Aku balik ke bilik jam 4 pagi !
Apa yang berlaku?
Well. Aku pegi jumpa Steven dan kuncu kuncu dia di Green Mango dan berparty sampai ke pagi. Dia orang lah party. Aku lepak je.
* urut janggut.
Samui ni memang party island lah. Memang dia orang gila berparty sampai ke pagi. Aku dah tak larat. Fun memang la fun tapi ergh...... tak tau la nak cakap.
Bila dia orang start mabuk mabuk aku dah bosan.
Tapi stay jugak layan borak dengan dia orang. Ada few gadis gadis Thai yang peramah dan over peramah. Adalah geng dalam 6 orang dok borak macam macam benda. Dan Green Mango tu memang tempat party paling gempak kat Samui ni. Sebelah tu pulak ada club paper dolls so geng geng nyah ni memang bersepah.
Pendek kata malam pertama aku di Samui aku dah kerugian sebab sewa hotel tapi tak tidur mana.
Mabuk minum air coke je lah. Balik bilik dengan mamai mamai bawak moto sampai bilik terus terpengsan.
Ngantuk dan penat. Mana nak datang santai nya????
Anyway I had fun.
Sampai bilik aku kunci jam sebab nak tengok sunrise. Tapi tak sure sunrise pukul berapa.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti boleh di buat seperti pegi ke Marine Park, snorkel dan sebagainya tapi tu semua kena ambik tour and package lah. Aku malas sebab aku penat dan aku rasa benda benda tu sama je macam kat Phang Nga dan Phuket dulu.
Tak pe kali ni aku just relaks dan santai je.
* mati la tak relaks mana pung
Apa yang penting. Kelaparanz......
Tapi nak bergerak cemana???
Motosikal tak de.
Ark Bar ada sewakan motosikal. Harga standard lah. THB200 untuk 24 jam. Tapi kat depan hotel aku tu ada tempat rental gak. Harga murah lagi. THB150 !
So aku ambik la yang murah. Tengok motosikal dia pun OK lah. Not bad. Dapat penjimatan sebanyak RM5 !
Tengah jalan jalan tu akhir sekali terpandang kedai yang di maksudkan.
Yahoooooo !!!
Apa yang berlaku?
Well. Aku pegi jumpa Steven dan kuncu kuncu dia di Green Mango dan berparty sampai ke pagi. Dia orang lah party. Aku lepak je.
* urut janggut.
Samui ni memang party island lah. Memang dia orang gila berparty sampai ke pagi. Aku dah tak larat. Fun memang la fun tapi ergh...... tak tau la nak cakap.
Bila dia orang start mabuk mabuk aku dah bosan.
Tapi stay jugak layan borak dengan dia orang. Ada few gadis gadis Thai yang peramah dan over peramah. Adalah geng dalam 6 orang dok borak macam macam benda. Dan Green Mango tu memang tempat party paling gempak kat Samui ni. Sebelah tu pulak ada club paper dolls so geng geng nyah ni memang bersepah.
Pendek kata malam pertama aku di Samui aku dah kerugian sebab sewa hotel tapi tak tidur mana.
Mabuk minum air coke je lah. Balik bilik dengan mamai mamai bawak moto sampai bilik terus terpengsan.
Ngantuk dan penat. Mana nak datang santai nya????
Anyway I had fun.
Sampai bilik aku kunci jam sebab nak tengok sunrise. Tapi tak sure sunrise pukul berapa.
Kunci pukul 7 tapi pukul 6.30 aku terkejut.
Tengok kat balcony.
Wah !!!
Terus capai kamera dan ambik gambar. Sempat la nampak walapun matahari dah naik sikit. Layan tengok sunset jap pastu sambung tidur balik semula. Masih mengantuk.
Dalam pukul 8 terjaga semula. Pastu dah tak boleh nak lelap. Sudahnya aku bangkit dan terus pegi breakfast.
Lapar perut tak makan apa apa. Makan pancake hancur tu je lah. Masa kat Green Mango pun aku dok kembung minum air je. Tak de makanan pulak nak makan. Layan melepak sampai ke pagi dan lupa diri.
Hiks.
Aku buat benda benda macam ni kat oversea je. Kat Malaysia tak daya dah.
Hahaha.
Dari bilik aku keluar dan terus pegi breakfast.
View memag superb. Makanan? So so je. Banyak makanan sebenarnya tapi banyak yang aku tak boleh nak makan. So tatap je la sambil meleleh air liur.
Aku cuma makan buah dan roti je. Cukup la kot sekadar nak alas perut walaupun perut berkeroncong si endong endong mintak di isi.
Tak berapa ramai orang di restoran pagi tu. Ada la few mat salleh. Mostly couple lah. Ada jugak solo traveller tapi tak ramai.
Makan je lah and enjoy the view.
Setelah kenyang makan, aku pun turun ke pantai.
Ya. Hotel aku ni tak de pantai. Tu je yang slack skit. Tapi aku bukan nak mandi pun so aku tak kisah. Janji view lawa. Cukup lah.
Jom jalan di kawasan sekitar.
Belah bukit bukit sana tu la Chaweng tempat liburan
Kamar sepi
Buah apa ntah ni. Kat Malaysia pun ada rasanya
Infinity pool. Menarik. Tapi tak teruja aku nak mandi
Lepas abis merayau tu hari dah start panas. Aku balik bilik dan melepak je kejap.
Masih mengantuk dek penangan berhibur tanpa batasan semalam. Ingat nak feeling feeling dalam jacuzi kat bilik tapi malas la pulak.
So cancel lah.
Duduk melangut terkebil kebil nak cuba tidur tapi tak lena jugak. Hari dah makin siang. Kalau aku tidur kang hanyut terus.
Sudahnya aku decide nak check out je.
So aku check out dari hotel.
Tapi sebelum check out, terimalah sebuah pantun dari hamba.
Apa guna memotong getah
Kalau tidak dari batangnya
Apa guna duduk hotel mewah
Kalau tidak mencuri towel nya
Kah. Kah. Kah.
Pool towel dia lawa. Kaler hijau siap ada tulisan lagi. Mana aku tak teruja. Tapi memberatkan beg pulak rasa.
Anyway. Tak pe. Yang penting, aktiviti ni jangan di tiru oleh sesiapa. Hahaha.
Lepas check out aku pegi hantar motosikal yang aku sewa.
Motosikal yang berkhidmat sejak semalam
Sebenarnya motosikal ni belum tamat tempoh lagi. Sebab aku sewa semalam pukul 6 so aku kena pulangkan pukul 6 petang ni.
Tapi aku fikir, kalau aku nak travel ke hotel lain pastu petang nanti nak datang pulang balik ke sini macam jauh la pulak. Dan aku tak pasti pukul 6 petang nanti aku berada di mana. Kang leceh pulak.
Tak pe lah. Tak mahal pun. THB200 (RM20) je. Yang penting kemudahan.
Makcik sewa motosikal ni baik gak lah. Borak borak dengan dia. Hah. Jangan lupa ambik passport balik semula kang tak boleh nak balik. Pas selesai semua urusan, aku tunggu Tuk Tuk nak pegi ke Chaweng. Aku malas nak naik teksi. Lama jugak la menunggu depan kedai tomoi ni.
Siang siang tak de orang berlatih.
"Where do you want to go?"
Aku toleh. Makcik kedai motosikal tu tanya aku.
"Chaweng Beach"
"Oh.. you can follow this people. They want to go there. They rent mini bus coming later. U can follow them"
Hah. Baik pulak. Senang hati aku.
So dekat kedai dia tu adalah puak puak Cina. Dalam 8 orang. So dia orang nak pegi ke Chaweng jugak. Aku tak tau dia orang dari mana tapi rasanya Makcik ni yang arrangekan transport dia orang. So kebetulan kot, Makcik ni mintak la tumpangkan aku sekali ke Chaweng Beach.
Dia orang OK je. Borak punya borak rupanya dia orang pun dari Malaysia.
Dan dia orang nak balik ke Surat Thani esok jugak nak kejar flight pukul 11.30 pagi tu. Tapi dia orang naik Raja Ferry. Aku tak tau la apa arrangement dia orang since aku dah pun ada ticket ferry balik aku beli siap siap masa kat airport kelmarin.
Van tu bawak kita orang semua ke Chaweng Beach. Dia orang nak gi beli beli barang rasanya. Lepas turunkan dia orang driver tu hantar aku ke Ark Bar.
Ya. Tu la penginapan aku untuk satu malam lagi.
Aku dah borak borak dengan mamat mamat dan minah minah masa kat Mango Green Club semalam dan dia orang suggest hotel tu. Dan yang penting, Ark Bar ni letaknya betul betul depan Club tu hah. Hiks.
Apa kah malam ke dua aku akan berlibur lagi?
* pengsan
Dah dekat ni. Kalau semalam boleh merempit 4KM ke Chaweng. Apa lagi malam ni sebab right in front of the hotel !
* ketawa girang.
No lah. Actually aku dah save untuk hari ke dua ni untuk aktiviti yang lebih berfaedah sikit.
Apa apa pun check in dulu.
Ark Bar ni kodi sikit la dari hotel aku duduk semalam tu. Dan macam aku cakap, hotel kat Samui ni banyak. Pilih je la mana yang kita nak.
Janji bayar.
Tapi Ark Bar ni jugak terletak betul betul di Chaweng Beach !
Tu point aku.
So belah belakang tempat hiburan. Belah depan terus pantai dan laut.
Bilik dia OK. Cosy la jugak. Dan kat sini memang di penuhi oleh solo backpackers. Sebab semuanya dekat. Hotel ni panggil jugak party hotel sebab ada party setiap malam rabu sampai ke pagi di tepi pantai.
* koma
Perlu ke berparty tak sudah sudah ni?
Begitu soalan aku pada diri sendiri.
Letak beg terus aku ke pantai. Jom pegi check pantai dia.
"Massad ! Massad! Sir. Massad"
Sapa nak massage memang depan Ark Bar ni ada. Dan pantai kat sini la memang heaven.
Yang penting dapat welcome drinks by the beach.
Terus rasa macam king of Siam pulak.
Orang memang ramai lah. Macam macam aksi dan gaya. Tengah tengah panas tu ramai je yang mandi manda.
Macam macam orang. Tua. Muda. Kecik. Besar. Gelebeh. Tough. Seksi. Purdah.
Eh. Purdah aku tak jumpa.
Tapi panas ya ampun.
Aku lepak sekejap je pastu aku merayau di kawasan sekitar dan usha garing apa yang ada di sini.
Mari kita merayau tengah tengah panas ni.
Depan resort aku. Boleh je nak santai di sini. Tak de hal.
Sampan menuju ke Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Makcik makcik dan kakak kakak menjual beraneka jenis benda. Tapi dia orang tak de la pushy sangat so kira OK lah. Kalau nak tengok tengok pun tak de masalah.
"Buy one sir. For girlfriend"
"I have no girlfriend. I want Thai girlfriend"
"Take me.. I go to your country. Take care you"
* pengsan.
Banyak la dia punya take care.
Mostly pantai di sini adalah private. Which means belong to hotel dan resort. Di Chaweng Beach ni kebanyakkannya mixed hotel mewah dan tak mewah tapi area ni memang happening. Kalau di Chaweng Noi atau di Chaweng belah atas sikit tu baru la banyak resort resort yang mewah dan tak ramai orang sangat.
Nak ke lepak lepak pepanas macam ni di sini?
Panas perit tapi air dia lawa.
Ada jugak perkhidmatan bagi yang nak try jet ski dan aktiviti aktiviti di sini
Jagung? Mango? Pineapple. Siap di jual
Laut yang indah dan tenang
Orang memang ramai lah. Macam macam gaya kan.
Aku dok strolled along the beach tu pastu mata meliar. Nampak la yang bejemur. Ada jugak yang feeling feeling baca buku tengah tengah panas.
Tengok kanan, ada yang meniarap.
Tengok kiri, ada yang sapu lotion di tetek.
Half naked.
Top less.
Teruja !
Teruja !
So aku pun nak ambik gambar yang topless.
Click !
Aiyo.
Bukan kata nak nampak tetek. Kaki pun tak nampak.
Aku main snap sambil hayun kamera. Konon tak nak bagi orang perasan. Tapi misi ini adalah gagal. Nak buek camno. So kalau nak tengok tetek ranum dan ada yang dah agak garing sikit. Sila pegi ke Chaweng Beach dan jamu mata di sana.
Indah !
Percaya lah.
Hahaha.
Ada je yang nak membeli belah. So pandangan macam ni adalah normal.
Tapi kebanyakkan orang putih je la kat area ni. Cuci cuci mata adalah sangat seronok.
So aku merayau lagi ternampak The Library ni.
Hah !
Aku excited.
Sebab aku pernah terbaca pasal resort ni. Ni one of the luxury resort kat Chaweng Beach terletak tak jauh dari Ark Bar tempat aku menginap.
Apa yang menarik di sini?
Selain daripada hotel mewah gaya penuh indah. Satu malam harga dia mencecah RM1000 ringgit gak lah. Tapi hotel ni antara hotel yang mendapat anugerah hotel paling Trendy di dunia ni !
Kenapa?
Setting dia satu. Nama pun Library kan. So restoran dia nama Page. Dan semuanya gaya gaya membaca buku lah. Siap ada statue macam ni kat depan dia.
Pantai dia agak private la setakat nak lalu lalang tu boleh lah.
Tapi sesuatu yang buat aku lebih teruja. Hah. Dah kata trendiest of them all.
Swimming pool dia !!
Kaler merah uols.
No ! No ! No !
Jangan ingat itu darah orang pecah kepala sebab terjun tiruk dalam kolam. Tu memang kaler merah. Ngeri tak nak mandi??
Apa??
Air sirap??
Kau gila??
Bukan air sirap la. Itu memang pool dia.
Hah. Tak percaya meh sini. Aku tebal muka pose pose mewah dan naik atas lalu............
snap !
Yes !
Merah kan?
Hahahaha.
Cepat cepat lari takut orang perasan dan kena halau. Buat malu je.
Pegi ke pantai dan aku lepak lepak semula. Fikir apa aku nak buat hari ni ek?
Cuaca memang panas terik.
Sakit kepala jadinya. Kalau aku ajak OR datang mesti dia awal awal surrender pegi tempat tempat panas macam ni. Silap silap aku pun tak bergerak duduk dalam bilik je.
Memang lah panas tapi dah sampai kan nak buat cemana?
Sudahnya aku pegi ke kawasan jual jual kat Chaweng. Kat belakang resort resort ni.
Kawasan jualan ni panjang jugak. Few kilometer along Chaweng Beach. Siang ada je kedai bukak tapi tak de la semeriah waktu malam.
Macam macam la kalau nak beli kat area ni.
Tak lupa jugak bar dan disco dan restoran bersepah sepah. Kalau macam di Phuket, ini la Patong.
Tapi aku rasa Samui ni lagi best pada Phuket !
Tengok la kesibukan kawasan Chaweng Beach ni. Kalau siang tak de la sangat tapi bila malam. Pergh..
Sesak. Penuh dengan motosikal dan orang mundar mandir.
Dekat tengahari aku balik ke bilik kejap, rest dan solat semua sebelum aku decide nak kena keluar balik. Kalau ikut kan penat dan berat mata memang aku membuta je lah. Tapi aku dah tak de masa. Hari ni je ada aku nak explore Samui ni.
Nasib baik la kat dua dua hotel aku stay wi fi free so aku ada masa boleh nak baca kat mana nak gi cari tempat makan Halal. Lapar.
So lepas siap semua aku pun mula bergerak.
Boleh beli FM seketul tu.
Misi nak mencari kedai makan ni berkobar kobar. Sebab lapar.
So aku berpusing pusing kat Chaweng Beach dengan merempit gaya hebat dengan kepanasan yang luar biasa.
"Give me Shrimp Fried Rice. Tomyam. You have Sate? Yes. Satay also 100 piece. Drink. Drink... "
Macam tu aku merangka dalam otak nak makan dengan lahap.
Dah terlajak sikit sebenarnya, so patah balik dan park motosikal kat depan. Usha usha Fareeast Restaurant ni.
"Kenapa kau tutup Dol????????"
* nanges.
Kuciwah !
Aku kuciwah !
Boleh pulak hari ni dia tutup? Tak tau ke aku ni lapar? Lapar tau tak?
Gimana ni?????????????????????????????/
* nanges bawah pokok.
Owh. Serious aku kecewa. Aku dah bayangkan nasik masuk perut aku. Makan dengan enak. Tapi apa kan daya.
Tetiba bergema di telinga....................
'Sepandai pandai tupai melompat, sapa suruh curi tuala kang makan pun tak dapat?'
* pengsan.
Tapi dengan semangat yang berkobar liar aku gagahkan diri. Cari. Ada lagi satu kedai makan halal betul betul depan Bangkok Samui Hospital.
Tak jauh dari tempat tadi. Bawak slow slow dan nampak lah.
Ah !
Lega. At least ada juga dan buka.
Kedai ni ada jual nasik campur. Tapi aku tengok lauk pun dah banyak abis. So aku makan nasik beryani ni je lah.
Selesai makan. Alhamdulillah kenyang.
Lapar punya pasal, bedal je. Harga THB70. Janji kenyang dapat nasik.
Cuaca pun macam mendung mendung nak hujan. Tapi tak leh. Aku tak boleh berehat. Kena melengkapkan misi ni.
Misi aku?
Nak round satu Koh Samui dengan merempit !!!
Ayuh.............
bersambung............
sblum g kohsamui sy bc blog anda... skrg dh experienced kt sana... jmpa gak saya restoran far east... sedappp...
ReplyDeletebravo...............
ReplyDelete