Wednesday, September 7, 2016

07 : Cuti Sekolah Dekat Jer...... Ipoh - Jejak Warisan Ipoh

Salah satu aktiviti yang aku nak buat semasa berada di Ipoh adalah menjejak warisan lama Ipoh !

Tentu ramai yang maklum, Ipoh merupakan sebuah bandar lama dan yang berkembang sejak dari awal tanah Melayu di tubuhkan lagi dan sudah tentulah banyak warisan warisan yang boleh dinikmati dan dihargai.

Jejak Warisan Ipoh

Untuk Jejak Warisan Ipoh ni, aku memang tak de sebarang map, main congak congak je. Plus.. aku sendiri memula tak pasti mana nak mula.

Lepas fikir fikir dan baca lebih kurang, aku rasa aku nak mula dari Station Keretapi Ipoh. Cuaca pulak panas so agak membantutkan misi aku untuk keluar awal. Lagipun aku kena keluar senyap senyap sebab budak budak berdua tu pantang kalau aku hilang, mesti mencari punya.

Tapi aku dah deal siap siap dengan OR. Dan agak redup sikit aku rasa agak elok cuaca untuk keluar. Dah gula gulakan anak anak aku tu supaya dia orang tak ikut.

"Nanti pukul 6 Papa balik. Kita mandi kolam"
"Papa nak gi mana?"
"Papa nak gi jalan jalan jap"
"Nak ikut?"
"Panas.. tak payah lah"

Terpujuk jugak dia orang.

Dan sebab aku ada sedikit rasa malas nak drive dan bawak kereta keluar, so aku ambik teksi dari WEIL Hotel menuju ke Station Keretapi Ipoh.

"Uncle.... Station keretapi?"
"Boleh"
"Pakai meter ke Uncle?"
"Aiya.. Ini Ipoh mana ada meter"
"Opsss.."

Tak de ek? Ahaks..

"Berapa ringgit Uncle?"
"RM 12"
"Okey lah"

Dan aku terus berada dalam teksi dan Apek tu hantar aku ke Station Keretapi Ipoh. Titik mula untuk Jejak Warisan Ipoh aku kali ni.

Bagus sebenarnya kalau ada map macam ni. Tapi aku tak de.  

Dan misi aku bermula dari Station keretapi ni. Aku tak de banyak masa. Less than 2 hours je sebelum gelap. Jadi aku jejak mana yang sempat je lah.

Stesen keretapi Ipoh adalah satu contoh yang hebat seni bina kolonial, siap pada tahun 1917 dan direka oleh arkitek prolifik dan berbakat British, AB Hubback yang pernah membina stesen terkenal di Kuala Lumpur.

Bangunan station keretapi ini juga menempatkan Majestic Station Hotel yang juga di gelar sebagai 'Grandlose Moorish Colonial Hotel. Terdapat juga yang mengelarkannya sebagai Taj Mahal Ipoh.


Majestic Station Hotel. Kalau berkesempatan boleh ke lobby hotel menggunakan lif sangkar lama.

 
Senibina lama yang masih kekal di bangunan Station Keretapi Ipoh ini


Facades bangunan ini

Ipoh pada mulanya hanyalah menjadi tumpuan tempat persinggahan dan perniagaan terpenting bagi daerah-daerah sekitarnya. Nama 'Ipoh' dipercayai berasal dari pokok 'Upas'. orang putih menyebutnya 'Epu' manakala orang Cina pula menyebutnya sebagai 'Ipoh' atau 'Paluh'.

Di hadapan station keretapi Ipoh ini terdapat Pokok Ipoh bersempena dengan nama bandar ini di namakan.

Pokok Ipoh

Informasi mengenai Pokok Ipoh

 Pokok Ipoh mempunyai getah beracun yang digunakan sebagai racun untuk hujung sumpitan orang asli. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan.


Bangunan Dewan Bandaraya Ipoh


Bangunan Dewan Bandaraya Ipoh dengan gaya klasik Neo.


 Bangunan Old Post Office. Bangunan ini juga direka oleh Mr. Hubback dan dibina semasa Perang Dunia Pertama.


Bangunan Dewan Bandaraya ini telah menjalani beberapa kali pengubahsuaian namun masih mengekalkan ciri ciri dan senibina asalnya


Tugu peringatan dengan bangunan Mahkamah Tinggi Ipoh di bahagian belakang


Dataran KTM


Dewan Bandaraya Ipoh dan Pokok Ipoh

Masjid Sultan Idris Shah II

Masjid Sultan Idris Shah II telah dirasmikan pada 15 September 1978 oleh Sultan ldris Iskandar Shah II (1963-1984).  


Kerja-kerja pembinaan masjid tersebut telah dimulakan pada 16 Mei 1966 dan Masjid ini telah siap dibina pada 26 Ogos 1968

Berhadapan dengan bangunan masjid adalah Birch Memorial


 Birch Memorial , yang dibina pada tahun 1909 untuk memperingati Residen British pertama Negeri Perak, JWW Birch.


Tugu Peringatan Birch


Percubaan untuk melanjutkan kuasa British ke atas kawasan menyebabkan Birch ditikam mati pada tahun 1875


Jejak Warisan Ipoh diteruskan ke kawasan bangunan bangunan lama yang terdapat di pekan Lama Ipoh ini.


Bangunan lama di Ipoh

Terletak di Jalan Dato Maharajalela (dahulunya Station Road) terdapat bangunan Chartered Bank bangunan (masih diduduki oleh StanChart) yang di bina pada tahun 1924. Pada masa itu Chartered Bank merupakan bank yang terkemuka bagi industri bijih timah dan bank utama kepada Syarikat Straits Trading, pengeksport bijih timah terbesar, yang pejabat bekas bangunan terletak di seberang jalan dari Chartered Bank. 


OCBC Bank kini menduduki premis Straits Trading Company yang telah dibina pada tahun 1907 di Itali gaya Renaissance.


 Straits Trading Building


Lama


Deretan kedai kedai


Padang Ipoh & Royal Ipoh Club. Royal Ipoh Club dipercayai telah ditubuhkan pada 1895 atau lebih awal di mana Jepun menggunakan bangunan itu sebagai rumah dobi untuk tentera mereka.


St. Michael's Institution. Sebuah sekolah dengan bangunan gaya gothic dengan tingkap di sebelah utara dan selatan agar tidak menganggu pembelajaran murid murid di sini.  Jepun telah menggunakan sekolah ini sebagai ibu pejabat kerajaan Perak semasa penjajahan. mereka.


Bangunan HSBC


Senibina lama


Padang Ipoh


Sejarahnya

Masa dekat Padang Ipoh tu aku rasa macam hari dah nak pukul 6 petang. Sebab dah janji dengan anak anak aku nak bawak dia orang mandi kolam, so aku rasa sampai sini dulu lah Jejak Warisan Ipoh aku.

Banyak tempat lagi boleh diterjah tapi sebab tak cukup masa dan aku rasa berpeluh peluh. Boleh tahan letih dek cuaca hangat dan panas ni. Nak cari mural di Ipoh pun rasa tak daya dah.

So tak abis nak jejak apa yang ada, aku menapak balik ke hotel.


Nak menapak atau nak naik teksi?


Rasanya macam tak jauh. So aku decided nak menapak. Boleh jugak snappy snappy


The Chennai Potty


Pekan lama


Big Johns


Senibina lama


Masih kekal cantik

Layan je la bangunan bangunan yang aku nampak on the way aku menapak dari area Pekan Lama tu sampai ke WEIL Hotel. Tak jauh mana. Dalam 2 KM je. Tapi berpeluh ketiak, merembes, itik buleh berenang 

Bangunan CIMB

Area Pekan Lama

Tingkap

Tepi jalan

Yayasan Perak

Ipoh

Tingkap

Panggung Wayang Lama

SMK Convent Ipoh

Warisan Ipoh

St Michael Church

Church

Kubur

Pagoda

Rumah lama

Fuh ! Akhirnya..... selepas penat lelah jalan jaki.. sampai jugak kat hotel. Anak anak aku punya la kecoh sebab telefon aku tak angkat. ( phone silent). Boleh Hero ingat aku kena culik? Sapa la nak culik Papa kau ni.

Eventhough tak complete Jejak Warisan aku, but aku rasa agak puas hati jugak la berjaya explore kawasan Ipoh ni dengan masa yang tak berapa banyak.

Tapi banyak lagi sebenarnya tempat lagi boleh di lawati .... tapi...............

Ah ! Sudah lah. Jangan tanya banyak banyak. Usah di tambah bara yang tersimpan...

* urut urut betis dan kaki.....



Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan silam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan

Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu

Aku percaya bangunan bangunan lama di sini semuanya tersendiri dan sememangnya menarik untuk di snappy snappy.

Next time aku cuba lagi !

bersambung....................... 

6 comments :

  1. next time masuk pekan lama pulak abang meng..snappy2 sambil carik street art

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu masuk gak kejap. tak leh lama nak merayap. budak2 nak ikut. cuaca lak panas. ronda2 dengan kereta je

      Delete
  2. Replies
    1. cantik juga.. tahniah pada DBI sebab menjaga Ipoh cantik2.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...