Sunday, October 28, 2012

XII : Dejavu Di Sydney - Coastal Walk - Part 2

Dah abis buat stretching belum?

Dah ready???

Ayuh !

Ini view view terakhir yang nampak Bondi Beach sebelum memulakan Coastal Walk.

Indah jugak la


Nampak hujung sana tu tempat bermula? Dan yang memutih tu adalah Bondi Beach yang popular.

So bila nampak lagi sign ni, maksudnya. Yes ! Mari kita memulakan acara.


Cuaca OK. Tak panas sangat. Tak sejuk sangat. Matahari ada tapi sebab berangin jadi tak de la hangat mana. Boleh la melangkah dengan riang. Moga moga sampai di penghujung jalan.

Sebenarnya, kalau nak di kira Coastal Walk ni, berjalan dari Bondi Beach ke Coogee Beach. Kalau ikut peta nya macam ni.


Kalau nak di ikutkan, perjalanan Coastal Walk ni bermula dari point no 6. Tapi aku nak start dari no 1 dekat tempat cliff tadi tu. So sepanjang jalan dari point no 1 ke no 6 lebih kurang 2 km.

Tapi sebab banyak sangat mencuci mata. Jadi lama. Tak kisah la. Yang penting mata dah bersih sikit.

Sedikit mengenai Bondi to Coogee Coastal Walk.

Its combination of beaches, parks and spectacular views make the Walk unique. Begun as a state project during the 1930s, it now extends from Ben Buckler Point to the southern end of Waverley Cemetery (and on to Coogee; for information call Randwick Council). It includes Bondi, Tamarama and Bronte Beaches and a medium gradient cliff-top path from Bondi to Tamarama , with occasional seating and several staircases. The beachside parks offer picnic shelters, coin-operated barbecues, play areas, kiosks, toilets and change-rooms.  

Jarak kalau dari South Bondi lebih kurang 6KM. Standard masa adalah 1 jam setengah. Kalau dari Point No 1 kat North Bondi tambah lagi 2 KM. Masa depends la kalau cuci mata lama sangat, duduk la sini sampai malam !

Kiranya perjalanan bermula sebaik saja lepas pada Bondi Iceberg tu. Menapak la dengan rasa tak malu, semangat berkobar kobar. Lupakan peluh yang mula memercik ke dahi dan pipi. Sediakan mineral water sebotol mana tau dahaga di perjalanan nanti.

Untuk mengelakkan kebosanan. Sumbat telinga dengan earphone dan layan MP3. Kuliah Ustaz Don pun boleh. Mana tau dapat keinsafan di tempat ni.


Dari Point no 6 - South Bondi, kita akan berjalan menuju ke no 7 - Tamarama Beach.

Sambil sambil tu layan gambar.

Nampak pathway tu? Nampak juga macam ramai orangkan?

The walk starts at Bondi Icebergs just above the Bondi baths at south Bondi. You can either walk along the path or via Marks park to enjoy the views. To get to Marks park you have to climb some very steep steps but the view is worth it. Keep an eye out for the Aboriginal rock carvings at Marks Park. On the way to Tamarama Beach you will pass MacKenzie’s (Point) Beach. It is one of the smallest beaches in the state, only accessible at low tide. Backed by rocks and fronted by a rocky surf MacKenzie’s is used by surfers, fishers and sunbathers, swimming is dangerous. Every year the coastal walk is transformed into a seaside art gallery as the works of sculpture are spread across the cliff from Bondi Beach to Tamarama Beach . Over 100 sculptures are exhibited in the background of sea and the coastal landscape along the coast.

Sampai di hujung teluk ni. Bondi Beach tadi dah tak kelihatan mana, jadi sampai di kawasan berbatuan.

Ada banyak lah bongkah batu batu besar tepi tepi tu. Tapi laluan tetap tersedia. Just kena berhati hati sikit.

Point No 1 dah hampir tak kelihatan

Abroginal Rock yang ada

Batu batuan di tebingan


Nanti kena naik bukit sikit. Jalan kat sini ada sedikit confusing. Sebab laluan ada so aku ingat macam boleh terus je. Rupa rupanya kalau terus jalan mati. 

Ada la nampak orang duduk bertenet kat situ. Nak tak nak terpaksa patah balik. Ada anak tangga menuju ke puncak bukit. Kat situ nanti ada kawasan pelantar dan boleh tengok kawasan sekitar.


Tak lepak lama lama di sini, terukan perjalanan ke point ke 7 yang masih jauh.

Berjalan lah dengan hati hati. Tengok kanan kiri. Follow je orang lain. Sebab masih ada orang di depan dan di belakang.

Aku berjalan pace aku je lah. Tak de la laju mana. Aku fikir masih ada masa lagipun tempat ni macam best untuk duduk lepak lepak so agak rugi kalau tak menikmatinya.

Ikut je pathway yang ada

Tiap kali lalu kat lereng bukit bukit ni, pastu bila belok je aku rasa macam...

"Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Terpegun. Memang lawa lah kawasan ni. Aku rasa makin excited nak berjalan lagi.


Kat sini ada detour sikit sebab ada kerja kerja recontruction. Kena naik tangga, kalau tak ikut laluan bawah je

Tak tau rumah sapa, tapi kalau dapat rumah view macam ni, penuh la puntung rokok kat laut tu sebab jadi port aku hisap rokok

Then tak lama lepas tu akan nampak la Tamarama Beach.

sila bawak teropong jika mahu

Tamarama Beach ni kecik je sebenarnya. Ni je la kawasan dia. Dan tak ramai orang macam kat Bondi tadi. Aku rasa ni mostly popular for local je la sebab kalau orang lain macam tak tau sangat tempat ni.

Ada bus stop, tapi bus tu tak pegi ke Circular Quay. Dia pegi tempat lain.

Usha je la kawasan ni. Ada port boleh berehat tapi aku tak duduk pun, jalan je terus.

Ombak agak ganas Pacific Ocean.


Pantai dia agak ke dalam, so kalau berjalan memang kena buat separuh pusingan. Kalau nak cepat, maybe boleh cross turun bawah ikut pasir tu je.

Layan je la gambar gambar ni. Aku penat tau tak? Berjalan lagi, nak bercerita lagi ni !!

Hahahahaha.

Orang orangan beraktiviti

2 sided of Tamarama Beach

Terus melangkah

Dah abis pusing satu Tamarama Beach

Lepas pada Tamarama Beach, perjalanan akan di teruskan menuju ke Bronte Beach.

Agak kepenatan sebab kawasan naik bukit. Tapi belah kanan tu boleh nampak banyak rumah rumah mewah mengadap laut. Ada jugak orang berjogging. Masih ramai orang so tak de masalah.

Jalan je ikut kaki dan suka hati.


Hujung sana arah Tamarama Beach tadi

Ikut je pathway yang ada

Sambil feeling feeling di buai angin laut

Boleh berhenti rehat kalau mahu

Dan akhirnya sampai la ke Bronte Beach.


Pantai dia lebih lebar dan berbentuk seakan mangkuk.

Dekat Bronte Beach ni ramai orang berkelah. Ada banyak jugak cafe dan tempat jualan. Boleh la berhenti nak minum ke apa. Since aku ada air bekalan sendiri.

Jom minum dulu sambil lepak lepak kat sini.



Kau orang jalan dulu. Tunggu aku kat kubur. Ya, kubur !!!

Aku rehat kejap.

"Mintak nyawa....."

* urut urut kaki

bersambung............

6 comments :

  1. xpnat jln ke abg meng? insya allah sampai sini 1 hari nti.. bleh stim-stim cuti mata... hahaha..
    *lari sambil bukak seluar

    ReplyDelete
  2. eh kita yang berendurance tinggi ni mana ada erti penat..

    kita mesti kuat dan berdaya saing !

    * rebah tepi kaki lembu korban sambil ukur size lobang hidung yang dah sama besor

    ReplyDelete
  3. **&$#%&$$# cantik beach tu! arghhhhh! kalo camni, terpaksa jual hartanah kat gold coast dan beli kat beach ni. tapi terpaksa letak tong buang puntung rokok besar tong gas utk elakkan pencemaran laut. hahahaha!

    gagah betul ko meng jalan sejauh ini! len kali, jom kita lumba jalan kaki tonggek2 tu ye. tgk sapa menang.

    ReplyDelete
  4. usaha pasti jaya

    * walaupun hidung dah jadi serombong kapal.

    cepat la aku nak tengok gambar walson bay ni !!!

    ReplyDelete
  5. Meng, tq so much bagitau pasal coastal walk ni. Semalam pergi dgn family. Kaki sakit but view really WOWWWW amazing!

    ReplyDelete
  6. sama sama Shafiqa...

    moga cepat sembuh sakit kaki tu. hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...