Saturday, December 10, 2011

Kembara Perth & Western Australia - Day 3

Hari ketiga aku dah bersemangat waja, wira, putra, perdana dan satria neo !

Ya...

Aku kena bergerak keluar dan merayau tak tentu pasal sebab hari ni adalah public holiday di Perth sempena CHOGM. Dan............ oleh sebab itu, semua public transport adalah FREE !!!

Yahoo.

Menark tu.

So aku siap pagi tu cuaca pun nampak macam OK je. Tapi tak berani jugak nak pakai shot. Aku keluar menapak macam biasa sampai dekat Aberdeen St tu tunggu bas. Dari situ aku terus turun di Metro Station. Aku naik train !

Aku nak pegi ke Fremantile sekali lagi sebab hari ni E Shed tu bukak. So aku nak cari barang. Gregg cakap kalau nak beli kat sana memang murah dan banyak choice. Aku kena carik few barang yang orang kirim.


Atas tu gambar mall sebelah Metro Station.

Kat Perth ni senang. Area ni di panggil Central Business District. So memang mall ke apa semua memang dalam kawasan ni. Nak shopping ke apa cari kat sini je. Tak payah pegi jauh jauh.

Tapi kat sini barang barang mall la. Aku bukan nak carik barang mall. So aku kena pegi ke tempat lain  yang lebih murah.

Dari Metro station aku naik train terus ke Fremantile. 

Kali ni, tambang free !



Naik train dari Perth Metro terus ke Fremantile.

Kali ni aku dah terror. Dalam train tak ramai orang walaupun cuti. May be ramai warga Perth lebih suka duduk rumah dan menghabiskan masa bersama keluarga masing masing.

Tak pe la. Biar je dia orang duduk rumah. Biar aku je yang berjalan jalanan.



Sampai Freo aku terus je pegi E Shed Market tu.

Tak jauh pun dari train station. Menapak je dah cukup. Dah memang hari tu dia bukak. Lega aku. Dalam tu memang dia jual macam macam. Mostly barangan cenderamata dan hasil kerja tempatan. Baju, key chain, FM semua ada. Tapi FM dia tak de la semurah aku dapat kat kedai di Perth yang AUD1.99 tu. Sini paling murah aku jumpa pun AUD2.99. Yang jenis lain banyak la yang murah tapi semua dah cukup.

Aku cari apa yang aku kena beli je.

T Shirt kat sini agak murah skit berbanding tempat lain. So aku borong la. 

Yang lawaknya, tokey kedai tu orang Malaysia. So borak la dengan dia. Ramai jugak aku tengok orang Malaysia yang pegi membeli belah di kedai dia. Dia OK lah. Layan layan borak.





Lepas aku siap beli belah aku pegi ke jetty sebab aku ingat aku nak pegi Rotto. 

Ada ferry dari Freo ke Rottenest Island. Banyak package dia bermula daripada AUD80 return. Kalau yang lain lain ada lunch la apa lah. 

Tup tup bila aku recce kat situ ferry cuma ada waktu pagi. Belah petang ada tapi tak de return ferry. Dia hanya untuk yang nak bermalam di sana je.

Cis !

Punah harapan aku. So apa aku nak buat? Gini la kalau plan. Banyak je yang tak menjadi.

So apa nak buat?

Plan aku gagal. Nak gi jalan jalan kat Freo ni macam aku dah tak tau nak pegi mana. Sudahnya aku naik train balik semula dan aku ingat nak singgah di Cottesloe Beach.

Cottesloe Beach ni terletak di bahagian atas Freo. Kalau naik train ni boleh stop di station Cottesloe ni dan kena menapak sikit. Aku siap tanya guard dekat station tu dan dia agak helpful la ajar aku macamana nak sampai ke sana.

Mari kita naik train duluk



Sampai kat station tu aku bingung sekejap.

Mana arah nak di tuju. Tup tup aku tengok macam ada la jugak ramai awek awek yang berpakaian santai macam nak pegi pantai so aku suspect dia orang nak ke pantai la. So aku folllow dia orang.

Dari station tu kena menapak dalam 1 KM jugak lah. Kiri kanan lalu rumah rumah besar. Menarik pemandangan dan orang pun agak ramai berjalan kaki ke sana ke mari.

Cuaca panas, tapi berangin dan rasa dingin so tak de la berpeluh sangat cuma jalan tu agak berbukit so lenguh jugak la kaki aku ni.

Slow slow aku berjalan akhirnya aku pasti, aku dah sampai ke salah satu pantai yang begitu popular di Perth ni, Cottesloe Beach !

Dah sampai tu aku jumpa satu port dan aku lepak kat bawah pokok tu tengok orang kini kanan.

Memang ramai orang. Laut terbentang luas. Cuaca pulak cantik. Ramai je orang melepak kat tepi pantai tu macam macam aktiviti. Mandi. Berehat. Picnic. Berjemur.

Macam macam ado.

Best boleh cuci mata. Lama jugak la aku terpaku nak menikmati keindahan alam di situ. Hiks.








Puas cuci mata dan tengok tetek penuh ranum dan segar aku pun blah.

Tak de apa aktiviti aku nak buat sangat di situ pun. So aku melangkah jalan semula menuju ke train station tadi semula.

Penat jugak la menapak.

Masa tu datang jugak la di fikiran. Aku ni berjalan ikut suka je ke mana mana. Aku macam dah penat nak travel lepas ni. Macam nak stop dah. Too much travelling boleh bagi hilang excitement dah.

Hmmmp


Balik ke Perth Metro then aku tak tahu nak pegi mana. 

Tapi aku belek map dan fikir, macam menarik jugak kalau aku pegi ke Rockingham. Di situ adanya Penguin Island !

So macam menarik jugak kan?

So aku pun naik la train lain. Ini route train di Perth.


Kalau tadi aku naik train lane biru tu dari Fremantile. Now aku tukar train dan naik train orange ke Mandurah.

Aku dah tengok peta aku akan stop di Rockingham dan kalau ada masa aku akan ke Mandurah.

Set !

Sebab train free so tak de hal. Kalau tak rasa jugak la sebab Rockingham tu dah kiranya zone lain. Kalau naik train tu memang kena duit jugak tu. 

Duduk je la dalam train melayani perasaan sendiri sambil dengan budak ni menyanyi. Dia duduk depan aku, sepanjang jalan dia menyanyi.



Sampai di Rockingham aku jadi blur blur sotong.

Mana aku nak tuju? Dalam map memang tak berapa jelas. Puas aku study laluan bas pulak. Macam ada bas tapi kawasan tu memang kawasan agak kekampungan sikit. Bas pun ada satu jam sekali.

Nak tak nak dah sampai so aku pun cuba lah.

Ada bas dan bas juga free dari situ, so aku naik bas dengan orang lain menuju ke Penguin Island.

Dalam bas tu memula ramai orang, tup tup tinggal aku dengan driver bas je. Cuak !

"Hi. Am I on the right bus? I want to go to Penguin Island"
"Yeah. I will drop you and you need to walk for 100 meter to get the boat"
"OK"

Lega sikit aku. Nasib baik pakcik tu agak memahami.

Aku je la yang cuak sorang sorang diri

Sampai kat simpang tu dia drop aku sebab bas tu memang menghala ke lain. Pakcik tu guide aku dia suruh aku jalan kaki ke sana sampai aku nampak tempat naik ferry ke Penguin Island.



Akhirnya sampai jugak kat pantai tu.

Ada pulau tak jauh dari daratan. Aku dah tengok dia kata kalau naik bot tak sampai 10 minit dah boleh sampai. Di sana ada penguin berkeliaran dan banyak jugak la burung burung di situ.

Aku check tiket harga bot dia pergi dan balik AUD18.

Malangnya aku dah lewat. Last bot pukul 4 petang !

"I just want to go there and take few photos. I wont be long"
"Hmmm the last ferry will come back at 4.30. Probably you can come back early in the morning"
"Argh......."

Aku frust.

Kecewa okeh.

Pastu bila aku nak blah, minah tu panggil aku. Dia call somebody kat walkie talkie pastu dia bagi tau aku.

"There is a boat coming back from the island. Probably you can get this boat but, you need to come back at 4.30"
"Yes !"

Lega. Ada harapan. Nasib la baik, kalau tak pulang dengan tangan kosong je la aku ni.

Nak datang balik tu leceh la pulak kan?




So sempat la aku naik ferry yang hantar orang balik dan dia nak ambik balik tunggu trip 4.30.

Aku just naik bot tu dah sampai ke pulau sana terus aku pun riki apa yang patut. Nothing much. Ada banyak burung burung tapi kalau aku nak berkeliaran sangat tak cukup masa. So aku jalan dekat dekat area tu je lah. Ada pusat penjagaan penguin. 

Aku tanya jugak la kot ada penguin liar ke apa. Dia kata penguin tu malam malam baru dia datang. Siang siang tak de.

Hampeh kan?

So aku just melawat kawasan sekitar je lah. Sambil tengok beberapa ekor penguin tengah bermain main di situ. Tapi mereka tak berapa nak mesra sangat.






Ada la dekat setengah jam jugak aku spend masa kat situ. Takut ketinggalan bot balik ke darat, aku cepat cepat je tunggu kat jetty.

Sampai jetty ferry dah ada. So naik dan balik ke darat semula.

Ah. Tak de apa yang menarik sangat pun tempat ni. 

So aku merayau kawasan sekitar jetty tu je la dan snappy snappy !







Selepas penat berlegar legar aku patah balik ke simpang jalan di mana aku turun dari bas tadi.

Dekat bus stop tu ada tulis, bas setiap 45 minit. So aku terpaksa la menunggu. Nasib baik la ramai jugak yang tunggu. Mostly yang dari Penguin Island macam aku tadi. Ada yang dari Jepun. Korea dan macam macam lagi la. Agak ramai jugak sebenarnya.

Semua naik bas. Macam aku jugak.

Akhirnya puas menunggu bas datang dan aku di bawa terus ke train station Rockingham semula.

Dari situ aku naik train terus ke Mandurah !

Train free. Tak pe lah.

Sampai ke Mandurah, aku naik bas lagi ke kawasan Wharf Street. Di mana letaknya tempat tempat bersantai di tepi air.

Kalau cuaca baik, memang boleh nampak dolphin berenang renang di sini !!!!!




Cuaca hari tu memang baik. Tapi aku borak dengan minah ni dalam bas tu dia kata pagi tadi dia kata orang dah nampak dolphin kat situ.

So kalau nasib baik je la boleh tengok. Kalau tak, layan kan je la jalan jalan di situ.

Ada kedai fish and chip. Macam menarik walaupun aku tak makan ikan. Ingat nak try la dah kata paling best di Western Australia ni.

Tup tup aku usha ramai gila orang. Tak jadi aku nak makan. Cuaca pun dah petang. Aku lepak lepak kat situ sekejap akhirnya aku naik bas semula balik ke train station dan balik terus ke Perth !



Dalam train tu hari dah senja.

Dari Mandurah nak sampai ke Perth kira sejam jugak lah. So melayan perasaan je la aku. Penat jugak dan rasa mengantuk. Sampai kat Perth aku merayau sekitar CBD. 

Sempena public holiday hari tu kedai kedai tutup lewat sikit, so banyak la kedai yang masih di buka. So aku merayau je la tengok apa yang patut.








Patah balik ke station keretapi aku jalan kaki sampai ke Northbridge.

Northbridge ni adalah satu kawasan di mana banyak restoran, cafe dan tempat makan. Banyak jugak disco dan club di kawasan ini. Kiranya ini la saja tempat yang hidup di waktu malam di Perth. Memang nampak la orang keluar masuk club. Yang bersempat di kiri kanan jalan.

Memang tempat ni meriah.

Aku usha apa yang patut je dan aku singgah makan di restoran kebab. 

Lapar satu hari tak makan hari ni berjalan ntah ke mana mana dah.




Tengah makan kat luar tu nampak sign Club X tu.

Menarik untuk di cuba. Dah malam ni aku berani la sikit nak masuk Sex Shop ni. 

So. Dengan langkah berani. Lepas melantak dan makan aku pun masuk kat sini.

Berdebar ni.

Masuk masuk je tengok kiri kanan apa yang menarik. Tup tup ada satu minah dengan mamat ni tengah usha je. Dia orang penjaga kedai kot. Sebab tak de orang lain dalam tu so dia orang konon nak la tolong aku nak tanya aku cari apa. 

Aku lak jadi segan orang pandang pandang.

Memang aku tak angkat muka la. Tengok apa benda yang ada.

Tiba tiba.

"Yes. Excuse me Sir. Anything I can help?"

Argh !!!!!!!!!!

Aku terus ketar lutut. Malu.

Aku angkat tangan, pusing terus 360 darjah tetiba buka mata.

Alamak !!!

Dildo pelbagai bentuk !

Ada macam macam kaler. Kaler pink. Itam. Brown. Merah pun ada. Koma sekejap. Macam macam saiz. Semua terjulur dari tempat dia atur tu.

Aiyo. terus aku rasa nak lumpuh tengok dildo pelbagai saiz tu. Mamat tu gelak je. Then aku dah tak leh nak kever malu. So lepas tu aku buat biasa je lah. Carik patung mulut merah tetek selambak pun ader. Macam kedai tayar pulak aku rasa dia susun. Usha garing sikit dalam tu dan akhirnya aku keluar.

Hah !

Misi masuk Sex Shop akhirnya berjaya !!!!

Dari situ aku jalan kaki balik ke B&B. Penat berjalan. 

Kalau nak kira hari ni jauh jugak la aku merantau. Ni hah kalau nak ikutkan dalam map perjalanan hari ke 3 di Perth ini.



Sampai kat B&B, Gregg dah tunggu dia rumah. Dia sibuk la nak tau update aku  ke mana dan apa aku buat hari ni. Aku cerita la kat dia dan dia pun dengar. Banyak la dia nak tolong aku. Dia kecewa aku gagal tak dapat pegi tempat yang aku nak pegi. So esok dia offer aku ikut dia ke Swan Valley. Dia kata kawan dia ada bukak restoran di sana dan dia nak tolong pegi rasa makanan. So dia ajak aku sekali sambil tu cuti kan dia nak bawak anak dia tu jalan jalan sekali.

Aku tak tau nak cakap apa.

Nak macam nak tapi aku segan. Malas nak menyusahkan dia tapi kalau dapat pegi Swan Valley tu menarik jugak. Ada banyak pokok anggur di sana.

"I will let you know by tommorow morning"
"OK"

Hmm sambung borak borak lagi dengan dia.

"I cooked dinner for you. It is in a fridge. You just put it in the microwave and heat it up"

Hah. Aku berterima kasih je lah. Then aku layan borak lagi pastu telefon dia bunyi, dia borak dengan kawan dia pasal wife dia tu so aku usha la apa yang dia masak untuk aku. Ayam apa benda ntah tapi nampak macam menarik. Dah siap terhidang dalam pinggan siap dengan hiasan sekali.

Fuyooo.

Abis tu cemana?

Perlu ke aku makan? Halal ke? Kalau aku tak makan? Tak ke kecik hati ayam????

bersambung...............

6 comments :

  1. kenapa penguin dia nampak gemuk??? hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab makan banyak ! maklum la kaya. laki dapat 2.6 Billion org derma

      Delete
  2. gemuk la comel mcm cite happy feet tu...montok n gebu

    ehem abg meng berjaya masuk kedai tuuuttt..abg meng ada bawak apa2 brg keluar ke dr kedai tuttttttttt ..ngeeeeeee larikkkkkkkkkkk

    ReplyDelete
  3. HAHAHA.. terhibur baca luahan seorang traveler ni

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...