Aku dengan bebudak GBS telah pegi pergi cuti cuti Malaysia !
Cuma kami bertiga je yang turut serta. CP busy dengan urusan family. MH pun sama, ada hal. Jadi kami merancang pergi bertiga ke kali ni.
Melewati jam 12 malam kami mula keluar dari rumah aku. Aku lah yang lambat. Dok selesaikan satu persatu perkara. Banyak benda aku nak kena settlekan. Dia orang tunggu je lah tidak kesabaran.
Keluar dari KL kami ke Danau Kota dulu sebab nak beli barang. Sebelum tu ler nak gi buat aktiviti perbankkan semua. Agak kalut sebenarnya. Lebih kalut lagi, jam dekat Danau Kota macam lahanat ! Kami terperangkap kat situ sampai jam 2 pagi ! Barang yang nak di carik pun tak di temui, last sekali kami redah je meninggalkan kota Kuala Lumpur !
"Nak ikut jalan mana ni?"
IH tanya aku. BW sebelah dia. Aku kat belakang. Aku memang ambik posisi belakang sebab aku mengantuk dan nak tidur.
"Mana mana je lah, asal sampai"
Aku pun dah tak reti nak fikir. Aku cuba lelapkan mata. Tak sedar apa pun yang mereka berdua dok berborak. Last sekali aku dengar mereka decided nak ikut Gua Musang ! Fine. Aku tak de apa apa halangan asal IH boleh drive. Malam malam buta macam ni, aku mana boleh drive. Mata aku terbatas. Kalau ada MH boleh la buat teman giliran tapi tak de. Nak suruh BW drive? Aku kena ambik cuti seminggu ler baru sampai ke destinasi agaknya !
Aku terlena sampai jam berapa ntah. Tiba tiba aku sedar dia orang berdua riuh rendah ! Sesat rupanya.
"Kenapa kau orang ni?"
"Sesat !"
"Huh?"
"Dah dah ! Dah jumpa dah!"
Apa apa je lah dia orang ni.
"Kat mana kita ni?"
"Kuala Lipis"
"Aaa"
Kebush ! Aku sambung tidur. Tidur tidur ayam je. Mana cukup lena nya?
Aku tak tahu lah, tengah layan mata dengan syoknya dan dendangan lagu lagu yang mengusik jiwa, tiba tiba BW kejut aku.
"Cepat lah bangun. I ngantuk ni"
"Hah!"
Aku terus je tukar posisi. Kali ni aku jadi co pilot. IH masih sedia memandu. BW ambik port kat belakang dan tidur macam gajah mati. Opsss. !
Sampai ke Kuala Krai semua bangun. Hari dah siang ! Isi minyak dan kali ni giliran aku lak memandu. Kesian IH tahan mata satu malam. Dia pun dah separuh ting tong. Dia ambik giliran kat belakang, aku drive dan BW jadi co pilot semula. BW ni bukan setakat co pilot je. Dia lah pramugari, pramusaji dan juga jurucakap. Abis semua benda dalam kereta tu dia paksa aku makan. Lepas satu satu. Macam lah aku ni tong sampah bergerak. Pastu dia dok bercerita tanya soalan macam macam tak nak bagi aku mengantuk. Padahal aku OK. Tu lah dia tu, makcik makcik sungguh.
Akhirnya jam 8.30 pagi, kami sampai ke destinasi kami. Kuala Besut !
Yes ! Yes ! Yes ! Kira not bad lah, drive pukul 2 sampai 8.30 pagi. Park kereta, siap beli tiket dan kami sempat bersarapan kat jetty Kuala Besut tu. Best jugak makanan makcik tu. Kami masing masing makan Nasik Lemak dan Nasik Dagang dia. Ferry kami bergerak jam 9.30 pagi. Harga tiket 70rm seorang tidak termasuk 5rm yuran untuk marine park. Kira tambang 75rm pegi dan balik !
Perjalanan dengan speed bot memakan masa setengah jam. Laut berombak tapi tak de lah bergelora mana. Akhirnya bot yang berisi muatan seramai 12 orang itu tiba di destinasi pertama di Pulau Perhentian Kecil di Coral Bay ! Semua orang turun kat situ kecuali kami bertiga dan ada mat salleh 2 orang sebab mereka mahu ke Perhentian Besar. Destinasi kami? Long Beach, Perhentian Kecil iaitu the other side of Coral Bay. Peringatan kalau mahu ke sana, cakap je dah booking bilik di Long Beach sebab kalau cakap tak book, dia akan drop dekat Coral Bay je dan kena menapak agak jauh ke sebelah Long Beach tu.
Akhirnya boat yang kami naiki sampai juga ke destinasi yang kami mahukan, Long Beach atau Pantai Pasir Panjang. Kawasan tu memang happening. Sampai je kelihatan air berwarna torquoise memang jernih, macam dalam pool yang besar. Pasirnya memutih. Apa yang kurang best sebab terlalu ramai orang si kawasan ini, tapi itulah tempat yang paling sesuai untuk mencuci mata !
Dalam panas terik kami menuju ke chalet kami. Masalah kat sini chalet tak boleh nak booking, biasanya first come first serve. Nasib baik IH melalui seorang kenalan memang dah call brader kat Lemon Grass ni dan kami pun dapat chalet kat situ.
Chaletnya tak besar. Cukup memuatkan 3 orang. Ada 2 beds dan 1 extra mattress. Sementara menunggu bilik kami siap, kami duduk dulu melayan diri sendiri, minum minum menghilangkan dahaga. Harga makanan dan minuman agak tinggi sedikit di kawasan pulau ini tapi kami sudah sedia maklum.
Dapat bilik kami load barang barang. Nak lepak kat chalet cuaca agak panas. Last sekali kami keluar bersiar siar. Saja layan kaki berjalan jalan dan usha usha.
"Beb. Toplesss !"
IH berbisik.
"Aku tau. Aku nampak !"
Kontrol gila aku dengan IH berjalan. BW kat belakang. Ada minah salleh ni tengah dok sapu lotion kat tetek dia. Tak pakai bra. Memang topless la. Muka dah lah cun. Selamba bomba je. Apa lagi, menjeling menjeling ku bertentang, tetek kita saling memandang....ku coba ku coba tak inzal.... tapi buat abang separuh inzal je.
Penat berjalan akhirnya kami melepak bawah pokok. Sebelum kami nampak banyak payung kat tepi pantai tu, ingat free ke apa, so kita orang lepak le. Last sekali kena bayar 10rm. Bukan sebab kedekut tak nak bayar, tapi sebab malu dan gelabah, kita orang decide nak blah je dari situ. Angin pakcik tu siap berkhutbah lagi. Ha ha ha... Lariiiik !!!
Akhirnya jumpa port bawah pokok. Masa tu jam baru lebih kurang pukul 2 petang ! Panas terik tak tertahan. Kalau baring tepi pantai ni lena jugak jadi nya. Masing masing ambik port. BW, aku dan IH. Dia orang biasa ler tidur lite lite. Aku ni dah keletihan tak ingat punya, tidur macam kat rumah. Hahaha. Sekejap aku buat pose Siang Malam Penyu Menangis. Pastu pose, Paus Biru naik ke darat ! Dugong Santai dan jugak Pose Mari Memeluk Bantal Laksana Tidur Di Rumah Sendiri !
Hahaha. Lawak gila. Aku mengantuk gila babi. Penat turun flight baru terasa. Flat badan tu yang dapat tidur tu macam lupa segalanya.
"Bangun ! Bangun !"
BW kejut aku.
"Kenapa?"
"Bangun lah. U berdengkur. Dah lah macam tidur kat rumah. Orang lalu lalang tengok senyum senyum je"
"Aarghhh"
Ada aku kesah? Cak ! Cak ! Cak !
Aku tak pedulik. Mengantuk punya pasal. Aku sambung tidur lagi sampai lebam lebam bijik mata. Lama jugak lah aku tidur. Aku sedar, BW baring kat sebelah, statik je. IH pun baring gak, statik je, tapi kenapa aku tidur macam peluk bantal peluk je? Kejap sedar ke kanan, kejap sedar ke kiri, nasib aku tak tergolek terus ke laut !
Bangun je terus kami gi minum kejap then balik ke bilik !
Masih tak segar badan. IH mandi, BW buat apa ntah, last sekali aku bantai tidur sekali lagi kat beranda. IH bagitau aku nak gi tengok Sunset dekat Coral Bay. Ahhh sunset ke mana, apa ke mana.. last sekali aku membuta buat kali ke berapa ntah !
Tak sedar diri lagi. Betul betul flat. Tak reti nak kata.
Aku sedar sedar tanya BW.
"Pukul berapa dah?"
"Pukul 6. Kesian IH tunggu U, sampai tertido"
Tu lah, masalah bebudak ni baik sangat. Dah aku membuta riang, bukan nak kejut ke, atau heret aku ke campak dalam telaga ke, atau simbah je dengan air kumbahan. Mesti aku bangun.
Tak boleh jadi. Kesian dengan dia orang. Tak jadi aktiviti sebab aku feeling feeling sleeping beauty !
"Bangun ! Jom gi mandi !"
"Sekarang?"
"Hah !"
Tengok ! Kalau abang sebagai ketua kampung ni memberi arahan, ikut je dia orang ni. So kami bertiga pun bersalin pakaian dan memulakan aktiviti renang berirama !!!
Kebush ! Kebush !
Tengah tengah mandi hujan pulak turun. Tak naik naik jugak. Kami bertiga stay dalam air dan berborak borak. Dok lepak lepak kat tepi pantai sampai ke maghrib. Bila dah gelap betul baru naik ke chalet. Mandi dan bersiap siap kami pergi makan.
Banyak kedai makan tersedia di Long Beach area. Ada few choices jugak lah. Mereka menyediakan makanan western dan jugak melayu. Pilih je. Tapi pilihan kami salah. Malam tu kedai yang kami pilih makanan macam lahanat ! Order yang special special tapi haram tak de special nya. Lapar punya pasal kami bedal je. Tu pun sebelum tu perabihkan stock rations yang kami bawak. Makan kat chalet sambil borak borak !
Dalam pukul 10 lebih kami pulang ke chalet. Ada beach party. Tapi masing masing memang dah penat dan tak larat nak join. Balik chalet terus semua flat ! Keras terus. Aku tidur atas katil. IH katil satu lagi dan BW kat bawah. Memang tak sedar apa. Sedar sedar dah pagi. BW dah kejut. Dia tak boleh tidur, dia kata banyak nyamuk, tapi aku pun tak sedar bila nyamuk datang !
Bangun pagi bersiap siap dan kami breakfast. Makan ala kadar dan bersiap siap untuk aktiviti hari ni. Aktiviti yang di tunggu tunggu ! Snorkeling !
Aku dah lama teringin nak snorkel di Perhentian. In fact ni pun first time aku ke sana setelah sekian lama asyik dok dengar cerita orang je.
Setelah urusan ambik kaki itik dan goggle selesai, kami sempat celup diri dalam air dan tak lama lepas tu bot dan bersedia. Bersama sama kami ada lagi 8 orang yang lain bersiap sedia untuk snorkel bersama.
Harga untuk snorkel adalah 40rm termasuk mask and goggle and kaki itik !
1. KK bay.
KK bay terletak di bahagian selatan Pulau Perhentian Besar. Tak jauh dari tempat kami menginap. Perjalanan bot memakan masa tak sampai 1o minit.
Sampai sampai, mat salleh semua dah terjun. Ada 3 french, 1 american, 1 malaysian, 1 parsi dan 3 phillipines, 3 lagi? Aku, BW dan IH... warga negara kami? Macam biasa, Italy, Kelantan dan Germany. Kelantan tu kat lain okeh ! Ni Kelantan luar negara ! Hahaha.
Lama aku tak snorkel. Cuak jugak pertama kali tu. Tengok orang lain semua dah terjun, takkan aku nak pose pose meroyan sorang diri atas boat tak nak turun. Tapi aku pakai jacket gak lah, aku tak terror sangat berenang, berenang anjing dan katak tu buleh lah, tapi kalau air dalam ni, takut aku ilang pertimbangan dan cuak tak tentu pasal, mahu tenggelam timbul terus masuk gol !
Tapi saat pertama kali aku snorkel tu nampak terus ikan ikan berenang berhampiran. School of fish yang cantik dan berwarna warni. Sangat dekat dan seolah olah boleh di sentuh dengan jari ! Lawa. Macam dalam akurium yang besar. Ada nemo dan kuncu kuncu nya. Banyak ikan yang menarik. Tapi aku agak frust sebab coral dia banyak dah mati !
Rugi ! Rugi !
Hampir 45 minit kami di situ, akhirnya kami ke destinasi ke dua.
Apa lagi nak di cari di sini kalau bukan, Shark !!
Yes ! Ada shark. Mamat bot yang jugak tukang bawak kami snorkel tu pun turut serta. Sebab beliau lebih berpengalaman, dia mintak kami bergerak dalam kumpulan dan dia akan cari di mana Shark berada dan kami boleh lihat.
Cuak gak aku. Buatnya, shark tu nampak ponggong abang yang salah alignment ni terus dia terkam ! Belum nampak tetek noreen lagi. Buat dia gila tetek macam aku? Hah ! Mati lah abang kena makan dengan ikan jawssss.
Lama kami snorkel kat situ, agak lebih kurang 20 minit, baru dapat sign ada shark di kawasan persekitaran. Tapi shark tu pun sekolah jugak, dia bukan bodoh. Ntah ntah sekolah Elite. Dia tahu orang chase dia, dia pun pose pose lari dengan baju jubah. Terus hilang !
Cis ! Tapi abang masih ingin meneroka dasar laut tersebut dan melihat sendiri wajah tak hensem Shark tu. Cilaka kau Shark ! Kau shy shy cat dengan aku???
Akhirnya, dapat sekor lagi dan kali ni masing masing dapat saksikan dengan mata kepala sendiri. It was cool ! Syok !!
Banyak ikan selar kuning kat situ, Goreng pun sodap !
Kami seterusnya ke destinasi ke 3.
3. Turtle Point !
Ya ya ya. Satu lagi species abang yang dah lama ilang contact. Maklumlah semenjak telefon ilang hari tu, nombor dia orang pun hilang. So ini lah masanya abang nak menjejak kasih dengan mereka.
Tempatnya adalah di antara Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.
Dari atas bot boleh lihat dasar lautan berpasir putih. Dengan air yang jernih lebih memudahkan lagi pemerhatian kami untuk melihat sendiri species yang sudah hampir pupus ini.
Sebaik saja bot berhenti di kawasannya, terus masing masing menjerit sebab nampak Penyu !
Terus semua terjun. Abang pun apa lagi !! Dengan tak sempat make up apa ni, rambut pun tak sempat nak blow. Pakai topeng Ultra-joe dan penyedut hampagas terus terjun.
"Hah ! Mana kau nak lari penyu !! Sini kau ! sini kau !"
Dialog busuk abang dalam hati sambil berhempas pulas pump air keluar dari mulut !
Tapi penyu tu memang kekwat ! Dia lupa abang ni sedara dia agaknya, terus dia mencicit lari. Yang lain lain tu kejar jugak lah, ah aku tak larat la nak kejar. Dah namanya dia Penyu, biar dia lah nak buat apa pun, janji aku dah tengok.
Aku naik atas bot dan jadi jurukamera untuk sesi potography si BW dengan IH. Mereka pantang nampak lensa kamera. Suka mencapap tak tentu hala walaupun kamera orang lain !
Dua kali nampak penyu di kawasan tu. Kali ke dua mat salleh tu siap terjun dan tangkap lagi. Kesian penyu tu mesti trauma gila.
Abis selesai beraktiviti di situ, kami singgah makan tengahari di Fisherman Village !
4. Fisherman Village.
Fisherman Village terletak di bahagian Selatan Pulau Perhentian Kecil. Ada sekolah, ada pejabat pos dan kemudahan serba lengkap. Ada jugak deretan kedai kedai makan di situ. Memnag termasuk dalam package, dia orang akan bawak makan tengahari di sana, cuma kena bayar sendiri lah.
Kami lepak makan makan satu group. Sambung meja. Yang bestnya, time tu lah baru semua berborak dan berkenal kenalan walaupun dah spent masa sama sama setengah hari.
Yang 3 mamat French tu tak berapa masuk sangat sebab dia orang membuta. Tapi aku, BW dengan IH layan borak dengan awek awek Phillipines dan mamat US dan Parsi ni semua. Seronok semua. Borak borak kosong je tapi enjoy lah sampai mamat boat tu tak berani nak panggil sebab tengok kita orang syok sangat berborak.
Borak punya borak sampai hampir jam 3 baru selesai.
Lega, perut dah kenyang, kami bersedia untuk acara seterusnya, snorkel di kawasan seterusnya.
5. Coral Garden/Stingray Point !
Hah ! Agak mengecewakan, aku memang teringin sangat nak tengok coral coral ni. Kat Perhentian ni memang mati semuanya. Dia orang kata ada kat Light House tu tapi sebab strong current, tak boleh nak snorkel kat situ.
Masa aku kat Kapas dulu, tepi tepi tu pun, sekurang kurangnya aku nampak jugak Coral hidup. Boleh tahan lawanya. Kat Tioman dulu pun still ada, tapi kat sini, haram ! Ada lah nampak coral table besar, tapi sebab mati, tak de apa pun. Just batu karang macam tu je lah.
Abang pun bersedih dan pose pose mengalir air mata duyung !
Tapi kesedihan terubat sebab aku dengan IH dapat menjejaki ikan pari ! Yes ! Pari yang besar. Ketakutan dia di buatnya. Padahal kita orang pun cuak jugak. Lagi le sebelum tu nampak ular laut. Panjang gak. Cuak seh. Tapi kaler dia biru berbelang hitam. Macam hensem jugak lah.
Kami spend masa tak lama kat Coral Garden tu sebab strong current.
Destinasi seterusnya, bukan untuk snorkel tapi untuk berehat dan menikmati keindahan pantai dan airnya....
6. Romantic Beach !
Hah ! Memang romantik. Sebab tak de orang le kot. Tu yang romantik. Situ tempat penyu bertelur, tapi tak de pun penyu time tu. May be dia orang sibuk pegi kenduri kendara, maklumlah banyak jemputan kawin sekarang ni.
Kami lepak mandi mandi. Air dia memang lawa. Pantai dia bersih. Ada yang ambik peluang berposing sakan. Tak terkecuali, aku, BW dan IH yang pose pose buat iklan perfume tepi laut. Penuh gaya seksi dan seksa. Berkocak lautan setiap kali masing masing buat mata redup memandang lensa kamera !
Clik !!!!
Hahahaha.
Very nice place.
Kami meninggalkan Romantic Beach dan menuju pulang ke Long Beach setelah setelah menghabiskan pakej snorkel berharga 40rm tu.
Satu pengalaman yang menarik dan mengujakan ! Patut di cuba oleh setiap orang yang ke mari, cuma pasal coral tu ada frust sikit, lain lain... tip top !
Sampai ke chalet, kami tak terus pulang. Sebaliknya kita orang tracking masuk hutan ke Coral Bay. Adalah 10 minit perjalanan tapi semput jugak lah naik bukit kecil dan merentas hutan.
Abang ni lagi lah kepenatan teramat sangat. Kena pulak kejar bebudak berdua tu, nak je aku suruh babi Hutan kejar dia orang, suka mendajal sucikan abang yang lemah tak berdaya saing ni.
Kami lepak di Coral Bay. Tempat dia agak packed. Air dia tak berapa clean macam Long Beach. Ramai jugak orang dan boleh mencuci mata.
Makan lepak minum minum kat situ pekena shakes dan kami pulang semula ke Long Beach sebab kami ke sana sebenarnya dengan niat suci murni. Tapi kemudahan tersebut tak ada di sediakan di situ. Kami ke Long Beach semula dan naik taxi ke D Lagoon.
Di sana kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang sudah lama masing masing teringin.
Banana boat !!
BW yang paling excited. Sejak dari sampai lagi dia tanya bila boleh naik benda tu. Pendek kata masa kat Bintan dulu pun dia tanya pasal tu. Kali ni kasik puas hati dia, kami bertiga pun berkesempatan lah naik. Bayarannya 20rm seorang. Tak termasuk 6rm harga teksi iaitu boat transfer dari Long Beach ke D Lagoon !
Budak yang bawak bot tarik Banana Boat tu memang saja nak mendajal sucikan kami bertiga. Dah lah kita orang bertiga je naik, dia bawak kasik korner lipat lipat, terpelanting lah kami bertiga tercampak di tengah lautan.
Dia boleh buat bodo je.
Abang mengaku lah, banana boat tu tak boleh nak menampung aku. Aku nak naik je terus capsized ! Hahah. Pastu tak boleh nak terbalikkan semula. Satu hal pulak. Terus kami memanggil kawan kawan kami.
Wonderpets !
Wonderpets !
Apa yang penting, kerjasama...........
Hah ! Memang romantik. Sebab tak de orang le kot. Tu yang romantik. Situ tempat penyu bertelur, tapi tak de pun penyu time tu. May be dia orang sibuk pegi kenduri kendara, maklumlah banyak jemputan kawin sekarang ni.
Kami lepak mandi mandi. Air dia memang lawa. Pantai dia bersih. Ada yang ambik peluang berposing sakan. Tak terkecuali, aku, BW dan IH yang pose pose buat iklan perfume tepi laut. Penuh gaya seksi dan seksa. Berkocak lautan setiap kali masing masing buat mata redup memandang lensa kamera !
Clik !!!!
Hahahaha.
Very nice place.
Kami meninggalkan Romantic Beach dan menuju pulang ke Long Beach setelah setelah menghabiskan pakej snorkel berharga 40rm tu.
Satu pengalaman yang menarik dan mengujakan ! Patut di cuba oleh setiap orang yang ke mari, cuma pasal coral tu ada frust sikit, lain lain... tip top !
Sampai ke chalet, kami tak terus pulang. Sebaliknya kita orang tracking masuk hutan ke Coral Bay. Adalah 10 minit perjalanan tapi semput jugak lah naik bukit kecil dan merentas hutan.
Abang ni lagi lah kepenatan teramat sangat. Kena pulak kejar bebudak berdua tu, nak je aku suruh babi Hutan kejar dia orang, suka mendajal sucikan abang yang lemah tak berdaya saing ni.
Kami lepak di Coral Bay. Tempat dia agak packed. Air dia tak berapa clean macam Long Beach. Ramai jugak orang dan boleh mencuci mata.
Makan lepak minum minum kat situ pekena shakes dan kami pulang semula ke Long Beach sebab kami ke sana sebenarnya dengan niat suci murni. Tapi kemudahan tersebut tak ada di sediakan di situ. Kami ke Long Beach semula dan naik taxi ke D Lagoon.
Di sana kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang sudah lama masing masing teringin.
Banana boat !!
Budak yang bawak bot tarik Banana Boat tu memang saja nak mendajal sucikan kami bertiga. Dah lah kita orang bertiga je naik, dia bawak kasik korner lipat lipat, terpelanting lah kami bertiga tercampak di tengah lautan.
Dia boleh buat bodo je.
Abang mengaku lah, banana boat tu tak boleh nak menampung aku. Aku nak naik je terus capsized ! Hahah. Pastu tak boleh nak terbalikkan semula. Satu hal pulak. Terus kami memanggil kawan kawan kami.
Wonderpets !
Wonderpets !
Apa yang penting, kerjasama...........
Ya ! Berkat kerja sama, kami bertiga dengan penat nya, dengan lelahnya, dengan bersungguh sungguh tengah tengah lautan tu cuba betulkan banana boat tu semula dan sorang sorang naik. Aku rasa mamat yang bawak bot tu saja nak suruh kami jatuh, pastu dia buat bodoh je macam cat cat kuku tengok kami terkial kial !
Dan tak cukup dengan tu, dia bawak lagi pusing pusing dan nak suruh kami jatuh lagi. Tapi kali ni kami tidak semudah yang di sangka. Berkat kesabaran dan teknik teknik yang kami belajar di sekolah Teknik, kami tak mudah jatuh. Lama jugak dia berpusing pusing. Macam macam posisi akrobatik dia cuba tapi kami tetap maintain.
Ada sekali tu je IH tercampak jugak sebab tak balance. Tapi dia kata saja saja je sebab kesian kat budak boat tu mesti dia tension kami tak jatuh jatuh.
Spekuan je tu, jangan percaya !
Pastu naik lagi dan kali ni dia lebih ganas. Berpusing pusing jugak lah. BW dengan aksi peluk kemas Banana Boat bagi memastikan dia tak jatuh !
Malang menimpa, ada satu part tu memang tak boleh bertahan. Tiga tiga tercampak ! Sakit dowh ! Tapi it was a fun ride. Budak bot tu sengeh sengeh je tengok kita orang terkapai kapai. Tapi dia agak baik sebab dia hantar terus kami ke Long Beach so tak payah kena extra charge kalau dari D Lagoon tu.
Balik ke Long Beach kami melepak lepak dan mandi laut lagi.
Seronok bila kena air, nak naik pun malas. Kami borak borak je tepi ombak tu, tiba tiba ada jeritan dari orang yang tak di kenali.
"Naik ! Naik !"
Kami memandang sesama sendiri.
"Ombok kuat tu, kekgi ye tarik beloh bowoh tu ... male doh ni. Naik naik. Lamo doh ni tok ambik nyawo !!!"
Wahhh ! Terus masing masing pose telekong dan bertaburan naik ke darat. Cuak gak tuh ! Pakcik tu dah lah macam Black Ray cerita Queens of Langkasuka tu. Creepy giler.
Balik chalet, mandi dan bersiap siap dan kami keluar gi makan.
Kali ni masing masing nak try BBQ. Orang agak ramai walaupun dah abis hari minggu. Kedai di buka macam biasa tapi slow sikit lah.
Paling hampa, makanan macam hanjing. Mee Hoon goreng dia rasa macam telur lipas ! Ayo yo yo... pitam di buatnya. Makan mana yang ada je. Kira so so je makanan dia. Kena buat pilihan yang tepat. Ada 3 kedai kat situ, malangnya 2 kedai yang kami cuba, semua out !!!!
Nak buat cemana?
Abis makan lepak lepak lagi tepi laut. Borak borak. Cuaca yang sangat indah. Bulan terang benderang. Bintang bergemerlapan. Makan kuaci dan kacang. Layan borak sampai jauh malam. Akhirnya kami pulang ke chalet dan terus tidur terbongkang tak sedar diri.
Sedar sedar pagi BW dah kejut. Kami memang nak balik awal. Ingat nak breakfast dulu tapi tak sempat. Masa ke pantai tu boat dan tersedia menanti jam 8 pagi. Terus naik boat dan balik ke Kuala Besut.
Sempat sarapan dan akhirnya kami bergerak ke destinasi pelancongan seterusnya.
Dari Kuala Besut, aku drive sampai ke Kuala Terengganu. Bawak dia orang ke Pusat Tamadun Islam, then pegi beli keropok Losong. Singgah di Pasar Chabang Tiga. Bawak mereka pusing pusing di Batu Buruk !
Sebelum tu kami singgah di Pantai Teluk Ketapang dan makan Udang, Ikan dan Sotong Goreng. Fuh !! Air kelapa yang segar. Makan sampai kenyang. Memang kenyang gila !!!
Dari Kuala Terengganu, drive lagi. Kali ni IH pulak dah flat. Dia membuta je kat belakang. Aku drive dan di temani oleh BW dengan soalan soalan dia yang ntah hapa hapa. Dia suka tanya soalan berharga 10 juta sampai macam aku tak reti nak jawab.
Dok layan borak dengan dia gak la akhirnya sampai di Pantai Kemasek.
Lepak lepak tepi pantai tu siap makan mee dulang. Makan lagi !!
Kenyang perut dah.
Kami teruskan perjalanan. BW teringin sangat nak minum kat kedai kopi Kemaman tu. Singgah lagi kat situ dah makan lagi.
Ayo yo yo !!
Abang surrender. Badan semakin gemuk dan hitam dan membulat ! Sudah tidak cakep lagi.
Dari Kemaman terus je ke Kuala Lumpur. IH yang drive all the way. Layan borak borak, melalak dalam kereta akhirnya kami sampai ke kota Kuala Lumpur semula. Sedikit pandangan, aku rasa Perhentian Kecil sesuai untuk bujang bujang dan make sure stay di area Long Beach. Kalau family, better ke Pulau Perhentian Besar je. Paling tak best rasanya bila sakit perut nak berak. Tahik abang memang tak cantik di sana. Nak tak nak terpaksa lah berak walaupun macam pejam mata jer. Hari pertama tahan jugak la, hari ke dua 2 kali aku berak. Mungkin makanan ntah hapa hapa masuk perut kot.
Perjalanan yang tak berapa merumitkan. Budget pun tak banyak. Chalet (40 each) + Minyak kereta dan Tol (60 each) + Aktiviti (40 + 20) + Boat (70) = Lebih kurang 200 lebih. Spare some cash for makan, it is still consider within budget.
Ah ! Kepenatan gila. Tapi kami dapat apa yang kami inginkan. Keseronokkan ! Jauh dari hiruk pikuk kota. Dapat mencari ketenangan. Letih memang letih tapi kami melalui pengalaman yang begitu bermakna dan mengasyikkan. Sekurang kurangnya kami telah ke sana.....
Abang masih keletihan but it feels good to be back to KL !
TAMAT
Assalamualaikum... nk tny... gamba yg last tu amek kat pantai area mne...?
ReplyDeleteJebatz : tu pantai kemasik di area kemaman ... kalau on the way dari KT ke Kuantan ikut jalan pantai.. nampak signage dia.
ReplyDelete