Monday, December 17, 2012

Semilir Angin Makassar - Part 3 : Losari & Fort Rotterdam

Hari ke dua bangkit tidur dengan kemalasan berganda !

Sedap weh tidur kat tilam hotel Mercure ni. Rasa macam inzal berganda ganda. Tengok kat luar dah cerah. Awal subuhnya. Aku tak boleh buang masa lama lama. Aku fikir, aku cuma ada sehari setengah je nak jalan jalan di Makassar ni. 

Kalau nak tidur, baik je tidur kat rumah. Tak payah berjalan.

Bangun pagi, message OR dulu macam biasa. Tak leh SMS banyak kali, satu SMS seringgit dowh. Biasa aku SMS dia pagi dan malam je lah. At least dia tahu keberadaan aku dan aku akan update dia apa yang aku akan buat hari tu.

Lepak lepak kejap, mandi mandi siap siap dan terus check out.

Macam rugi je, bayar duduk hotel semata mata untuk tidur. Pagi pagi buta dah check out. Tapi nak buat cemana, kalau ada sedara mara lain lah. 

Urusan check out juga lancar.

Seperti yang biqque bagitau dalam blog dia dan aku bagitau sekali lagi, hotel ni adalah OK. Bilik dia comfortable, dekat dengan bandar dan serba serbi mencukupi.

Mercure Regency di waktu pagi

Sebelum check out, sempat ambik gambar di kawasan hotel.

Di lobby dan kawasan sekitar agak baru dan menarik.


Aku kena check out hotel ni sebab malam ke 2 dah penuh. Tak boleh nak extend. Jadi aku kena cari hotel lain. Tapi aku dah pun booking semalam untuk hari ke 2 di Makassar.

Jadi tak perlu risau. Aku check out sini dah pegi je ke hotel lain. Aku pastikan hotel tu berada tak jauh dari sini so kalau aku terpaksa menapak pun, tak de la jauh mana sebab bawak beg sekali.

Lepas check out Mercure Regency Makassar ni, aku ke Pantai Losari sekali lagi. Kali ni nak check tempat tu waktu siang. Hopefully tak de la ramai umat manusia macam semalam tu.

Dari hotel berjalan ke arah pantai. Ikut laluan semalam. Nasib beg tak berapa berat. Kali ni waktu siang lebih jelas. Ada banyak rumah rumah dan kedai kedai di persekitaran. 

Ini adalah kawasan Somba Opu di mana kawasan membeli belah terkenal di Makassar.

Tapi aku tak usha lagi kawasan ni. Shopping mopping biar last last. Tunggu duit dah tak de apa nak guna baru boleh membeli. Lagipun aku tak de plan nak beli apa apa pun kat sini kecuali FM kalau ada.

Tapi tu reserve dulu. Yang penting, aku pegi tempat yang aku plan nak pegi dulu.

Mana lagi kalau bukan, Pantai Losari !

Signage Pantai Losari di siang hari

Ha...

Waktu siang tak ramai orang. Lega sikit. Boleh la nak ambik gambar dan tengok apa yang patut. Observation aku pada waktu siang ni beza sikit la pada semalam. Kalau semalam, nak ambik gambar pun payah.Orang merata rata siap tidur tidur lagi tapi siang hari ni lebih relaks.

Ada lah orang tapi tak ramai.

Di pinggir signage ni ada macam docking untuk aktiviti air. Boleh la naik bot atau kayuh sampan di sini.

Aku usha macam tu je. Tak de apa menarik sangat sebab aku ada aktiviti lain yang lebih penting untuk di teruskan.

Aktiviti air di Losari

Gambar sekitar Pantai Losari di waktu siang

Lepas abis ambik gambar di Pantai Losari, aku menapak dengan beg aku tu menyusuri tepi tebing.

Ada banyak gerai gerai yang kebanyakkannya menjual pisang epe tempat aku lepak semalam. Kali ni lebih jelas. Persekitarannya pun nampak lebih luas walaupun masih dalam process construction.

Pantai Losari dan gerai gerai pinggir pantai. Pulau LaeLae yang terletak tidak jauh dari pinggir pantai

Kota Makassar ini merupakan kota ke enam terbesar di Indonesia, tapi waktu pagi tak berapa busy sangat. Banyak kereta jugak la tapi still tak de la jem teruk. Jalan kaki pun masih boleh di kira aman nak melintas.

Aku cuma fikir nak pegi check in di hotel hari ke dua. Walaupun masih pagi, tapi aku fikir at least aku boleh tinggalkan beg dulu. Takkan nak berjalan dengan beg beg ni.

So misi nya, mencari hotel yang aku dah book semalam. 

Dah tengok peta kat internet, tak de la jauh. Plus hotel ni mungkin lebih senang di kenal pasti sebab ianya bangunan tinggi.

Bandar Makassar

Jalan raya di Makassar


Sambil jalan jalan tu aku dok perhatikan sekeliling.

Sesekali ada yang menegur. May be tengok aku bawak beg macam tu.

"Ke Pulau Mas? Samalona? Khayangan?"

Aku geleng kepala.

Aku memang ada plan nak ke sana, tapi biar dulu lah. Nanti nanti je aku riki. Jalan menyusuri bangunan bangunan kedai. Ada banyak kedai kedai makan di buka di waktu pagi. Kemudian menyusuri semula ke Jalan Somba Opu mencari bangunan hotel.

Nasib baik tak ada banyak bangunan tinggi di Makassar, jadi nak cari hotel aku booking ni tak de la payah mana. Dari jauh dah nampak, so aku jalan kaki je ke sana. Pusing pusing, berpeluh peluh jugak la.

Last sekali sampai.

Lega.

Penginapan hari ke 2 di Makassar, aku pilih Aston Makassar.

Masuk masuk di lobby di sambut wajah riang pekerja. Aku beratur di reception terus di hulurkan segelas minuman.

"Hmmm"

Teruja. Capai segelas air fresh orange dan teguk sampai habis. Langsung tak de sopan sopan. Dahaga okeh. Jalan kaki jauh jugak ni.

Urusan check in mudah je. Selesai tapi bilik belum siap sebab masih pukul 10 pagi. Tak kisah la aku pun tak expect dah dapat bilik, cuma aku mintak tinggalkan beg aku je. Nanti aku datang balik lepas aku abis bersiar siar.

Aston dan kawasan lobby

First impression, hotel ni agak baru. So aku rasa macam OK. 

Sempat jugak aku tanya pekerja hotel macamana nak ke jetty Samalona dan Fort Rotterdam. Dia kata kena naik becak. 

Aku fikir jauh la kot. So keluar dari dari hotel aku tahan becak.

Pakcik tu cakap nak Rp6000 (RM2). Aku setuju je. So naik la becak pagi pagi tu.

Perjalanan dari hotel ke Fort Rotterdam

Aku rasa tak sampai 10 minit naik beca tu, aku dah sampai depan Fort Rotterdam !

Hoi !

Apahal dekat sangat ni? Aku jalan kaki pun boleh macam ni. Dari cara budak hotel tu cakap macam jauh gila. Padahal pagi tadi dari hotel Mercure ke Losari dan ke hotel ni aku menapak, lagi jauh rasanya jarak tu.

Cis. Tapi tak pe lah. Aku malas nak berkira. Walhal pakcik bawak beca tu macam dah tua. Aku kesian jugak. Dia pun macam lari cepat cepat lepas turun kan aku, mesti dia ingat aku nak marah sebab dia tipu aku.

Apa sangat la RM2 tu walaupun sebenarnya duit.

Tak pe la. Halal je lah.

* pagi mood baik

Ini pintu gerbang Fort Rotterdam

Tau tak Fort Rotterdam ni apa?

Jap aku cut and paste.

Fort Rotterdam atau Benteng Ujung Pandang (Jum Pandang) adalah sebuah benteng peninggalan Kerajaan Gowa-Tallo. Letak benteng ini berada di pinggir pantai sebelah barat Kota Makassar, Sulawesi Selatan.

Benteng ini dibangun pada tahun 1545 oleh Raja Gowa ke-9 yang bernama I manrigau Daeng Bonto Karaeng Lakiung Tumapa'risi' kallonna. Awalnya benteng ini berbahan dasar tanah liat, namun pada masa pemerintahan Raja Gowa ke-14 Sultan Alauddin konstruksi benteng ini diganti menjadi batu padas yang bersumber dari Pegunungan Karst yang ada di daerah Maros. Benteng Ujung Pandang ini berbentuk seperti seekor penyu yang hendak merangkak turun ke lautan. Dari segi bentuknya sangat jelas filosofi Kerajaan Gowa, bahwa penyu dapat hidup di darat maupun di laut. Begitu pun dengan Kerajaan Gowa yang berjaya di daratan maupun di lautan.

Nama asli benteng ini adalah Benteng Ujung Pandang, biasa juga orang Gowa-Makassar menyebut benteng ini dengan sebutan Benteng Panyyua yang merupakan markas pasukan katak Kerajaan Gowa. Kerajaan Gowa-Tallo akhirnya menandatangani perjanjian Bungayya yang salah satu pasalnya mewajibkan Kerajaan Gowa untuk menyerahkan benteng ini kepada Belanda. Pada saat Belanda menempati benteng ini, nama Benteng Ujung Pandang diubah menjadi Fort Rotterdam. Cornelis Speelman sengaja memilih nama Fort Rotterdam untuk mengenang daerah kelahirannya di Belanda. Benteng ini kemudian digunakan oleh Belanda sebagai pusat penampungan rempah-rempah di Indonesia bagian timur.

Di kompleks Benteng Ujung Pandang kini terdapat Museum La Galigo yang di dalamnya terdapat banyak referensi mengenai sejarah kebesaran Makassar (Gowa-Tallo) dan daerah-daerah lainnya yang ada di Sulawesi Selatan. Sebagian besar gedung benteng ini masih utuh dan menjadi salah satu objek wisata di Kota Makassar.

* mati lah malas nak rephrase.

Eh. Hellow ! Kita ni kat Indon, so kena la belajar belajar bahasa Indon.

* cari excuse lagi


Tempat ni nak masuk sebenarnya free, tapi derma adalah di galakkan.

Tapi mungkin sebab muka aku macam Indon. Dan aku pun nonong nonong je masuk buat muka ketat. Guard tu tak de tahan pun. So aku masuk meluru je ke dalam.

Usha apa yang patut


OK. Dengan boringnya aku bagitau tempat ni adalah boring !

Tak perlu expect benda gempak gempak. Macam ni je lah. Ada bangunan bangunan dan tak de ramai orang. Nak bergambar boleh. Jalan jalan di persekitara dan blah.

Tu je.

Mungkin sebab ni salah satu objeck wisata dan boleh di jadikan tumpuan pelancong ke sini, jadi pegi je la sekadar nak pegi tengok.

Ini gambar di persekitaran

Dah la tempat ni macam sunyi gila di pagi hari.

Ada la jugak nampak orang tapi tak berapa ramai. Ada satu muzium kat sini nama dia Muzium la Galigo. Aku masuk tapi aku rasa tak de yang interesting.

Then aku keluar balik. 

Pendek kata, tak interesting lah. Aku pun tak tau nak cakap cemana.

Salah satu bangunan

Muzium La Galigo

Tembok dan peninggalan runtuhan Fort Rotterdam

OK. Dah abis jelajah Fort Rotterdam.

Pastu cepat cepat la keluar, takkan nak bermalam kat sini pulak? Tak reti reti nak pegi tempat lain?

"Nak ke mana????"

Ujar ku pada diri sendiri.

* kau mampu guna perkataan ujar?

bersambung

10 comments :

  1. Pantai losari tu tak rupa cam pantai pn, cam sungai ada lah heheheh..

    Serius cam kureng je tempat nih, nasib aku tak pegi hahahaha

    ReplyDelete
  2. aku tertarik ngan toko keradjinan dlm gambo kat atas tu...musti org yg masuk toko tu radjin2 belaka...ko x radjin ke Meng??

    ReplyDelete
  3. CNa : tak de ler mcm batu feringhi, tak jugak macam PD.. lebih kurang macam muara klang je kot.

    HB : aku tak berapa radjin

    ReplyDelete
  4. Radjin-radjin adja konsepnya.

    Muara klanggg je ke?? tapi kalau makan kat muara klang tu sambil menghadap laut dan bunyi pantai, buih2 ombak dan deruan angin... bukan kah itu indahhh?? hahahaha.. tak best sangat ke pantai losari tu?

    ReplyDelete
  5. xde buih buih ombak nyer dowh....

    sebab pantai tu dah kena tambak kaw kaw punya... pastu depan ada mcm benteng so ombak tak merindu sangat.

    harap reti !

    ReplyDelete
  6. bukan ke kat muara klang tu buih2 dia hitam2? hehehe...selera korang!

    ReplyDelete
  7. kalau pi makan dinner nampak ke buih2 dia hitam hulubalang?

    Tak khenn. hahahaha.

    ReplyDelete
  8. selera HB adalah buih buih kuning..

    hahahhaha

    ReplyDelete
  9. tempat ni mmg bosan, tapi at least been there done that la kan...aku beli tshirt satu jer kat jalan2 tepi tu. patu fort tu ya Allah rasa cam nak baling jer batu sbb tu je?? tu je???

    ReplyDelete
  10. aku pun berfikiran yang sama...

    mcm tercari cari apa highlight tempat ni, sampai sudah tak jumpa.

    oh btw t shirt mcm tu aku jumpa di jual secara terbuka di losari time malam.. FM memang jangan mimpi lerrr dah la kat Trans Studio pun x lawa. Aku rasa kau punya tu lagi lawa

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...