Namastee !
Ya. Aku dah pulang dari India.
Trip yang aku rasa macam ntah hapa hapa sebab aku tak prepare mana tup tup, terus pegi.
Banyak benda nak cerita pasal trip India ni. Banyak kenangan pahit dan manis. Chewah !
Tapi trip ni memang agak spontaneous lah. 4 jam sebelum fly baru aku dapat confirmation dari Air Asia X. Pastu dia issue e ticket dan aku terus ke KLIA. On the way dalam ERL baru aku confirmkan ground arrangement kat sana. Tak sempat nak cari tiket keretapi, terus aku ambik pakej je.
Aku memang tak suka pegi dengan pakej pakej ni sebab terbantut banyak perkara yang kita nak buat, tapi masa tu memang tak de choice. Nak tak nak terpaksa lah.
Bayar online separuh dan sampai sana aku bayar balance dia.
Apa apa pun, mudah kerja. Sampai sana dah ada orang tunggu. Sedih jugak la tak dapat ke Nepal seperti yang aku rancangkan. Trip seminggu terpaksa aku kurangkan menjadi 6 hari saja atas sebab sebab teknikal.
Berikut adalah gambar gambar tempat di lawati di Delhi, Agra dan Jaipur.
Apa apa pun, trip ke India kali ni memang agak relaks. So aku menjadi raja je. Raja Kapoor !!!!
Apa apa pun, trip ke India kali ni memang agak relaks. So aku menjadi raja je. Raja Kapoor !!!!
Saksikan lah oleh mu wahai sang hujan.
1. Delhi - Jama Masjid (Dibina oleh Shah Jahan dan merupakan masjid terbesar di India)
2. Delhi - Red Fort (Kubu pertahanan dibina oleh Shah Jahan) - UNESCO site.
3. Delhi - Rughat ( Tempat bersemadinya Mahatma Ghandi)
4. Delhi - India Gate
5. Delhi - President House & Govenment Complex (Macam Putrajaya)
6. Delhi - Humayun Tomb (Makan yang di bina oleh Isteri Humayun untuk suaminya) - Another UNESCO site.
7. Delhi - Qutub Minar (Menara batu yang di bina sebagai tanda kemenangan kerajaan Islam ke atas kerajaan Hindu. Another UNESCO Site.
8. Agra - Sikandra ( Makam Emperor Akhbar - Atuk kepada Shah Jahan)
9. Agra - Agra Fort (Tempat di mana Shah Jahan di penjara dan hanya dapat melihat Taj Mahal dari penjaranya sahaja)
10. Agra - Taj Mahal on Sunset
11. Agra - Taj Mahal
12. Agra - Fatehpur Sikri - Istana Emperor Jahangir ( ayah kepada Shah Jahan)
13. Jaipur - Monkey Temple
14. Jaipur - Hawa Mahal ( Tempat di mana wanita wanita dari golongan keluarga di raja, mengintai untuk melihat perarakan di Jaipur)
17. Jaipur - Jantar Mantar (Tempat pengukuran astronomi zaman dulu dulu)
Overall, trip India ni tak de la penat sangat tapi cuaca panas gila gila !
Hari pertama di Delhi aku terus sakit kepala dan selsema. Terjelepuk hina kat hotel sebab tak tahan cuaca panas sangat sampai mencecah 42 darjah Celcius.
Tempat yang di lawati.. Hmmm semuanya monumen monumen je. Satu satu tempat tu besar besar pulak. Enough of monumen dah. Tapi mostly tempat tempat ini di bina oleh pakar pakar dari Parsi untuk raja raja ini. Maka, kalau nak tengok monumen macam ni, baik je la pegi Tehran. Apa apa pun, kena pegi India dulu lah kot baru boleh appreciate Iran.
Makan semua OK. Tak de pulak aku terkena cirit birit ke apa. Tapi ada sekali terkantoi makan ayam katok !
* nanges.
Penginapan OK. Selesa lah.
Pendek kata, semuanya OK. Ambik pakej macam ni, tak de hassle sangat sebab aku cuma bangun pagi, driver dah tunggu kat bawah pastu pegi melawat. Tak de aku nak perah otak nak fikir cemana nak pegi, nak naik keretapi apa semua semua tu. Ada pro and cons jugak lah. Apa apa pun, aku rasa dengan cuaca yang panas macam tu, nasib baik la aku tak travel sendiri. Kalau tak, pengsan la tengah jalan.
Nanti aku update la sikit sikit mana yang patut. Tak tahu nak tulis cemana sebab tak macam travel log biasa yang aku pegi melawat. Apa apa pun, banyak kenangan pahit dan manis sepanjang 5 hari di India. Aku bertekak dengan Guide aku. Pastu pengalaman menyertai majlis orang yang ntah cemana aku boleh terselit kat situ. Pengalaman ngeri, menyampah, jahanam, kena kencing, semua perasaan tu ada.
OR paling risau sebab dia SMS aku tak berbalas. Actually dekat Agra dan Jaipur memang tak de coverage. So aku terputus hubungan dengan dia.
Dah mula dia fikir bukan bukan. Dia tengok berita ada kapal karam dia syak aku mati tenggelam. Siap mimpi mimpi lagi. Ntah kapal tu tenggelam kat mana mana ntah.
Shopping di India biasa biasa je. Lebih lebih lagi aku ni hah yang tak reti shopping. Tapi carik gak la kain sari sebab BW kirim. Tapi aku sendiri pun tak tau cemana nak beli. Main belasah je. Silap silap BW kelihatan terlebih keling di hari raya nanti lepas pakai kain sari tu. Hahahaa.
Baju I love.. memang tak jumpa. Carik FM je. Tu pun aku beli kat Agra dan Jaipur. Kat Delhi memang tak banyak yang ada.
Macam macam hal la berlaku masa aku di India tempoh hari.
Anyway, first day aku di India, aku fikir nak balik je !
OR paling risau sebab dia SMS aku tak berbalas. Actually dekat Agra dan Jaipur memang tak de coverage. So aku terputus hubungan dengan dia.
Dah mula dia fikir bukan bukan. Dia tengok berita ada kapal karam dia syak aku mati tenggelam. Siap mimpi mimpi lagi. Ntah kapal tu tenggelam kat mana mana ntah.
Shopping di India biasa biasa je. Lebih lebih lagi aku ni hah yang tak reti shopping. Tapi carik gak la kain sari sebab BW kirim. Tapi aku sendiri pun tak tau cemana nak beli. Main belasah je. Silap silap BW kelihatan terlebih keling di hari raya nanti lepas pakai kain sari tu. Hahahaa.
Baju I love.. memang tak jumpa. Carik FM je. Tu pun aku beli kat Agra dan Jaipur. Kat Delhi memang tak banyak yang ada.
Macam macam hal la berlaku masa aku di India tempoh hari.
Anyway, first day aku di India, aku fikir nak balik je !
"Nak balik !!!!"
Tapi lepas tu baru rasa OK sikit. Dah boleh menyesuaikan diri.
Apa apa pun. Alhamdulillah. Aku pun dah selamat pulang.
Nanti aku rajin aku update skit skit.
woih pegi india ke? hahaha! aku gi sana sume buat sendri, mmg mencabar habis. tapi ok ar, aku suka india...banyak benda bleh tgk, banyak experience bleh amik.
ReplyDeletebaju i love tu ada kat delhi, ko kena masuk gerai2 yg bawah tanah, ada plaza bawah tu.
ha cepat update cite ko, aku nak baca :D
erk...
ReplyDeletebau kari pun x ilang lagi nih...
superman pun agak xbleh tahan 42 degree, kalu aku pg time summer ni mau terus collapse. Btw, tahniah berjaya pulang.
ReplyDeleteamin. alhamdulillah.. how's japan?
ReplyDeletejapan sgt best....unik. tp superman kembara lg kental smp fukuoka skali.
ReplyDelete