Friday, December 21, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 7 : Aston Makassar & Golden Sunset

Sampai di hotel, aku terus check in dan terus dapat bilik. Bilik dah siap sedia. Masa sampai tu sekali lagi dapat air free.

Hahahaha.

Mesti minah tu tak perasan aku dah datang pagi tadi. Beg aku pun tinggal kat sini.

Urusan semua mudah dan pantas. Akhirnya dapat bilik dan aku terus naik ke tingkat 5.

Aston Makassar

Hotel ni agak baru dan paling best, hotel ni antara bangunan yang tinggi di Makassar. Jadi nak cari pun tak susah. Dari pelbagai sudut boleh nampak hotel ni kat mana. So aku nak berjalan pun tak risau sangat sebab aku boleh nampak samaada aku dah jauh dari hotel atau pun tidak.

Layan gambar sekitar lobby hotel.

Agak grand

Masuk masuk bilik tengok katil.


Argh ! Indah.

Memanggil manggil untuk aku landing.

Penat jugak berjalan setengah hari hari ni, jadi aku pun apa lagi, rehatkan diri dulu. Tengok cuaca kat luar pulak dah gelap nak hujan.

Oh. Aku fikir mesti tak de sunset hari ni. 

Kecewa !

Kecewa !

Kecewa !

Cuaca mendung di Makassar

Harapan untuk melihat sunset adalah hampir musnah. Hotel Mercure yang aku stay semalam tu bangunan depan sana tengah tengah tu. Tak jauh mana pun.

Sebab mendung dan aku pun tak tau nak buat apa, aku cuba cuba berbaring. Terlelap kejap.

Sementara aku tidur kejap, korang sambil sambil tu layan gambar capapan di hotel bertaraf 5 bintang di Makassar ini.

Bilik agak baru. Tak besar tak kecik. Cadar lawa. Bantal best. Tilam OK. TV LCD. Bilik air glass through. Yang tak best, internet dia slow gila !

Kelengkapan dalam bilik tip top. Towel dia lawoooooo... Nak curi ke tidak?

Sempat jugak aku terlelap setengah jam.

Lepas tu tengok cuaca kat luar pun masih tak menentu. Nak kata hujan tak hujan tapi mendung dan berawan. 

Last sekali aku mandi pastu siap siap, aku naik atas. Nak ambik gambar Makassar dari roof top.

Jom ikut aku naik atas !

Di tingkat 15 hotel ni ada gym. Boleh la kalau nak keluarkan peluh.

Ada aku nak mengguna pakai? Nan ado !

Dan paling terkesima rama juga di tingkat 15. Ada pool dia.

Va va voom ! Pool overlooking Makassar !

Tapi masa aku pegi petang tu ramai gila orang. Mostly family dengan budak budak la. Nak berjalan atas tu pun tak lepas. Ramai sangat orang.

Dekat tingkat 15 ni jugak ada sauna.

Sauna glass thru jugak

Sudahnya aku naik ke tingkat 19.

Ada lounge kat atas tu. Dan dari atas tu nampak aeriel view Makassar.

Saksikan.

Pelabuhan Makassar

Ada menara dan bangunan bangunan sekitar kota Makassar belah ke arah dalam

Sebelah pusat bandar Makassar

Belah satu lagi. Nampak lapangan Karebosi dan Masjid Raya

Masa tu matahari dah mula menurun.

Belah darat mendung tapi belah pantai berawan. Masih nampak cahaya matahari suram suram. Sesetengah bahagian memang hujan time tu.

Tak puas hati sebab tak boleh nak ambik gambar belah depan dari tingkat 19 tu, aku naik ke roof top !

Roof top tu belum di buka lagi. Dia orang tengah construction untuk buat restaurant rasanya. Tapi aku gigih ni naik. Cuak jugak, tawakkal je lah.


Keluar dari pintu tu, then baru nampak golden sunset !


Fuh. Baru la aku rasa teruja.

Nampak pulau LheuLheu dari atas. Pulau Samalona dari kejauhan. Nampak jugak persekitaran laut dan pantai.

Apa lagi, dari kawasan atas macam terbuka tu, aku duduk layan rokok, layan sunset dan layan snap sini sana.

Gambar bawah nampak bumbung banyak banyak tu adalah Fort Rotterdam. Gambar tengah nampak bangunan sebijik dari kejauhan itu adalah Trans Studio Makassar

Layan je la lagi gambar gambar.

Pelabuhan Makassar



Kawasan bawah hotel. Hujan renyai renyai

Kapal kapal di pelabuhan Makassar

Matahari sudah mula menghilang di balik kepulan awan


Ini lah bahagian roof top Hotel Aston. Cuak jugak la aku, kalau jatuh, mampus kering !

Salah satu mercu tanda Makassar

Sunset lagi


Pastu aku rasa macam tak puas hati.

Aku fikir, aku nak turun ke bawah dan ambik gambar sunset dari belah pantai.

Tengok cuaca pun macam dah tak hujan. Aku pun terus turun dan menapak ke arah jetty yang aku nampak dari atas roof top ni. Tak de la jauh sangat tapi sebab nak kejar masa, aku jalan laju laju. Becak pun aku potong.

Gigih !

Mari turun.

Menapak keluar dari hotel dan berjalan ke arah pantai.

Snap gambar kedai kopi di perjalanan. Nampak bangunan Aston Hotel. Atas tu la tadi aku duduk ambik gambar.

Jalan punya jalan, pastu aku tak tau nak masuk ikut celah mana sebab banyak bangunan.

Aku rentas je ada tulis nama satu resort tu. Masuk dalam tu rupanya parking.

"Pak.. Gi mana mahu ke jambatan di sana?"
"Oh.. itu bukan di sini. Di sebelah"

Pak Guard tu cakap.

Selamba je. Pastu aku blah. Keluar pastu nampak jalan masuk. Ikut suka hati je. Rupa rupanya kawasan construction !

Siap ada crane crane ni semua

Tapi nampak la jugak jetty ni.

Aku tak jumpa jalan nak naik ke atas jetty tu. 

Pasrah. Aku fikir tak pe lah. Aku nak pegi ke Losari Beach je ambik gambar dari sana.

Dengan semangat 46. Aku melangkah.

Kiri. Kanan. Kiri. Kanan. Kiri. Kanan.

Pastu perasan sunset dah bertukar warna. Dari warna emas dan mula menjadi kemerahan.

"No !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Tidak !!!! Tunggu............................................................ !!!!!!"

* matilah seluruh orang Makassar bertempiaran lari tengok orang gila menjerit sorang sorang diri.

bersambung.

8 comments :

  1. Best nye katil tu, rugi xbwk OR hahaha (nk kena lempang) ..sunset yg cantik tidak pernah mgecewakn..cewahhhh

    ReplyDelete
  2. * campak gula gula sebijik ke arah Hulubalang.

    "jangan main jauh jauh ya nak?"

    CNa : tu lah. tapi aku tak de plan pun nak stay sini till dah kat makassar masa nak book 2nd nite baru ler booking.

    ReplyDelete
  3. uish cantik hotel aston ni! sedap sungguh tgk katil dia.

    masa ko naik roof top tu management tak marah ke halau ko or tolak ko?

    masa aku pi pun hujan. bosan gile kot duk dlm shopping complex...pfft!

    ReplyDelete
  4. JG : kau speechless kenapa? sebab aku menjerit tengah tengah bandar?

    idok la aku nak gila sampai begitu sekali, cuma jalan jadi bertambah laju tak tengok kiri kanan dengan harapan nak sempat ambik gambo.

    Biq : tak marah pun, dia orang lagi suruh naik pegi atas sebab dia nampak aku pegang kamera.

    berani dia nak tolak aku.... !

    katil dia best, bantal tak berapa best. bilik air see thru, nasib akus orang2 so boleh bogel bogelan tanpa pedoman

    ReplyDelete
  5. Bapak cantik dia punya sunrise. Melting.

    ReplyDelete
  6. hehe..ingatkan kita sorang yg gile sunset...hahah

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...