Monday, September 26, 2016

Jom Makan : Suraya Seafood, Kg Baru

Kalau kat KL especially Kampung Baru tu memang tak tandus kalau nak makan !

Ada duit jalan jer. 

Tapi mencari kedai makan yang sedap dan lazat dalam banyak banyak tu pun mencabar juga. Nasib baik la berkat berkawan baik dengan Google. Satu kali tu kami di KL or to be exaxt, berada di Kg Baru mencari makan. Lalu terjumpa dengan kedai Suraya Seafood ni.

Rata rata memang mendapat review yang baik dari segi keenakkan makanannya.

Jadi nak tau enak ke tak enak, ayuh la kita mencuba !

Kg Baru di waktu malam

Satu yang lebih mencabar di Kg Baru ni especially area kedai kedai macam ni adalah mendapatkan parking free. Memang tak la kan !

Jadi, option yang ada, parking berbayar. Memang selalu ada. Kena pandai pandai cari la kat kawasan berdeketan tu.

Dah parking dan menapak ke Restoran Suraya Seafood Kg Baru. Lokasi makan makan kita kali ni !

Suasana waktu malam memang ramai orang !

Kalau orang ramai maksudnya memang orang suka datang ! Jadi pemilihan tempat adalah betul dah, cuma emosi dan kekuatan mental kena bertambah perkasa kalau datang ke sini !

Cabaran seteursnya adalah mendapatkan tempat dan meja !

Ramai yang datang terpaksa menunggu dan berdiri. Lagi haru kalau orang berdiri sebelah meja kita dengan mata menghalau..

"CEPAT KAU BERAMBUS DARI SINI !"

Nak tak nak, tak boleh la jugak berlama lama. Datang, Order. Makan. Bayar. Dan Balik !

Tu konsepnya.

Salah satu sebab Suraya ni menjadi pujaan ramai adalah aneka makanan yang disediakan di sini. Selain tomyam dan masakan panas terdapat juga hidangan lain yang turut ada contohnya Pulut Mangga.

Rojak dan aneka juadah lain

Mahu bubur berlauk?

Boleh order mengikut citarasa dengan hidangan tambahan yang beraneka ragam dan rupa

Mee. Sup dan geng geng yang sewaktu dengannya.

Kerang bakar pun tersedia !

Sebab kami datang memang nak makan malam jadi hidangan yang kami order adalah masakan panas !

Usha menunya

Minuman jangan di lupa.

Oh ya. Jangan lupa cuci tangan !

Biasalah kalau tengok banyak makanan kiri kanan macam ni jadi rambang mata. Walaupun dah order masakan panas untuk makan malam, benda benda lain pun turut sama tetiba terhidang di atas meja.

Tu pun masa aku pegi hari tu share dengan 2 orang awek dan kami duduk di meja yang sama. Privacy memang tak de. Kalau nak bergossipan baik la jangan. Cakap benda yang penting je dan berdoa makanan cepat tampil membuat godaan di meja hidangan.

Biasalah budak budak mesti teruja dengan sausej dan hot dog macam ni.

Princess pulak nak kerang bakar. Dia bukan makan pun tapi suka kopek dan suap kat orang. Sapa jadi mangsa untuk habiskan? * angkat tangan sambil buat mulut melopong

Ini confirm bukan aku sebab aku tak berapa minat pulut mangga. OR punya. Dia kata biasa biasa jer. Dia memang selalu macam tu. Suruh buat sendiri tak reti !

Dah order nasi dan masakan panas, boleh pulak Hero nak maggie goreng. Dia order dan makan. Tak abis sebab dia kepedasan !

Bubur pulak untuk Princess... Isk dia orang ni memang la nafsu makan melonjak kat tempat ni. Tapi abisnya tidak !

Dah dia orang dah dapat habuan masing masing, makan pun tak abis. Lama tu baru lah makanan untuk aku tiba.

Di persilakan mengadap hidangan hidangan yang sexy lagi mengiurkan mata !

Sup ekor untuk OR. Dia kata biasa biasa je

Tomyam untuk aku !

Kerabu mangga. Aku jamah jamah jer

Daging goreng kunyit untuk seisi keluarga

Sotong goreng tepung. Langsung tak memukau baik pandangan mahupun selera tekak

Hidangan makan malam disediakan oleh Suraya...

Menjadi igauan pemikiran dan perasaan. Cantik ke tak Suraya ni?



Suraya
Sepertimana kau dan mentari
Pengemis ini meminta
Serangakaina cahaya
Hatimu Suraya

Suraya
Bentangkan sinaranmu di sini
Lembah hatiku gelita
Rinduku tiada terhingga
Padamu Suraya

1
Kadangkala
Perkataan hanya
Merungsingkan sahaja
Kelu tak berbahasa

Hanya lilin hidupku menyala
Dan mengapa
Berkali ku biarkannya
Datang dan pergi semula
Semakin lama

Oh.. Suraya
Suatu masa
Dulu ke bahagia
Walaupun seketika
Kumasih percaya
Dirimu Suraya


Overall, bagi aku makanan di sini biasa biasa jer. Tak de la inzal sampai ke dinding. Cuma choice banyak dan harga pun not bad lah.

Boleh la datang berkunjung kalau nak selera Pantai Timur ni.

Dan esoknya aku terpaksa datang sekali lagi sebab aku baru ingat dia tak kira Milo Ais yang Hero order kemudiannya.

Suraya Seafood
No 15 Jalan Raja Muda Musa 
Kampung Baru 
Kuala Lumpur, Malaysia

11 comments :

  1. Sutung goreng tepung gapo supo jjeput jah tu...

    ReplyDelete
  2. Lagu Suraya dari Headwind..(walaupun aku bukan bernama Suraya)...pernah jadi lagu peberet aku dulu...mungkin aku suka sebab melodi yang simple dan dinyanyikan dengan penuh relax...eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau komen macam juri tetap.

      ada restoran rozana tak? aku nak buh lagu rozana nanti

      Delete
  3. Meng ...

    Makan kerabu mata kelabu tak??? Hahahahhaa

    Anyway, waktu baca topic dah agak dah you will put lagu SORAYA nih !!! Hdhehehehheee

    Curlassttt OR ... semua biasa jer !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde lagu yang lebih sesuai dah.. hehehe

      my OR tu memang mcm tu. susah betul nak jumpa makanan kat kedai yang dia suka.

      Delete
  4. Knp tutup pulk ari ni...adehhhh😫

    ReplyDelete
  5. Menu apa paling okay situ meng?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...