Monday, October 8, 2012

Amazing Thailand : Bangkok 1 - Halal Food

Akhirnya, selepas lebih kurang 2 jam aku sampai di Bangkok.

Nak masuk Bangkok tu jem punya la teruk. Biasa lah. Tapi drebar van ni OK jugak la, dia tau jalan short cut. Pusing sana, masuk sini, ikut celah mana mana ntah, akhirnya aku yakin.

Sampai !

"Ke tepi ! Ke tepi ! Beri laluan..............."

* mati la gila

Ini van yang bawak aku dari Pattaya ke Bangkok

Sepanjang perjalanan dalam van tu aku lepak je.

Cuba cuba nak lelapkan mata tapi gagal. Aku ni biasa lah, bukan boleh tidur sangat kalau dalam trip. So melayan perasaan je la sambil dengar iPod.

Kalau ikutkan nak dengar lagu dalam van tu, naik muntah lak jadinya nanti sebab lagu Siam aku haram tak faham. Dalam van tu penuh jugak la. Semuanya local. Aku sorang je la kot yang kiranya pelancong Asing.

* berdehem dengan kahak melekat di kerongkong

Sesampai di Bangkok, akhirnya kami di berhentikan di kawasan Victory Monument.

Ini la monument nya

Cuaca tak bagus sangat. Mendung semacam je.

Victory Monument ni kiranya satu bulatan besar tempat semua van van yang datang dari luar Bangkok ni berhenti.

Tempat ini merupakan statue yang menggambarkan 5 sayap ketenteraan Thailand termasuk army, navy dan lain lain lah.

Tak de apa yang menarik di sini cuma hiruk pikuk kereta je banyak. Tapi dekat sini jugak ada station BTS (Bangkok Transit System) Victory Monument.

Dan tak jauh dari situ ada tempat jual jualan.

Turun dari van aku keluar hisap rokok jap sambil fikir, mana aku nak pegi. Banyak sangat sign larangan merokok sampai aku tak tau kat mana nak hisap rokok. Last sekali, hisap celah celah pokok. Janji berasap.

Aku tak de map, tak figure out lagi mana aku nak berjalan. Plan aku cuma nak cari hotel yang aku dah book dulu. Rest dulu then baru aku fikir mana aku nak pegi.

Agenda di Bangkok pun tak ada. Tak sempat nak study pun lagi. 

Apa apa pun, layan dulu kawasan sekitar Victory Monument ini.

Station BTS

Ada jual jualan juga

T Shirt A&F. Nak je aku borong semua nya

Aku pusing pusing kejap tengok tempat jualan tu.

Macam tak de apa yang menarik. Orang pun boleh tahan ramai. Then aku naik ke BTS. Nak ambik train ke station di mana hotel penginapan aku terletak.



Masa nak beli tiket BTS ni aku terkial kial kat mesin tu.

Tak reti.

Orang dah ramai beratur kat belakang,. Korek korek duit syiling tak cukup pulak. Dengan muka tak malu nya, aku tukar duit kertas dengan minah kat belakang.

Nasib baik dia OK. Dia yang tolong belikan aku tiket dan cukupkan seposen yang tak cukup tu. Hahahaha.

Gambaran dari atas station

Dari Victory Station, dengan tiket berharga THB20/RM2 ke station Ratchathewi. 

Tak jauh. 2 station je.

Turun tu melilau kejap. Aku cuma ada address hotel je. Dia kata, lokasi lebih kurang 100 meter je dari station BTS ni, so should be around that area. So aku turun ke bawah, tengok keliling. Ikut kata hati melangkah.


Tup tup, nampak sign ni.

Ya.. Dah sampai.


Aku tak tau cemana aku boleh pilih hotel ni. Aku book pun masa kat Pattaya je kelmarin. Harga bilik dalam RM100 jugak la. 

Sampai je di sambut dengan muka masam receptionist. Macam hampeh jer. Cakap pun macam nak tak nak je. Kalau ikut kan hati aku, aku nak blah je. Tapi memandangkan cuaca mendung mendung panas, aku pulak tak de tempat nak di tuju, so tabahkan hati je lah.

Lokasi hotel ni memang bagus. Tak jauh dari station BTS. 

Jom tengok bilik nya.

Reception

Bilik agak trendy tapi tak de tingkap

So dalam bilik tak boleh hisap rokok. Kena hisap kat luar. Aku bantai hisap kat koridor ni

Sampai sampai bilik, lepak jap.

Pastu aku tido !!!

Mengantuk dan keletihan. Cuaca lagi la pulak tak best. Mendung tapi bahang panas dan kering. Nak keluar pun malas. Aku tidur lebih kurang 2 jam jugak la kot. 

Bangun bangun baru la datang keinsafan. 

"Dah sampai Bangkok ni apa kes nak bersenang lenang? Angkat bontot yang lebar tu dan pegi merayau???"

Macam tu la ada seruan di telinga memaksa aku bangun. Lepas mandi, solat apa semua then aku keluar.

Aku ada 24 jam dari time aku sampai hingga aku pegi ke airport esok untuk balik ke KL.

Memang tak de agenda, tapi aku ada something yang aku rasa aku akan follow. Sebelum tu, lepas siap siap aku rasa macam lapar. So aku keluar pegi mencari sesuap nasi.

Keluar dari hotel aku merayap ikut kaki. Tengok macam belah belah sana ada kedai kedai makan. Tapi aku akan pastikan aku tak akan jalan jauh dari BTS ni sebab apa apa nanti aku nak bergerak senang.

So aku merayau melalui lorong lorong dan kawasan kawasan bangunan lama.



Jumpa sign dacing BN dengan PAS.. Hahaha pasti aman tenteram hidup tak bergaduh kalau macam ni jadi nya.

Ada dalam 100 meter jugak la aku bergerak, pergi ke jalan lebih besar then aku nampak ada orang pakai tudung. So aku fikir mesti ada tempat orang Islam. Tak pun payah kang aku tanya je dia orang. Mesti dia orang tahu mana tempat makan.

Tapi awek awek bertudung tu aku nampak belah the other side of the road.

So aku lintas jalan dulu. Kena ikut jejantas sebab jalan yang sibuk. Then turun tu aku menapak. Ingat nak kejar la awek awek tu, tetiba aku nampak warung ada gambar bulan dan bintang.

Terberhenti sekejap.


Pastu aku tengok dalam kedai ada pompuan pakai tudung.

Sah !

Nada nada kegembiraan muncul di wajah.

Aku masuk dan tanya.

"Is this muslim restaurant?"

Mamat tu muka blur.

"Halal?"

Haram dia tak faham.

Last sekali aku pegi tanya kakak yang pakai tudung tu. Dia jawab halal. Dia pulak macam waitress keje situ, suruh aku duduk, pastu bagi menu kat aku dan jadi translator untuk order makanan.

Aku tengok menu dia apa benda ntah aku tak tau. Aku main tunjuk je. Janji ada chicken dan nasi.

Kakak tu merenung tajam

Nasi, telur goreng dan ayam goreng bawang putih = THB50/RM5

Lepas kenyang makan tu aku pun menapak balik semula. Aku nak pegi ke station BTS tadi la sebab aku nak memulakan perjalanan aku dari situ.

Ke mana arah tuju? Hahaha. 

Aku cuma ada satu helai kertas di tangan yang aku dah print. Tu je la panduan aku untuk hari ni di Bangkok.

Sebelum tu, berjalan menapak ke station BTS tu aku jumpa banyak lagi kedai halal kat situ. Tempat aku nampak awek awek bertudung tu tadi.


gadis gadis

Rupa rupanya ada masjid 

Tu la kot masjid nya

Ada restoran nama bunga tanjOng

Mariah Carey pun bukak kedai kat sini

Farida

Oh. Banyak kedai rupanya.

Jadi aku tak risau takut kelaparan nasik. Anytime aku boleh datang sini sebab dekat je dengan tempat aku duduk.

Good good.

Sekarang ni cemana? Perut dah kenyang. Kena teruskan perjalanan...............

Mana nak mula dulu?

"Burp............."

* sendawa bau bawang putih.

So nak cari makanan halal di Bangkok senang je. Naik BTS.. turun N1- Ratchathewi. Turun dari BTS tu belah kanan, ada jalan simpang empat, belok kiri sikit dan cross jalan. ( atau cross kat simpang empat tu then belok kiri kat row kedai kedai tu... )

Tada................

bersambung................

10 comments :

  1. teringat lak aku penah jalan kaki kat area kedai makan mariah carey tu. agak femes...

    ReplyDelete
  2. mak tak penah sampai bangkok lagi nok...mak terpaksa percaya je apa yg nok citekan...

    sila sambung...mak nak try lukis dinding bilak mak dgn daun pisang tu, cantik plak bilik hotel tu ye?

    ReplyDelete
  3. oi mak nyah... kau nak lukis dinding bilak air tu bila???

    hahhahahaha..

    hotel tu ok tapi pekerja dia mcm hanjing...

    "kong. kong. kong"

    * macam anjing kat indon ko tu. hahhaa

    ReplyDelete
  4. Tengah makang kat kedai kak yah ganung. Sedak ni abe meng. Kong kong kong. Muahahahah ade anjing kat biqque nye blog kat sini hehehe.

    ReplyDelete
  5. eh eh, anjing kong kong kong tu sampai bangkok ko haaaaaaa! naik e-esia lagiiiii hahaha!

    bilak tu tgk lak bilak aku nak buak.

    ReplyDelete
  6. Meng, salam aidilfitri.
    Mana post chiang mai meng? Belum pernah pergi ya?
    Nnt nak pergi trip sana...ingat nak dpt idea tgk blog ko ni...rupa-rupanya belum pernah pergi ya?

    ReplyDelete
  7. FJ : kak yah ganu kat mana tu? bukan keropok kak yah di losong tu ka??


    Biq : tunggu baby besar kang buleh la gi bangkok na...


    Nik H : belum pegi lagi chiang mai.. cuba check blog Agip. dia ada pegi hari tu rasanya..

    salam aidilfitri. terima kasih

    ReplyDelete
  8. Meng,
    Blog agip tu apa link dia?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...