Monday, May 21, 2012

Santai Samui - Day 1

Mari kita bersantai !

Destinasi kali ni ke mana?

Koh Samui !


Aku dah lama benar teringin nak ke sana. Memang dah masuk dalam wish list sejak dulu lagi. Masalahnya Fireflyz yang terbang ke sana tiket dia sangat la mahal. Aku selalu jugak check tapi macam tak berbaloi je nak beli tiket ke sana.

Tapi !

Terima kasih kepada Air Asia yang memperkenalkan route perjalanan terbaru ke Thailand iaitu Surat Thani yang juga merupakan gateway ke Koh Samui ini.

So satu hari tu, waktu AA introduce flight ke sana aku pun gatal tangan pegi klik klik maka terbeli la tiket flight ke Surat Thani. Main beli je. Tak fikir pun lagi betapa hassle sebenarnya nak sampai ke Koh Samui ni dari Surat Thani tu.

Dan masalah jugak adalah nak mencari masa sebab aku ni busy dan banyak benda lain dan plan sepanjang tahun. Tapi curi curi masa pandai je aku menyelinap. Rasuah staff staff yang berkaitan akhirnya sampai masa aku pun bersiap sedia untuk bersantai ke Koh Samui ni.

Mula mula nak ajak OR tapi macam biasa dia tak nak ikut. So tak pe la. Aku OK je. Nak ajak bebudak GBS dia orang pun busy dengan acara masing masing.

Dan aku sendiri pun bila dah hampir tarikhnya tak confident jugak nak pegi.

Flight AA ke Surat Thani cuma 3 kali seminggu. Khamis, Sabtu dan Rabu. So kalau nak pegi over the weekend memang payah jugak la. Kalau pegi Sabtu kena ambik cuti Isnin. Kalau pegi Khamis, kena cuti Khamis dan Jumaat.

So how????

Dan aku sendiri susah nak buat decision selagi tak sampai tarikh sebenar. Bagi aku, tak pe lah. Kalau aku busy terpaksa let go, aku forgo je trip ni. Lagipun tiket aku beli dengan harga RM140 return so rasanya tak de masalah sangat la kot.

Bila waktu sampai aku riki riki memang tak de meeting apa. Aku discuss dengan IG dia kata OK je dia boleh cover kalau aku ambik cuti khamis dan jumaat.

Hari rabu baru aku rasa confident nak pegi. Baru aku start study sikit sikit mana nak pegi, apa nak buat. Hotel mana nak pilih.

Sebelum tu ada gak la baca sikit sikit tapi sebab tak berapa pasti tak de la buat preparation yang gah mana.

Sampai masa. Kemas beg je. Ayuh kita ke airport !


Aku EL hari khamis. Hari jumaat aku dah suruh IG dan Kuman kever. Macam biasalah kena bagi habuan bila balik nanti.

So aku plan memang nak gi santai mantai je. Nak tengok dan rasai macamana orang lain yang pernah pergi dan sampai ke Koh Samui ni. 

Dan aku sendiri nak jugak usha dan bezakan Koh Samui, Phuket dan kawasan kawasan lain di Thailand yang pernah aku jejak sebelum ni.

Pagi Khamis sebelum bertolak aku masih dok terkial kial lagi nak membaca. Baru nak confirmkan bilik selepas aku pening nak cari hotel yang paling aku nak stay. Pagi sebelum OR keluar dia dah tanya sebab aku belum packing apa apa lagi. Dan macam biasalah aku ni, pagi tu nak gi airport baru nak campak campak baju dalam beg.

OR keluar dan lepas tu kol 8 dia tanya aku dah gerak ke belum, aku masih belum packing !

Gelabah sekejap bila rasa macam dah lewat. Flight pukul 10.35 pagi. Tu pun dah berapa kali tunda sebab AA ni dia pening sikit nak set route ni takut tak jive dengan waktu ferry. Kang tak guna orang ke Surat Thani kalau tak dapat ke Samui.

Ada few times la dia orang hantar email flight rescheduled.

Apa apa pun, aku keluar rumah dalam pukul 9 pagi.

OR nak hantar aku cakap tak payah so aku drive sendiri ke LCCT. Hujan pulak tu mula la rasa cuak tak sempat.

Gila. Aku memang rasa macam hampir terlepas flight. Dengan parking kereta jauh. Pastu nak kena menapak lagi. Pergh. Cramp kaki sekejap. Tak de verify dokumen apa apa aku terus masuk.

"Encik boleh scan saya dulu. Saya dah lambat"

Aku bagitau kat pegawai immigration tu.

Dia suruh aku masuk line lain. Nasib la cepat. Dia pun check ala kadar je. Salah aku padahal. Waktu aku nak boarding tu dah dekat 10.30. Pastu dengar annoucement panggilan masuk dah. Gila lewat sikit memang aku terlepas flight lah.

Dah tawakal dah masa tu. Kalau tak balik je la dengan muka tersengeh.

Hiks.


Oh. Sempat beli rokok. Bekalan untuk dua hari di Samui nanti.

Aku orang terakhir sekali masuk flight. Memang gate dah nak tutup. Berlari lari la aku terpongeh berpeluh peluh dengan beg nya. Nasib la beg memang tak berat. Masuk flight duduk kejap menunggu.

Pukul 11 lebih baru flight berlepas. Cipan betul. Kalau tau lambat, tak payah la aku berlari lari macam lari 100 meter dah gayanya.

Dan pesawat mula terbang di udara, perut pun dah lapar. Aku beli makanan dan makan dalam flight lalu melayan perasaan.

Sempat melayan sudoku sebab keboringan. Nasib tak de orang kat sebelah.



Selepas hampir sejam lebih penerbangan, maka pesawat pun mula berlegar di ruang udara Surat Thani.

Ni kawasan Surat Thani dari udara.


Dan aku sendiri tak yakin sebenarnya dan tak tau nak fikir cemana. Sebab flight balik hari sabtu tu, pukul 11.30. Kalau aku balik dari Samui hari sabtu aku takut tak sempat nak naik flight. Mana la tau ferry delay ke apa ke. Naya nak kena tunggu hari rabu baru boleh balik.

Tu kena beli tiket lain pulak dah tu.

So aku save dulu malam ke dua sebab first aku ingat hari khamis aku ke Samui, jumaat dan kena balik Surat Thani dan Sabtu naik flight balik KL.

Tapi aku tak de la book hotel di Surat Thani. Nak main redah je lah. Apa apa pun. Tapi back up plan, kalau  aku tak puas duduk Samui, aku balik hari sabtu kalau terlepas flight, memang kena balik naik keretapi ke KL. Aku check jugak. 18 jam baru sampai !

* koma.

Tapi ada cara lain kalau terlepas flight AA.

Balik ke Samui semula dan beli tiket Fireflyz !

Tu la benda yang dok bermain di kepala aku.

Apa apa pun bila flight dah mula nak mendarat baru aku sedikit rasa teruja. Teruja sebab tak tau nak expect apa.

Dan paling ganas. Aku tak sempat nak tukar duit Baht !!!!!

Mampus.



Dan akhirnya pesawat berjaya membuat pendaratan di Lapangan Terbang Surat Thani.

Flight tak penuh pun tadi so masing masing tak de la berebut mana. 

Masuk ke bangunan terminal, check kastam dan imigration semua lancar. Kaunter banyak so tak de la macam kat Indon kena beratur lama lama.


Airport dia tak la busy mana. Rasanya flight pun tak banyak hari hari so keluar tu pun macam tak de orang je. Tapi aku dok riki nak cari orang jual tiket ferry ke Koh Samui.

Memang ada jual dan sebaik saja aku keluar dari balai ketibaan tu aku di datangani oleh beberapa orang yang menawarkan tiket ke Koh Samui.

"Speed boat?"

Aku tanya.

"You go counter"

Dia tunjuk ada kaunter kat tepi tu. Ada beberapa orang cuba mendapatkan tiket yang sama. 

Ada beberapa jenis boat sebenarnya ke Koh Samui tapi untuk ke Koh Samui kena pergi ke terminal ferry di Don Sak dulu. Jarak dia lebih kurang 1 jam setengah perjalanan.

Jauh tu !

Lepas aku tengok tengok dan usha. Masa tu pukul 12 waktu Thailand. Speed boat cuma bergerak pukul 4.30. Speed boat makan masa 45 minit je. Tapi bot slow ada. 1 jam setengah tapi akan bergerak pukul 2 ! So aku ambik je yang pukul 2 at least sampai Samui awal jugak lah.

Dan tiket ada pilihan. Beli harga ferry saja, atau ferry dengan transfer ke Donsak dan jugak ferry, transfer ke Donsak dan jugak transfer ke hotel terus. 

So piilih je la. Bagi aku baik beli yang satu pakej terus. Harga dia THB500 (RM50). All in. Kalau speed boat THB700 (70).

So pilih je lah.

"When you coming back?"
"Hmm I dont know. If I take ferry on saturday, can I make it to the airport by 10.30? I have flight back to Kuala Lumpur at 11.30"
"Can.... early you take 7 o clock ferry. Pick up go take you hotel 6 o clock. U come airport 10 o clock"
"U sure?"
"Yes"

Sebab dia yakin aku pun cuba cuba la yakinkan diri. Kalau tak cuba mana nak tau. So aku beli tiket balik sekaligus. Senang. Dan aku buat deal pick up nanti di hotel. Tapi aku tak tau aku nak menginap di mana second night tu so aku bagitau aku akan call dia orang.

Settle.


Keluar dari airport hisap rokok dulu.

Kekurangan nikotin dalam tubuh badan.

Oh. Sebelum tu. Aku kan tak de duit Thai nak beli tiket, so aku agak pening sekejap.

"Is there any money changer here?"
"No"
"Shit"
"Nevermind. U can pay ringgit to me. I accept"
"How much?"

Dia pun kira kira bersungguh dengan kalkulator. Pastu tunjuk kat aku.

RM166 !!

"How come??"

Kalau beli pakai THB cuma RM100 return. Gila nak menipu aku. 

Nasib baik la aku korek korek dalam passport beg aku, ada balance foreign currency aku tu, duit Thai Baht ada dalam 1500 !

Yuhu...............

Lega. Aku bayar kat dia THB1000. Tapi cuak jugak sebab belum tukar duit. Apa apa jadi kang. Hopefully balance tu cukup la sebelum aku sampai ke Samui dan tukar duit di sana je nanti.

Dan....

Ini la dia transport untuk ke jetty ferry !


Naik bas uols.

Mat Salleh dah penuh dalam bas ni menunggu geng geng yang turun dari flight Air Asia agaknya. So aku terus je naik bas. Agak penuh. Tapi ada lagi kat belakang belakang yang masih belum keluar dari terminal. So tunggu dia orang semua keluar lah.

Pastu penuh baru la bas mula bergerak menuju ke terminal Donsak.

Perjalanan memakan masa selama 1 jam setengah.

Ada satu mamat mat salleh ni duduk sebelah aku.

"It is gonna be one and half hour?"
"I suppose so"
"Are you from KL?"
"Yes.. and urself?"
"I am from United States"
"Which part?"
"Colorado"
"Which part?"
"Boulder.. You know?"
"Yeah.. I have been there... bla bla bla"

Dan bermula la perbualan kami berdua selama 1 jam setengah nak sampai ke jetty.

Peramah jugak la mamat ni. Borak borak pasal kerja, pasal trip, pasal travel, pasal cuaca.

Dia ke Samui atas urusan kerja. Beliau merupakan seorang therapist dan kerja dia adalah memberi terapi dan nasihat pasal benda benda tu lah. Dia based kat Phuket sebenarnya tapi travel all around Asia. Dia ada customer nak kena jumpa dia Samui dan customer dia adalah semuanya high profile termasuk PM kita !

Pastu borak pasal PM. Hahahaha.

Dia selalu kena panggil, baru ni pun kena masa Najib terseliuh main golf. Tapi dia kata dia tak suka sebab kalau panggil pukul 11 pagi, 11 malam baru dia dapat jumpa so masa dia spent terlalu lama. Al maklum la nak jumpa orang orang besar ni.

"You met the wife?"
"I bet you would ask that question. No. I never. And I dont want to meet her"

Pastu mengumpat lagi.

Seronok jugak la borak dengan dia. Nama dia Steven. 

Tapi being westerner yang sangat open dia bercerita je dan aku dengar. Dia kata dia suka orang Malaysia sebab baik tu tak kever kever. Dia tak suka Thais sebab nampak baik tapi intense. Dan dia kawin dengan orang Thai. Tapi dah bercerai la, ada sorang anak lelaki.

Pastu dia mengumpat ex wife dia pulak.

Layan kan je la sampai la kami tiba di terminal Donsak.


Sampai di Donsak kami lepak minum dulu. Dia yang beriya ajak aku minum so kami borak borak lagi di meja kopi sementara tunggu nak naik ferry.

Di terminal ni ada la kemudahan nak kencing, tempat makan, toilet dan kawasan rehat.

Layan dulu area ni.

Kura kura rasaksa !

Setelah hampir setengah jam menunggu maka ferry pun dah bersedia. Steven nama dia naik ferry sama dengan aku. So dalam ferry sambung melayan perasaan dan borak borak lagi.

Donsak Ferry Terminal

Permandangan dari kawasan Donsak Terminal

Dalam ferry ada kemudahan foot massage !

Ada kantin siap !!!

Suasana dalam ferry. Ada kawasan terbuka dan jugak aircond kat dalam. Aku lepak kat luar je lah melayan perasan.

Makcik mahu ke Samui. Yang penting, handbag LV !! Kau ado?

Menuju Samui

Ferry yang sama aku naik ke Koh Samui

Makcik merenung jauh mengenang nasib diri

Awek yang sangat rajin membaca. Sepanjang perjalanan dia dok membaca je

Akhirnya ferry mula sampai ke Koh Samui dan siap untuk berlabuh di jetty Nathon

Welcome to Koh Samui

Air yang tenang sepanjang perjalanan dari Donsak ke Koh Samui

Setelah hampir sejam setengah atas ferry maka kami semua berlabuh di Nathon Ferry Terminal.

Ini trip perjalanan untuk hari ni.

Ferry tu ada bawak kenderaan dan juga penumpang, so takes time jugak la nak keluar. Aku macam biasa malas nak berebut ambik port last sekali beratur.

Keluar dari terminal ferry aku perasan ramai lagi orang. Sebab aku beli tiket all pakej sampai ke hotel so aku assume ada lah orang tunggu di Terminal ni. Dia siap tampal something kat baju aku sebagai tanda.

Tapi bila keluar je aku jadi buntu.

Tak tau mana arah nak di tuju.

Lama jugak la aku berpusing pusing. Habis la rokok sebatang dua. Mana nak carik? Tak de orang pun carik aku??

Keji !

Sampai semua orang dah tak de aku masih terpingga pingga sorang sorang. Steven dah blah sebab ada driver ambik dia. Sempat kami bertukar tukar nombor telefon sebab dia kata nak ajak aku lepak lepak nanti kalau dia ada masa di Samui.

Dekat 20 minit aku tiada arah tujuan. Menapak dah sampai ke pejabat ferry tapi semua buat bodo je tak tau.

"You take tuk tuk or taxi"
"No... I paid everything and they should send me to my hotel"
"No. I dont know"

Bontot lah !

Last sekali aku dah tak tau nak buat apa, aku pegi ke kaunter tiket dah mulakan amokan puaka.

 Minah kat situ terkebil kebil. Tak tau la sebab dia tak faham ke apa.

"You read here. Airport-Samui-Hotel. They should have picked me up and send me to the hotel"

Dia diam je. Cakap Thai pun aku tak faham apa benda.

Last sekali ada sorang lagi minah ni, aku cakap dengan dia dan dia pun macam blur blur.

"Can you call this number and ask?"

Aku bagi dia nombor telefon yang tertera pada sampul tiket aku. Dia call.

Krong Krang Krong krang dia bercakap. Pastu dia pass telefon tu kat aku.

"Sorry Sir. My people look for you no find. They go already"
"So.. where should I go now?"
"Moment. I go see you"

Hah. Lega.

Pastu aku tunggu kat luar ticket kaunter tu dan tak lama muncul pakcik ni naik motosikal. Dia senyum aku agak dia memang cari aku.

"You alone Sir"
"Yes"
"Come. Follow me"

Dia ajak aku naik motosikal dia. Merempit dengan beg kat bahu ni. Ah. Lantak naik je lah.

Dia bawak motosikal dan akhirnya sampai di station Tuk Tuk.

"You tell him where"

Aku sebut nama hotel dan mamat Tuk Tuk tu angguk tanda faham. So Pakcik tu suruh mamat tu antar aku. Dia siap bayarkan semua.

Settle.

So aku pun naik la Tuk Tuk tu menuju ke resort aku dari terminal ferry tersebut.

Ni rupa Tuk Tuk yang aku naik. Duduk kat belakang tu okeh. Kiranya ni macam bas la kat Koh Samui ni

Pekan Nathon

Cuaca mendung dan hujan panas. Aku nampak rainbow. First time aku capture rainbow rasanya ni. So agak excited cuma position tak menarik sebab dari dalam Tuk Tuk

Tuk tuk berhenti ambik budak budak ni. Mereka nak gi mana ntah. Yang baju biru tu adalah pompuan. Mati mati aku ingat memula lelaki tapi nampak ada tetek baru nak tumbuh. Confirm la pompuan.


Tuk Tuk tu sempat berhenti 3 kali ambik orang. Dari Nathon menuju ke Lamai dan seterusnya ke Chaweng di mana hotel tempat aku menginap di situ.

Akhirnya dia berhenti dan tunjuk, resort aku betul betul tepi jalan.

Ah. Lega.

Keluar tu nampak orang tengah bertomoi ni.

"Tolong Bang ! Saya baru sampai. Jangan tumbuk saya"


Entrance hotel

Sampai sampai je urusan check in sangat mudah. Bagi passport dan mereka uruskan semua sebab aku dah booking semalam. 

Susah jugak nak cari hotel sebab pilihannya terlalu banyak !!

Koh Samui ni banyak gila hotel. Dari yang murah, budget kepada yang mahal, private dan macam macam la terpulang pada individu.

Dan aku mencari yang paling panoramic !

Plan aku sebab nak bersantai so aku nak feeling feeling je. Tapi dah ni aku decide nak duduk dua malam so aku kena cari hotel untuk satu malam lagi. Tapi yang tu nanti la aku carik.

Tengok view hotel aku ni.


Very nice view. Tiada penyesalan.

Di hidangkan dengan tuala dan welcome drink sebelum mereka hantar aku ke bilik.

Ah. Penat berjalan rasa macam nak berehat rehat dan memanjakan diri.

Let's


Masuk bilik tengok OK.

Katil OK. Best. Kemas. Bersih. View lawa. Yang penting dalam bilik ada jacuzzi !!!!!



Berehat sekejap. Sucikan diri dan buat apa yang patut akhirnya aku bersiap siap nak keluar.

Plan aku adalah nak pegi sewa motosikal sebab senang nak bergerak. Sebab hotel aku di lereng bukit so aku kena call reception suruh dia orang hantar buggy ambik aku. Waktu dah petang. Tengok matahari dah mula nak terbenam. Just nice.

Aku kena mulakan langkah. Jejak sunset.

Ayuh. Misi baru di terima !



Pantai Chaweng ni more to sunrise so kalau nak tengok sunset kena pegi belah satu lagi or at least pantai pantai yang mengadap ke belah sana.

Aku tak tau nak aim ke mana. Apa apa pun kena sewa motosikal dulu.

Hotel aku tu dah kehabisan motosikal. Nasib baik kedai depan sebelah tempai tomoi tadi tu ada. Aku ke sana dan sewa motosikal dengan kadar THB200 (RM20) untuk 24 jam !

Murah la tu.

Tapi kena bagi passport untuk dia pegang. Tak kisah la. Janji dapat motosikal


Dah dapat motosikal, kena isi minyak !

Kat Samui ni motosikal memang banyak. Rata rata pelancong sewa motosikal la. Dan nak kena isi minyak pun senang. Mana mana tepi jalan boleh isi kalau nampak tanda gasoline.

Harga minyak satu botol TRHB40 (RM4)


Aku ni dah lama tak bawak motosikal. Ada lesen tapi sebab jarang bawak. Mula mula tu terkial kial jugak lah.

"How to start?"

* mati la...

Zaman motosikal aku dulu kena start pakai kaki. Tapi sekarang tak payah rupanya. Semuanya auto sampai brake pun tak de kat kaki dah.

Aiyo. Ketinggalan zaman dah aku ni. Terpaksa makcik kedai motosikal tu ajar. Mesti dia kata aku kampung.

Kampung mampung. Apa yang penting????

Merayau mencari matahari terbenam


Jauh jugak la aku merayau. Ada peta aku dapat kat hotel tadi. Tapi aku bergerak more to di mana cahaya matahari bakal terbenam.

Jauh jugak la aku bawak motosikal sampai aku rasa pasti boleh dapat. Aku park dan masuk kat satu resort mewah ni.

Mati la kena kejar dengan anjing.

Terus blah dan memecut gila gila takut kena gigit.

Jauh jugak la aku bawak motosikal. Memula agak kekok tapi lama lama rasa OK.

Patah balik ke Chaweng aku nak cari money changer sebab aku nak tukar duit. Aku tak de Bath. Cuma tinggal beberapa je sebab dah bayar sewa motosikal, ferry dan sebagainya. Perut pulak kelaparan.

Money changer banyak kat Chaweng. Carik je.


Dan memula aku nak tukar duit Ringgit. Tapi bila fikir fikir macam murah pulak. Last sekali aku lacurkan Japanese Yen aku yang masih ada. Memula nak jual AUD. Nampak macam banyak jugak dia ambik tapi aku rasa aku tukar Yen je lah.

10,000 Yen aku dapat dalam THB400 !

OK lah tu. Tu je duit yang aku tukar. Mamat tu pandang aku atas bawah mesti dia pelik apsal aku bawak Yen. Belum dia tengok currency lain aku ada mesti dia kata aku gila pulak lepas tu.

"You want Macau Pataca?"

Hahahaha

Lepas tukar duit tu aku merayau lagi. Sesat barat sebab atas moto susah nak check peta. Sampai ke Bophut area. kat kawasan tu ada Fisherman Village. Usha usha apa yang patut je sambil tengok tengok orang.

Pastu sampai kat satu area ni aku nampak orang ramai. Rupanya ada pasar malam. Aku pun park motosikal dan merayau.




Dan kawasan pasar malam ni memang penuh dengan pelancong. 

Barang barang pun macam biasa lah. Aku terus je beli T Shirt I love Samui kat sini seperti yang di pesan oleh kawan kawan. Settle. Tak payah aku nak pening pening cari di Chaweng atau di kawasan lain. Harga pun lebih kurang je rasa. Cuma aku tak beli FM lagi sebab rata rata FM harga THB8 seketul.

RM8 tu. Mahal giler.

Tak pe. Yang tu simpan dulu.

Merayau lebih kurang tengok tengok orang. Perut aku dah lapar dah ni. Hari pun dah jauh malam.

Balik ke Chaweng cari kedai halal tak jumpa. Aduh.

Sempat jugak la singgah few kedai. Aku nak beli short. Plan nya lah.

Ada satu kes tu minah tu silap quote aku harga. Patut sehelai dia bagi aku THB390. Puas aku tawar. Harga asal THB490. So kalau aku beli dua helai dia cakap dia boleh bagi THB500. Boss dia punya la mengamuk !! Depan depan aku. Kesian minah ni menangis dah.

Dia silap kira.

"I am sorry. My silly"

My silly okeh. Siap menangis dah dia.

Tapi boss dia memang tak bagi chance la. Dan dan tu dia mengamuk. Tapi bahasa aku tak faham.

Last sekali aku tak jadi beli la. Aku kesian kat minah tu. Kalau aku beli silap silap dia yang kena bayar ganti rugi.

Tapi aku memang nak seluar tu. Tak de rezeki la kot.

Dan merata rata aku pegi mesti orang cakap Thai.

"I am sorry. I am not Thai"
"Oh.. Your face look like Thai"
"I know... but I dont understand what you were saying"

Singgah few tempat pastu aku merempit lagi. 

Jauh aku berjalan sampai turun ke Lamai. Tak jumpa jumpa jugak kedai nak makan. Sebenarnya aku main redah je. Nak cari kat mana pun tak tau. Berdoa nampak sign halal tapi memang hampa.

Berpusing pusing gak la dari Chaweng ke Chaweng Noi pastu sampai ke Lamai. Hampa.

Last sekali kat Lamai aku jumpa kedai pancake ni. Dia tulis halal. Tu je la makanan aku pada malam tu. 

* nanges.




Balik hotel rasa lapar betul. Tengok pancake pun dah macam hapa je.

Tapi lapar punya pasal. Belasah je la makan. Masa tu dalam pukul 10 lebih. So aku pose pose di ranjang sambil tengok TV dan edit sikit gambar. Buang raw file tu semua sebab makan space. Tak boleh nak simpan kalau tidak nanti dah tak muat memory.



Tengah pose pose di bilik melayan perasaan. 

Tiba tiba dapat panggilan dari Steven.

"Where are you?"
"I am in my room"
"What?? Come on !!! You are coming here for fun !!"

Aku gelak gelak je.

Actually aku letih. Penat la sebab perjalanan yang agak challenging.

"Come to Chaweng now. I am here at Green Mango Club"
"Arent you suppose to work?"
"Not tonite. Come. Meet some friends here"

Borak borak sikit dan akhirnya aku bersetuju untuk jumpa Steven dan so called kawan kawan dia tu di Mango Green.

Lepas siap siap ala kadar aku pun keluar merempit malam malam buta menuju ke Chaweng.

Penat tak hilang lagi, tapi atas permintaan peminat. Sanggup !

Ni trip perjalanan pada hari ini.


Rumah ke LCCT - 40 minit.
LCCT to Surat Thani Airport - 1 jam 20 minit.
Surat Thani Airport - Donsak Terminal - 1 jam 30 minit.
Donsak Terminal to Nathon Samui - 1 jam 30 minit.
Nathon Samui ke Hotel - around 20-30 minit.

bersambung............

20 comments :

  1. Tulisan ko buruk meng. Haha

    ReplyDelete
  2. banyak info yang boleh dapat dr post ni..!
    hope dapat baca yg day 2, sdg cari info untuk trip ke koh samui September nant.. :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih supermeng............... :-)

    ReplyDelete
  4. yeay akhirnya jumpa jugak blog yang letak full information ttg harga2 ticket ke koh samui! a big thanks to you!

    ReplyDelete
  5. Tq mr supermengmalaya...good info....

    ReplyDelete
  6. sama sama Fisya & Khairol. Have fun !

    ReplyDelete
  7. baru jumpa ur blog..hahahah kelakar la psl villa tu ;)

    ReplyDelete
  8. jap bro.. nak tanya.. tiket 500bath tu confirm ke ble bawak sampai hotel? takut jd mcm ni plak.. sampai jetty tak tau nak buat apa.. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Honey :

    OK jer. cuma bila nak keluar dari ferry tu stay in group la. dia ada bagi sticker so make sure, jangan jauh dari geng geng yang bersticker yang sama..
    kalau tak nanti kena tinggal.. ( mcm aku )

    ReplyDelete
  10. supermeng,

    bro, gi samui sorang kan, ala2 backpacker..mesti bayar mahal utk bilik hotel kan? selalunya twin sharing 2 orang akan share bayar, klu sorang mesti kena bayar lebih sikit.

    ReplyDelete
  11. ada juga plan nk gi sorang redah samui ni..tp pening juga sbb $$$ akan pakai lebih banyak sebab kos bilik tu.

    boleh share sikit budget bro pergi sana?

    ReplyDelete
  12. Nik H : pegi jer... hotel tu cari je kat agoda/booking.. ada yg mahal ada yg murah.. cari kat chaweng beach tu berlambak yang murah2..

    kalau book awal buleh dpt harga backpacker... tapi biasanya tak beach front ler

    kalau banyak masa jangan lupa ke Koh Phangan sekali..

    ReplyDelete
  13. koh phagan ye...

    ingat klu jadi pegi ni nak try ang thong marine park tu. sekali pakej kayak, snork, daki bukit menda semua.

    mesti ko kental kan jenis yg main redah2 nih. suka part yg adventure dgn part mati kutu bila baca blog ko ni meng!

    ReplyDelete
  14. Ooo ang thong marine park tu ok jugak. tapi kena memanjat skit utk view yang lawa. pegi la nanti share gambo dgn aku.

    hari tu aku x sempat...

    ReplyDelete
  15. good info..walapon dh lama..sy akn pg 2016.. solo -siti-

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...