinar sinar.

Tak caya? Tengok ni.

Nampak sikit rambut. Ouch. Aurat tu !

Dan kami di bawa oleh Alex tu ke salah satu rumah penduduk di sini dan melihat sendiri keadaan rumah mereka.

Kawasan ni agak terpencil dan di celah celah pergunungan tapi tak de la ketinggalan sangat. 

Rumah mereka

Masa kami masuk untuk tour, dia orang ada je dalam rumah tu bergossip riang. Tak de nya di pedulikan kita ni, tapi !! dia orang sibuk la nak jual cenderamata * buat tak tau

Ada TV !!

Dan aku tengok ramai jugak penduduk dia yang ada handphone. So tak de la ketinggalan mana.

Apa yang menarik, Rumah dia orang ni tinggi tinggi di perbuat daripada kayu, bawah rumah tu ada kandang babi dan bela ayam. Macam rumah perkampungan Melayu jugak.

OK la minus babi tu. 

Kerja kerja dia orang ni adalah bertani selain daripada membuat peralatan perak dan jugak mengait kain kainan.

Salah satu rumah penduduk

Makcik ni sibuk la jual barang

Dan di perkampungan ini, ada didirikan sebuah dewan. Mungkin mengambil peluang yang ada since pelancong pun ramai datang so, ada persembahan yang mereka lakukan di sini. Persembahan Rambut Panjang !!

Aku tak tau pun actually tiket aku untuk tour ni termasuk sekali dengan persembahan ni. Budak hostel tak cakap. So sebab tu la harga dia mahal sikit campur semua sekali. 

Jadi, empat orang ahli rombongan aku tu tak ambik show ni so dia orang kena tunggu kat luar dan aku je yang dapat masuk dalam. Tapi kalau nak tengok jugak boleh je beli tiket kat sini. Harga dalam CNY90 per show. (RM45)

Mahal gak la kan? Tapi duit tu boleh la buat belanja dia orang kat sini kot.

Show time dia ada waktu tertentu la, macam masa aku sampai ada rombongan lain jugak so show pun agak agak dah nak start sekitar pukul 11.30 pagi.

Dan di depan dewan tu, kaum kaum minority ni dah start sibuk bukak gerai nak menjual.

Belakang dia tu ada baby !!

Pintu dewan dah di buka tapi orang belum ramai lagi.

Gerai gerai pun belum habis di buka

Ni antara barang yang mereka jual

Baca ni !!! Sedikit penerangan mengenai perkampungan minority Yao Village ni

See? Mereka adalah golongan yang mempunyai rambut paling panjang di dunia. Panjang mana???

Nanti kita tengok.

bersambung.....

9 comments :

  1. Bakper x amik bfast kat hostel tu? Xder yg boleh mkn kah?

    ReplyDelete
  2. tak sure. masa aku book hostel ni tak ingat pun pasal bfast. tapi ada nampak mat salleh makan choice dia toast, sausage mcm mcm tu je ler..

    ReplyDelete
  3. aku speku amir kat atas ni org kelantan. bakper bakper... hahahah sori meng mencelah~ alalala..

    ReplyDelete
  4. Mahalnya!!!! Awat semuanya mahal la nak gi guilin ni...

    Jambatan gantung tu pada aku ok lg..lebar dan rendah jek. Aku pernah lalu jambatan gantung lg ngeri dan goyang kaw2 punya..

    ReplyDelete
  5. bagi aku if tour tu worth it n takde cara lain utk tgk, amik jer...bkn senang kot kan nk tgk group wanita berambut panjang libas2 buat show hahaha!

    ReplyDelete
  6. HB : memang mahal pun.. tapi mcm biqque ckp la, dah sampai then terpulang lah.

    AM : Planet Krypton tu ada Mc D ?

    ReplyDelete
  7. kat planet krypton kitoran x mkn mekdi, kitoran mkn cekmek molek...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...