Friday, November 30, 2012

Corat Coret Manila 13 : Travel to/from Manila

Ini entry terakhir corat coret Manila.

* baling duster ke arah students

Di sini aku nak bagitau, cemana nak travel dari Clark ke Manila dan balik ke Clark Airport kalau kita naik Air Asia dari LCCT. Moga moga sesapa yang mahu try ke Manila boleh la dapat panduan agar tak tersadai di mana mana. Lagi teruk kalau tak lepas balik.

Barang di ingat, dari Clark Airport ke Manila adalah satu jam lebih dan kadang kadang disebabkan jem yang berleluasa boleh cecah sampai 3 jam ! Jadi penjagaan masa adalah sangat penting.

Sebelum fly ke Clark Airport, aku tak expect macam ni punya complicated nak sampai ke Manila. Memang aku tau Clark Airport sendiri tidak terletak di Metro Manila tetapi di Angeles City kira kira 70KM dari Manila itu sendiri.

Lagi parah kalau naik flight last dari LCCT iaitu jam 7.50 malam dan akan sampai di Clark lebih kurang pukul 11.30 malam. Dah lewat tu. Tapi kalau nak stay kat Clark tak de masalah sebab Angeles City sendiri pun ada hotel dan kemudahan penginapan cuma fikir balik, kenapa nak duduk kat Clark tu? Tempat tu adalah tempat tinggalan tentera US dan sekarang jadi macam tempat hiburan dan main judi je. 

Lain lain rasanya macam tak menarik mana.

Dari LCCT duduk je dalam flight diam diam dan akhirnya akan sampai di Airport Clark selepas lebih kurang 3 jam setengah !


Lupa nak bagitau, masa aku kat LCCT ada mamat ni bawak beg penuh dengan lotion Mustajab ! 

Kau mampu??

Tapi tak lepas so dia kena pegi check in beg dia tu. Aku wonder kenapa dia bawak banyak banyak. Ada orang kampung nak try sapu krim mustajab untuk kurangkan lemak kah?

Ke dia nak balik berniaga?

Abaikan dia, paling penting kalau nak ke Clark, check dulu ada bus service dari Airport Clark ke Clark dan Manila.

Check ni. 

Boleh refer link ni untuk bus servis to Clark


Memula aku yakin bas ada bila aku sampai pukul 11.30 malam tu. So aku boleh terus ke Manila malam tu jugak. Tapi bila aku tengok balik aku jadi macam pening pening lalat. Aku sangsi pulak sebab aku ingat yang column last tu, depart from Pasay Terminal dan sampai di Clark Manila pukul 12.30 malam. Mana la tau kot ada flite malam malam buta ke.

Jadi aku cuak teramat. Berdoa dalam hati jangan la bila sampai kat airport memang tak de bas. Mana aku nak tuju sedangkan aku dah book hostel di Makati sana !

Anyway, pendek cerita lah, keluar dari balai ketibaan dekat satu area penuh dengan money changer tu akan ada satu counter dan dia tulis, 'Bus to Manila'

Hah !

Akan ada orang jaga kaunter tu so cepat cepat beli tiket kat situ.

Harga tiket? Ada beza kalau nak turun di Megamall dan Pasay Terminal. Macam aku hari tu, sebab budak hostel cakap turun kat Megamall so aku beli tiket Megamall 400 Peso. Tapi aku gi turun pulak dekat Pasay tu sebab awek cikgu sains aku jumpa dalam bas tu cakap area tu kurang selamat waktu malam. Tak de pulak drebar bas tu mintak lagi 50 Peso pun.

Masa beli tiket, dia akan ambik nama dan assign seat siap siap. Nanti dia bagi resit, keluar dari airport tu akan nampak bas ni.


Bersorak riang dan gembira la kita sebab niat suci murni mahu ke Manila akan tercapai. Insya Allah. Tak de la tersadai di sini lama lama.

Bas tu akan tunggu sampai semua orang keluar kot then kalau dah tak de tu baru dia gerak. Macam aku hari tu kata nak gerak 12.30 tapi pukul 1 lebih baru gerak sebenarnya.

Ini Clark Airport pada waktu malam.

Bas akan sampai SM Megamall dulu. Kalau nak turun situ ( kalau ambik bas waktu siang ) boleh la turun. Kalau terus ke Pasay Terminal Bus tu kena tambah lagi setengah jam ( depends on traffic ). So amat penting kena check hotel/hostel kat mana dan nak turun kat station mana.

Dari station tu ambik je teksi ke hotel masing masing. Ingat ! Cari teksi yang guna meter tak kisah la siang ke malam. Banyak teksi so boleh tanya tanya.

Suruh teksi hantar kat hotel. Selamat.

Now aku nak bagitau cemana pulak aku nak balik dari Makati ke Clark dengan naik bas yang sama.

Ini suasana di luar Tune Hotel Makati

Kalau tau route Jeepney boleh la naik Jeepney ke Megamall atau Pasay Terminal. Ingat, bas dari Pasay Terminal dulu then baru dia ke SM Megamall.


Tetapi sebagai langkah paling selamat aku ambik teksi je. Terus hantar ke SM Megamall.


Part ni tricky skit.

Macam aku hari tu flight balik pukul 3 petang. Ingat kalau naik bas pukul 12 dari SM Megamall ( 11.30 dari Pasay Terminal Bus) rasanya macam masih sempat.

Tapi masa aku sampai, ada pakcik cakap dah tak sempat. Dia kata kalau pukul 12 memang tak sempat nak naik flight pukul 3. Kena ambik bas pukul 9 pagi !

Hello Pakcik ! Kau dah kenapa?

Ini bus stop dekat SM Megamall

Bus stop terletak betul betul depan bangunan ni

Puas la pakcik ni bercerita dalil dalil kenapa aku tak akan sempat sampai Clark. Jem lah. Apa lah, tapi aku buat tak ambik pot. Hati aku kuat menyatakan masih sempat lagi nak naik next bus ke Clark ni.

Kebetulan lepas tu ada satu couple ni tunggu bas jugak. Flight time dia sama dengan aku. Ntah apa pakcik ni cakap, dia orang dah macam ketakutan jugak.

Last sekali pakcik ni datang kat aku dan buat deal, kalau setuju aku boleh sewa teksi shared dengan dia orang ke Clark nuh.

Hello Pakcik (Sekali lagi ). Kau ni dah kenaper ? kenaper ? kenaper?... * siap ada echo

Macam tu aku fikir sebab aku mati mati ingat Pakcik tu tunggu bus macam aku.

Rupa rupanya aku dapat tau dia bawak teksi !!!! So dia mencari passenger la nak hantar ke Clark Airport. Last sekali puas dia pujuk aku buat tak tau, aku sumbat telinga dengan iPod then dia blah.

Harga dia bagi sorang 800 Peso/RM60. Kalau naik bas dalam RM35.

Couple tu ingat ada bas pukul 11. So dia kata tunggu sampai bas pukul 11 pagi.

Kalau ikut jadual memang tak de la bas pukul 11 tu. Pukul 12 baru ada sampai di SM Megamall, then campur 2 jam ke Clark Airport. Paling paling kalau jem pun tambah lagi sejam so boleh sampai dalam pukul 3 petang.

Sempat lagi kot nak check in kalau flight pukul 3.30.

Tu aku punya congak lah. Aku kan suka je orang laung  laung nama aku kat airport !! Hahaha

Tapi since couple tu pun dah tak senang duduk. Pakcik tu pun puas memujuk, akhirnya aku setuju. Tak pe la bayar lebih sikit, janji confirm sampai ke Clark Airport sebelum waktu berlepas.

Kalau terlepas flight masak jugak la nanti.

Hebat jugak pakcik teksi ni berdrama gaya Abu Bakar Omar. Tapi muka tetap Abu Bakar Elah.

* taxi !

Eh. Teksi lain !


Pakcik teksi baju putih yang berdiri.

Tak payah cerita banyak la. Last sekali aku setuju je naik teksi dengan dia orang.

Kami chartered teksi pakcik tu bertiga dan dia drive terus sampai ke Clark Airport dengan selamatnya.

Layan je la gambar gambar ni.

SM Megamall

Beg aku dah obese

Bas sekolah

Salah satu tugu di Manila

Jalan raya di Manila

Tol

Mexico?

Angeles City di mana terletaknya Clark Airport

Salamat Po ( Terima kasih ). Ingat Po (Berhati hati)

Sepanjang jalan tu, pakcik teksi tu asyik berborak je.

Layan jugak la walaupun mula mula tu aku malas nak melayan dia sebab aku rasa dia berjaya con aku dengan couple tu naik teksi dia.

Sibuk la dia bertanya pasal Malaysia. Pastu asyik asyik kutuk Tun Mahathir. Pasal rasuah la, pasal kroni lah. Aku diam je malas nak melayan.

Motip kau kutuk kutuk negara aku, pemimpin negara kau ni baik sangat kah?

* campak duit monopoly kat Gloria Macapagal Arroyo

Couple berdua tu dok belakang pun layan layan macam tu je.

Dia orang actually sampai macam aku hari tu tapi dia orang overnight di Angeles City 2 malam. Last nite tu baru dia orang pegi Manila.

Tak tau la honeymoon ke apa, aku pun tak de borak banyak dengan dia orang, tapi dia orang cool jugak lah.

Sampai kat airport terus terpisah, aku pun tak nampak nampak dah dia orang lepas tu. Pakcik Teksi pun terus blah. Mesti dia girang sebab berjaya con kita orang.

Rezeki kau la pakcik, pada aku tersadai tak dapat naik flight balik ni.

Gunung Pinatubo dilitupi awan

Masih ada kesan letusan Pinatubo yang masih tersisa. Nampak jugak la beberapa bahagian yang terutama tanaman yang telah mati dan kawasan tandus.

Pakcik Teksi tu kata, lebuhraya yang baru di bina di sini, di ambil dari hasil lahar gunung berapi dan dan pasir pasir dari bekas Pinatubo tu.

Aku teringat jugak la zaman kecik kecik dulu waktu Pinatubo meletus, abis berdebu pegi sekolah hari hari. Siap conteng kereta cikgu dengan benda bukan bukan dari abu Pinatubo yang terbang sampai ke Semenanjung.

Niat di hati nak jugak tengok Pinatubo ni, nanti la Insya Allah kalau berkesempatan di lain masa.

Station minyak Petron ni berlambak kat Manila

Clark Airport

Kawasan Angeles City ni dulunya merupakan kawasan penempatan tentera US di Philippines so Clark Airport ni pun kiranya army punya airport untuk US based.

Masa gunung Pinatubo meletus abis bertempiaran la mereka lari balik US lalu kawasan ni baru baru ni di buka semula dan Clark Airport di masyurkan untuk few international route contohnya macam Air Asia dalam pada mempromosikan semula Clark ni.

Kalau di Angeles City sendiri adalah tempat tempat menarik terutamanya tinggalan US Military, tapi tak de la  hebat sangat. Cuma sekarang ni tempat ni dah jadi macam Free Trade Zone dan jugak tempat perjudian dan hiburan.

Pegi la berjudi di Clark !

* macam tu aku promo.

Boleh sewa flight ni untuk aerial view Pinatubo. Cost RM500 for 45 minit

Check In Area, Clark Airport

Duty Free. Airport tax 450 Peso/RM40

Masa tunggu nak boarding ni ada satu kes.

Aku nak merokok tapi kat airport ni tak de smoking room. Yang ada executive lounge which kena bayar lebih kurang RM60 siap dengan makan makan sekali.

Aku bukan nak makan pun. Lahabau betul.

Then aku tanya la satu guard ni.

"Any smoking room?"
"You want to smoke?"

Aku angguk.

Pastu dia bagi isyarat tangan suruh aku tunggu.

Tak lama lepas tu aku nampak dia pegi ke meja, rupa rupanya ada guard lain tengah tidur bawah meja. Dia orang borak kejap pastu guard tu datang kat aku.

"You want to smoke?"
"Yes"
"Follow me"

Wah. Macam nak gi merompak bank je.

Aku pun ikut la. Rupanya dia suruh aku hisap rokok ada kat bahagian belakang skit tapi still dalam bangunan airport. Dia siap bawak ashtray !!!

* pengsan.

"You have to give me something"

Tiba tiba ayat dia.

"What?"
"Hmmm money. Peso or Ringgit"

Aku syak dah mesti nak con aku mamat ni. Babi betul.

Aku diam je. Hisap rokok laju laju. Sedut hembus sedut hembus. Dia ada lah berdiri sebelah aku.

"How much you give?"

Macam tu la ayat dia, english tak berapa sangat.

"I dont have any Peso left"
"Ringgit?"

Dia tau duit ringgit tu.

"I am not giving you anything"

Terus terdiam. 

"Tips. Tips"

Masih mencuba.

"OK. 1 ringgit"
"No. No. No. OK. You stop"

Hahahahah. Dia angin dengan aku. Too late. Rokok aku dah nak abis. Aku buang je dalam botol ashtray dia tu then aku blah.

"Sir. Sir"

Dia panggil aku. Aku jalan semula masuk boarding room tadi. Guard yang memula aku tanya tu ada situ. Then aku dengar dia orang borak berdua. Aku buat bodo dan blah.

Hahahaha. 

Sedia untuk berlepas

Tak sabar nak balik 

DMIA - Clark Airport

Take off

Angeles City dari udara

Memula aku ingat ini la Pinatubo, tapi sebenarnya bukan

Pinatubo dalam gumpalan awan ni. Nampak tu kesan lahar

Membelah awan

Makan time

Approaching Kuantan

Banjaran Titiwangsa

Landing time

Senja

Terima kasih Air Asia

Sampai dah nak maghrib

Sampai LCCT adik aku ambik. Lambat pulak nak tunggu dia sebab dia baru abis kerja.

Eh. Ke OR yang ambik? Aku sendiri pun dah lupa. OR kot.

Hahahaha.

Oh. Budget? Aku abis dalam RM500.

Dah lah.

Advise aku kalau ada plan nak ke Manila hmmmm make sure habiskan tempat tempat lain dulu lah. Tak de apa pun di sana unless pegi sebab kerja etc. Kalau semata mata nak merayap dan explore, Manila itself memang nothing much to see. Tapi cuba ke Davao, Cebu, Coron, El Nido, Palawan atau ke Boracay. Sana mungkin lain dari apa yang terhidang di ibukota Tagalog ini.

Kalau dah terbeli tiket tu, pegi je lah. Dont expect much, just go and enjoy yourself................

Sekian. TAMATUN.

* padam papan hitam untuk pembelajaran seterusnya

5 comments :

  1. *tutup buku, kemas meja, padam "toyol" kat pelipat kain"

    cikgu, saya nak pegi mexico tu, 500m jer kan?

    *standy tekan button*

    ReplyDelete
  2. hah pegi la. jangan lupa beli FM kat sana sekilo dua

    ReplyDelete
  3. alamak aku dah tbeli tiket clark la bang meng... hujung-hujung ko kate xbpe nak best lak...

    *simpan duit buat main judi je la..

    ReplyDelete
  4. kalau dah terbeli tu pegi je la..

    penuhi masa dan enjoiceeee

    ReplyDelete
  5. best jgk klu dpt travel tmpt orgkan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...