Wednesday, November 21, 2012

Corat Coret Manila 4 : Transportation Di Manila

Kali ni aku nak kasi tau sedikit sebanyak cara cara nak menggunakan public transport di Manila. Ingat Manila adalah kota penuh jem. Jadi memilih transport paling bagus dan berdaya saing adalah langkah yang bijak.

Lagi lagi berada di tempat orang dan selalu kena berhati hati dengan cost dan wang yang dilaburkan, baik la kira dua tiga kali sebelum memilih medium terbaik untuk bergerak ke sana, ke sini dan ke sinun.

Ini suasana jalanraya di Makati Avenue

Sudah tentu di mana mana kota besar, transit aliran ringan adalah kena ada. Tak terkecuali di Manila.

Nak naik train di Manila tak payah. Cuma kena tahu mana nak naik dan mana nak turun. Tambang pun bermula dari 100 peso akan bawa kita ke station yang seterusnya. Ada 3 aliran transit ringan di Metro Manila. Tapi sebab Manila sangat besar jadi train tak boleh nak cover most of the places. Jadi kena tahu dan ambik tau mana nak pegi dan ada ke tidak station yang berdekatan.

Sepanjang di Manila aku naik train sekali. Dari Makati ke UN Ave Station. Tak de la banyak station tapi agak ok.

Cuma leceh, nak naik train macam nak naik flight. Siap kena geledah geledah beg. Begitu juga macam di Mall di Manila ni. Siap nak scan body apa semua. Tapi itu mungkin procedure biasa jadi terima je la.

Station Gil Puyat

Pengawal

Ini train nya.

Aku rasa train di Manila much better than KL. Opsss.. Tapi Bangkok still paling efficient sebab cover banyak tempat.

Teksi?

Mana mana mesti ada teksi.


Di Manila teksi agak banyak. Bersepah sepah. Tapi kena berhati hati. Memang kena agree upfront. Dia pakai meter atau tidak.

Masa aku memula sampai di Manila. Turun dari bas, ada mamat teksi dah menunggu.

"Where are you going Sir?"
"Makati"
"OK... 300 Peso"
"Metered taxi?"

Dia buat muka blur. Pastu sibuk tarik aku pegi ke Teksi dia. Nasib baik aku berkeras dan blah.

Datang mamat ke 2. Aku bagitau destinasi yang sama. Tak nak pakai meter jugak. Dia ketuk nak 200 Peso. Aku buat muka ketat.

"Nevermind"

Finally aku dapat metered teksi. Aku tanya few times dia pakai meter ke tak, dia kata pakai.

Destinasi yang sama dari Pasay Bus Terminal ke Makati, harga???? 110 Peso !

See?? Jadi sila ambik metered teksi.

Satu lagi kalau ambik chartered teksi macam nak pegi tempat yang outskirt Manila. Sila agree upon tambangnya sebelum bergerak. Dan sila tanya, adakah harga teksi termasuk harga tol ???? Sebab selalunya tidak !!

Aku terkena part ni, tapi sebab ramai tak per lah.

Ada time time lain aku naik teksi dengan Grace dan yang lain lain tu sebab kami ber 5 jadi dia tak nak pakai meter. Tak kisah la sebab ramai so boleh tong tong jer.

Moralnya di sini, kalau terpaksa naik teksi. sila ambik teksi bermeter. Kalau tak memang kena kuda !

Iklan sikit.

Ini department of Tourism

Terletak di Rizal Park.


Dan since Rizal Park ni besar so boleh ride naik kuda jalan jalan keliling tu. Agak menarik tapi will cost you a bomb. So kalau kaya, boleh la cuba.


Kuda ku lari gagah berani

Ada jugak carriage macam ni. Boleh jugak nak cuba kalau mahu.

Ni ada di area Fort Santiago je rasanya.

Iklan lagi.

Ini Rizal Monumen.


Ini pulak Intramuros.


Kalau agak letih dan tak berdaya saing nak berjalan dalam kawasan ni. Boleh naik kereta kuda macam ni.


Tapi harga tak pasti berapa. Kena kautim siap siap agar tidak di tipu dan di perdaya.

* mati la ayat


Ini pulak beca atau tricycle. Kalau dekat dekat boleh la naik. Aku tak cuba so tak berapa nak tahu.

Bas?

Bas ada tapi kalau naik bas di Manila masak la terperangkap dalam jem. Unless macam nak pegi dari Manila ke Clark atau yang jauh jauh, then should be OK.

Nampak sungai ni?


Nampak bangunan putih belakang tu adalah Pejabat Pos. Lawa jugak bangunan nya kalau nak ambik gambar di sana.

So aku tunjuk sungai ni bukan untuk mereka yang suka berenang pegi berenang. Kotor gila air dia. Tapi dulu, ada ferry dari Makati ke Intramurous !

Dan ferry ni adalah medium paling best untuk travel from Makati to Old Manila sebab dia akan lalu di keseluruhan Metro Manila.

Tapi !

Masa aku pegi, perkhidmatan ferry ni telah di tamatkan. Tak tau bila ura ura akan di sambung, may be next time kalau sapa sapa pegi boleh check. Kalau ada, should give a try !

Lagi. Jalan kaki?

It is not advisable to walk in Manila. Seriously ! Especially di area Manila dan kawasan kawasan lain except for Makati. Kalau nak berjalan pun memang kena berhati hati. Banyak orang tepi tepi jalan so risiko kena copet adalah sangat tinggi.

Tapi tengok ni.

Apa ni???

Ped Xing?

Bukan itik Peking ke apa. Tapi Pedestrian Cross-ing !!!!!

Hati hati selalu kalau nak cross jalan raya di sini. I mean seriously kena hati hati. 

Tetapi, di Manila ini, transport yang paling senang dan banyak bersepah sepah adalah Jeepney. Nak tau rupa Jeepney?

Ini dia.

Tatap dengan fokus 5 mantera sebab tak ada benda alah ni di tempat lain.


Adalah sangat tidak cool kalau pegi Manila dan tak naik Jeepney !

Jeepney ini sebenarnya adalah peninggalan dari kenderaan tentera Amerika yang bertapak di Philippines. Jadi kenderaan ini di guna pakai untuk mengangkut orang dan sampai sekarang dah menjadi macam satu daya penarik dan ikon di negara yang mempunyai lebih pada 7000 pulau ini.

Senang cerita, Jeepney pada hari ni macam bas. So kita boleh naik, pose pose cantik dan dia akan bawak kita ke destinasi yang kita nak tuju walaupun kita sebenarnya tak cantik mana.

Dalam jeepney


Jeepney ni ada jenis yang naik di depan dan ada jugak yang naik dari belakang.

Biasanya Jeepney ni bergerak one way. Tambang adalah 8 Peso per trip. Kalau jauh kena la tambahan lagi. Paling penting buat muka macam local so tak de la nampak teragak agak dan kena tipu.

Grace ajar kami naik Jeepney dari Makati ke Station LRT. Tambang macam biasa, normal la 8 peso/ 50 sen. Biasanya kalau orang naik, nanti dia pass tambang tu ke depan bagi kat drebar. So nasib la sapa yang duduk tengah tengah tukang jadi penyampai duit dan pembahagi duit balance.

Kalau duit besar jangan harap nak dapat balance.

Masa naik dengan Grace OK lah. Fun fun gelak gelak. Tapi awas. Dalam Jeepney ni pun ada budak budak mintak sedekah boleh naik dan pass sampul surat. Dengan harapan kita letak duit dan pulangkan sampul surat tu kat dia orang balik.

Buat tak layan je. Tu pemandangan biasa. Nanti dia orang akan kutip envelope tu sendiri with or without money dalam tu.

Grace ajar kami, kalau naik Jeepney cakap je.

"Bayar Po"

Maksud dia nak bayar. Po tu macam kata kata hormat. Macam senang je kan? Macam kita jugak cakap nak bayar.

So ada sekali malam tu aku naik Jeepney dari Makati Avenue nak pegi ke SM Makati. Dalam tu ada 4 orang je.

Dah naik, dah buat muka local aku ni.

"Bayar Po"

Aku bersuara.

Haram drebar tu buat tak tahu.

"Po. Bayar Po"

Po dah sampai ke depan sebab nak bagi drebar tu dengar. Haram ! Pastu aku perasan orang dalam tu pandang aku.

"Eh korang kenapa tengok aku? I is local okeh"

* mati la tak mengaku

Tapi aku fikir, aku ni salah sebut ke? Macam bunyi orang Indon pun ada. Bayar???? Tapi tak pe. Aku tinggikan sikit suara.

"Bayar Po !!!!"

Hulur duit dari tadi ni. Then baru la drebar tu perasan dan capai duit. Aku kasik ngam ngam 8 Peso.

Rupa rupanya...........................

Bukan BAYAR PO tapi BAYAD PO !!!!

Patut la orang orang dalam tu pandang aku semacam. 

Patut la drebar tu buat tak layan.

Misi menjadi local adalah gagal. Big time !

Ingat, sebut betul betul.

"Bayad, Po !!"


Then kalau dapat balance, jangan lupa berterima kasih.

"Salamat, Po !!"

bersambung............

8 comments :

  1. bang meng kalo nk kiss nk ckp ape?

    ReplyDelete
  2. HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHAHAHAHAHA MENITIS AIR MATA KEGELAKKAN AKU!

    BUDUHHHHHHHHHHHHHHHHH! NASIB BAIK BOS AKU TAKDE! BAYAR PO BAYAR PO! BONGOKKKKKKKKK! HAHAHAHAHAHAHAHAHA!

    adeh... *lap air mata* pagi dah buat lawak kat screen laptop aku...terbaek la meng. ko mmg dilahirkan cacat begini ke??!!! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  3. Ya allah lucunya!!

    datang sini mencari rujukan utk dibuat bekal untuk trip ke Manila nanti..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...