Thursday, September 22, 2016

StayCation KL - Oasia Suites Kuala Lumpur, Malaysia by Far East Hospitality - 02 : Facilities

Kali ni jom kita tengok facilities dan ammenities yang ada di Oasia Suites Kuala Lumpur, Malaysia by Far East Hospitality. Mana tau boleh merobek robek perasaan dan dapat menanam minat untuk pegi bersantai santaian di sini pula nanti.


Bangunan Hotel Oasia Suites Kuala Lumpur, di Lorong P Ramlee

Terletak di lokasi tengah pusat bandar namun masih memiliki kawasan yang aman dan sejahtera dalam keselesaan gaya moden, Oasia telah melancarkan pembangunan hartanah pertamanya di Malaysia iaitu Oasia Suites Kuala Lumpur. Terletak di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, hotel ini berada pada jarak yang strategik ke kawasan Kuala Lumpur City Center (KLCC) dengan kemudahan perniagaan yang banyak tersedia.

Bersebelahan dengan Forest KL Eco Park, satu satunya hutan hujan tropika utama di bandaraya KL yang masih hidup dan subur, ianya memberi satu pengalaman penginapan yang selesa dikelilingi kawasan metropolis kosmopolitan.



Usha ruang lobby.

Lobby

Reception area

Di tingkat 24 bangunan hotel ini terletaknya kawasan santai dan istirehat bagi keselesaan tetamu yang menginap di hotel ini dengan pemandangan panorama kotaraya yang menarik dan memukau pandangan.

Facilities hotel terletak di tingkat 24

Meeting Room yang boleh memuatkan kumpulan yang melebihi  20 orang

24 hr gym

Dengan kelengkapan terkini dan panorama sekeliling kotaraya


View Menara KL

Dan di tingkat yang sama ini juga trerletaknya rooftop pool dan juga garden untuk bersantai dan beristirehat.

Pool

Dengan kerusi santai

Bunga bungaan

Boleh berenang. Orang pun tak ramai so aku dengan Hero dengan Princess je yang berkubang

Tempat istirehat

Taman

Pokok pokok

Kemboja

Menara KL

Pencakar langit

Suasana malam

Selain facilities santai dan riadah, Hotel Oasia Suites Kuala Lumpur ni juga menyediakan restaurant tenpat makan untuk tetamu hotel.

Tempat makannya terletak di tingkat bawah satu level dengan lobby.

Aku tersilap, ingat bilik aku entitle untuk free breakfast tapi rupanya tak termasuk. Minah receptionist dia muka macam c***ka bila aku tanya pasal breakfast tu. Kalau tak de bagitau je la elok elok.

"No.. Breakfast not included. You have to pay"

Cakap dengan aku tapi langsung tak pandang muka aku. Muka ketat semacam jer. Nak je aku jotos dahi biar jendul.  

So aku pun bengang jugak aku cakap la kat dia.

"OK. I'll pay !!!" 

Geram betul aku. Macam aku merempat sangat nak breakfast free.

Breakfast kat hotel

Makanan tak de la banyak mana pun

Dan tak de la sedap mana

Tapi harga dia bapak gila mahal !

Untuk breakfast... dewasa sorang RM 60. Kanak kanak RM 30 ! Gila mahal macam hotel 5 bintang ! Tak faham betul la aku.

Tapi sebab dah nama pun makanan dan masuk dalam perut so aku tak boleh nak complain. Redha je lah. Tapi memang tak munasabah betul harga breakfast macam tu sekali. Belum lagi lunch atau dinner.

Part ni memang aku tak berkenan dengan hotel ni. Memang cekik darah.

Apa apa pun, kalau terasa nak stay sini ubah ubah angin... boleh lah cuba booking.

Oasia Suites Kuala Lumpur
No. 10, Lorong P Ramlee,
50250, Kuala Lumpur, Malaysia
info.oskl@fareast.com.sg

Hotel: +603 272 66788 / Reservations: +65 6881 8888

Website : Oasia Suites KL
FB : Stay Oasia

Personally, aku tak recommend sangat la hotel ni. Facilities nampak OK sebab baru tapi banyak lagi hotel dan penginapan lain yang lebih OK dari Oasia Suites ni.

Lagi lagi lokasi dia yang tepi semak tu... Hah, ingat tak lembaga kat pokok berbaju putih yang aku nampak tu?

Siang tu aku riki semula dan aku perhati betul betul. Confirmlah bukan hantu !

 Mata aku yang kerrow. 

Tapi kalau malam malam, tak ke nampak macam pompuan berselubung kat batang pokok? Sipi sipi la... ada gak jelmaan meragukan kan? Kan ? Kan????

bersambung................

10 comments :

  1. Owh, minah receptionist tu sebenarnya yg boleh wat org naik 'hantu'... Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ergh.. malas nak kenang.. dah la melayu... bad mood manjang

      Delete
  2. Komplen je pasal minah receptionist tu kat review form. Tapi aku tak paham style hotel2 kat m'sia ni...yg keje kat front desk banyak yang muka ketat ketat...kalau rasa tension keje knp tak berhenti ya dak? Bukan ke sepatutnya diorang kena sentiasa senyum.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa dia kena tinggal dgn bas pagi tu kot. terpaksa marathon sampai tempat keje...ketiak berpeluh tu yang takut nak angkat muka.

      ok tak aku speku gitu?

      Delete
  3. Meng;

    Ayat ayat penyata pada mula mula memang seronok di baca pasal hotel nih ... tetapi bila tang muka kelat tuh !!! Hampeeehhh !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.

      rasa nak baling tahik je. biar busuk setahun

      Delete
  4. hampehnya recep tu. boss dia tak hantar pegi training ke hape.

    btw yang kat pokok tu, boleh kejung kalau nampak malam malam. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.....

      hotel baru. pekerja pun baru la kot.

      imaginasi terlebih memang mcm tu.... kayu pun nampak mcm bernyawa

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...