Hurla...
Dari station BTS Ratchathevi ke Mo Chit tambang dia lebih kurang THB34/RM3.40. Kalau nak ikutkan Mo Chit ni station paling last kalau ikut laluan BTS ni.
Senang je lah. Pasti kan tengok peta betul betul dan tau nak turun kat mana, sure OK.
Sampai bahagian terakhir di Bangkok.
Lepas makan di restoran Farida tu aku menapak balik ke hotel. Masa tu belum pun pukul 12 so aku ada masa lagi nak berehat rehat di bilik, sejukkan tubuh badan sebelum keluar check out.
Time untuk check out macam biasa lah pukul 12 tengahari.
Tuk tuk menunggu penumpang
Jalan kaki tak sampai 10 minit sampai ke hotel.
Lepak kejap mandi dulu segarkan tubuh then tepat jam 12 tengahari aku keluar. Kali ni check out la siap siap dan bawak semua beg beg. Aku belum beli apa apa pun lagi maka nya beg tak berat mana pun. Boleh je la aku nak angkut ke sana ke sini.
Keluar dari hotel menapak balik ke BTS tu. Plan aku nak ambik train ke Mo Chit untuk ke Pasar Chatuchak. Nak tengok tengok dan beli apa yang patut.
Ini goreng pisang bijan. Berkali kali aku lalu depan gerai ni, macam nak try tapi sampai sudah tak jadi
Dari station BTS Ratchathevi ke Mo Chit tambang dia lebih kurang THB34/RM3.40. Kalau nak ikutkan Mo Chit ni station paling last kalau ikut laluan BTS ni.
Senang je lah. Pasti kan tengok peta betul betul dan tau nak turun kat mana, sure OK.
Ni laluan dia
Ini train BTS. OK la. Selesa juga
Sampai sampai di station Mo Chit tu tengok orang ramai gila.
Memang area tu ramai orang. Kena hati hati jugak la takut ada pencopet sebab jalan kecik dan orang berpusu pusu turun naik BTS tu.
Pastu turun turun dari station BTS tu lagi la ramai orang.
Belum sampai ke Pasar Chatuchak tu lagi orang dah start berniaga. So nak pegi ke pasar tu memang mudah la. Ikut je laluan orang ramai.
Kalau tengok ada taman memula kat kiri tu, terus je lagi nanti sampai la satu kawasan kompleks pasar yang sangat ler besar. Orang sangat la ramai.
Sekali pandang boleh bikin sesak nafas !
Kedai tak de aircond. Sempit sempit. Orang ramai. Bayangkan je lah nak bersesak sesak macam tu.
Dan tempat ni sebenarnya agak tricky. Kena pastikan kat mana laluan kita masuk sebab nanti nak keluar, kalau silap silap keluar ntah belah belah mana. Lebih kurang ada 500 kedai kat sini or lebih. Memang besar lah dan jual macam macam.
Aku pusing pusing dan usha keliling.
Ini sebenarnya ruang tengah pasar.
Ada jual cenderamata
Air kelapa penghilang dahaga
Dihiburkan juga dengan pemuzik jalanan
Lukisan
Air lagi
Baju bajan
Buah buahan
Pendek kata macam macam la di jual nya. Panjang tak kata apa apa. Panjang bayar jerrr.
Dan di pasar ni ada section section tersendiri. Satu section tu jual baju jer. Satu lagi jual cenderamata. Then pinggan mangkuk. Kalau jumpa kedai tu, jangan harap la nanti nak jumpa balik kedai yang sama. Kalau nak jumpa pun kena betul betul cari.
Memang besar. Memang banyak orang. Memang banyak pilihan. Macam macam ada di jual. Mak dengan Ayah je tak der !
Aku tak de apa nak cari mulanya. Just nak tengok tengok. Tapi aku teringat nak cari penanda buku buluh tu, berpusing pusing berpeluh peluh mencari. Tak jumpa.
Dah lama tu baru la jumpa. Fuh..
End up beli FM. Beli short. Beli la benda benda lain untuk orang orang lain dan akhirnya beg aku menjadi berat !
Kat sini, siap ada perkhidmatan parcel and courier servis hantar ke Malaysia. So kalau borong satu kapal pun boleh. Janji bayar !
Usha lagi apa yang ada.
Pistol kayu pun ada jual !
Nak kata boleh bargain gila gila tu tak de la kot. Mostly harga dia dah kira discounted. Dah kira murah jugak la. Pilihan pun banyak dan sebab orang pun ramai penjual ni pun buat muka ketat je malas nak melayan kalau kita main main je.
Aku spend masa sampai pukul 2 petang gak la then aku terpaksa beredar. Nak kena gi airport sebelum flight balik pukul 6 petang nanti.
Satay apa pun tak tau
Menara jam sebagai panduan
Ada taman kat tepi BTS tu
Ada nyah feeling feeling ambik gambar celah pokok
Manisan
Untuk ke airport pun mudah je.
Dari station Mo Chit tu, naik BTS ke arah BTS Ratchathevi tapi berhenti di station Phaya Thai. Dari situ ambik train terus sampai ke airport.
Train ke airport harga THB45/RM4.50. Murah je kalau nak bandingkan dengan ERL kita. Jarak pun boleh tahan la dekat setengah jam jugak. Tapi tak express, dia ada stop kat few stops sebelum sampai ke Suvarnhabumi Airport
Station ke Airport
Sampai airport, ada masa lagi, aku hisap rokok jap pastu check in macam biasa.
Nasib la dia tak timbang beg aku. Agak berak jugak ler kot dah tambah dengan barang barang yang aku beli kat tempat tadi.
Airport dari departure hall
Kelas kau Nok, ada airline sendiri.
Teksi teksi beraneka warna
International Departures
Abang abang main tarik tali
Duty free shop
Lepak lepak kat duty free shop.
Tak de apa yang menarik pun tapi aku ni biasa la, tengok satu satu ralit jadi nya. Sampai tetiba aku dengar pengumuman sebut nama aku.
Bergema gema rasanya.
Terus aku berlari menuju ke gate E10. Dah la beg aku bawak. Berat betul. Termengah mengah jadi nya. Gila jauh la nak sampai ke gate tu
Laluan ke Gate E10
Hujan mula turun
Tapi akhirnya tiba jua.
Penerbangan pulang mengambil masa lebih kurang 2 jam 5 minit dan akhirnya aku tiba di LCCT. OR dah siap siap menunggu dengan kopi tongkat ali.
"Saya tak berak berapa hari ni Yang"
"Kalau kentut mesti busuk"
"Nak bau?"
"Wekkk"
Hahahaha.
Sebab tu kena ada kopi sebagai menyambut kepulangan aku, nanti aku tau, balik rumah je, aku dah boleh berak dengan inzal !
Kalau berak di rumah baru lah tahik akan keluar cantik cantik dan molek molek belaka.................
Kalau berak di rumah baru lah tahik akan keluar cantik cantik dan molek molek belaka.................
TAMAT.
Ok ko pergi jua ke Chatuchak market nih..ingatkan market ni bukak malam je..
ReplyDeleteTak leh blah last skali, nyesal aku baca!! hahahahah
part paling best...ending dia.... kelassss ko menggg...kekeke
ReplyDeletehebat ayat kau ewoke..
ReplyDelete"kau pergi jua..."
Sedap je mangge muda tu..
ReplyDeletengidam plak dah..
Abg meng bagus sbb tak leh buang merata2... ai ni plak, pantang pergi mana2.. nak carik toilet!
tension ngn diri sendiri.. hahaha
tu nama nya bontot tidak mendapat didikan yang sempurna..
ReplyDeleteHaha.. tak tahan dengan statement yang paling last
ReplyDeleteBK : kena tahan ! kalau tak.. barai.. hahaha
ReplyDelete