Tara......................... !
Nak gamble? Atau nak buang? Bawak 2 kotak setengah je? Ngam ngam 50 batang?
Rokok aku................. Huk huk huk
Pasrah.
Muncul akhirnya dengan entry basi zaman dinosaur. Al maklum la aku ni kan busy mengalahkan artis antarabangsa, jadi banyak undangan perlu di hadiri. Senang cerita, busy lah !
Tapi sebelum entry ni berulat, berkulapuk dan teritip mula membiak secara harOm, baik la aku abiskan benda yang terpinggir ni.
Jangan marah aku sebab kelewatan ini. Kan aku dah cakap aku ni busy mengalahkan artis antarabangsa.
Soalan !
Kenapa Sydney??
Jawapan !
Tak tahu.....................
Ada lah di satu hari yang indah lagi nyaman bernyaman tu, aku duduk depan lappy tak tau nak buat apa sambil menetes air liur tengok promosi Air Asia pasal flight ke Sydney. So aku pun nak la mencuba nasib. Tup tup, godek godek aku kena rasuk kejap lalu lupa diri, sedar sedar.
Confirm !
'Itinerary will be sent to your email shortly'
Macam tu la lebih kurang. Ke cemana? Ntah aku lupa.
Tapi macam merapu la kalau aku cakap aku tak sedar. Aku yang bayar so aku sedar sebenarnya cuma tak de plan pun asalnya nak pegi Sydney ni. Nak try try je memula last sekali dapat la tiket harga RM500 lebih. Campur luggage dengan makan makan adalah dekat RM600 lebih.
Tapi macam merapu la kalau aku cakap aku tak sedar. Aku yang bayar so aku sedar sebenarnya cuma tak de plan pun asalnya nak pegi Sydney ni. Nak try try je memula last sekali dapat la tiket harga RM500 lebih. Campur luggage dengan makan makan adalah dekat RM600 lebih.
Aku cakap dengan GBS, then BW mencuba nasib. Tapi dia tak dapat dah harga tu. Padahal split second je lepas aku book. Dia dapat RM900 !
Dah mahal malas la ajak. Save la trip GBS ke tempat lain. Lagipun aku nak pegi membawa diri ke Sydney nak tengok sekali lagi selepas cubaan pertama ke sana berjaya satu ketika dulu.
Tapi dulu pegi atas urusan kerja jadi tak syok sangat. Boleh la berjalan tapi orang kata, man - man lah.
Man mana satu pun tak tau.
So hari berganti hari, maka trip ni pun sampai la giliran dia. Dan macam biasa aku contemplating nak pegi ke tak pegi. Lagi lagi check hotel mahal nak mampus so aku fikir macam nak let go je lah.
* assume aku kacak bergaya dan banyak harta dan bazirkan tiket
2 hari sebelum flight time aku fikir macam nak pegi pulak. Sebab nya urusan keje macam tak de busy sangat. So trip ni memaksa aku ambik cuti 2 hari sebenarnya, Jumaat dan Isnin. So aku kautim dulu dengan Kuman then dia kata OK lah. Plus IG pun tak de masa tu pegi Langkawi, aku pun Sheeda la terus.
Angkat kaki !
2 hari nak prepare. 2 hari nak buat itu ini. Nasib baik la aku punya ETA ke Australia hidup lagi. Belum sampai setahun rupanya aku ke Perth. Benda alah tu valid setahun. So tak payah bayar AUD25. Masalah paling meruncing adalah hotel. Bapak la mahal. Nak suruh aku tidur tepi jalan ke apa?
Aku check Malaysian Hall kot la dapat kalu mencuba nasib. Aku email dia orang haram tak de balasan. Tak nak melayan peminat ler tu. Mentang mentang la aku tak kaya.
Tapi tak pe. Orang kata, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Tak kira lah jalan raya ke jalan apa pun.
Aku jumpa satu hostel di tengah tengah kota Sydney. Aku memang tak nak duduk jauh jauh pun. Masalahnya review hostel tu hampeh gila. Dan aku pun satu hal gak la, sebab sedar diri tak mahu menganggu gugat roomate kalau aku duduk sebilik dengan orang lain dengan dengkuran aku yang maha hebat ni, maka aku memang nak cari single room.
Hostel ni ada pulak tu, terus la aku book. Bayar deposit dan later bayar balance dia. Malas fikir dah !
Malam ni nak bertolak, pagi tu baru la aku kocoh kocoh pegi opis webcheck in, print semua dan baru la bukak wikitravel dan study apa yang patut. Baca sekali lalu, dan print mana yang perlu.
Walla.............
Tapi tak jadi lagi.
Petang tu pegi tukar duit. Balance Oz Dollar masa aku gi Perth hari tu ada lagi dalam AUD200 memang aku simpan, so aku tukar untuk tambah je lah. Budget budget. In case kalau tak cukup, aku memang simpan US Dollar ke hulu ke hilir tak tukar tukar pun lagi. Biar la. Jangan dia mereput sudah.
Oh ya. Sempat aku beli kasut baru di kedai Bata !
Jangan tak percaya, sebab aku macam panas hati dengan kasut kasut yang konon mahal tapi tak berdaya saing bila di bawak berjalan. Ada je masalah. Maka beli kasut Bata mana tau, mampu bertahan dan kalis caci maki kelak.
Tup tap tup tap.
Lepas maghrib dah bersiap siap then OR hantar aku ke LCCT.
Sampai sempat makan dengan OR dan Hero kat Mc D pastu dah lewat. Sebelum tu lambat sebab beratur nak verify document.
Tercungap cungap aku berlari. Nasib la lepas imigration cepat pastu scanning pun tak lama sebab dah malam tak de banyak flite. Pengumuman panggilan terakhir dan kedengaran untuk flight ke Sydney.
Berlari lari la aku nak turun ke bawah lagi nak menuju ke gate T20 hujung sekali dalam bilik berkaca tu.
Tapi tengok ramai orang beratur. Bila aku sampai tu, rupa rupanya ada budak pompuan anak mat salleh mana ntah muntah tengah tengah pintu. Jadi semua orang tak leh nak masuk.
Muntah kaw kaw punya. Masa aku sampai dia tengah muntah lagi. Ramai yang dah lepas masuk, tapi yang sebelum sebelum tu masih ramai kat belakang.
Aku agak agak masih sempat ni.
Aku lari pegi kencing sekejap. Sempat lagi beli rokok !!
* gelak guling guling.
Bila aku pegi balik kat gate tu, ada orang tengah bersihkan kawasan tadi. Ada la laluan sikit so sorang demi sorang lalu masuk ke gate tu menuju ke pesawat.
Aku last sekali masuk.
Dapat seat baru la rasa lega sikit.
Ntah tak tau kenapa, mungkin sebab budak yang muntah tu pun bakal naik flight yang sama agaknya so dia muntah lagi ke apa kat gate sana, flight delayed lebih setengah jam !
Patut pukul 11.40 dah fly, tapi pukul 12.10 masih tak bergerak gerak lagi menuju landasan.
Hati aku serioulsy tak tenang.
Akhirnya pesawat mula bergerak dan take off terus menuju ke Sydney.
Sepanjang perjalanan hati aku tak tenang. Aku just rest je lah. Rasa penat pun ada tapi nak tidur tak terlelap. Nasib baik seat aku duduk sorang je so selesa la sikit.
Bermain main dengan perasaan, akhirnya nampak macam dah nak siang.
Subuh
Aku duduk belah kanan so tak nampak sunrise. Tapi aku rasa sunrise pagi tu memang lawa sebab nampak dari tingkap yang belah sana.
Terkilan gak la tak dapat nak gi usha. Penumpang lain pun masing masing memang terbongkang tidur.
Aku just melayan perasan je lah, sampai la hari pun makin cerah, pengumuman di buat dan pesawat mula berlegar legar di ruang udara Sydney menandakan dah nak sampai.
Dah pagi
Before landing
Coastal view
landing
Aku risau sebenarnya.
Banyak benda yang aku risau. Hostel dah book tapi transport tak confirm. Itinerary ada tapi aku pun tak berapa yakin nak main belasah je ni. Paling aku risau immigration lah. Lepas apa yang aku kena kat Perth dulu tu hopefully tak de la berulang lagi.
Kali ni aku yakin. Barang aku bawak pun tak de apa sangat. Ringan gila. Kalau dia nak check pun aku dah pasti apa yang ada dalam tu dan aku lebih berhati hati kali ni.
Welcome to Sydney
Akhirnya pesawat berjaya mendarat di Kingsfor Smith Airpot dengan selamat. Alhamdulillah. Airport Sydney tak cantik mana tapi runway dia atas air. Cool jugak lah.
Macam biasa aku tunggu semua orang keluar baru aku keluar. Malas nak berkejar kejar. Relaks dulu.
Tapi ada sesuatu yang merisaukan aku.
Dalam borang kastam ada tulis, jumlah rokok yang boleh di bawa ke Australia ni telah di pinda. Kalau dulu 200 batang bersamaan dengan 1 karton (20 kotak) tapi sekarang ni cuma 50 batang !!
Aku dah la beli sekarton kat LCCT tadi. Tak usik pun lagi.
Aduiii.
Cemana nak buat? Nak declare? Nak buang? Kalau kena tahan kena penalti lagi parah. Nak buang sayang. Nak kena beli rokok kat sini, sah sah la mahal.
Lepas Duty Free Shop tu aku duduk kejap kat kerusi fikir.
Do or die?
Ambik la free je
Adoi la.
Buntu aku di buatnya.
Last sekali aku fikir, tak pe lah. Jangan cari pasal. Datang tempat orang jangan mengada ngada. Kang mengundang masalah sapa yang teruk? Aku jugak. Duit boleh cari tapi kang kena tahan la apa lah, masa aku terbuang macam tu saja.
Aku dah la cuma ada 3 hari je kat Sydney ni.
So aku bukak kotak rokok sekarton tu, aku ambik 2 kotak simpan. Dan bukak 1 kotak, buang 10 batang. Ngam ngam cukup 50 batang dengan aku, selebihnya tutup mata.
No !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"I am sorry...................."
Mula la nak drama ni.
Aku buang dalam tong sampah !!!!
So berbekalkan rokok 50 batang. Beg yang tak berat mana. Jaket yang aku pakai. Aku beratur di kaunter imigration.
Urusan cop cop passport selesai. Tak de masalah.
Then jalan ke depan lagi, bahagian kastam. Ada pegawai sorang menunggu.
Aku hulurkan declaration card aku kat dia. Dia tengok.
"Just 1 bag?"
"Yupp"
"OK. Go straight to number 8"
Dia sebut macam tu then aku nampak ada macam banyak pintu dari nombor 1 hingga 8.
Aku masuk dan laluan no 8 tu terus je bawa aku keluar ke balai ketibaan.
Haram !
Langsung tak de orang check apa apa pun !!!
"Hoi ! Gila ! Korang ni dah kenapa tak nak check aku??????? Aku ni bawak durian ! Aku bawak belacan. Semua barang barang tenusu ! Aku bawak semua benda yang bersalah !!!!!! Barbiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!"
"Hoi ! Gila ! Korang ni dah kenapa tak nak check aku??????? Aku ni bawak durian ! Aku bawak belacan. Semua barang barang tenusu ! Aku bawak semua benda yang bersalah !!!!!! Barbiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !!!!"
Rasa macam nak menjerit sekuat kuat hati.
Pasrah.
bersambung...................
Sedih rokok2 tu ko buang begitu saja!! hahahahah
ReplyDeleteSerius aku nak cuba la buat mcm ko, sehari dua nk fly baru kecoh2 kelam kabut nk buat iti, nk cari itu ini, agak mencabar gak kan! Selama ni semua aku plan berbulan2, ish tak drama sungguh aku nih..
Cantik bangattttttttttttttt gambar opera house tu, ni yg aku nk teresak2 menangis nak ripit Sydney nih, dulu pegi time2 takde camera canggih manggih..eeii nyampahhhh
gile koooooo...buang rokok umpama buang duit wooo...lain la kalau ko isap...ko telan duit kurang sket rugi... aishhhhhhh....
ReplyDeleteAbg meng, cantiknya Sydney! Bila la boleh pergi belah2 sana ni. Huhu.
ReplyDeleteRokok boleh dibeli baru. Gittew, tapi kalau kena tahan, penat nak menjawabnya... Pasrah dan bertabah je la. haha. walopon...
korang jangan tambah sebak di buah dada ku..
ReplyDeleteaku bukan nak buang. aku terpaksa...!!!!!
* seka air mata bersalut berlian
betul kata FJ... kalau kena tahan lagi haru.
kitorang bawak dua kotak jer, lepas. takde hanjing hidu2 bagai, legaaaa! hahaha!
ReplyDeletetak sabar nak baca cite sydney ko dulu, aku nyer?...hmmmm...