Aku kembali menapak ke Jonker Street.
Jalan sambil intai intai dalam kedai. Boleh je nak call tapi biar dulu.
Nampak kedai kedai. Ada jual fridge magnet. Ada yang menarik walaupun koleksi FM Melaka aku dah ada banyak.
"Boss ini berapa?"
"3 sepuluh"
"Saya mahu satu je"
"4 ringgit"
"Argh. Saya orang sini. 3 ringgit sudah !"
Orang sini la tapi tetap nak beli FM.
Hiks.
"OK lah. 3 ringgit pun 3 ringgit lah"
Hahhahaha.
Kesian apek tu.
Tapi mana budak berdua ni pegi? Panas ni !
Aku menapak lagi.
Snap !
"Sini ada kedai jual cucur badak paling best kat Melaka"
"Dah abis !"
Boss aku cakap.
Argh. Putus harapan.
"Dah tu nak ke mana kita ni?"
"Kita gi semayang dulu lah"
Dan kami gi singgah kat Masjid Tengkera. Seingat aku macam pernah sampai ke sini dulu. Lama dah masa aku muda muda. Tak berapa ingat.
"Ni masjid tertua di Melaka"
Boss aku cakap.
"Ya ke?"
"Ya lah. Kau ni tak tau sejarah ke?"
Errrrrk.
"Memang la aku tak tau. Lu tau?"
Aku tanya IG.
"Tak jugak !"
Hahahhaa. Dua dua buta sejarah.
Kami singgah dan solat kejap di situ. Sambil sambil tu... snappy !
Cantik masjid dia. Masjid kayu.
Pastu sempat minum minum. Yang penting, semua boss aku belanja. Singgah beli air lagi sebab dahaga on the way balik tu.
"Korang nak air apa?"
"Beli la air apa apa"
Bos aku keluar dari kereta.
"Jangan lupa rokok kita orang juga"
"Tak payah ! Rokok aku tak nak beli kan. Merokok jerrrr !!"
"Alaaaa"
Misi gagal !
"Cemana beb? Rokok dah abis ni"
Kata IG. Aku keluar dari kereta. Masuk Petronas. Boss aku dok sibuk ambik air. Pastu dia datang nak bayar so dia beratur belakang aku.
"Dik. Dunhill merah 2 kotak"
Budak tu ambik dan scan.
"Orang ni bayar ya"
TAMAT
No comments :
Post a Comment