Keluar mencari makan malam. Hanya berdua sebab lepas keje.
Lokasi cari makan adalah di TTDI Kuala Lumpur. Terjumpa kedai ni secara tak sengaja sebab OR kata dia nak makan Olio Aglio so aku cari cari konon di sini lah Aglio Olio terbaik di muka bumi ini !
Akur pada mayapada. Ke sini kami terjah. Namanya Kafe Mukha.
Apa maksud Mukha?
Mukha Cafe
Dari sumber website mereka tertulis....
IN THE HEART OF TTDI, NESTLES A COZY LITTLE CAFE CALLED MUKHA THAT DRAWS ITS INSPIRATION FROM A PLACE OF THE SAME NAME IN YEMEN WHERE TRADERS FROM ALL CORNERS OF THE WORLD USED TO MEET AND TRADE COFFEE IN THE 15TH CENTURY. A PLACE THAT WAS BUILT OUT OF LOVE FOR GOOD FOOD AND GOOD COMPANY, MUKHA WILL CONTINUE TO INSPIRE OTHERS AS A PLACE WHERE YOU CAN MEET, UNWIND WHILE ENJOYING THE TASTE OF YOUR FAVOURITE CUP OF COFFEE AND OTHER DELECTABLE OFFERINGS. COUPLED WITH ITS COSY AMBIENCE, IT’S THE PERFECT RECIPE FOR ALL GATHERINGS, WHETHER WITH FRIENDS OR FAMILIES.
Ya. Aku just cut and copy dan rasa agak stress sebab dia pakai caps.
So macam nak kata yang Mukha Cafe ni adalah cafe hipster ala ala Arab Yemen. Mukha ni merupakan sebuah kawasan bandar pelabuhan yang terletak di Laut Merah di negara Yemen.
Pelanggannya mostly budak budak U dari area TTDI yang lepak dan berbincang pasal study. Hopefully ! Maybe jugak anak orang orang kaya so boleh lah lepak di sini.
First, usha dulu setting kedai.
Belah dalam
Ada bunch of pelanggan sedang makan
Konsep kedai layan diri. Pegi ke kaunter cashier dan order apa yang nak di makan.
Pandang dinding untuk usha menu
Order di sini
Kat kaunter tu macam banyak jual buku buku. Aku pun tak berapa nak check sebab segan je orang pandang berdiri di situ. Ambik gambar pun sekali lalu............
Usha menu menu di sini. Ni aku cilok di google jer.
Special.
From the bar
Dan macam macam benda
Sebelum sampai sini aku dah usha apa menu yang patut di order yang kena dengan tekak dan selera.
Dah order, bayar dan ambik tempat. Nanti makanan di hantar ke meja masing masing.
Sementara tu usha lagi setting dalam cafe ni.
Ada few kerusi di dalam yang berkonsep agak antik
Dengan beberapa barangan lama yang pastinya pernah menjadi kenangan
Malangnya tak berapa boleh nak usha lelebih. Macam banyak benda nak tengok tapi aku segan.
Sudahnya ambik meja di bahagian luar.
Ambience kedai agak bersih dan kemas. Ada lagu lagu ala ala Arab Nasyid juga berkumandang. Since orang ramai kat dalam, belah luar rasa tenang sikit. Tapi tak lama sampai la budak budak remaja datang dan melepak lepak di meja meja sebelah.
Tunggu makanan dengan penuh sabar.
Oh ya. Selain Mukha Cafe ni, terdapat satu bahagian tepi adik beradik dia jugak yang di namakan Souka.
Mukha dan Souka. Mukha lebih kepada dining manakala Souka pula untuk cakes dan desserts. Kalau dua dua tutup.. lepak je la kat Douka sambil berduka lara............... !
Anyway Cafe Souka ni pun ada di SS15 Subang Jaya.
Bahagian tepi adalah Souka Cafe
Kalau nak beli beli cake buleh la kat sini
Cakes yang ada
Dan tersedia....
Menunggu dan menanti makanan tiba. Excited dan tak sabar sabar rasanya.
Air minuman datang dulu.
Peach Iced Tea dan Iced Lemon Tea. Air kosong buleh ambik sendiri kat kaunter
Dan makanan OR tiba dulu. Ini lah dia Aglio Olio dengan prawn yang kononnya menjadi pujaan.
Rupa paras nampak menawan. Udang udang yang macho dan seksi nampak mewah walaupun terjelepuk hina di dalam hidangan.
Since makanan aku agak lambat, so OR makan dulu. Sekali suap tetiba....
"Pedasnya...................."
Dan dia macam biasa, terus surrender. Merajuk ke apa aku pun tak tau. Terus diam jadi patung cendana. Cam tu la perangai kalau tak kena gaya dan selera.
Then aku jamah jugak lah..
Confirmed !
Aku ni lagi la tak tahan pedas. Memang pedas betul Aglio Olio dia tu. Kalau kat Mukha, mau aku terjun masuk Laut Merah terus.
So makanan OR tu terbiar sepi. Dia tak nak habiskan dah.
Tak lama makanan aku pulak datang.
Namanya Chicken Gulf Rice
Nasi putih dengan beras special di datangkan dengan Ayam Goreng Rangup dan sambal.
Gila lah. Maybe makanan orang sana memang pedas tahap berdesing telinga. Dah la aku sedu sedu sebab makan Aglio Olio pedas tadi tu. Bila pekena sambal Nasi Gulf Rice ni terus bercucuran peluh bersulamkan airmata.
Tetiba jadi sedih dan hiba....................
Aduh. Salah order ke kami ni? Padahal ini adalah antara favorites dishes kat sini.
Terpaksa habiskan dalam raungan tangis dukalara
Kalau ikutkan OR dia langsung tak jamah dah lepas tu pasta dia tu. Nak tak nak sebab tak mau membazir aku lah yang terpaksa senduk senduk kan tahan makan.
Demi mengenangkan keringat yang menitis mencari rezeki untuk sesuap spaghetti. Aku bertahan bedal makan dua dua makanan yang pedas tu.
Bagi aku makanan dia OK. Rasa tu ada. Tapi maybe kepedasan dia terlebih over dari piawaian yang aku biasa rasa so macam spoil sikit kesudahannya.
Nasib baik lah, aku order jugak dessert di sini nak rasa. Fried Mars Bars. Memang saja order benda manis sebagai desserts, tapi bila kepedasan melanda diri berharap cepat la sampai buleh offset pedas tu. Rupa rupanya lambat jugak dia nak buat.
Kena gi bagitau baru dia orang siapkan. Aku pun tak tau cemana nak expect makanan ni. Aku baca baca dan terasa nak order.
Maka terima lah........................
Fried Mars Bars.
Nampak macam cucur udang pun ader. Apa yang menariknya?
Kena kuis kuis baru la nampak. Sebenarnya dalam cucur goreng tu ada cokelat Mars. Ada aiskerim 1 sccop sebagai menyeri pinggan.
Rupa memang tak mengiurkan langsung. Rasa pun sama. Macam makan cucur. Cuma kat dalam tu cokelat. Patutnya buat la tepung dia tu macam Banana Fritters ke apa baru la nampak menarik sikit. Ni tepung semata mata.
Tapi makan jugak la. Benda manis boleh membantu menghilangkan rasa pedas makanan tadi tu.
Makanan tak abis. Dah abis cuba dah. Gagal juga
Kos makanan adalah RM 69. Kira OK la kot.
Boleh la sesapa nak mencuba makan di Mukha Cafe ni. Tapi kena siap sedia dengan tahap kepedasannya. Ke aku je yang kena hari tu? Waiter dia saja pedajal?
15, Lorong Rahim Kajai 13,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur
Malaysia
Phone: +60 3-7732 2248
FB : Mukha Cafe
Web : Mukha
Insta : Mukha Cafe TTDI
Business hour
Salah satu sebab aku tak suka makan pedas ni selain daripada spoiled mood masa makan, kesan selepas tu lebih mengecewakan.
Balik rumah... sama sama berebut jamban !
Dan bermula lah expressi mengayakan muka Menteri Pasola untuk kelancaran penyahtinjaan !
Hahah... Makan pedas berak berapi
ReplyDeletetu lah...... kentut mau mengaum...
Deletemukha ni tokeynya member aku.
ReplyDeleteaku pegi makan 2 kali dah kat sana tapi breakfast je.
nanti aku cuba suarakan pada beliau tentang kepedasan makanan ini huhu
member kau ke ustajah? kim salam dia. ckp. org hitaly cannot go too pedas. nanti cherry berry !
Deletememula tengok cam serabut sikit, byk tul barang2..
ReplyDeleteAglio Olio fusion style..versi Malaysia..
koleksi antik agaknya...
Deletetu la mcm pelik skit aglio olio dia tu. tapi kalau kurang pedas skit agak sedap jugak la kot
Ker dah kena 'PRANK' oleh Mukha cafe.....hihihi..
ReplyDeleteagaknya laaa
Deleteni dekat giler dgn umah aku. lalu je tak penah pegi lg. maybe aku boleh try pegi tp kene order kurang pedas lah. hahaha
ReplyDeletecuba la john. tapi kalau kau tahan pedas tak pe kot. aku ni memang mat salleh skit.
Delete* batuk batuk kecil