Thursday, September 15, 2016

Jom Usha : Tugu Negara, Kuala Lumpur

Jom berpatriotik !

Bersempena dengan bulan kemerdekaan ni, aku kerah anggota tentera untuk ke Tugu Negara !

Tak de apa apa pun, saja keluar jalan jalan petang petang terpanggil nak jejak ke sini setelah sekian lama tak datang.

Ayuh kita ke Tugu Negara !!!

Tugu Negara. Lambang kekuatan dan pengorbanan !

On the way tu aku cakap dengan budak budak.

"Kita nak gi Tugu. Tau tak tugu tu apa?"
"Sugus?"

Jawab Princess. Gula gula je la yang ada dalam kepala dia. Tapi dia bab berjalan memang excited !

"Abang.. Abang tau tak Tugu tu apa?"

Aku tengok cermin nampak dia angkat muka. Muka blank.

"Kubur?"

Terus sambung tunduk dan main game kat ipad !

Ayoh ! Anak aku ni. Tak patriotik langsung. Belum aku tanya soalan bila Malaysia merdeka apa semua tu. Mesti dia tak tau dan tak ambik tau....

Fuh. Cemana nak bagi tau? 

Jom la kita ke Tugu Negara !

Kami tiba agak petang, ramai kaum kaum rombongan dari Tanah Besar. Orang local pun ramai. Maybe sempena bulan merdeka dia orang pun sama sama datang melawat kawasan.

Tugu Negara atau Tugu Peringatan Negara dibina bagi mengenang jasa pahlawan yang berjuang untuk keamanan dan kemerdekaan negara terutamanya sewaktu ancaman komunis. Berdiri megah di dalam kawasan Tugu Negara ialah salah sebuah arca tembaga berdiri terbesar di dunia. Ia diukir dalam tahun 1966 oleh Felix de Weldon yang juga merupakan pengukir monument Iwo Jima di Washington.

Sejarah Tugu Negara

Tugu Negara terletak berdekatan dengan Taman Tasik dan bersebelahan dengan Jalan Parlimen.

Tugu Negara terawal merupakan tiang konkrit yang terletak di Jalan Tugu berhampiran bulatan di hadapan Stesyen Kereta api Kuala Lumpur, bersebelahan Masjid Negara. Ia didirikan oleh Pentadbir British bagi memperingati peperangan dan perwira yang terkorban. Kini hanya asasnya tanah seluas 10 meter persegi yang tinggal.

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.

Lapangan Tugu Negara

Menara yang memaparkan sejarah dan tragedi negara berserta dengan nama nama anggota terbabit

Kompleks peringatan negara

Kolam di perkarangan kompleks

Tugu Negara dari arah belakang

Pandangan sisi

Pandangan hadapan

Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.

Terdapat tujuh ukiran tembaga manusia di atas batu asas berbentuk segi empat panjang. Setiap ukiran melambangkan satu dari tujuh kualiti: keberanian, kepimpinan, pengorbanan, kekuatan, kesengsaraan, perpaduan dan kewaspadaan.

Ukiran paling atas di bahagian tengah memegang bendera Malaysia. Ia diapit di kiri dan kanan oleh dua lagi askar yang kedua-duanya bersenjata. Ukiran di sebelah kiri bersenjata senapang mesin manakala sebelah lagi memegang rifel dan bayonet.

Tugu Negara ini pernah musnah kerana di bom oleh komunis pada tahun 1975.

 Layan gambar sekitar perkarangan Tugu Negara.

Perkarangan

Kawasan Sentral KL

Pencakar langit

Teguh berdiri

Lambang pengorbanan untuk negara

Tugu Negara

Tugu Negara dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia. 

Kami tak lama di sini. Usha usha kawasan dan tengok tengok je. 

Princess paling excited sebab dia busy macam aku ambik gambar jugak. Abis phone aku jadi senjata dia menembak sini sana. Seronok lah tu.

Hero aku?

Tak berapa nak heran mana. Last last dia cakap.

"Papa... Panas lah. Kita nak gi mana lagi lepas ni?"

Isk ! Tak patriotik sungguh !

Kawasan kompleks

Kawasan Tugu Negara

Kubah emas

Nama nama pejuang bangsa

Tugu Negara

Sekali sekala datang singgah apa salahnya.

Tanda kita bersyukur dengan kemerdekaan yang kita kecapi kini dan semoga kemerdekaan akan terus dirasai oleh anak bangsa dan kemajuan negara terus kukuh sampai bila bila.

Terima kasih pejuang bangsa !

Malaysia, terus merdeka...................... !

Tugu Negara. Parking agak limited tapi shud be OK

Masuk percuma.. Tutup lewat petang rasanya...

Selamat melawat !

4 comments :

  1. Meng;

    Tugu nih pun ada org jadikan isu kan? Hopefully kita terima dengan fikiran terbuka hendaknya ....Sebab ianya adalah simbolik sangat kepada perjuangan para perajurit mempertahankan negara !

    Islam itu Indah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tugu saja...

      burung helang kat langkawi pun mcm nak kena roboh.. ntah hapa hapa taksub sgt mcm tu la jadi nya...

      terlebih berimaginasi.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...