Last day di Bangkok.
Usha lagi di kawasan yang ada.
Hah. Tengok ni.
Bangun pagi aku meraba raba dalam kesamaran. Ops... Teraba tetek sapa sebelah ni????? Hahahaha.
Fikir !
Sebenarnya aku teringin nak pegi ke Floating Market. Ya. Apa la guna datang ke Bangkok kalau tak dapat menengok sendiri, Floating Market yang di gembar gemburkan tu?
Tapi. Kalau nak join tour mesti mahal. Pulak tu, aku ni tak de la book dengan mana mana tour company. Nak tanya kat hotel tu macam tak tertanya sebab receptionist muka masam mencuka.
"Kong. Kong. Kong"
* bunyi anjing
"Kong. Kong. Kong"
* bunyi anjing
Nasib baik ada internet dalam bilik, so aku check, Floating Market di Bangkok ni ada banyak. Antaranya Taling Chan Market, Bang Ku Wiang Market, Tha Kha, dan Damnoen Saduak.
Tapi tak semuanya di buka hari hari. Ada yang cuma open hari bekerja. Ada yang open hari minggu tertentu dan sebagainya. Dan jarak dari Bangkok semua makan masa. So kena plan betul betul.
Aku di Bangkok hari ahad. Dan petang tu aku akan balik ke KL.
Kalau nak pegi yang jauh jauh dan lebih popular macam Damnoen Saduak yang menjadi lokasi filem James Bond tu, kang aku takut tak sempat nak patah balik.
So, sebagai pendekatan terbaik, aku cari yang dekat dan agak agak boleh la aku pegi sekadar nak jenguk, melepaskan kentut sepam dua then balik. Nak tengok la jugak apa ada di sana sebenarnya.
Pilihan aku, Taling Chan Floating Market.
* palu kompang 13 kali.
* palu kompang 13 kali.
Sama macam Floating Market yang lain lain, banyak tour company yang buat trip ke sana. Tapi memandangkan aku agak ketandusan masa so malas nak join tour company. Lagipun harga mesti mahal kalau ikut trip macam tu.
Jadi, aku study peta dan cara cara hendak ke sana.
Kalau korang pegi Bangkok, dan nak cuba. Boleh cuba cara ni.
Barang di ingat, Taling Chan Market ni cuma buka hari weekend sahaja. Dari pagi sampai ke petang. Untuk sampai ke sini, kena naik bas nombor 79 atau 83 dari depan Central World, Bangkok.
So dari hotel, aku menapak ke Ratchathewi ambik BTS dan turun di Siam Paragon. Tambang THB20/RM2.
Keluar dari BTS Siam, kena menapak menuju ke Central World. Ada signboard so ikut je laluan dia melalui laluan khas.
Awas, sepanjang jalan walaupun masih pagi, ada ramai peminta sedekah.
Ada sekali tu, laluan tu macam lorong lorong, so berkeluk keluk. Tengah aku berjalan tu pusing je aku terkejut. Ada sorang peminta sedekah ni muka buruk gila. Buruk as kulit muka dia macam mengelebeh gelebeh berjuntai juntai. Tak tau la kena asid ke apa. Tapi terkejut dowh. Tetiba je.
Nasib la aku tak melompat kat situ terkejut lalu peluk tiang ke apa.
Bila nampak bangunan ni maka dah nak sampai.
Ada la dalam 5 minit perjalanan dari BTS Siam tadi.
Dan akhirnya akan nampak mall Central World ni. Kalau nak di ikutkan letaknya sebelah dengan Siam Paragon tu je tapi entrance dia mengadap ke jalan lain.
Tengok kiri kanan, macam ni la keadaan tempat tu.
Tempat tu memang busy skit pagi pagi banyak bas, dan kenderaan lalu lalang.
Jangan pening pening. Tarik nafas dan tahan kentut. Takut ada orang di belakang.
Lepas tu tengok je tempat bas stop.
Hah. Dah tu tak reti reti nak tunggu bas kat sini? Tengok la bas bernombor 79 atau 83.
Masa aku hari tu tak tunggu lama. Sedang elok je then nampak bas datang. Konduktor bas tu makcik la pun akan menjerit jerit.
"Floating Market. Floating Market"
Macam tu.
Maka. Naik dan ambik port lalu pose pose cantik dalam bas !
Kalau korang tak cantik pun tak pe.
Pose je biar nampak cantik. Sikit pun jadi lah.
Tambang? THB17/RM1.70.
Murah.
Jarak perjalanan, macam hari tu aku naik top la 45 minit. So consider doable lagi la walaupun kita nak kejar masa. Hari ahad supposedly jalan tak berapa jem sebab orang duduk rumah je berehat. Tapi hari tu ada construction tu yang tersangkut sikit.
Tapi...
Wait !!!!!!!!!!!!!!
* sapu bedak sejuk kat muka nak bagi lebih cantik
* sapu bedak sejuk kat muka nak bagi lebih cantik
Actually bas ni akan melalui jalan ikut tepi Station Ratchathewi tempat aku naik train tadi. Ada bus stop betul betul opposite jalan depan Restoran Halal yang banyak banyak yang aku singgah semalam tu. So kalau hotel kat situ, boleh je pose pose tunggu kat situ. Tak de la kena pose pose cantik dari awal di Central World lagi, sini pun boleh.
Tak payah susah payah ke Central World la senang cerita. Tapi masalahnya nak pose cantik kat situ..
Cantik kah???
Sila jawab sendiri. Hahahaha
Cantik kah???
Sila jawab sendiri. Hahahaha
So ada pengharapan baru. Aku fikir, nanti balik aku turun kat area ni je, tak payah aku menapak dari Central World dah. Boleh aku singgah makan tengahari.
BTW. Aku dan pesan kat hotel tu, sebab aku tak sure boleh balik dan sampai pukul berapa, aku dah kemas beg, kalau aku balik lepas pukul 12 dia boleh clearkan beg aku dan simpan kat lobby sebab aku mintak extend bilik dia kata penuh.
Maka nya.
Perjalanan dari Bangkok ke Taling Chan Floating Market ni akan lalu jalan jalan besar. Akan pass kedai kedai halal tu, pastu tempat aku turun bot semalam dan melintas Menam Chao Praya tu sendiri.
Dalam bas pun penuh dengan local yang pegi balik pasar mungkin dan ada la jugak dua tiga kerat pelancong asing termasuk aku !
Lepas 45 minit duduk dalam bas tu maka sampai la di kawasan Taling Chan Floating Market.
Cemana nak tau dah sampai? Bila orang dah kurang !
Tapi konduktor bas tu akan bagitau kalau kita nak pegi ke sini.
"Floating Market !"
"Here?"
"Yes. You go and walk there"
Dia tunjuk. So aku pasti la kot. So turun. Ramai jugak la yang turun. Mostly pelancong asing.
"How can I go back to the city?"
"You wait here"
"The other side?"
"Yes"
"OK"
Senang.
Turun dari bas aku tak terus menapak ke sana. Ada macam tasik dan taman tepi tu, so aku ke sana dulu. Ada banyak bunga bunga menyambut aku datang.
Oh teratai bunga indah
Lagi
Ada jalan keretapi sommore
Dan bunga bunga liar
Lepas tu berjalan lah ke arah orang ramai. Nampak la orang berduyooooon tiba.
Tepi tepi jalan tu ada gerai gerai jualan juga. Usha je kiri kanan. Memang banyak jualan. Tapi barang di ingat, di kawasan Taling Chan Floating Market ni cuma jual sayur, makanan dan hasil tani je. Tak de yang jenis jual beg LV ke apa benda segala tu.
Tak de yang jual barang barang keperluan lain. Tu kena cari kat Floating Market lain. Lain Floating Market lain barang jualan mereka.
Ini la laluan ke arah sana. Ada pejabat kerajaan kat area tu. Sumpah tak sesat punya lah.
Dan di tepi tepi jalan ni ada orang menjual....
Bunga bungaan
Makan makanan
Kuih muih
Dan nanti hujung jalan tu akan nampak sign ni.
So kira dah sampai lah.
Dah sampai tu apa lagi, usha la apa yang patut.
"Muak dah keje, aku asyik bakar udang je"
"Mana pulak hp aku, tadik aku sorok celah ni"
"Tak de orang nak beli, jom la kita makan sendiri"
Banyak jugak la sampan sampan ni menjual.
Konsep nya. Orang menjual duduk dalam sampan, dan sapa nak beli makanan dia orang dah boleh makan di bawah bangsal yang di sediakan.
Ini bangsal nya.
Aku nampak ada jugak perempuan pakai tudung makan kat sini. Tapi local la. Tak tau la dia orang makan apa dan aku pun tak de la terasa nak try ke apa.
Jalan jalan dan usha usha keliling sahaja.
Masa aku merayau ni ada la satu bot tu penuh dengan penumpang. Dia orang nak bergerak ke somewhere. Aku tanya minah kat situ dia kata nak pegi ke floating market yang lain.
"How far?"
"Far"
"How long?"
"3 hours"
Cipet !
Kalau aku ikut sah sah aku tak balik karang.
Pastu ada je 2 ekor amoi Jepun dok jerit jerit.
"Come ! Join us"
"I'd love to but I cant"
Dia beriya iya sebab sebelum tu dia mintak aku tolong ambik gambar dia orang berdua.
Aku tak tau la dia orang pegi mana actually nya.
Ini bot yang membawa mereka
Hah. Tengok ni.
Ada terasa nak makan?
Ikan ikan tu boleh sauk sesuka hati dan mereka boleh masakkan untuk sesiapa yang berminat.
Adeh. Tengok air sungai pun macam tak lalu je. Ini pulak nak makan ikan ikan dalam tu.
Tak lama lepas tu aku pun blah. Jalan keluar dan pegi tunggu bas balik semula kat tempat tadi.
In all, tak sampai pun sejam kat situ so aku save banyak masa. Tak perlu terkejar kejar balik ke hotel. Rasanya masih sempat ambik barang dan check out elok elok nanti.
Layan gambar je lah.
Tak lama menunggu bas. Dalam sebatang rokok lepas tu nampak bas sampai.
Aku terus naik. Tambang kadar yang sama. So duduk diam diam dan bas akan bawa pulang ke Bangkok semula. Jangan lupa pose pose cantik. Lebih hebat kalau dapat pose jelita dalam bas menuju pulang.
Dalam bas
Masa balik ni lagi cepat. Tak sampai setengah jam dah sampai dekat area kedai kedai halal tu. So aku fikir baik aku makan tengahari dulu.
Aku tekan loceng dan berhenti di situ lalu menuju ke salah satu kedai yang aku dah nampak semalam.
Aku pilih kedai Farida sebab nampak dia ada nasik campur.
"Rice please"
Pastu makcik tu cedokkan nasik.
"What is this, Chicken?"
Aku tanya dia.
"Boleh cakap Melayu? Ini ayam tumis"
Alamak ! Terkantoi ! Makcik ni pandai cakap Melayu rupanya. Tapi telo dia bunyi Kelantan sikit. Malu sendiri aku. Haks.
Pastu dia sebut lauk satu persatu untuk aku. Aku mengiyakan je la mana yang aku nak makan. Dapat nasik. Lepak makan sampai kenyang. OK jugak la lauk dia tapi pedas gila !
Gila pedas ! Tu ada hati aku mengeji dia sebab bagi aku kuah sikit. Nak kata dia kedekut la konon, rupanya memang pedas. Kang berak cair lak aku jadi nya.
Kos makanan dengan air = THB120/RM12. Mahal gak la kot
Ada sesuatu berlaku di kedai ni.
Masa aku tengah makan, ada mamat ni kat depan kedai. Dia kelip kelip pandang aku. Dia tak bercakap aku pun tengok je lah.
Sebab nak kata tak sihat macam sihat. Tapi macam tak sihat. So aku buat bodo. Rupanya dia nak nasik !
Makcik kedai ni baik la, suruh anak dia pegi bungkus kan nasik dan bagi kat mamat ni. Berkali kali mamat ni cakap terima kasih. Tak tau la mungkin dia dah biasa kot, tapi aku rasa makcik kedai ni baik gak la. Semoga murah rezeki makcik ni.
So sesiapa ke Bangkok, pegi makan kedai makcik Farida ni. Moga rezeki dia bertambah. Amin.
* intai kedai Mak Yah sebelah, Mariah Carey tengah karaoke lagu Siam.
* intai kedai Mak Yah sebelah, Mariah Carey tengah karaoke lagu Siam.
bersambung.........
tak beli apa apa pun kat Pasar Terapung tu ???
ReplyDeletexde PB.. tak de yang menarik.. usha garing je.. tak lalu nak makan benda benda kat situ..
ReplyDeletekong! kong! kong! *halau hanjing*
ReplyDeleteberkeluk2 tu hape weh? hahaha!
muka buruk? kahkahkah! kalo aku, sumpah lari dah kot, dah la ko sorang2! seb beik machooooo...
owh senang la ada makcik jerit2 suh naik bas, takde la sesat. penat pose cantik2 bas rupanya lalu kat station eh? hahaha!
satu sampan tu brapa org? sbb aku tgk makanan dia sampai hujung sampan, camne dia nak amik? mau jatuh segala peluh dan bulu ketiak dia nokkkk...hahaha!
diorang atas sampan tu akan mendayung ke sana ke mari kah? atau benti static kat situ?
eiii ikan2 tu sedapppp gemuk2 makan taik orang thai hahaha!
ingatkan ko nak cakap, sesiapa ke bangkok, pegi la mintak nasik kat makcik tu free hahaha!
woish soalan mariah carey boleh buat entry.
ReplyDelete1. berkeluk keluk adalah zig zaq. Contoh ayat : Fida Jaacob lari secara berkeluk keluk apabila di kejar oleh anjing.
Kong. Kong. Kong ( sountrack anjing)
2. muka org tu buruk.. gila tak leh nak lukis dengan crayon. nanti bertambah buruk.
3. memang. bas tu lalu kat depan kedai mak yah tu jer. so tak payah pose pose cantik lama lama sangat.
4. sampan tu ada sorang, ada 2. tengok la...
5. dia org atas sampan adalah pose pose cantik... sampan tu x bergerak mana. kalau bergerak pun kejap kejap je. aku bet rumah dia org kat situ, dan dia org datang mendayung dari rumah. kalau rasa nak kencing ke berak, dayung lagi balik ke rumah dengan tong tong gas.
6. air tu kotor. aku pun suspect air tu penuh dengan sisa kumbuhan org siam.
7. boleh je nak mintak nasik free dgn makcik farida. tapi kena pakai kain pelikat dan buat buka blur depan kedai.
* baru nak berlakon, tiba tiba hp bunyi, tengok tengok, pakai iphone 5.
* makcik farida pengsan depan kedai
Abg meng!
ReplyDeleteTerbatuk2 iols... kong kong kong!
*bunyi batuk
Hahahaha... salah eja nama neh.. JACOB! bukan jaacob okeh. gituh...
Iols dari dulu nak pergi bangkok tapi mak iols tak bg dia kata nnt iols kena tembak sbb kot2 muka mcm org tahanan yg dia cari... benci giler!
Kang kalau pergi jugak, jadi anak derhaka... huwaaa...
terpaksa duduk kat rumah sajork bace abg meng nye journey...
what to do...
anjing tu kejar fida lain la..
ReplyDeletefida jaacob tu shemale..
hahahaha
HAHAHAHAHAHAH...
ReplyDeleteSHE MALEEEE??????
hesheolss rupanyaaa!!!
pengsan.