Saturday, November 3, 2012

Batuk Menyerang Dengan Rakus

Batuk menyerang dengan rakus.

"Kong ! Kong ! Kong !"

Bunyi apa tu?

Sakit dada dan macam nak tercabut tekak. Tapi merokok itu wajib !

Aku di landa batuk kokol yang agak kronik. Kronik sebab malas nak dengar bunyi batuk sendiri. Dah la bunyi tak sedap. Kalau batuk bunyi macam buluh perindu OK la jugak.

Tapi batuk batuk pun tetap nak hisap rokok. Tapi aku bertukar pada rokok lain buat sementara waktu ni.

Pernah tengok tak rokok Dunhill Boost ni?

Kotak rokok Dunhill Boost dengan perisa Baby Masak Merah

Pernah tengok rokok ni?? 

* ulang sekali lagi.

Bagi yang tak merokok meh aku cerita. 

Aku kan hisap Dunhill Merah. Tapi sebab batuk aku tukar ke Dunhill Boost ni. Tau kenapa nama dia Dunhill Boost? Rokok ni sebenarnya perisa menthol. Ada angin angin sikit. Tapi, dekat batang rokok tu, ada macam punat kita boleh tekan. Bila kita tekan dia akan bunyi benda meletup. Ha... bila meletup tu kira hebat lah kan? Kebaboooo. Ada rokok lain boleh meletup letup? 

Rokok ni dia akan boost perisa menthol tu jadi lebih kuat. Maka kita jadi lebih riang dan bertenaga. Tak ke?

Sesuai la untuk perokok yang batuk kokol macam aku ni.

Kong Kong Kong

* bunyi batuk lagi.


Sebelum perkataan Dunhill tu ada macam petak? Haaa. Picit je kat situ, nanti menthol dia terasa lebih kuat. Siap ada bunyi 'ketek' (bukan 'kong') bila belon menthol tu pecah.

OK. Tu je pelajaran untuk hari ni. Mengenai rokok ! 

Dalam pada batuk tengok apa aku minum?


Lepas tu batuk makin menjadi jadi. Tak keruan aku jadinya.  

Argh.

Sudahnya aku terpaksa settle down dengan benda alah ni. Ubat batuk superpower Bena Expectorant. Malas nak pi klinik, aku beli kat pharmacy je.

Dan ia buat aku berada di awang awangan tak bermaya Karin.


Cost beli rokok : RM 10.20

Cost beli Red Beans Ice Blended : RM9.90

Bena Expectorant : RM9.50

Di awang awangan seolah olah beramas mesra dengan Maya Karin : Priceless.

Sungguh tak best kalau batuk dan sakit sakit ni. Nasib la tak de travel ke mana mana.

Ada sesapa pernah jatuh sakit masa travel? 

Aku pernah demam masa kat India. Nasib baik lepas makan ubat OK. Pernah jugak nak boarding flite masa nak ke Padang tapi rasa nak demam. Betul betul rasa tak sihat. Last sekali aku decide tak naik flight tu, siap keluar balik dan chop passport masuk semula.

Aku musykil, kalau kita jenis orang yang memang sakit, mana mana bawak ubat, kalau kat airport, dia orang check ke tak?

* tenung kotak rokok

Aku perlu kan rehat. Selamat ber weekend !

Off.

5 comments :

  1. aku penah kena demam masa kt india, gara2 udara kotor diorg, last2 tewas, abis sakit tekak smua, memang tak berapa best la rasa mcm tu bile travel..

    ReplyDelete
  2. oooo aku tau rokok petik2 rasa menthol ni...menthol2 ni rokok bapok tau, sila kembali pada rokok berkuasa jantan skit hahaha

    *matila meng cepat mati dpt nasihat rokok*

    so far aku ngan sekupang tak penah lagi demam batuk masa travel, alhamdulillah, tapi ceri-beri tu pernah kat india dgn cambodia. teruk gak aku kena kat india, sekupang kena teruk kat cambodia. tebabom dgr dari toile hahahaha!

    ubat bena tu mmg bagus. aku pun hirup yg tu jer...

    ReplyDelete
  3. nyahhhhh.. bapok kaaaa????

    * hembus hembus asap menthol...

    tu la, aku pun cuak kalau travel then x sihat, tapi usually kita boleh tahu body kita cemana, kalau rasa rasa tak sihat tu, tak payoh le push sgt. duk rumah tidur sudah. kalau dah jadi kat sana.. hmmmm nasib ler..

    bergegar tak jamban masa kau kekabboooo tu???

    mesti cekelup cekelup non stop ek

    ReplyDelete
  4. *hembus bentuk O gitu*

    slalu2 la makan multivit dan amik cucukan influenza, nescaya sihat sepanjang masa, INSYAALLAHHHHHHHH...

    gegar sambil gelak2 bleh? hahahaha!

    ReplyDelete
  5. aku imagine..

    pastu aku nak gelak.

    malas layan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...