Entry Aidilfitri tapi keluar kat raya Haji !
Tak pe lah kan !
Aku kongsi acara makan makan di Restoran Rebung Dato Chef Ismail di Kuala Lumpur !
Restoran Rebung yang di miliki oleh Dato Chef Ismail dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar
Tak kenal siapa mereka?
Memperkenalkan.....................
Muka Chef Ismail
Dan Dr Sheikh Muzaphar aka Angkasawan Negara aka Pelancong Angkasa ! Opsss
Kalau dah biasa tahu dulunya Restoran Rebung ni terletak dekat Bangsar dan aku pernah jugak makan kat sana dulu.
Kini mereka telah berpindah di kawasan depan Bukit Aman dekat dengan area Taman Botani Negara aka Taman Perdana sana.
Lebih tepat lagi, ianya terletak di tingkat atas parking lot Bukit Aman
Sebab ada parking bertingkat so parking je kat situ dan ikut laluan yang di tunjukkan. Restoran Rebung ini terletak di tingkat 5 bangunan parking tersebut.
Naik lif sampai di tingkat atas dan jumpa lah entrance restoran nya
Hiasan hiasan di depan restoran Rebung
Rebana
Sebab lokasinya di atas bangunan so kawasan dia agak luas.
Setting restoran pun menarik dengan konsep Melayu dan klasik.
Boleh duduk di belah luar
Bertemankan kehijauan pokok pokok yang di tanam maybe untuk kegunaan sendiri
Tumbuhan di tanam dan di jaga rapi
Dengan hiasan ala ala Kampung
Selain daripada bahagian luar, pelanggan juga boleh duduk di belah dalam restoran yang bertata hias gaya Melayu klasik yang menyerikan lagi setiap sudut dinding restoran ini.
Sudut dalaman
Terdapat beberapa private room untuk tempahan group function yang inginkan privacy
Dan bahagian outdoor yang lebih luas untuk tetamu yang lebih ramai
Restoran Rebung ni menyediakan masakan Melayu ala buffet dan juga ala carte mengikut pilihan dan citarasa pelanggan yang datang menjamu selera.
Tapi sebab time aku datang ni masih raya, so aku opted untuk buffet raya je lah. Datang bawak customer tapi customer aku sampai lambat so aku usha kawasan dulu dan aku belasah makan dan kenyangkan diri sendiri dulu !
Langkah bijak tak?
Lambat sangat customers aku sampai, aku dah kelaparan
Tengok hidangan dah siap sedia terhidang buat aku tak tahan !
Jadi kita usha dulu makanan yang ada untuk buffet Melayu di Restoran Rebung ni.
Aneka lauk pauk Melayu. Macam macam ada.
Tengok je pun memang membangkitkan lapar dan perut bergelora
Bubur dan pengat pembuka selera
Kuih muih Melayu beraneka rasa
Tambahan selera pelbagai citarasa
Salad dan appetizer
Banyak jenis kuih muih bertalam
Hey ! Dodol di lupa jangan !
Bukan setakat tu saja. Selain hidangan buffet di belah dalam. Di bahagian luar juga terdapat gerai gerai kecil yang menyediakan juadah tambahan.
Antaranya....
Rendang. Ketupat. Lontong. Lemang. Roti Jala dan macam macam lagi ada
ABC dan beraneka minuman turut terhidang
Mee Bandung. Rojak. Mee Rebus. Laksa dan beraneka juadah. Ikan bakar pun turut sama di hidang
Lempeng. Goreng Pisang dan macam macam lagi lah memang rambang mata
Pendek kata makanan memang banyak !!
Lauk pauk. Kuih Muih. Beraneka juadah memang tak abis nak sebut. Aku main jamah sikit sikit je sebab banyak sangat.
Tipu la kalau cakap ni je yang aku makan !
Makanan memang banyak dan yang paling menarik semuanya SEDAP SEDAP !
Serious aku rasa semuanya sedap. Memang tak mengecewakan !!!
Bagi yang mencari masakan Melayu yang sedap, aku rasa ini lah buffet paling menarik. Plus harga untuk buffet pun tak de la mahal sangat. Untuk RM 40 sekepala, rasanya berbaloi untuk makan sampai kenyang !!
Sudut lain dalam restoran Rebung yang menampilkan portfolio pemiliknya
Boleh tumpang tumpang tengok dan baca
Seriously makanan memang sedap dan puas hati !
Highly recommend untuk yang makan banyak dan merindukan aneka juadah lauk pauk dan hidangan Melayu !
Makan la sampai kenyang !
Bangga dengan lauk lauk Melayu yang disediakan sedap dan hebat.
Jikalau abang merindu
Sebutlah oh namaku
Lihatlah di bulan biru
Disana tentulah bertemu
Jikalau abang dah sayang
Janganlah abang bimbang
Lihatlah bulan mengambang
Disana wajahku terbayang
Jikalau abang menyinta
Berilah tanda mata
Berlian cincin permata
Itu tandanya cinta
Jikalau abang dah sayang
Janganlah abang bimbang
Lihatlah bulan mengambang
Disana wajahku terbayang
Jikalau abang menyinta
Berilah tanda mata
Berlian cincin permata
Itu tandanya cinta
Jikalau abang merindu
Sebutlah oh namaku
Lihatlah di bulan biru
Disana tentulah bertemu
Disana tentulah bertemu
Disana tentulah bertemu
Lagi menarik kalau ditemani dengan lagu lagu Melayu Klasik time menikmati hidangan.
Alamat dan maklumat restoran
Sebaiknya call dulu untuk tempahan. Takut ramai orang dan group datang so tak cukup tempat kalau waktu waktu tertentu.
Cascade Parking Bukit Aman,
5-2, Jalan Tanglin,
50480 Kuala Lumpur
Phone: +60 3-2276 3535
Open Hours: Everday : 7AM–10PM
FB : Restoran Rebung Chef Ismail
Saya dah beberapa kali kesini bersama
ReplyDeletepelancong2 Singapore untuk lunch dan dinner,mereka suka sangat dan memuji makanan di Rebung ni..
Memang bangga dengan Chef Ismail and team dalam menyediakan masakan kampung yang super sedap di tengah2 KL yo!
setuju !!!
Deletemakanan sedap sedap. staff pun OK. Sesuai kalau nak bawak customer. Harga pun murah.
Tak pernah pegi tapi sebut Rebung je memang tau ni restoren Chef Ismail dan Dr. Sheikh ^^, nak try la nanti...tengkiu suggest
ReplyDeleteok sila cuba tanpa ragu...
DeleteEh..tak tau pulak dah pindah..aiyoh..setiap hari aku lalu depan bukit aman...haruss singgah...mana tahan tengok gambau je...aku adalah pengemar lauk kampung...heeeee
ReplyDeletesila singgah dengan kadar segera....
Deleteikan bakar kat gerai bawah parking tu pun mengancam juga.(walaupun aku tak makan ).. aku ambik ayam bakar
Zaman2 doc sheikh ni br nak glemer, aku mmg rajin menempel kt rebung ni...hahaha acah2 pnyokong setiaa gituh...tp mmg mknn kt sini sedao2 belaka. Dr lauk pauk dia yg bykkk pilihan smpi ke kuih muih tradisional tu kn...aku sukaaa kuih dia ada yg pyh nk jupe kt tmpt lain...klo jupe pun xsdppp....hehe
ReplyDeleteMeng, aku maraaahhh ko ckp dia pelancong angkasa!eh. Hahaha
kenapa kau marah? sebab dia memang pelancong angkasa eh? ke bukan? ke ya? eh ke bukan?>
Deleteya kot..
hahahhaa....
p/s mesti kau ada poster dgn sign dia eh?
Hahahaha! Marah btol aku nih. Hahaha
DeleteEhhh mestilaaa byk poster dia sign. Tu blom lg aku gunting sndiri gmbo dia buat collection, tampal kat meja study. Eh. Hahahaha
pernah ke mimpi berlari larian sambil berpegangan tangan dgn angkasawan tu di gigi pantai?
DeleteLauk apa paling best?
ReplyDeletesemua best ! makan sikit sikit....
DeleteMeng ...
ReplyDeleteActually kita amat teringin sangat ngan Chef Wan nyer 1Market ... tapi malangnya dah tutup.
Bila tengok Rebung , terus terliur and ala ala dah bubuh dalam buku Itinerary dah hahahahahhaa
Meng;
Tak ramai bebudak sekarang yang kenal ngan Nona Aishah !!! Tahniah kerana mempromotekannya !!!
Betul ker dia gi Angkasa - soalan buat DJ !!! Katanya tak kan? (saja jer nak kasi panas!)
oh chef wan yang kat IOI city tu ke? dah pernah bukak ke? mcm dengar nak bukak tapi rasanya tak jadi bukak.
Deleteencik ghaz.. saya pun tak kena nona aishah.. hahah main taruk jer... asal bunyi lama lama skit. anyway... ikon kegilaan DJ tu dia sebenarnya pegi Angkasapuri je kot.
Hahahaha.
Oi kutuk aku yer!cessss enghaz nih bersekongkol dgn meng...angkasapuri???ISS ok...ISS...
DeleteISS? oke...... kami terima.
Delete* pusing belakang buat muka keji sesama sendiri
Saja datang try restoran Chef Ismail ni harga pricey jugak boleh tahan eh.. Sbb dulu masa sy meniaga kuih raya dlm Bangsar Village, gegar BV tu dgn suara dia cakap kuih saya mahal lps tu marah2.Tapi.. hm sama je restoran dia pun buffet mahal juga.Not fair la dtg tmpt sy tpekik ckp kuih ni la itu la. rasa pun tak lagi, pandai sembur je Chef ni.
ReplyDeletehahahaha.... ok ok...
Delete